Laman

31 August 2011

Petua Hilangkan Parut Sebab Demam Campak

Celoteh Aku MamaGlam at 9:46 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Cuba try petua ni..

  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

30 August 2011

Menghilangkan Parut di Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:42 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Parut jerawat?!! Oh My Gucchi!!! Okeh, Jom try petua nih.. Kut kut la mujarab kan kan kan.. Tak payah nak beli produk mahal-mahal kan.. 

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

29 August 2011

Sana Semut, Sini Semut, Mana mana Pon Semut! Grr..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:41 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Hadoila, ni nak tanya nih, kat tempat korang tak kisah la kat rumah ker, kat kereta ker kat luar rumah ker, Banyak dah semut?.. Berduyun-duyun tak dorang ni konvoi melawat tempat korang?.. Duh, memang pening nengok semut-semut ni la. Kalau banyak lagi la, macam geli ja tengoknya. 

Pastu, ni nak tanya lagi ni, semut korang minum air masak jugak ker macam semut kat rumah mamaG tuh? Bukan setakat air masak jer, tuh air panas kat dalam heater tu pon dikenduri oleh semut-semut nih. 

Sib bek la jumpa petua macam mana nak halau semut-semut nih. Jom kita terai sama-sama..

Menghalau Semut
  1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.
  2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
  3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
  4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.

Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.



Menghindari Semut Di Teko
Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.

Petua Tegangkan Kulit Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:05 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Jom ladies, kita tegangkan Kulit Muka yang dah nak kendur dan kedut, okies.




  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

28 August 2011

Petua untuk Hilangkan Bintik Hitam Kat Muka

Celoteh Aku MamaGlam at 9:03 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Jom Coba petua untuk Menghilangkan Bintik Hitam. Nampak notti jer kan. Tu pun kalau ada kat muka korang la kan. Senang jer nih..

  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu. 
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

27 August 2011

Petua untuk Menghapuskan Jerawat Durjana dari muka Yang Comey!

Celoteh Aku MamaGlam at 8:59 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
~ Tip ni mamaG jumpa kat satu web site ni, banyak tip dia bagi dan kebanyakannya yang traditional lar. Bahan-bahan pon senang nak dapat dan jugek ade jer kat umah kita. Coba la kalau berani.. ~

Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

26 August 2011

Yeay Yeay!!!! Semangat membara!!!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:06 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua,

Wah mesti jalan tengah jem gila ni kan. Ramai dah sibuk pulang ke kampung kan.. Wah, tu dia, mamaG masih lagi tercongok kat opis nih dari pagi tadi menelaah, apa nak buat nih sebab busan gila nih.. Bukan apa, tiket balik mamaG ke Sandakan besok petang jam 2pm.. Tu pun tak sesabar lagi ni menghitung masa nih.. Balik-balik tengok jam.. hahahaha, Eksaited gila nih.. 

Kat opis nih, belum ramai lagi la yang bercuti pun, ada lah beberapa orang ja. So, tidak sunyi sangat pun opis nih. Cuba bosan la sebab mamaG tengok kan muka-muka semua orang tu kan, ceria jak, berseri-seri ja tunggu masa nak balik, padahal masih pagi la nih. Hahahaha..

 Hari ni mamaG minta kebenaran balik awal.. Yippie!!! Lulus!!!
So, Agenda tengahari nihPi shopping sikit lagi barang budak yg outstanding pastu pi amik gambar photoshoot Rayyan (nanti mamaG haplod) pastu balik rumah masak awal utk buka posa then pack barang yang banyak itew.. Okeh!

Okeh la, Kengkawan, nak balik dah nih.. Ari ni kan Jumaat, jangan lupa, Rehat awal.

Sini, mamaG nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.. bergembira sakan dan drive safety. Insya Allah, raya nanti mamaG cerita cerita lagi..

Cara potong kuku dalam Islam

Celoteh Aku MamaGlam at 8:50 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan


FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh
pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung
kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).


Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan
dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku
berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh
umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun
kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih
dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong
kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub,
jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.


Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum,
hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam
Irsyad Hukum kali ini.


1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:


"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong
kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."


(Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku
tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.


Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.


2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.


Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.


Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat
kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.


Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.


3. Waktu Memotong Kuku


Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil
perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang
kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :


"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."


(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu
'anhuma
berkata yang maksudnya :


Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika
memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga
sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah
bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia
diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai
mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan
Juma'at sebelumnya."


(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :


"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi
wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda
keluar untuk bersembahyang."


(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong
kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

4. Menanam Potongan Kuku

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan
anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku
sunat ditanam di dalam tanah
sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu
'anhu
menanam potongan kuku.


5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar,
jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau
memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana
segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.


Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;


Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.


Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Rindu Setengah Mati by Shila Amzah

Celoteh Aku MamaGlam at 8:43 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Luv diz klip made by Shila Amzah. Sedap la suara dia nyanyi live n akustik.. Enjoy..



25 August 2011

Reach Out by Hilary Duff

Celoteh Aku MamaGlam at 11:13 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

24 August 2011

Fly on The Wall by Milley Cyrus

Celoteh Aku MamaGlam at 11:11 AM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

23 August 2011

La La Land by Demi Lovato

Celoteh Aku MamaGlam at 11:06 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Tell Me Something by salena Gomez

Celoteh Aku MamaGlam at 8:34 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

22 August 2011

Over by Lindsay Lohan

Celoteh Aku MamaGlam at 8:24 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

21 August 2011

Last Friday Night by Katy Perry

Celoteh Aku MamaGlam at 8:15 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

20 August 2011

Another "Today a Fariy Tale" ~ Tribute to Taylor Swift Song

Celoteh Aku MamaGlam at 12:17 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Wat a most kiut klip ever.. I tought diz clip was made by Taylor swift. Kira another klip lain wif a same song.. Gosh! Really kiut and adorable lil couple. 
Dengan the princess tak ada gigi kat depan.. Sooo kiut.. Rupanya diz klip was made by the princess's mom herself..
Mati-matilah mamaG ingatkan ni klip yang Swift buat. Really pro-like klip, dengan 
Full HD lagi.. Pelakon pulak kiut-kiut..
Jom tengok!





Do Compare wif diz original klip from Taylor Swift.. See, see, see..




Mean by Taylor Swift

Celoteh Aku MamaGlam at 8:11 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Sila Jangan pandang rendah pada orang-orang yang look like loser coz who know in da future, they’ll be somebody more than U!.. Y so mean to them?.. R u good enuf?.. Enjoy diz song.

19 August 2011

Android Apps ~ Camera ZOOM FX 3.1.0

Celoteh Aku MamaGlam at 10:27 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Korang suka bergambar tak? Ala jangan nak malu-malu mengaku okeh. MamaG tau ramai sangat yang suka amik gambar kan,Terutama gambar sendiri kan (hah macam mamaG la tu).

So, utk Android user, jom download and install apps ni kat dalam henpon.. Test la amik gambar guna apps ni..

Current Version:3.1.0
Requires Android:1.5 and up
Size:931KB
V3.1.0 update:
# front facing support!! (needs 2.3 or above)
# burst mode (2, 4, 8, 16)
# new photo contest
# fixes

GET IT NOW AND SEE WHY
EVERYONE’S TALKING ABOUT CAMERA ZOOM FX.
‘The Best Camera App for Android’

Camera ZOOM FX combines powerful camera functions with stunning post processing – creating magic moments is fun and fast!!
Over 90 unique FX – combine these in a non-destructive way to create infinite processing options.
Blazingly fast performance: all effects render instantly on your device!
Camera ZOOM FX combines the ease of use of ‘ready made presets’ with the power of full manual adjustment … even after a preset has been chosen!
* optical zoom (if device supports)
* OR digital zoom (up to 6x)
* capture / process at full camera resolution (up to 8mp if device supports)
* customization of ALL hardware buttons to camera functions
- e.g. volume buttons to control zoom, trackball to snap shot…
* 10 ready made presets
- Diana, Retro, Holga 35mm, Toy Camera…
* 20 Color FX
- vintage, lomo, cinematic, funky, pencil…
* 9 Mirror FX
* 12 Distort FX
- fisheye, mosaic, twirl…
* 13 Frames
- thin, rounded, lens, polaroid, filmreel…
* 6 Vignette Surrounds
- heavy, invert, spotlight…
* crop to any size of your choice
- original, 3×8, square, instant, 6×4…
* digi composites (photoshop style overlays)
* resizable, movable props and famous ‘buddies’ in your pictures
* random effects
* combine effects using non-destructive editing
* front facing camera (needs 2.3 or above)
* silent camera (if device supports)
* flash (if avail)
* shooting modes
- normal
- stable shot
- timer
- voice activated
- burst mode
- collage
- time lapse
* pro stable shot: on-screen meter to show current level of movement
* voice activated: take a picture by clapping
* create stunning collages: e.g. 2×2 passport style combination shots
* fullscreen shutter
* onscreen shutter button
* animated shutter effect
* support geotag / exif tags
* win $100 in Instagram style photo contest
* auto save shots
* tweak hardware options: autofocus, whitebalance, nightshot, antibanding…
* scene modes, e.g. nightshot, beach (Droid only)
* send, share your shots
* 1-click upload photo to Facebook, Twitter, Flickr, etc. – ALL AT ONCE!
* view last shot in picture gallery
* import existing photos
* use as default camera
* rotate / crop photos
* widescreen lens / capture (if device supports)
* customizable grid overlays
* support from Android 1.5 through to Android 3.0 (incl tablets)
* FREE download packs
- fun props
- frames
- famous ‘buddies’ in your pictures
- composites
- shutter animations

Jom Download kat Camera ZOOM FX 3.1.0

Android Game ~ Vegetable Panic 1.0.1

Celoteh Aku MamaGlam at 10:26 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua,

Okeh, kali ni mamaG nak kongsi software Android la pula. Khas untuk user Android phone ataupun tablet Android. All free.

So, utk 1st entry pasal Android stuff ni, mamaG nak bagi korang software game la.. Nanti korang klik jer la untuk download n install dalam henpon korang, okies.

***********************************

Details: 
Current Version:1.0.1
Requires Android:2.0.1 and up
Size:12MB
V1.0.1 update:

Play in various seasons of the year!
*Features*
・A Casual game where one can play simply by intuition.
・Surprises around every corner, discover vegetable types by growing them up!
・Once the baby veggie is grown, it doesn’t need any more sun to grow. Slide it to the side!
・The vegetables chat when gathering them!
・Now, between the four seasons there are a total of 48 stages, with more updates to come!

Setakat ni mamaG tak main lagi la game ni, tapi macam best jer tengok. So, korang boleh download  kat sini. Enjoy the fun!


Bedroom Sanctuary by Bo Amir Iqram

Celoteh Aku MamaGlam at 8:06 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Wah, klip lagu lagi.. But mamaG really enjoy diz song tau.. Santai gitu kan but so lovely lyric and sengal klip u know.. U all shud see diz klip..



18 August 2011

Boleh jer mamaG!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:11 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

Bila.. masuk bulan Ogos memang best…

Bila.. masuk tahun 2011, rasa tak best la pulak..

Bila.. dah tiba tarikh 16 Ogos 2011, lagi la tak best..

Sebab apa yer?.. Sebab tarikh tu bufday mamaG.. Dan bila cakap pasal bufday, soklan cepumas yang orang segan-segan nak jawap ialah “yang keberapa yer?” “ Umur dah berapa yer?”.. Tetapi kali ni, dengan bangganya mamaG jawap “ Ala baru 29 tahun..” “ Ala yang ke 29 la, apa lagi”.. Wah, so proud gitu kan nyebut angka 29 tuh.

Tau tak napa?. Hurm, bukan apa, mamaG rasa suda sampai masanya mamaG join para ibu-ibu yang begitu gigih dan komited dengan keluarga (wah tetiba skema ayat tu kan).. Bukan la kata selama ni tak komited ke hapa. Cuma, udah udah ler jadik ibu muda kan.. Dah masuk ujung 20-an dah pon.. Anak pulak dah dua kan.. Hah, no more joli-joli, no more remaja look alike, okeh..

Bak kata Umi mamaG, sila lah pakai pakaian macam seorang ibu, gitu kan.. Ni pakai macam orang tadak anak jer, padahal umur dah ujung 20an dah, tahun depan dah masuk 3 series dah.. Melaram jer keja..

Hurm, akan dipertimbangkan, insya Allah.. Pelan-pelan berubah.. KAng kalau berubah drastik kang, orang kata “Nak buang tebiat ke apa ko ni?”.. lagi tak daya weh.. hahaha..

Apa-apapun, m proud m dah 29yrs old even tho tak rasa pun macam dah tua..

Okeh, rite now, walaupun mamaG tak nampak tua, orang kata nampak macam muda lagi (25+), tapi secara biological nya, mamaG tetap la 29 thn kan.. So, tau apa maksudnya tuh?.. Hah, tu alarm utk mamaG start menjaga diri demi keluarga dan juga kebahagian suami. MamaG kena sentiasa pastikan yang diri mamaG ni sihat dan kuat (wah macam iklan milo la pulak) untuk jaga dan uruskan keluarga mamaG.

MamaG kena starrt jaga pemakanan, badan, muka, atitude dan skill keibuan macam menjahit baju ke apa kan.. Kalau Umi mamaG boleh buat, y cant i?..

So, misi jangka panjang terbaru mamaG dah ditetapkan.. image Menjadi wanita berkerjaya yang sihat, kuat, berkemampuan, berjaya dari segi kerja dan juga keluarga..

Harus menjadi wanita berkerjaya dan juga suri rumah separuh masa (weekend) yang berkemampuan dan multiskill dalam apa juga circumstances dan obstacles yang datang..

Aminnn.. Insya Allah, Still need sokongan daripada semua jugak.. Cant do diz alone.. 

La dah 4 Tahun ker?..

Celoteh Aku MamaGlam at 8:33 AM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

Okeh, hari ni 18hb Ogos kan.. Wah.. Syukur ALhamdulillah, dah masuk 4 tahun rupanya.. Alhamdulillah, berkat kasih sayang, persefahaman dan kepercayaan serta saling kebergantungan (wah macam ayat sains la pulak), kita mampu mengatasi segalanya dengan baik tanpa mencetuskan pergaduhan atau perselisihan yang besar.

image Semua ni pun berkat kesabaran yang tinggi enchek Suami, Azman Bin Tahir. Sabar dengan segala-galanya dan sentiasa menyokong dan juga sentiasa tidak membelakangkan isteri dalam apa juga keadaan dan keputusan yang dibuat.

Dalam 4 tahun ni, macam-macam yang kita lalui. Dari beberapa hari sebelum bernikah hinggalah kita dikurniakan 2 orang anak yang kiut dan lincah. mamaG bersyukur sebab dipasangkan dengan suami yang sangat ringan tulangnya menolong mamaG menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Dan sentiasa memahami kesulitan seorang wanita, isteri dan juga ibu yang bekerja. Ingat lagi kata enchek Suami “ Aku takkan biar kau buat kerja sorang-sorang. Aku akan sentiasa ada tolong kau”.. “ Buat kerja sama-sama mengeratkan lagi kasih sayang kita”.. Ini setakat yang mamaG ingat la..

225385_10150176171716827_654176826_6699294_5573950_n m incomplete without u…

222360_10150176174546827_654176826_6699355_6540163_n

Picture 219   IMG0394A 

Our Lil precious beloved adorable magnificent lil kids.

IMG0180A Harap-harap ikatan kita dan keluarga kecil yang kita bina akan kekal bahagia dan gembira walaupun sederhana. Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 4.

image

Berangan je ko mamaG!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:48 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Selamat pagi dunia,

Sihat ker?. Amacam pagi korang? Ceria dan bersemangat nak pi kerja ker macam mamaG sampaikan anak kat sebelah  seat lupa nak antar rumah pengasuh, terbawak sekali nak ke opis.

image Okeh ni nak cerita pasal tadi pagi nih masa nak pi keja.. Wah, hari ni mamaG menerima (wah gitu kan) satu semangat pi kerja yang terlalu tinggi. Sebabnya terlebey awal siap nak pi keja. Hihihi..

Alkisah maka tersebut la kisah, pagi tadi mamaG dengan rian ria gumbira mendukung c Rayyan masuk ke kereta. Gumbira ria sebab langit masih gelap gulita lagi.. Dalam hati ni “wah, ari ni aku sampai awal, best best..”

So, mamaG pon start enjin keta, reverse pastu vroom keluar ke jalan highway sambil nyanyi-nyanyi gitu kan.. Tiba area nak U-turn tu mamaG nak ler amik henpon kat lam handbag, sekali mamaG terpandang c Rayyan kat seat penumpang sedang lena baiiik punya mimpi kan.. Wah, dalam hati ni kata “alalala, anak aku ni kiutnya dia titon..”..

Tak sampai 5 saat, mamaG terpegun jap, besar mata ni ha sambil terjerit sendiri dalam kereta “ Ya Allah!!! Rayyan ko buat apa kat lam kereta Umi nih?!!! La rupanya Umi belum anta Rayyan ek.. Duh, cepat! Cepat! U-turnnnnnn!!!!”… C Rayyan pulak elok jer dia bukak mata sikit tengok Umi dia kelam kabut tak tentu hala ni pastu titon balik. Penat sangat la tuh.. Tu la semalam titon lambat lagik.

Dalam hati ni membebel salahkan diri sendiri.. “Ha tula kan, orang kata jangan eksaited sangat, hah kan, punah harapan nak sampai awal kat opis”..

imageAt the end, mamaG sampai lewat seminit kat opis.. Duh!!! Cer bayangkan kalau dah nak sampai Putrajaya baru mamaG terperasan c Debab tu ada dalam kereta, hah tak ke naya aku.. Hahaaha.. Lawak betul lko ni mamaG.. Pepagi berangan lebey! Hahaha.. 

Ok la, biarla.. Tak sesabar mamaG nak tukar waktu kerja ni bulan depan.. Tak sanggup dah ni asik lewat seminit jer.. Asyik-asyik, ter ter jer..

17 August 2011

Anyone Else but You!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:55 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua,

Bersempana mamaG tengah kebosanan tahap gaban ni, jom kita layan lagu nih la.. Best best.. dedicate to all person i know in my wonderful life. Sapa lagi kalau bukan korang la yang dok tengah baca blog mamaG dan juga yang tak baca blog mamaG.. 

Jom layan jer la..


An Energetic Lazy Songs by Bruno Mars

Celoteh Aku MamaGlam at 4:15 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Jom ber-lazy lazy wif diz Lazy Songs..


Mr Rayyan 1st Year!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:32 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Salam semua,

Sihat ker?.. Harap-harap sihat la kan.. Okeh hari ni nak cerita pasal apa ek?.. Hurm,… Okeh nak cerita pasal my lil hero la si Muhammad Rayyan Arsyad. Sempena bulan August, sebab dia lahir bulan August sama macam Uminya.. Let’s start..

 

IMG0011A

2 August 2010 – Muhammad Rayyan Arsyad IMG0036A

     When ur eyes look at me, made me wana cry tho’. Ur adoreable face remind me of someone.

IMG0013A

IMG0032A

Rayyan 1 weeks old
IMG0034A  

When ur 2 weeks old

IMG0041A

When Irfan 1st time meet his lil bro.

 IMG0049A

Abg Irfan owez ajak lil Rayyan borak.

IMG0051A IMG0053A

Abg Irfan owez want to kiss lil Rayyan.

IMG0084A

1 month old – started to playing, winking, laughing

! makes Umi want to cry again. hahaha

IMG0078A 

Diz time Umi make over rambut Rayyan, kasi pacak.. orang tengah bosan memang mcm nih.

IMG0082A 

IMG0138A

Rayyan @ 2 month +

  IMG0119A IMG0132AIMG0136A IMG0269A

Rayyan @ 3 Month

  IMG0180A  IMG0184A

Abg Irfan still n owez feel geram dgn Rayyan

 IMG0253A IMG0261A

Rayyan @ 4 month old

IMG0382A

IMG0292A

IMG0299A

Rayyan @ 5 month old

IMG0301A IMG0336A 

 

 

 

 IMG0366AWhen Rayyan demam, Umi memang tak leh nak titon lena. kesian lil Rayyan. But thank Allah swt, we can overcome diz part. U smile while u sick make Umi strong.

IMG0429A Rayyan @ 6 month Old

 IMG0386A IMG0396A

Rayyan @ 7 Month Old

DSCF0346

Rayyan @ 8-10month

DSCF0093 DSCF0099 

 

 

IMG_3824 DSCF0104 IMG_3379 IMG_3467 IMG_3625   IMG_3718 IMG_3762 IMG_3676

 IMAG1232  IMAG1242

IMG226

Rayyan @ 11-12 month

1311579919592 IMG028 IMG053 IMG058 IMG060 IMG068 IMG094 IMG099 IMG108 IMG109 IMG143 IMG179 IMG214_edit0 IMG217 IMG222 IMG418 IMG422 IMG239 IMG251 IMG258 IMG278 IMG287 IMG297  IMG314 IMG318 IMG333 IMG391 IMG392

IMG395   IMG408 IMG409

IMG397

Selamat hari lahir yang ke 1 tahun!

Moga anak Umi jadi anak yang Solehin, bijak, adoreable owez, penyayang, syang Umi, Yayah, Abg Irfan, Nenek, Atok dan Auntie selalu!

Yayah, Umi dan Abg Irfan Sayang Rayyan. Jangan notti notti tau. Nanti kalau dah besar, rajin-rajin la baca blog Umi. hahaha.. muah muah muah.. u owez b Umi’s sweetheart!

Notes: Sampai hari ni kek Rayyan tak terpotong-potong lagi.. langsung tak berkesempatan. Yayahnya pi tarawih sampai jam 10-10.30 mlm, kids pulak suda mo tido. X selera nak makan tengah-tengah malam.. hihihi.. tak pa, nnt blk raya, akan sambut juga dengan Umi, Auntie dan Rayyan skali lagi.. Kita beli kek yang Beessssaaaaarrr punya ya.. hahaha.. lubyu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea