Laman

24 April 2012

::Lawak Sabahan:: Apa Kaitan Kunu?

Celoteh Aku MamaGlam at 9:43 AM 0 berbalas bebelan

21 April 2012

::Lawak Sabahan:: SAndinya

Celoteh Aku MamaGlam at 9:58 AM 0 berbalas bebelan

19 April 2012

Glow Mag

Celoteh Aku MamaGlam at 4:29 PM 1 berbalas bebelan
Jarang-jarang mamaG nak beli mag kan. Tapi time tu pi la watson nak beli stok pencuci muka yang tggl skit jew tu. masa time bayar tu ternampak ni hah majalah baru ni. Ntah betul ke baru atau mamaG yang baru nampak kn. almaklumlah mamaG bukannya selalu beli mag ni, kurang minat.

MamaG beli mag ni kat watson. Harga dia kalau guna memberkad watson RM2 jew, kalau xde memberkad, RM3 jew, kurang seringgit jew. Hohoho

So, mag ni memang penuh ngan tips2 kecantikan dan kesihatan. Memang berbaloi l beli. MamaG suka sebab tak banyak iklan macam mag yg lain tu. lagipula isu, topik san the it present the topik sangat uptodate dan sangat apa ya nak cakap. Kira macam best la. Simple but padat dgn info gitu.

So kenkorang kat luar tu pi la beli majalah Glow ni, x rugi pun dan sangat murah.

17 April 2012

Resipi : Cheese Cracker Faveret Rayyan

Celoteh Aku MamaGlam at 11:22 AM 0 berbalas bebelan

Owkeh, dis week boleh la dilabelkan sebagai the week where my kicen berasa soooliciously. Mangaiii.. hahaha..

Okeh ni nak kongsi pulak resipi Cheese Cracker kegemaran Rayyan. Jangan xtau, terkejut mamaG bila dia merengek depan peti ais nak mkan snek tu. Sabar jee la. Anak sapa la tu ek ;P

Bahannya:

Cream cheese
Butter
Gula icing
Susu cair (blh pakai whipping cream)
Biskut Cheese Cracker
Sprinkle warna warni

Cara nak buat, memangla sangat senang. Anak korang yg darjah satu pon leh buat owkeh.

Memula masukkan butter, cream cheese dan gula icing dalam bowl, pukul guna mixer sampai sebati. Sambil tu masukkan susu segar or whipping cream sikit-sikit. Pukul lagi sampai sebati dan kembang.

Masukkan cream yang dipukul tadi ke dalam beg piping dan guna corak muncung piping kesukaan masing2. Bagi yang xde bag piping boleh guna plastik biasa jew cumanya xda corak la.

Pastu mulakan sesi mempiping cheese cream tu di atas biskut cheese cracker td. Dah siap, boleh taburkan sprinkle kegemaran masing. Kalau taknak sprinkle, boleh hias letak cip coklat pon boleh. Ikut suka la.

Pastu dah boleh hidang.







Resipi cipta syok sendiri: Kentang Sumbat Chezzy.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 AM 0 berbalas bebelan

Wah, walaupun penat wat kek bufday dan cupkek untuk Irfan semalam, dalam penat2 uruskan rumah n kids dan tak cukup tido, mamaG tetiba dapat idea nak cipta resipi. Bagus tullah dapat ilham time2 penat n ngantok. Tapi memang berbaloi and damn so yummylicious. U guys out there shud try it (buat sendiri la owkeh!)

Time kemas-kemas dapur, tetiba nampak banyak tul ubi kentang ni. Echik Asben suka tul beli ubi kentang senyap2 pastu tak tau nak buat apa. Hurmm sabar jewla kan. Daripada ubi tu tumbuh tunah baru nak berbuah sendiri kat raga sayur kering, baiklah i do something yg blh dimakan for dinner nnt.

Buka peti ais, hurmmm... Nampak keju, sosej, sayur lobak, sos keju mcm kat kfc tu, telur.. hurmmm... "blink!!" Tetiba lampu kat atas kepala nyala.

Ha nampak sedap kan kalau tengok kat pic tu kan. Hah memang sangat sedap ko! MamaG dapat two thumbs up owkeh dr enchik suami dan kids. Siap request nak lagi. Lagipun sesuai jg utk jadikan snek time minum petang kew, time tgk tivi kew. Ok mamaG gtau camna nak masak. Ni memang tadak tengok or tiru mana2 blog or website resipi okeh. Ni memang fresh dr ladang punya owkeh. Sekali dia blink terus jew buat. Wallah, menjadi n sedap gilerrr. Maha Suci Allah yg bagi mamaG ilham untuk kenyangkan 3 hero mamaG n me too. Hepi jew makan.

Owkeh dah termengarut panjang dahni, kang ada yg marah la tak sabar sabar nak tau macam mana nak buat. Owkeh la laling-laling ku. Bahannya:

Ubi kentang
Telur
Sosej
Keju
Sos keju
Butter
Garam
Sayuran (mamaG pakai kobis, brokoli, lobak merah) - ni ikut suka la nk sayur apa pun yg korang suka.

Mula-mula tu amik la kentang bulat, kulit xyah nak kupas lu (tp kalau nk kupas terus pun boleh) pastu belah dua then rebus camtu jew. Jumlah kentang terpulang sukati korang la.
Dah rebus agak2 masak tu, toskan pastu kupas kulitnya.

Korek tengah2 kentang, penyekkan sampai jd macam whipped potato kat kfc tu. simpan kat mangkuk lain.

Amik sayuran dan sosej, potong dadu halus. Supaya budak2 senang nak makan. Terutama bg kids yg memilih mknn or xsuka sayur. Lagi halus lg bgs, xda alasan kids nak asingkan syur kan.

Lepas tu, panaskan butter, tumiskan sayuran, sosej, and apa2 saja la bahan ikut sukati korang. Agak-agak masak letakkan garam secukup rasa. Masukkan keju. Gaul lagi sampai serasi. Pastu masukkan kentang yg dah dilenyek tadi. Gaulkan sampai sebati dan nampak macam begedil yg ready nak d masak.

Amik kentang rebus yang dah d korek di tengahnya. Sumbatkan tumisan kentang tadi kat tengah-tengah kentang rebus berlubang tu. Dah siap sumbat semua kentang tu, pukul putih telur. Celupkan kentang sumbat tadi ke dalam putih telur dan goreng. Sila goreng ala ala bergedil yew. Sebabnya kentang tu kan dah masak. So agak-agak dah garing or keemasan bolehlah di angkat, toskan minyak.

Hidang d pinggan dan letakkan sos keju d atas kentang macam kat gambar tu.

Resipi ni juga boleh di bakar dalam oven, lagi sedap dan rangup. Cuma tak perlu celopkan putih telur. Cukup sekadar sapukan putih telur di bahagian atas kentang sumbat tu. Dan bakar d oven.

So yummylicious owkeh. My kids yg pemilih makanan dan xsuka sayur tu, sangat sukakan dish ni. Makan without nasi lagi sambil tgk katun. Their lovr it!

So apa lagi korang, give it a try la, tgk respon. Mesti korang senyum lebar dan puas hati punya la. Guaranteed... So enjoyed!





13 April 2012

13 April 2012 - Hepi bday to Ifran!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:58 PM 1 berbalas bebelan
Alhamdulillah, tahun ni langsung tak lupa bufday c bujang mamaG, Irfan. Muahahahaha. Akhirnyaaa, kalau tak asik lupa jew, kadang dah plan baik punya utk bufday dia nak buat apa, skalinya bila in the event, mesti terlupa juga sebabnya sibuk dgn hal-hal opis.

Tahun ni, memang semangat betul la. So, utk meraikan ketidaklupaan (wah ade ke dalam kamus?) mamaG n Encik Asben, mamaG dengan semangat waja yang tinggi nya, nak buatkan kek dan jugak cupkek utk ari jadi Irfan kali nih. Wah, macam mana rupa la mamaG tak tau. Tadi time lunch pi ngan Kak Azie, beli barang-barang utk masak kek n cupkek. 

Kalau nak buat cupkek ala-ala cam gambar ni okeh ker? wah terornya ekau mamaG, wahahaha... Kalau jadik, memang salute la.. hahahaha... (wah berlagaknya dieee, mixer pon tak beli lagi.)

Wah, takpe2 kang kalo menjadik ke tak menjadik ku uplod jugak lam blog nih.. (berdoa: moga-moga menjadi la wei, terutamanya bab deko kek n cupcake, amiiiin)...

::Lawak Sabahan:: Staaa, Mimang Gila

Celoteh Aku MamaGlam at 10:01 AM 0 berbalas bebelan

12 April 2012

Ntahalh Kenapa nih Hari...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:13 PM 1 berbalas bebelan
Ya Allah ntah kenapa ntah, hari ni hati ni rasa macam terlalu sedih jew. Sampai mood memang betul-betul down, nak buat keja tadak mood, nak makan pon ala ala jew. Hati sayu giler. ntah kenapa. Mungkin ka ada petanda apa-apa nih? Anyone boleh bagitahu ker? 

Kadang sampai rasa nak nanges ni hah sebab hati terlalu rasa pilu jew.. Wah dah macam putus chenta dah ko mamaG oiii.. 

Tapi seperti yang mamaG dah maklum dan standby, bulan April ni memang bulan yg agak sibuk buat mamaG. Hal kerja dan juga hal peribadi. Hurm too pack schedule nyee.. Syukurlah, mamaG still boleh act like pro. Tak mencampurkan urusan hati yg pilu dengan urusan kerja yang banyak. 

Awal-awal pagi tadi lepas bekfas kuih muih Malaysia (wah gitu. Jarang-jarang la makan bekfas kuih muih kan). mamaG cuba sebaik dan se-pro yang boleh buat keja mamaG. Sart wif keje mengadap telefon, dok sebok bergayut nak mengkonfemkan kehadiran untuk mesyuarat, petang ni, Ari Senin dan Selasa minggu depan. PAstu tak perasan masa dah lunch time pulak, tapi keja tak siap lagi. MamaG kena buat few folders untuk mesyuarat la pulak. 

Sib baik la mamaG dalam mode pilu dan dun care watever orang lain nak buat, mamaG buat muka dek jew.. Melantak melingkup la korang nak buat apa, janji apa-apa arahan dan keja bos bagi aku buat sepandas yg boleh. Lepas tu dah, duk diam ngadap komputer lak. Surf internet dok cari artikel-artikel ayng boleh dibaca yang boleh menenangkan jiwa dan meng-happy kan semula diri ini..Hari ni banyak mendengar dan membaca daripada gelak ketawa dan berjimba-jimba sambil wat keja. Happy jew, gelak jew keja. Tapi keja jalan owkeh.. Cuma hari ni memang mood nak gelak pun paksa diri owkeh (ni 1st time ever nih)..

Ni time buat entri ni, mamaG sebenarnya ada keja lagi nak kena buat ni, nak kena carik semua agensi/Kementerian/Universiti/persatuan di seluruh sabah dan sarawak yang berkaitan dengan perhutanan. Memandangkan mamaG tengah blur balik dan rasa cam kosong jew, tu yang mamaG dokwat entri ni, stop kejap ngadap internet. 

Owkeh la, masa 'rehat' dah cukup, sambung blk keja, kang lambat pula balik petang ni. Nampaknya petang ni mamaG perlukan terapi chenta dari Enchek Hubby nih.. Tiba-taba nak rasa 'selamat' dr enchik Hubby. Arap-arap la enchik Hubby balik keja awal ari nih. Dah 2 bulan asik balk malam jew. Sibuk betul ngan keja, projek banyak. Rasa sunyi pulak la asik tinggal bertiga dengan kids jew.. Rasa tak lengkap jew. (Okeh pasni pi tepon enchik Asben la).. 

Assalamualaikum... Moga korang semua ceria selalu, owkeh! 
 

::Lawak Sabahan:: Tahun Depan Sak La

Celoteh Aku MamaGlam at 10:10 AM 0 berbalas bebelan

11 April 2012

Panjangnya Angan-angan Akan terputus bila...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:48 PM 0 berbalas bebelan
Selagi hidup hanya satu yg Nabi saw bgtau yang tiada penghujung, iaitu pnjangnya angan2 manusia...mengatasi had umur sendiri...tapi Nabi nasihatkan, perbykn untuk ingt mati blh padamkn angan2...

Wallahua'lam.

10 April 2012

Memang Malatop! Ziana Zain n Azlan Typewritter (ABPBH2012)

Celoteh Aku MamaGlam at 4:33 PM 0 berbalas bebelan

I really love performance dorang tau. Dah lama betul tak tengok kak Ziana (wah bajet macam la Ziana Zain akak ko ek mamaG) perform live la. Duet pulak time ni dengan Lan typewriter, fuhh sangat-sangat malatop ko! Best Ever okeh, salute! 
Sesuai la utk penutup majlis, rasa berbalaoi tido lambat time tuh. huhuhuhu.. Meremang hah bu;u roma ni dengar dorang ni duet lagu kak Ziana. Melodi pulak dia ubah sikit kasi ala-ala rock gitu kan. Wahhh, sangat best.. Bagi mamaG la kan, tak tau la korang pulak kan, lagipun ada ku kesah, hahahaha...

09 April 2012

Kena Tindih Hantu Time Tido?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:24 PM 2 berbalas bebelan
Owkeh, korang pernah tak kena tindih hantu kononnya time tido? Ala selalu mamaG dengar ni pengalaman budak-budak sekolah, terutamanya yang sekolah berasrama penuh. Betul tak betul tak? Sila angkat tangan... huhuhuhu...

Alhamdulillah, setakat ni mamaG belum pernah alami lagi la dan kalau boleh tak mau la rasa macam mana orang lain rasa yang kononnya kena tindih hantu time tido ni. Tapikan persoalannya sekarang ni, betul ke ada hantu tindih yang suka sangat nak menindih orang time tido ni? Apa hantu tu tadak keja lain dah ke nak buat sampai nak tindih-tindih orang ni? Wah soaklan bajet, pandai ni hah, hahahah.. (Nauzubillah, jauhkan la aku dari bala hantu tindih kononnya ni kan).. 


Kadang tu percaya jugak tuh cerita org-org yg penah kenah tindih nih, kesian jew. Terfikir mamaG, macam mana la kalau kena kat mamaG kan. Habis la.. Tak tau nak buat apa. Tapikan, mamaG ada terbaca artikel kat satu blog ni, dia cerita pasal kes hantu tindih ni la (tu yang ada idea wat entri ni). Pasal hantu tindih ni, sebenarnya tak berapa benar, tu kira tahyul la. Ye la hantu kan mana ada jisim, macam mana pulak la dia nam menghimpit orang kan (hurmm, betul jugak tuh).. Tapi kalau dalam kajian saintifik, kes-kes macam nih dipanggil "Sleep Paralysis". 


Dapat jew, perkataan saintifik tu, mamaG pon apa lagi pi la rujuk ngan Wiki. maka jumpa la maksud penyakit ataupun sindrom tersebut. Lepas dah translate dalam Bahasa Malaysia, "Sleep Paralysis" nama glamer melayunya ialah "Kelumpuhan Tidur"..  

Maksudnya = 
"Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas."

Memandangkan, bila mamaG baca istilah maksud sindrom Kelumpuhan tidur tu, banyak sangat ayat-ayat pelik yang saintifik dan dibaca pulak oleh orang yang tak berapa nak saintifik, makanya, mamaG bagi je la korang link untuk korang baca sendiri dan korang cuba fahamkan sendiri. Bukannya mamaG tanak ulas apa maksud sebenar sindrom itu, tetapi, kalau mamaG ulas, mau lapar balik perut mamaG ni hah, tak paham-paham jugak kan. So, untuk maklumat lanjut (wah ayat dah macam dalam iklan la pulok!) sila la rujuk link Sleep Paralysis a.k.a Kelumpuhan Tidur ini.

Okies, lepas baca artikel pasal sindrom ni, kurang la sikit panic takut kena sindrom nih. Tapi atleast we know that it's nothing to do wif the hantu- hantu kat luar tu kan. So, tak payah nak menggedik nak seram-seram bagai, owkeh.. huhuhuhu.. Sama-sama la kita mohon perlindungan daripada Allah swt supaya perkara yg tidak baik dijauhi dr kita dan sentiada diberikan perlindungan. Daaaannn, paling penting, sila baca amik wudhu', baca doa, ayat 3 qul sbelum tidur. Insya Allah, kita dah buat apa yang sepatutnya untuk melindungi diri sebelum tidur, maka kita berserah dan bertawakal la kepada Yang Maha Esa. Aminn...

p/s: wahhh, entri kejap ala prof, kejap ala ustajah gitu.. hambik ko! huhuhuhu
 

08 April 2012

Alamak ai.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:10 PM 0 berbalas bebelan

Okeh ni ari ahad. Mean esok ari senin la kan. Waduh mean juga masa utk keja la besok kan. Huhuhu. Pesal la ujung minggu tak 3 ari kan. Huhuhu.. memandai jew ko mamaG. Coti jew ko nak.

Ni nak cerita skit ni. Pening la kepala mamaG ni nak pikirkan apa la nak dimasak utk lunch ni weh. Especially utk kids ni. Kalau nak lepas tekak mamaG n hubby mmg senang jew. Tapi bila tiba bab kids meal, waduh waduh poning mak eh. Dorang ni bukannya tanak makan cuma memilih makan. Haish...

Macam dah masaknya tapi abis2 pun mamaG n hubby juga yg kena abiskan. Dorang makannya skit jew. Pening la hai. Ni dah masuk lunc time tapi kami dok santai lagi tgk tv sambil main guling2. Penat eh. Layan je la bebudak ni.

Ya Allah apa ku membebel ni? Hellooooo mamaG sila fokus pikirkan apa nak kasi budak ni makan ha. MamaG rasalah kan, budak2 ni bosan kut asik makan nasik, sup2 n etc. Mungkin skali sekala nak kena makan ala2 west2 kut. Huhuhu... (alasan k jew mamaG tanak masak ek? Ada hati la tu nak pi order domino tu...) Hurm pa kata mamaG order apa2 yg boleh deliver depan pintu umah. Owkeh tak? Huhuhuhu...

Mmm tp nak order apa ya???... oh mamaG tau last month mamaG order lasagna ngan ayam bbq kanmain laju lagi dorang makan. Oh ok kut. Kenyang la kut tu. Kang kalau x kenyang baru mamaG bg mkn bende berat lak kan. Huhuhu me laik.. owkeh la, publish entri n cepat then make a call. Yezzaa. Have a funlicious lunch!

07 April 2012

Caraku Manjakan Diri d Weekend

Celoteh Aku MamaGlam at 3:08 PM 2 berbalas bebelan

Yeay, it's weekend owkeh, me loikeee. Memandangkan ari ni itew enchiek Rayyan in da very good mood dan hepi ja, so ada can la mamaG nak manjakan diri in a very hepi mood. As owez, mamaG akan buat ni semua once a week jew. Lain hari xda masa or memang x sempat. 

 

Ari ni cuma buat utk whitehead jew. Laaaa, apa daaa. Huhu.. Mesti korang igt mamaG nak buat sumting spesel kan. Ekeke. Bg korang yang lain mungkin pekara biasa da memang selalu buat. But as for me, memang sangat2 susah ada masa nal buat owkeh. Diingatkan lagi.... Sangat-sangat owkeh. Bila dapat buat tu, uishh fuhhh... Heaven owkeh. Heavennnn.. Tapi hari ni rasa nak buang whitehead kat pipi skali. MamaG pun buat la xperimen letak stiker whitehead kat area pipi yg kononnya ada whitehead. Kut la kan terkeluar w/h tu. Sybas bethe. 

 

 

 

Wah rasa segar dan release tense kat muka ni haha. Tense la sangat kan. Whitehead kat pipi mmg keluar la. Wah amajing la... Huhuhu... 

 

P/S: mamaG try pos guna email thru hp. Arap2 dpt. Huhuhu.. 

Alkisah Hati

Celoteh Aku MamaGlam at 2:29 PM 0 berbalas bebelan

Tak kira kita buat baik macammana pun, belum tentu orang suka kan. Tu la dia manusia. Manusia yg sentiasa tak suka dengan kelebihan atau kekurangan orang lain. Ada ja la yang tak kena kan. Ada kelebihan orang dengki, cemburu. Ada kekurangan orang keji, hina la pula. Memang sifat manusia macam tu kut.

MamaG teringat kata-kata sorang kawan mamaG tu. Manusia kalau dah terjangkit penyakit hati, jadi macam tu la. Yala apa2 persengketaan yang terjadi antara manusia ni sebenarnya datang dari bisik hati yang tak sihat. Banyak sangat perasaan yang tak sihat tu.
Apa saja yg dibuat semuanya tak kena di mata hatinya.

Lagi bahaya, bila penyakit hati ni makin teruk boleh menjangkit mulut pulak. Ha yang ni lagi dasyat. Sebab bila hati rasa tak sihat tengok org yg dia x suka, perasaan di hati tu akan menghantar isyarat kepada mulut supaya buat sesuatu dengan kuasa mulutnya.

Korang jangan tak tau, mulut kita ni sangat besar kuasa dan pengaruhnya kpd orang lain berbanding anggota yg lain. Sekali buka mulut jew, silap2 gelap masa depan. Tapi bukan semua kuasa mulut tu tak baik. Semuanya bergantung juga pada empunya mulut dan hati. Bersih jiwa dan hatinya drp penyakit kronik, insya Allah sihat la pengaruh yg keluar dr mulutnya. Tetapi kalau jiwa dan hatinya xsihat dan berpenyakit, insya Allah apa yang keluar dr mulutnya juga pasti akan memberi pengaruh yg teruk kepada org yg mendengarnya.

Silap-silap, org yg mendengar pengaruh mulutnya pasti akan turut sama terjangkit penyakit hati yg sama. Biasanya irg yg berpenyakit hati ni hidupnya sentiasa bermasalah. Hatinya tak tenang. Sentiasa berprasangka tak baik pada org lain. Sentiasa terasa hati bila org lain ckp atau buat sesuatu. Yela biasanya org yg buat salah senyap2 ni jew akan terasa sendiri padahal org tu tak maksudkan apa2 pun kan.

Org berpenyakit hati ni sentiasa melihat org lain tu dari sudut negatif sahaja. Dan sentiasa cuba utk menjatuhkan org lain. Dan juga dia sentiasa akan terfikir yg dirinya mungkin akan dianiaya atau ada org cuba menjatuhkannya. Padahal itu cuma mainan perasaan hatinya yg sakit.

Sebab itu la, dalam Islam kita ni disuruh menjaga hati kita baik2. Bimbing hati kita ke jalan yg baik. Sebab kerana hati mampu mempengaruhi setiap pergerakan, pemikiran dan perasaan kita menjadikan kita seorang yg baik ataupun jahat. Hanya kerana hati.

Jadi berhati-hati la dengan org yg ada penyakit hati ni. MamaG dah selalu jumpa dengan org yg berpenyakit hati ni.

Tapi macam mana kita nak tau org yg berpenyakit hati ni? Memang susah nak kenal. Sebab mereka ni pandai berpura-pura, berlakon ataupun hipokrit. Depan kita lain, belakang kita pula lain. KLau nak tau juga, tunggu la bila korang rasa kwn yg baik atau nampak baik tu, menikam dari belakang korang. Bila korang tanya x mengaku. Atau dia mengaku buat salah tapi lepas tu buat lagi tanpa segan silu. Keep on doin it! On and on and on and onnnn...

Sampaikan korang berkata-kata dalam hati, "what on earth he/she is trying to do?! What hv i done to u? Why he/she do diz to me? Why he/she keep on doin dat to me? " dan byk lagi la soklan ala2 terkilan gitu kan.

Apa2 pun, mamaG tak ada cara yg baik utk selesaikan masalah org mcm tu. Sebabnya mamaG dah buat macam2 utk berbaik dan cuba utk tidak buat sesuatu yg menyakit lg hati org yg berpenyakit hati ni dgn terus bersabar dan berdiam diri.

MamaG cuba tanamkan dalam hati dan fikiran agar cuba memikirkan mungkin ianya berpunca drp mamaG sendiri yg mamaG tak sedar. Mungkin sikap mamaG yg aktif, peramah, byk sgt idea, byk benda yg mamaG tau, buat sebaik mungkin kepada org lain, tidak menganiaya org lain, berkawan dengan semua org tu la yg mungkin tidak disenangi org yg berpenyakit hati ni.
Satu jew jalan, korang sentiasa la berdoa supaya dilindungi drp pengaruh org yg berpenyakit hati ni dan doakan juga agar penyakit hati dorang cepat sembuh. Tak payah la korang nak balas balik apa yg dorang buat kat korang. Sebabnya kalau dipikirkan balik, bila korang balas balik dan buat sama mcm dorg buat or buat lg teruk, tu maksudnya korang pun dah terjangkit dengan prnyakit hati macam dorg owkeh. So, hidup sihat dengan hati yg sihat.

06 April 2012

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi

Celoteh Aku MamaGlam at 1:23 PM 0 berbalas bebelan
Assalamualaikum uols,

Salam Jumaat, hari penuh berkah gitu kan. Wah bosannya. ari ni mamaG memang takda plan langsung nak kemana-mana (wah sungguh amazing gitu kan). Selalunya pantang ari Jumaat, time lunch jew panjang jew langkah tuh.. huhuhuhuhu..

Tapi waktu bosanku diisi dengan baca blog-blog di internet pasal keagamaan gitu kan. (Wah mentang-mentang ari Jumaat, ahaks!). Macam-macam topik mamaG baca, alhamdulillah, insya Allah dapat ilmu berkah hari nih sambil buat keja kat meja nih. Ada satu artikel ni, mamaG baca, pasal Perfume.. Wah, cuba bagitau sapa sini yang tak suka pakai perfumes atau kurang minat dengan perfume? Or fanatik gila pasal perfume? Kira macam Perfume Lovermaniac gitu kan. Pantang nampak perfume, semua nak beli. Aish....

Kalau mamaG ni, to be honest (wah sepeking ko mamaG)... mamaG kurang minat pakai perfume nih. Ikut mood la.. Rasa nak pakai tu, pakai la.. Tapi selalunya tak pakai la... huhuhuhu, yakin jew ko badan tu tak berbau kan.. hehehehe...

Ok, cubak orang baca la artikel tu mamaG copy n paste jew.. Bukan tanak ulas tapi tak berani nak ulas apa@ sebab ianya melibatkan hadis2.. So, lepas korang baca, korang pikir la sendiri yek..

************************************

oleh - Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah
———————————————————————————————

Hadits Pertama :

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kedua :

حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة

“Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :

أطيب الطيب المسك

“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :

إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا

“Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :

أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة

“Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :

إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة

“Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :

أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Keterangan :

1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.” ( Al Ahzab : 21 )

Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi Shollallahu alaihi wa sallam.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

”Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)

Kesimpulan :

1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. Demikianlah jawapan saya.


Sumber : Soal Jawab Wanita & Keluarga

02 April 2012

::Lawak Sabahan:: Sup Batu?

Celoteh Aku MamaGlam at 9:45 AM 0 berbalas bebelan

01 April 2012

Weekendmania

Celoteh Aku MamaGlam at 11:49 AM 0 berbalas bebelan

Ya Allah, ari terasa sikit kepenatannya la. Semalam, bangun awal pagi macam nak pi keja. Dok settle kan kids anta pi rumah pengasuh sebabnya mamaG ada kelas buat roti. Start jam 8pagi sampai tgh hari.

Cakap pasal kelas buat roti, Ya Allah mamaG mmg syukur sgt dpt hadir kelas tu. Dah la Free. F.R.E.E okeh! Memang berbaloi pi kelas tu. Byk yg kita belajar dan dapat info pasal industri roti d Malaysia ni. Credit to team Bite Republic ni. Plus, roti yg d buat tu marvelous dan superlicious!

Sapa nak pi kelas ni bagi tau la. Nanti mamaG boleh arrange kan. Insya Allah. So enjoy dat baking class moment. Kenyang roti jew lunch tu.

Habis kelas, pi pulak warta bangi. Temam member pi kedai kain. Tap kejp jew. Sebabnya enchik hubby dah tepon dok tunggu kat umah. Huhuhu.
Sampai umah, rehat2 pastu.... Ya Allah, terlupa nak pi umah pakcik mamaG kat Kota Warisan. Ada house warming. Dia baru pindah rumah. Huhuhu mahapkan kami yew. Insya Allah len kali kami berziarah. Totally forgot okeh.

Lepas maghrib pula mamaG teman encik hubby pi majlis bertunang kawan opis dia. Orang India. Waw, majlis bertunang dorang gila meriah weh macam orang kawen hah. Tak tau la kan memang dah macam tu kew atau orang tu yg over eksaited. Bila encik hubby tnya mmg mcm ni ramai kew kalau majlis btunang. Jawap kawan dia. Tak la, sepatutnya 50org sbelah lelaki, 50org sbelah pompuan jew spatutnya hadir. Tp pihak lelaki dah bawa lebih org sampai 2-3 bas.

Mak ai, lupakan yg 2-3 bas tu, tu konfem2 ramai kan. Yg sepatutnya 50org setiap pihak tu jew pon dah ramai kan. Mak ai, memang rmai semalam. Meriah dgn org bgendang n trumpet panjang tu. Tp kqmi kejap jew kat citu. Kids dah mula bosan.

Lepas jew majlis tu, kami pi beli barang dapur kat ekonsave. Pastu yang dtunggu c Irfan apa lagi kalau bukan pi down town the mines. Ya Allah round2 kat ctu nak cari stokin ben10 jew pun. Penat gila okeh round kat down town tu. Byk gila gerai dia. Rasa macam nk patah dah kaki ni. Sampai kat uma jam 12 dah,  mandi, makan dan tido.  Pagi ni anak beranak bangun lambat. Dah jam 8.15am br terjaga. Huhuhu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea