Laman

29 December 2011

Taska Untuk Irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 12:57 PM 3 berbalas bebelan
Salam semua, tadi pagi mamaG ngan kawan opis mamaG pi tengok Taska kat JPN, Putrajaya. Taska Seri Perdana. Ala betul-betul berdepan dengan opis mamaG jer. Senang Sikit. Hajat dihati ni nak tunaikan permintaan anak bujang mamaG si Irfan tu yang kononnya nak minta pi sekolah tahun depan.

Beberapa bulan kebelakang ni mamaG memang tengah sibuk sikit la jugak dok cari-cari taska-taska yang sesuai dan dekat ngan opis mamaG. Alhamdulillah, dapat jumpa kat JPN, Putrajaya ni. Tadi pi ngan kawan opis mamaG nak pi antar borang pendaftaran dan nak tengok sekali la tempat dan suasana taska tu macam mana kan. Yela kut-kut tak kena di hati, biasalah para ibu yang tak pernah ada pengalaman antar anak pi taska. Takut la anak tak selesa ker atau ras tak selamat ker. Tapi so far, ok la, alhamdulillah. 

Rasanya Irfan boleh kut belajar kat taska nih. Cikgu-cikgu yang kami jumpa pun ok, peramah dan tegas dengan budak-budak yang nakal sikit. Keadaan sekitar, luas, bersih, teratur dan selesa. 

MamaG sempat la juga menyebok tanya macam-macam. Ye la, kita kan sebagai ibu lebih tahu perangai anak kita kan. Takut la jugak kan cikgu-cikgu kat dalam taska tu tak tahan ngan Irfan. Dah Doktor pakar kanak-kanak pun kata Irfan ni lain sikit. Dia terlalu aktif. Bukan hyperactive tapi sangat aktif.  

Okeh back to taska. mamaG difahamkan, tahun depan pemilik taska ni nak mulakan program baru untuk kanak-kanak 3-4 tahun. Dorang nak gunakan konsep dan program ALIM Kids. Sebbab sekarang ni taska ni tak pernah buat program ALIM Kids tuh. Tahun depan baru nak start. Dorang nak upgrade sikit cara didikan di taska. mamaG pun angguk-angguk macam paham jer apa tu ALIM Kids kan. Dalam hati tu cakap, "oh ok la tu, insya Allah jadi alim anak aku yang sangat nakal dan aktif tu." ekekeke.. 

Balik jer ke opis mamaG pun pi la check kat internet, pi la google pasal ALIM Kids tuh. Nak tau la apa tu? Konsep? Program? OOOOoo baru mamaG tau apa tu ALIM Kids. Bila baca pasal ALIM KIds tu, bagus juga. Pembelajaran secara bermain. Bagus juga modus ni. Yela, budak-budak 3-4 tahun ni kan suka eksplor mende baru dan cepat bosan. Kalau guna konsep dan program ALIM Kids ni, bagus juga. Baru dorang rasa seronok belajar. 

  Cikgu-cikgu yang mengajar dalam program ALIM Kids ni memang dah di latih dahulu sebelum memulakan program nih. Dorang cikgu-cikgu ni diajar modul-modul yang akan digunakan untuk menarik minat kanak-kanak belajar dalam keadaan seronok. Kira macam main sambil belajar la kononnyer. Okeh, ni sikit info pasal apa itu program ALIM Kids yang mamaG baca. Copy & Paste jer la kan.

 What is ALIMKids Playgroup?
A "play and learn" playgroup program for children ages 2 to 4 years old, with carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intelligent and competent Muslim chlidren.  The playgroup runs for one hour per week, usually on weekends and mothers are encouraged to join in the activities.

What is a playgroup?
  • Gives children an opportunity to have fun, make new friends and develop new skills through informal play.
  • Provides parents and carers with an opportunity to meet other parents and carers, make friends, and share ideas and experiences.
  • Allows parents and carers to spend quality time with their children, encouraging, helping or simply playing with their children.
Why Alimkids Playgroup?
  • Provide an integrated complete playground curriculum for children ages 2 to 4 years old. - 1 hour only on every weekends.
  • Carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intellectual and competent Muslim children.
  • the program comprises of both whole language (thematic approach) and phonics (early literacy) using resources relating to Islam
    • Instilling in the children Oneness of God in early concept of Tauhid.
    • Cleanliness in Fiqh
    • Stories from the Quran in Sirah.
    • Simple Daily Du'a.

Ni pula beberapa pics mamaG dapat yang menunjukkan semua cikgu-cikgunya di latih dulu. Jom tengok. 





Emmm, setakat ni, kira ok la kut taska yang mamaG pilih untuk Irfan. Apa-apa pun mamaG nak tengok dulu progress Irfan untuk 6 bulan pertama nih. Insya Allah arap-arap dia seronok dan minat belajar. Doakan ya.  

25 December 2011

Rajinnyaaaa

Celoteh Aku MamaGlam at 8:30 PM 0 berbalas bebelan
Rajinnya Rayyan, awal pagi tadi tolong mamaG vakum lantai pastu mop lantai sebelum bergerak pi mandi sungai. Awal pulak tu bangun. Ni yang susah kalau anak mamaG yang kecik ni dah bangun, susah la mamaG nak buat kerja rumah. Cuba tengok gambar Rayyan mop lantai, rajin tuh. Terima kasih, sayang Umi. Arap-arap sampai bila-bila la rajin dan ringan tulang tu ya.


Siap pakai pampers jer hah. Serius lagi tu muka tuh. hehehe muah muah muah anak Umi!

Dah Ada Pesaing Sengit la Skang nih.

Celoteh Aku MamaGlam at 4:27 PM 0 berbalas bebelan
Dasyat la anak-anak Umi skang makan durian, bikin takot woo... Abisla lepas nih kena beli durian banyak drp biasa, sebab dah ada persaingan sengit di antara mamaG dgn kids.


 Hah, dasyat kan.. Tula tak caya lagi.. Ni makan durian ni time lepas balik dari mandi kat Sungai Congkak la nih. Dah sejuk-sejuk mandi, panaskan badan la pulak makan durian.. hihihi...

Beachy Chrismast!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:24 PM 0 berbalas bebelan
Selamat menyambut hari Natal untuk semua kawan-kawan dan kenalan yang beragama Kristian. So, memandangkan cuti krismas ni, lama sangat kan, 3 hari gitu kan. Ya Allah, macam biasalah mamaG na enchek asben, tiada plan jangka panjang. Selalunya mestilah plan tiba-tiba. Macam juga la plan time cuti krismas nih. Uols nak tau, kul berapa enchek asben dapat ilham nak pi bercuti kat PD, N9? hah, jam 4.30 pagi, okeh! 4.30 AM?!!!

Tetiba kejut mamaG yang sedap jer tengah mimpi yang tak berapa nak indah tu kan suh bangun, kemas barang-barang, nak pi bawa kids mandi pantai kat PD. Mula-mula tu ok la, ingatkan mamaG iklan mimpi mamaG ker mamaG mengigau ker apa kan, so titon la balik. Sekali tu, ku 4.45 am tu, enchek asben kejut lagi sekali, suh bangun cepat, nanti lambat. Ya Allah, lambat mendenyer? Ni baru jam berapa nih? Nak kejar-kejar mende la kan.

So, terpaksala jugak bangun kan, hadoi la. hihihi, tapi kan, part yang paling terbaeek sekali tu time kejut tu kan, enchek asben kata "Sayang, bangun. Pi kemas-kemas barang semua, kita bawa budak-budak mandi pantai pagi nih. Sayang kemas apa yang patut, aku masak bekal bi hun, sayang, drive pi PD, okeh! Dah cepat bangun!"

Hadoilah kan, mamaG jugak kena drive pagi-pagi buta tuh kan. Sabar jer la.. Tapi takpa la, ilham dah datang, so pegi jer la. So, jom tengok apa kami buat kat Blue Lagoon beach, PD.

Ini budak kecik asik main pasir jer, abis dia main baling-baling pasir kat kepala dia. aiseh!


Ini gambar sebelum mandi. ni baru sampai kat pantai dalam dekat-dekat jam 7 pagi. Fuh, letih drive.. Amboi, eksaited Rayyan tengok pantai..

Sebelum mandi, makan sarapan dulu lar..





 Rayyan tengah mengganas. Abis semua castle hancur.. Penat jer Irfan ngan Yayah buat castle. 

Teman Yayah merenung masa depan kew.. hihihihi



Tekun jer dia..

Rayyan ama Yayah @ laut. Hamboi!

Cantik tak castle Irfan buat dan disusun oleh Umi (MamaG). Time ni, Yayah coba menahan Rayyan daripada menghancurkancastle Irfan.. Ini masuk dah kali ke-3 Irfan buat castle, asik kena runtuh oleh Rayyan jer..








Best jugak kan.. Begini la kalau memang bercuti yang tidak dirancang. Selalu pun bercuti macam ni, tak rancang. Dapat ilham, terus jer pi. Terasa nak pi, terus jer pi.. Janji, barang-barang kids settle, lengkap, okeh jer! Huhuhu... Tapi time ni, pegi kejap jer. Balik rumah terus la. Tidur, rehat dan merangka next plan utk hari cuti esok la pulak.

Sejuknya time Krismas!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:14 PM 1 berbalas bebelan
Okeh, selamat menyambut hari krismas untuk semua kawan-kawan yang menyanbutnya. Okeh, masa krismas baru ni, Umi ama Yayah bawa Irfan & Rayyan pi mandi sungai. Hah, jakun kejap Umi nengok dua beradik nih. Almaklumlah tak pernah mandi pandai seumur hidup ni kan. ni memang 1st time Umi & Yayah bawa mandi sungai pun. Yela, dulu kan kecik lagi korang berdua, pastu pulak, macam-macam lagi la alasan yang Yayah bagi bila Umi nak ajak korang berdua pi mandi sungai. Tapi tahun ini, alhamdulillah, termakbul juga hajat Umi. Ekekeke.

Awal pagi lagi dah gerak dah pi Air Terjun Sungai Congkak, Cheras Batu 9. Port pun ok. Tak deras pun, ngamlah untuk korang nak berendam kan.. Tapi air memang Sejuk gila time nih. Tapi respek la kat anak Umi Irfan & Rayyan ni, tahan sejuk. Umi pulak yang tak tahan sejuk lah. 

So, jom nengok gambar korang. Dan seperti kebiasaan, gambar Umi tentulah tadak. Abis nanti sapa pulak nak amik gambar korang berjimba-jimba kan.


Rajin anak Umi tolong kemas surat khabar yg kita jumpa. Boleh buat alas.. huhuhu

Hepi jer Rayyan mandi, sejuk tuu


Macam biasa, aktiviti febret Rayyan isi perot!
Habis sos comot kat mulut!

22 December 2011

Aku Tak Perasan Kena Back Stab...

Celoteh Aku MamaGlam at 6:05 PM 1 berbalas bebelan
Sedih kan bila kita dapat tau kita ni asik kena back stab jer oleh kawan sendiri tanpa kita sedar pulak tuh. Ya Allah, kat depan kita, dia memanglah kawan yang amat prihatin, sangat la baik, suka berbicara soal hukum hakam dalam semua perkara. Tapi dari segi memfitnah, back stab, mengaibkan orang, mengutuk orang dan menyebarkan keburukan orang lain, bagi dia tiada hukum hakamnya. Kira macam imun bagi dia.

Semua tu dilakukan di belakang kita tanpa kita sedar. Boleh pulak tu buat seperti tiada apa-apa berlaku, sedangkan dia baru sahaja mengaibkan/memburuk-burukkan kita di hadapan orang lain. Begini ka kawan yg kita nak? Kenapa aku berjumpa dengan kawan macam ni dalam hidup aku yer? Mungkin Allah swt tu nak tunjukkan kat aku kut, bukan orang macam aku jer yang hidup kat dunia yang luas nih.

Lagi sakit hati bila orang sekeliling kita yang sebelum ni baik dengan kita siap boleh gelak sama-sama, gurau sama-sama dan bekerja sama-sama tanpa sebarang masalah, seperti kawan, tiba-tiba makin menjauh dari kita. Seolah-olah ada najis kat atas kepala ni. Ini semua gara-gara penyakit hati dan penyakit mulut kawan yang ntah apa masalah tak boleh tengok kita senang ataupun baik dengan orang lain ataupun orang lain suka berkawan dengan kita dan sentiasa mengharapkan kita.

Walaupun aku lambat tahu apa yang dilakukan dibelakangku, tapi aku tetap juga memaafkan dia. Masih juga nak berkawan dan bertegur dengan dia. Kenapa ya?... Mungkin memang sikap aku yang tak pandai benci orang kut yang menghalang aku membenci dia. Dan syukurlah, aku tak melakukan hal yang sama macam dia lakukan pada aku dibelakang. Bagi aku, kalau aku membalas apa yang dibuatnya, bererti sama rendahlah taraf dan maruah aku sama dia. Aku tau, walaupun aku macam ni, tapi akhlak dan budi pekerti aku jauh lebih baik dan tinggi daripada dia walaupun tak seberapa.

Wahai kawan, moga Allah swt bukakan pintu hatimu untuk betul-betul berubah dan bukannya berubah sekejap dan berpura-pura dihadapan orang. Amin...

21 December 2011

Bangun Subuh, Okeh!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:20 PM 2 berbalas bebelan
Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita ingin mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.
TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba semak diri kita, mana satu menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar sahaja bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Adakah kalian masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
Tanpa segan silu, secara beramai-ramainya kita pun bangun . Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya? Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya  tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : "Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAKAL".
Tetapi, kita sedar tak?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini? Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). - Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."
Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan juga.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda : "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)

19 December 2011

Tukar Lagi.. Wajah Baru Lagi..

Celoteh Aku MamaGlam at 5:05 PM 0 berbalas bebelan
So, ni memang konfem la ni tak bizi ni kan. Sampaikan boleh ada masa nak tukar-tukar theme blog pulak kan. Ala, apa orang kata tu nak hepi-hepikan diri gitu kan setelah sekian lama tak dapat nak bukak blog sendiri kan. Asyik bizi jer.

So, memandangkan ari nih mamaG rasa ala ala nak kiut-kiut ditu kan, sweet sweet gitu kan, konon kononnya penuh dengan feel kiut, kasih sayang dan mengada-ngada gitu kan, tetiba terasa macam nak tukar theme pun ala ala kategori yang mamaG sebutkan tadi tu la kan.. 

Okeh, Insya Allah, pasni nak wat blogwalking pulak la.. Nak jenguk teman-teman blog. Maaflah ya, kalau dah beberapa bulan ni mamaG jarang ada masa nak jenguk blog kawan-kawan semua ya. Kalau ada pun mamaG cuma sempat singgah barang semenit dua gitu kan.. Tu pun sempat baca tajuk dan perengan 1st je biasanya. Yelah, saja-saja nak tau apa perkembangan kawan-kawan semua. tu pun mana yang sempat jer pon. Macam blog Nani tu, dalam-dalam sibuk tu pun sempat juga la jenguk, kadang-kadang singgah kejap jer.. 

Okeh la, memandangkan mood mamaG ari ni mood ala ala "minta puji" orang Sabah kata, so mamaG pun tertukar (ceh tertukar la konon kan) theme yang baru nih.. New theme, new air, new look. So, sambung sok jer cerita yer.. Ada banyak cerita ni mamaG simpan nak tulis kat dalam blog nih.

Okeh, Assalamualaikum..

Alhamdulillah...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:07 PM 0 berbalas bebelan
Alhamdulillah, Sekarang ni mamaG boleh la merehatkan diri dan minda daripada sebarang kerja-kerja yang bizi. Memandangkan mesyuarat-mensyuarat untuk akhir tahun dah pon selesai. Bolehlah men-settle-kan dokumen-dokumen yang ada dalam tray in yang melambak tuh. So, Targetnya adalah kena settle b4 cuti akhir tahun. Insya Allah. 

Tapi bukan start hari ni la kan hari kerajinan tu. Insya Allah, tempoh kerajinan bermula esok. Dan coba untuk settle-kan semua kerja dalam minggu ni, so minggu depan boleh berfoya-foya, huhuhuhu.. Lagi pon, pegawai mamaG tadak dah. Ada yang dah start coti panjang sampai tahun baru.. Huhuhu, bestttt... 

mamaG? Hurmmm, mamaG memang tak coti sampai akhir tahun nih. Bukan sebab pekerja cemerlang ker pekerja contoh ke apa. Tapi sebab coti tahunan mamaG dah abis langsung since bulan 11 lagi masa mamaG amik coti balik kampung untuk uruskan majlis kawen adik mamaG.. 

Jeles juga tengok orang lain coti akhir tahun. Tapi nak buat macam mana, coti mamaG dah abis lu.. Takpa la, mamaG sedar diri.. hik hik hik..

Okeh la, mamaG out dulu nak buat keja skit (konon lah!)...

15 December 2011

Umi, Abang Nak Skolah!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:41 AM 0 berbalas bebelan
"Umi, Abang nak skola. Boleh?"... Ni pernah si Irfan tanya kat mamaG. Hurm, anak mamaG ni macam dah berminat la pulak nak pi sekolah. Ni mesti jeles dok tengok anak pengasuh mamaG yang tengah eksaited nak pi sekolah next year.

Ekceli, mamaG since pertengahan tahun lagi memang dah bercadang nak sekolahkan Irfan tahun 2012 ni. Yela, mamaG tengok Irfan ni pun nampak pintar jer, cepat jer belajar something. Cuma problem dia ialah Irfan masih lagi pelat bila bercakap. Words and ayat dia masih lagi tak jeles. Kira lambat pandai bercakap la. So, mamaG terfikir la, takut juga Irfan ni tak fasih2 juga sampai umur 5 Tahun, susah la nanti nak start sekolah.


Tapi, memandangkan mamaG bila ujung tahun 2011 ni, tersangat la banyak keja nak buat, selalu jer balik lambat sampaikan mamaG terlupa kejap nak survey Taska-taska yang ada kosong utk Irfan masuk 2012 nanti. Since bulan sebelum puasa lagi, berturut-turut busy, bertimpa-timba kerja, bertimbun-timbun surat/dokumen di meja sampai la ke hari ini.

Tapi insya Allah, mamaG manage to handle it smoothly. Walaupun tengah sibuk, alhamdulillah, mamaG dapat juga survey Taska untuk Irfan. Insya Allah kalau tiada aral melintang, Irfan akan mamaG hantar ke Taska di Jab. Pendaftaran Putrajaya, tahun depan. Betul-betul depan ofis mamaG jer. So senang sikit la nak amik. Cuma Adik Rayyan tu, Yayah la kena handle pasni.

Alhamdulillah, mamaG boleh manage to handle both keja and personal things in one time.

03 December 2011

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahumu Memikul…

Celoteh Aku MamaGlam at 11:40 PM 0 berbalas bebelan

Ya Allah, sesungguhnya, daripada-Mu kami datang, kepada-Mu jua kami kembali. Memang itulah perjanjian kami umat manusia di dunia ini. Hari ni, mamaG rasa amat sedih sangat bila dapat sms daripada kawan opis yang kira baik dengan mamaG, bagitahu yang suaminya telah meninggal dunia semalam (Jumaat, 9/12/11). Ya Allah, rasa nak jatuh jantung bila dengar berita sedih dan mengejutkan ni.

Kesian la betul kawan mamaG ni, sebabnya dia muda lagi dah jadi balu anak 2. Anak dia pula kecil lagi, yang paling kecil tu sebaya Rayyan, 1 tahun setengah. Ya Allah, beratnya dugaan yang kau terima wahai temanku.

Tapi ketahuilah, Allah swt itu Maha Adil dan pengasih. Dia menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Insya Allah, kau pasti mampu memikul tanggungjawab yang berat ini. REdha pada-Nya ya. MAmaG sebagai kawan akan cuba membantu setakat setakat yang mampu dan dengan izin suami. Akak pun, mamaG harap tidak segan silu bagitahu jika perlukan bantuan.

Sejak itu, mamaG terasa sepertinya Allah swt itu ingin membukakan mata dan pintu hati mamaG agar lebih menghargai, lebih menyayangi, lebih menghormati dan lebih menjaga suami tercinta mamaG. Tidak mensia-siakan setiap perkara yang dilakukannya demi keluarga. Biarpun tidak seberapa, tetapi harus dihargai.

INsya Allah, moga-moga Allah melindungi keluarga mamaG dan memanjangkan jodoh perkahwinan kami.

Tak dapat mamaG bayangkan kalau suami tiada di sisi bersama-sama membesarkan anak-anak anugerah Allah swt di zaman moden yang penuh cabaran dan godaan. Tambahan lagi sara hidup yang terlalu tinggi. MamaG tak dapat bayangkan, bagaimana kehidupan mamaG tanpa suami di sisi. Betapa mamaG amat memerlukan suami mamaG. MAmaG masih memerlukan kasih sayangnya, perhatiannya dan redhanya.

Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku, Kau panjangkan la umur kami, Kau murahkan lah rezeki kami, Kau tetapkanlah iman kami, KAu terima lah amal kami, Kau ampunkan lah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami, anak-anak kami, saudara kami dan dosa umat seagama kami.

Amiiiinnn..

29 November 2011

Aktiviti Lam Keta wif kids! [Gambar]

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 PM 0 berbalas bebelan
Hensem tak i?

Brothers Bros


Favret port Irfan @ Bonet belakang since speaker belakang dah kena cabut.


Ekau, makan jo la keje ekau eh..


Like brother like lil bro!

ngap, ngap, ngap...

 
 
Nila kejanya bila kena tunggu dalam kereta dengan kids sementara encik asben pi kedai. Time ni malas nak turun pi kedai, tunggu lam kereta jer la. So, aktiviti dalam kereta macam biasa lah supaya kids tak meragam sebab bosan menunggu. One of fevret aktivit dalam kereta. ahhahahha. Bak kata encik Asben, "Like Mother, Like her 2 sons"... Aiyok! Watever la kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea