Laman

21 October 2010

Tips – Stress ker??

Celoteh Aku MamaGlam at 3:44 AM
Cerita ni: 

ANDA STREES?? Hah, cubalah buat regangan atau senaran yang boleh membuatkan hari korang lebih sempurna.

Menurut Jo Fasen dari Rehabilitation INstitute of Chicago’s Center for Spine, Sports, and Occupational REhabilitation, menyarankan supaya melakukan regangan otot sepanjang hari. Cara ini adalah untuk melepaskan tekanan dan menjadikan hari korang lebih sempurna. Perfecto!

Jam 7.00 pagi: Menyambut Awal Harimu rainbow

Tundukkan badan korang dengan meluruskan kedua belah tangan selari dengan paha. Arahkan dagu ke dada dan tarik otot perut ke dalam. Tahan posisi ini untuk beberapa minit.  Lepas tu, gerakkan punggun ke belakang dan rasakan otot-otot perut meregang. Korang ulang step ni selama 5 minit.

Jam 10.00 pagi : Tenang Sebelum Bekerja

Duduk di atas kerusi dan luruskan kedua kaki korang ke hadapan seperti membentuk huruf ‘V’. lepas tu, angkat lengan kanan dengan menyentuh letinga kiri secara perlahan-lahan. Ulang step dengan tangan kiri pula. Lepas t, korang lunjurkan pula kedua-dua tangan korang ke belakang dan regangkan jari-jari korang.

 

Jam 3.00 petang : Elak Rasa Mengantuk

Angkat tangan kanan dan sentuh bahagian belakang kerusi. Lepas tu, duduk dalam keadaan tegak. Tangan kanan pegang telinga kanan dan gerakkan secara perlahan-lahan ke hadapan, dagu dan dada. Korang ulang step ni untuk tangan kiri pula.

 

Jam 6.00 petang: Berehat Sebelum Pulang

Berdiri dan regangkan kedua-dua kaki sehingga membentuk huruf ‘V’. Lepas tu, tangan kanan menyentuh paha kiri. Ulang step ini juga pada tangan kiri.

 

Jam 8.00 malam: Tetap Segar Walaupun Kerja Seharian

Berdiri dan regangkan kedua belah kaki. Bengkokkan badan secara perlahan dan kedua belah tangan menyentuh betis kaki sejauh yang korang mampu. Tahan beberapa saat. Awas! Jangan lakukan gerakan ini ketika korang tengah sakit.

Jam 10.00 malam : Lena Tidur Diulit Mimpi

Letakkan tangan kanan di belakang kepala dan silangkan kaki. Bayangkan korang tengah berbaring di atas jam besar dan gunakan tangan kiri sebagai jarum jam dengan mengarah tangan ke jam 9. Perlahan-lahan, gerakkan tangan kiri ke posisi 12. Ketika bergerak le posisi jam 1, luruskan kedua-dua belah kaki. Ulang step ini pada bahagian kiri pula.

 

Nah, korang cubalah exercise ni. Insya Allah, berhasil… Tapi jangan terburu-buru okies, nnt terseliuh otot la pulak. Bukan kurang stress, malah bertambah stress la pula. Selamat mencuba!

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea