Laman

20 September 2011

Bz ker?..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:47 AM 0 berbalas bebelan
Salam semua,

Ya Allah lama juga la tak updaet blog mamaG ni kan.. Ekekeke.. Bukan apa, selain daripada kekangan (wahh gitu kan), masa, mamaG memang sedang bz sikit-sikit tentang keja dan juga ada projek yang mamaG tengah buat untuk anak-anak mamaG. So, nak kata terabai blog mamaG rasanya tak juga, cuma kurang perhatian la sikit. Bukan apa, perhatian tu suda beralih sedikit dengan projek yang mamaG tengah buatn ih..

Hah, nak tau apa kemendanya projek itew?.. haish, penyibuk juga korang ni ek.. Ekekekeke, gurau jer.. Okeh, ekceli mamaG tengah buat blog untuk anak-anak mamaG c Irfan dan Rayyan tu lah. Alah, blog simple simple jer, blog kisah pasal dorang berdua ni jer.. Short story n picturial jer. Yela, mmaG ni suka sangat amik gambar dorang, ni pun henpon mamaG ni sikit ja lagi dah nak penuh dah memori internal tu. Semua penuh dek gambar dan video dorang jer. 

8Gb internal memori pun boleh penuh kan, campur lagi 8Gb external memori kad, pon mo penuh jga tinggal berapa Mb jer lagi.. duh, nak transfer asik tadak masa jer.. Apa lagi henpon jadi slow n steady jer bila nak buka apa-apa, stress.. Ekekeke... 

Ntah macam mana, ilham pon turun macam hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum "bek aku buat blog pasal budak-budak nih. Aku jadik tukang karut kat blog nih, cerita pasal dorang berdasarkan gambar yang ada dalam henpon. Lagipun, aku kamera henpon ni kan boleh hantar terus ke Blogger lepas amik gambar. Boleh wat post entry on the dot lepas amik gambar. Hahahaha, marvelous!!! Bijak jugak aku ni ek".. 

Sejak ilham tu datang, terus jer mamaG create blog dorang. Sejak itu juga mamaG sebok mengepos entry on the spot dari henpon jer. Kalau ada yang pelik ker, yang lucu ker, watsoever ker, mamaG snap! then share/post to Blogger.. Takyah taip mukadimah banyak-banyak, lebihkan gambar jer.. 

Okeh la kalau korang sudi, sila la lawat blog anak-anak mamaG nih kat Blog Irfan dan Rayyan World. Then kalau sudi jugak, sila la Join blog dorang nih..

Pagi yang gediks!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:33 AM 0 berbalas bebelan
 
Tetiba rasa nak menggediks la pulak ari nih.. ekekekeke.. (Orang yang dalam kebosanan memang macam ni..) 

"Yang saya benci, dialah juga yang pasti akan saya rindui,
Yang selalu membuatkan saya marah, dialah juga yang akan membuatkan saya tertawa..
Yang membuatkan saya resah dan gelisah, dialah juga yang selalu memberikan ketenangan..
Yang membuatkan saya berduka, dialah juga yang pastinya menghilangkan kedukaan dan mengembalikan kegembiraan...
Yang membuat saya hampir putus asa dan hilang harapan, PASTINYA dia jugalah yang akan sentiasa menyuntik kembali sinar harapan dan kejayaan..."..

God, ntah napa tetiba rindu sangat kat dia nih.. To my dearest n beloved Hubby, Azman bin Tahir. Miss u more today than ever.. Hope u feel d same way too.. 


15 September 2011

Long Time No See, Pren.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:25 PM 1 berbalas bebelan

Siag tadi Kementerian buat open housekat Hitel Pullman Putrajaya. Best la. Macam macam makanan ada. Tapi sayangnya tak banyak mamaG dapat makan. Sebabnya tak selera sangat. Lagipun tak banyak choice makanan.

Alkisahnya konon nak laksanakan misi menggendutkan badan yang dah kurus ni. Munkin sebab mamaG tengah demam dan sakit tekak kut tu yang selera tak berapa nak mari. Hihihi.

Masa majlis ni mamaG dapat juga berjumpa dengan kawan lama mamaG yang dah lama sangat bercuti sebab sebok buat kemoterapi kanser limpa. Ya Allah, rindunya mamaG ngan mamat sorang ni. Nama dia Azizan Rashidi (tu yang paka baju merah tu sebelah mamaG). Dia ni opifboy kat bahagian mamaG. MamaG kira rapat juga la nga Zizan ni. Kawan mamaG kacau PA bahagian kalau kami bosan.

Hurm, rindu la kat ko geng. Ni dia masih cuti barah lagi. 2 tahun tu cuti. Tahun depan baru masuk keja. Tu pun lepas raya baru masuk keja. Bestnya cuti lama-lama. Tadi masa mamaG tnya dia pasal kemoterapi dia, alhamdulillah dah selesai kesemua 16 sesi. Tadi pun nmpak dia dah kurus dan botak ofkos okeh. But dia nampak sihat la walaupun macam tuh. Sempat lagi mamaG gurau ngan dia. Cuti 2 tahun lama gila, tu kat umah tu tmbah baby kedua ker. Ekekeke.. Dia kata sebok menyusukan anak. Ekekeke. Sabar je la.

Kalau nak tau, Zizan ni memang terkenal dengan kenakalan dia menyakat orang. Tahan hati je la geram sapa-sapa yang terkena tu.

MamaG pun penah kena ngan dia tapi mamaG tetap balas okeh. Kenakan dia lagi dasyat okeh. Padan ngan mula. Ekeke. Banyak lagi kenangan ngan Zizan ni. N opkos the most is bikin panas hati la sebab dia suka sangat kenakan kitorang.

Neway mamaG doakan Zizan sihat walafiat dan hepi nga famili.


09 September 2011

Hepi eating.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:18 AM 1 berbalas bebelan

Alhamdulillah, ni orang kata rezeki. Moga moga orang yang memberi rezeki kat mamaG n famili juga akan dilimpahi rezeki dari Allah swt.

Hari ni mamaG n kids enjoy betul dapat buka posa kat hotel yg berbintang bintang ni. Terima kasih enchek Suami sudi belanja kami mamam kat hotel. Len kali belanja la lagi. Hahah.

Kat hotel mana? A'a la pulak lupa nak gtau. Hotel Palm Garden @ IOI Putrajaya. So far, food ok la. Sedap pun sedap. Macam macam food ada. Eskelim pun ada. Cuma yg xbestnya jus buah n abc xda. Yang lagi xbest, jus oren ke mango xda tapi just air sirap rebina n air macam asam boi tu. Tu je air yang ada. Sungguh xbest. Food xyah cakap la.

Yang mamaG suka pulut kuah durian. Mantap! Berpinggan pinggan enchek suami ngan mamaG kongsi makan. Irfan pun enjoy makan. Berselera dia. Adik dia c rayyan xyah cakap, ko sumbat la apa jer kat dalam mulut dia makan jer. Kadang xsempat suap pun dia fah terhegeh hegeh nak makan. Mulut xreti diam.

MamaG apa lagi sumbat semua apa yg mamaG makan. Kek, nasi beriani, tembikai, ayam, ikan, puding, sate, pulut kuah durian, sup mushroom, aiskelim, udang, daging. Hah smua dia bantai makan dengan penuh semangat. Hahaha. Hantam la selagi perut dia x meragam. Sedangkan keropok blinju yang pahit tu pun dia makan penuh selera. Sabar je la. Xpa, makan la sayang ya selagi nak makan, umi kasi jer.

Kang dah xnak makan sangat,umi jugak yang risau. Okeh la, cerita pendek jer malam ni. Nak titon dahni sok keja.

Mmmm, rasa nak makan puding kastard jagung dulu la before titon. Yummyy.. sib bek mamaG wat banyak boleh jadi snek mamaG before titon.

Okies, nitey nitey semua. Have a wonderful dream. Muah..




08 September 2011

Re-U oh Re-U

Celoteh Aku MamaGlam at 9:41 AM 0 berbalas bebelan

Salam semua, Selamat hari raya Aidilfitri.

Ni dah berapa kilos babat korang simpan sempena raya nih? hahaha.. MamaG naik sekilo jer. Alhamdulillah, Naik sikit berat ni, ni pon nak naikkan lagi sampai jadik berat ideal (51kg).

Okeh la, ni nak cerita pasal Re-U mamaG dengan kawan-kawan skool mamaG time Skool rendah kat kampung nih. wah, hah bukan senang nak re-U ngan kawan kawan time Sekolah Rendah kan. Hehehehe, tapi kawan-kawan skool rendah mamaG ni la jugak kawan skool menengah mamaG. Dari Darjah 1 sampai ke darjah 6, menyambung lagi ke Form 1 sampai ke form 4 Science, kitorang still lagi kelas yang Sama. Lebih kurang adalah dalam 25-30 orang yang masih kelas yang sama.

So, kira tak merasa sangat la kawan baru kan. Yela, abis asik-asik muka ko jugak yang dihadap kan, dari darjah 1 sampai la form 4 Science. Form 4 tu mamaG kena pindah sekolah baru after 4 month later. So, memang masak sangat la dengan perangai-perangai nakal kawan-kawan mamaG nih. Tak kira juga yang mulut puaka kan..

So, Nak dijadikan cerita, hari Raya ke-2 hari tuh kami pun buat Re-U kat rumah mamaG. Kalau ikut plan asal, nak re-U kononnya kat Sekolah rendah kami tuh n bawa pot luck Raya masing-masing. tetapi tak jadik sebab ketua kelas kami time skool rendah tu tak sempat nak minta izin dengan Guru Besar Sekolah. Mmm, kalau dapat buat kat skool tu kan best, boleh mengimbau balik kenangan nakal-nakal time skool tuh.

Okeh, time re-U baru-baru ni yang wat kat rumah mamaG, memang lucu. Yelah dah la tak ramai dapat datang kan. Ei, menci tau. berkobar-kobar yang len-len ni nak datang tau. Siap sindir-sindir la gi hah, sekalinya ramai jugak yang tak datang. Yang datang sekalinya 4 orang jer termasuk mamaG ni daripada 10 orang yang kata konfom pi.. Haish..

Tapi takpa, itu tidak mematahkan semangat kami nak ber-re-U ni, wahh gitu kan.. Walaupun 4 orang ja yang ada tatapi tataplah (nah slang Sabah sudah) havoc jugak okeh. Memandangkan yang hadir tu memang mulut becok ala kepochi kan. Pot pet pot pet je keja, gelak takyah kira la, memang kuat la kan. Umi mamaG dok kat meja makan geleng kepala jer tengok kitorang. Mungkin kat kepala Umi mamaG dok fikir ni, “tak berubah lagi perangai budak-budak ni”.. hihihihi..

Macam-macam topik keluar. Dari kenangan lama kat skool sampaila hal rumahtangga. Hahaha.. Hurm, best la dapat jumpa kawan lama nih. Masing-masing dah berubah, melanngkah ke fasa yang baru. More matured. Yang lucunya, Dorang ni masing-masing membawa air jus buah dan coca cola berbotol-botol tak hengat!. Gila banyak! Sudahnya suma tu jadi hak milik mamaG.. Ekekeke..

 321578_2143939211165_1626787285_2108990_2004643_n

Ini La seja yang hadir pon. Termasukla ketua kelas, Jasnikah Jeppy masa kat skool dulu.

293432_2143938571149_1626787285_2108989_2004933_n 298848_2143936531098_1626787285_2108986_6679526_n 300257_2143939891182_1626787285_2108991_4921351_n Aduh muka penat mamaG terserlah gitu kan. Mana taknya, masa raya kedua nih, subuh lagi dah kena gerak dari umah mak mamaG ke Rumah mak mentua mamaG pulak sebab kena tolong prepared utk  open house. Lepas tu, tengah hari kena pi beraya ke rumah kuarga Ayah mamaG, pastu petang lak kena berkejar balik ke kampung mak semula untuk prepare majlis re-U ni. 303531_2143938051136_1626787285_2108988_2990875_n Walaupun penat, tetap hepi sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Bak kata ketua kelas, “geng karas”.. Hahaha.. Kitorang memang rapat dari skool rendah sampailah skool menengah.. 304721_2143934691052_1626787285_2108983_4116778_n 304753_2143935291067_1626787285_2108984_1289265_n 304956_2143935771079_1626787285_2108985_4071214_n 305973_2143941971234_1626787285_2108994_7463974_n 315310_2143936891107_1626787285_2108987_2620326_n 317633_2143940691202_1626787285_2108992_6243578_n

Ni Pic BFF mamaG since skool rendah lagi sampai sekarang.

Dari kiri Faradilah (Pa’au), MamaG (Lijed) dan Dewi Hartini (Tinie). Kami ada 4 orang sebenarnya tapi yang sorang lagi (Mazlinah @ Maz) ada hal tak dapat nak datang. Tu kalau datang jg yang sorang tu, memang bertambah gempar la rumah mamaG.

Time skool dulu, group kami berempat ni memang la kira fofular la juga kat skool kan. Fofular dengan kekepochiannya, gelak besarnya dan juga memang sangat aktif sukan dan kesenian. Kami berempat salu jugak jadi wakil untuk nyanyi kumpulan nasyid. Say what?!! Nasyid??!! hah, betul tak tipu punya tau. Walaupun kami ni kasar orangnya (Ekceli 2 orang kasar, 2 orang lagi tu manja), mulut pula agak puaka sikit, tapi kami pun aktif jugak ni nasyid. Kira kadang-kadang tu menginsafi diri la jugak kan.

Fara tu jenis yang aktif, kecik jer orangnya, cepat panik , suara sedap kalau nyanyi, kalau bercinta, memang la setia gila nih time skool, sangat minat dgn KRU dan suka sangat baca komik (dialah yang supply komik kat kelas kalau boring belajar), tukang ketawa jugak nih, orangnya kecik jer tapi suara besar gila. Yang Tinie pulak, jenis yang manja, ayu, lembut jer, ramai bopren, tapi kalau gelak memang mengilai habis la, mulut memang puaka nih, kalau cakap main lepas ikut sukati dia ja, dia ni kira yang suka menggedik-gedik nih, tang mata dan bibir tu yang mahal tuh, gila ‘hot’ mata ngan bibir dia, sesapa mesti cair punya la (Ahaks!).

MamaG pulak jenis yang kasar, aktif, suka belajar, mulut puaka juga kalau marah, suka ketawa, suka buat hal sendiri, lebih kepada kesenian dan sukan, bopren time tu sorang tu pun sebab boring, kwn2 len dapat bunga time valentine (ekceli dapat juga tp tak suka), dating sana sini, hepi jer, so mamaG pon nak jugak la. hihihi (padahal tak berapa suka bopren2 ni, rimas). Tapi pastu jumpa bopren yg bek hati kena di jiwa. hihihi. Ok la tuh, On Jer.

Mazlinah ni pula jenis manja, aktif sukan jg, mulut boleh tahan puaka juga tapi bertempat, tenang jer, relax jer. Bopren pun ramai jugak tak silap. Ramai peminat la Mazlinah dan Tinie nih.. MamaG time tu tak ramai peminat sangat, setakat secret admirer tu adala. Mungkin sebab mamaG ni kasar macam tomboy, yang Fara pulak mungkin sebab dia kecik kut macam budak skool rendah jer. hiihihi..

Kalau sukan pun aktif jugak. Masing-masing dengan acara masing-masing. Tapi yang paling tamak skali, mamaG lar. Hahahaha, semua jenis sukan mamaG nak masuk. Hahaha.. Gila sukan. Dan aktiviti paling kami suka ialah … M.A.K.A.N.

Ya Allah, tak kira la time bila kan, makanan tu sentiasa ada ja jadi bekalan. Time belajar pun makan, time main pun makan, time praktis pun makan, time bercinta (bercinta??!!!) pun makan jugak. Hahaha, tapi jangan pandang kami ni nakal, akademik tinggal tau. Kami pun pandai jugak tau. Kalau tak, takda la asik masuk kelas A dari skool rendah sampai la menengah kan. Cuma main main tu lagi banyak la daripada belajar kan. Kalau study group lagi la, muka kami berempat ni memang tak bley harap. Study 30 minit, pastu makan 30 minit. Sambung 30 minit, pastu gossip 1 jam. Sambung  30 minit study, pastu mainnnn je terus.. Lupa dah buku.. Sebok menyakat orang sana sini.. Ekekeke..

Okeh, sebut pasal bercinta, toksa cakap la. Masing-masing memangla ada bopren masing-masing kan.. Tapi yang wa salute ama bff mamaG yang tengah pegang anak dalam pic tu. Fuh, dia punya bopren, ramai woo.. Taktau macam mana dia handle. Gila ramai, pujaan ramai la katakan. Nama dia Dewi Hartini. dewi tu, memang sesuai dengan nama dia..

Dulu kami ni kira selalu juga la kena denda sebab salu wat bising, makan lam kelas, kadang-kadang tu time cikgu mengajar, kami dok sebok usha baik punya boys kelas blok sebelah. Siap signal-signal lagi. hahaha, gila nakal. MamaG ingat lagi, sampaikan ada sorang cikgu ni kata “saya pelik la kenapa la korang nibila saya mengajarkan, kepala korang mesti terpusing ke arah blok sebelah dengan kusyuknya pulak tuh”.. “Nak kata Cikgu ni tak hensem, mmm, cikgu memang hensem dah pun, ntah apa la yang ada kat blok sebelah tuh”.. Tu pun kami tak perasan jugak Cikgu dok mengata kami tu. Sebab sebok and konsentret sangat mengusha budak blok sebelah.. hihihih..

Ya Allah terlepas rasanya rindu dengan BFF mamaG ni. Salu kontek dalam FB atau call/sms ja. Ni bila dah berjumpa, ketua kelas suruh diam pun, memang tak kena layan. Ekeeke..

Apa-apapun, walaupun kami berlainan karektor, tapi bila bergabung, nah huru hara skool. Suara ketawa kami jer yang kedengaran. Kami pun bukan jenis kacau orang, tak peduli pun apa orang cakap pasal kami asalkan kami tak ganggu orang dan tak susahkan orang.

Hurmm, kan best bila kita jadi macam time skool dulu. Tak stress sangat pasal hal-hal orang dewasa nih. Ni bila dah dewasa, new fasa, waow, macam-macam hal kena fikir kan. Barulah kita tau apa yang parent kita dok peningkan sangat tu tambah lagi nak uruskan anak-anak yang nakal. Memang mencabar, terutama bagi parent yang berkerjaya.

Neway, dah panjang dah mamaG membebel ni dan rasanya dah hampir-hampir lari dari tajuk dah ni, so bek mamaG cut my story short for now lah. Len kali kita cerita lagi..

Hurmmmm.. (sambil menongkat dagu, mendongak ke atas, pejam mata, membayangkan kenangan time skool dulu..).. Bestnyaaaa…

02 September 2011

Petua Melicinkan Kulit Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:47 AM 0 berbalas bebelan

Kalau korang memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

01 September 2011

Tip nak tanggalkan Chewing Gum @Gula getah yang melekat kat Baju

Celoteh Aku MamaGlam at 11:44 AM 9 berbalas bebelan
Hah, aku suka betul petua nih. Dulu time ekolah-sekolah dulu, memang suka bebenor la makan ni gula getah kan. Pastu main campak jer kat mana-mana. Hah pastu, habis kasut la baju la terkena gula getah. Hah pastu mula-mula buat-buat aksi majew ngan mak, nak mintak beli baju sekolah baru sebab gula getah menepek kat baju takleh nak ilang.. 

Tapi skang mamaG dah tak makan dah gula getah sejak pernah tertelan gula getah dek kerana makan gula getah sambil gelak-gelak.. hahaha, memang ngeri pengalaman tu. Sembelit tak hengat!. Hahahaha, lucu kalau ingat balik. 

So, kepada para ibu dan jugak gula getah lovers, sila la gunakan tips ini untuk menghilangkan atau menanggalkan gula getah yang degil nak mampos tu dari baju, kain or apa2 jela. Tapi kalau ikut logic dan sifat gula getah tu sendiri, memang betul jaga la tips nih. neway, terai la dulu k.. 

Semalat mencuba dan selamat beramal.. hihihihi..

Cara-caranya ialah...
 
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea