Laman

29 June 2012

Photolergics vs Photogediks - Officemate

Celoteh Aku MamaGlam at 3:52 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Nak buat macam mana, it's in DNA... Photolergics? Photogediks? Wateverrrrr....

MamaG: hari terakhir kak Ina (tudung hitam putih) di opis. Wish u a goodluck my dear. Gonna miss ur celoteh ye mek. Gonna miss my beauty dan fashionista advisor. Lepas ni nak share ngan sapa lg ek pasal fashion n beauty? Muah muah muah...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Projek Tengah Malam

Celoteh Aku MamaGlam at 9:58 AM
Cerita ni: 
8 berbalas bebelan
Wah xsedar dah kul 1am la. Time to sleep ni. Ni la jadinya bila buat projek tengah malam ni. Startnya lambat jadi siapnya pun lambat juga la.

Tadi mamaG dok siapkan homework kelas jahitan. Boleh la. Alhamdulillah. Pastu sambung jahit sarung bantal kids tu. otomen, dah x sesabar dah dorang nak pakai.

Haila, biasalah kalau working women ni, kena wat projek tengah malam time kids dah tido. Supaya tiada gangguan dan keje pon siap cepat jew. Hoho. Ingat tak pasal mamaG ada cerita pasal mesin jahit jenama Brother yg mamaG baru unpack semalam? Hah, ni la baru try nya pon. Alhamdulillah, sgt senang nk kendalikan. Dan jahitan mmg sgt la puas hati. Rasa syok sgt la time mjahit.



















Utk jahit sarung bantal kids ni, mamaG jahit macam biasa jew. Jahit lurus jew kat dalam tu. pastu kat area hujung ruang bukaan untuk masukkan bantal tu, mamaG try guna patern sulam huruf dan sulam bentuk. Sajala nak try kan.

Dah ada mesin canggih cenggini rugi la kalau xtry kn walaupun 1st time pakai. MamaG cuba jela do it rite at 1st time. Alhamdulillah, berjaya, tiada sebarang agenda mentetaskan kain dan ulang jahit semula.

Amacam pendapat korang hasil jahitan sulam ku itu? Ok kan. MamaG baru siapkn 2 keping sarung bantal kids ni. Nampaknya kene sambung lg next time la. Sebabnya dah lewat sgt ni. Sok pulak Jumaat, masih keje lagi. Xmo la bangun lambat lagi.

Ok la next time mamaG cerita lagi alkisah mamaG si tukang jahit. Hohoho ^~*

MamaG: kembang kempis kembang kempis idung. .....

- Posted from my iPhone

28 June 2012

My Newly Newbie - Brother NV 50

Celoteh Aku MamaGlam at 5:12 PM
Cerita ni: 
5 berbalas bebelan

Okeh nak share, mesin jahit yang mamaG baru beli. Hurm, alhamdulillah puas hati. Walaupun masih baru lg dalam bidang jahitan ni, tapi atas nasihat dan survey2 yang mamaG buat pasal mesin jahit mana yang sesuai utk dibeli one time jew. Hasilnya model ini la yang sesuai. Jenama Brother, model Innovis 50 atau nama glamer dia NV50...

Apa yang bestnya pasal mesin ni? Dia fully auto. Nak pakai pedal pun boleh, nak auto pun boleh. Kita tolong pegang kain jew. Dia ada 135 patern jahitan, 10 patern lubang butang, ada skrin lcd kecik. Dia boleh jahit huruf dan nombor. Jahit quilt.. Pastu apa lagi ya.... Hurm, ekceli mamaG baru je dapat mesin ni semasam, so tak try lagi pun. Br buka kotak so, nnt bila mamaG dah try jahit guna mesin jahit ni, mamaG buat follow up revies, owkeh...

 

 

 

Pic amik daripada Mr. Google. Yang live, nnt next review. Ok, see ya...

MamaG: tak sesabar nak pakai mesin ni... Nak rry jahit patern bunga kat lengan baju kurung.. Hohohoho..

New Madness Hoby...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:37 PM
Cerita ni: 
3 berbalas bebelan

Hai semua,

Macam korang tau kan, mamaG ade pi kelas menjahit baju kurung moden kan. Sekarang ni pun mamaG masih lagi ongoing kelas menjahit baju kurung traditional la. Setiap Rabu malam, setiap minggu selama 2 bulan. Insya Allah b4 puasa siapla kelas tu dah insyaAllah juga jadila bajukurung traditional tu kan. Nnt mamaG wat entry pasal tu. Skang ni nak cerita pasal lain.

Disebabkan diri ini telah pun mengenalpasti jaminan hari tua, makanya mamaG skang ni tengah sebok memahirkan diri dengan skill menjahit. Siap beli mesin jahit tepi ngan mesin jahit portable. Sejak selesai kelas menjahit hari tu, siap dah pakai baju tu, dah jadi macam addicted pula la dengan menjahit. Pantang tengok kain, hah mula la dalam pikiran tu terpikir dan berniat bertekad nak jahit baju sendiri lg.

Sudahnya, mamaG gi menyoping kat Tewah, The Mines. MamaG beli 3 pasang kain utk mamaG, kain utk hero kecil mamaG dan kain utk sarung bantal budak2 tu. kain utk my big hero, x beli sebabnya, tunggu dia komen lepas mamaG siapkan baju melayu my lil hero, kalau dia setuju barulah mamaG beli kain dan potong baju melayu utk dia. Insya Allah.

Cer tengok ni...

Cantik tak? Hah cantik kan... Mestilah pilih utk diri sendiri kan, harussss la yang cantik2 jew.... Ni semua mamaG nak buat baju kurung moden. Dan tetiba macam terpikir la pula nak buat ffitted jubah. Insya Allah. Trngah belajar macam mana nk buat jubah dalam Youtube ni. Sebabnya, cigu kelas menjahit yg mamaG pegi tu kata, jahit jubah sama je macam jahit kurung moden, cuma labuhkan jer kain pastu, dia sekeping jew.. Dengan macam senang jew. Tengok kat Youtube pun macam senang juga. Tapi nnt la mamaG terai kan. Kalau menjadi, insya Allah, mamaG wat entry..

MamaG: gila menjahit jew... Mission b4 32yrs... Insya Allah... Doakan mamaG okeh...

 

Jeles Positif vs Jeles Negatif vs Jeles but naaaa

Celoteh Aku MamaGlam at 4:22 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Salam semua.

Wah tajuk bukan main lagi kan. Lama dah menyimpan hasrat nak tulis entry pasal ni. Tapi asik x sempat seja. Ada ja halangan (ceh, alasan!). Insya Allah, kali ni dapat post entry tajuk pasal jeles.

Owkeh, ni nak tanya sikit ni, sapa antara korang semua kat luar sana tu yang pernah jeles dengan seseorang? Ha, jangan malu-malu nak ngaku okeh. Tak rugi pon. Dalam dunia ni, selagi dia bergelar manusia, perasaan jeles a.k.a cemburu tu pasti ada. Tak kira la jeles pasal apa pun dan dengan siapa pun. Adik beradik, kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga or orang yang kita tak kena, or tak kenal kita pun kadang kita boleh jeles jugak. Hah kenapa tu ek? Kenapa tu, sila la jawap sendiri yek. Lagipun, Allah itu Maha Mengetahui.

ni nak tanya jugak ni, korang ni cemburu jenis cemburu yang macam mana ya? Yela, yang positif ke yang negatif? Ish ish ish... Korang kena tau jenis cemburu korang tau. Barulah kita boleh mengawal diri dan tingka laku kita supaya tidak ter-over re-act pulak nanti. Lagipun, al maklumlah, Enchek Setan suka bab-bab cemburu ni.

Owkeh, menurut telaah dan kajian peribadi mamaG la kan, cemburu tu ada baiknya kalau jenis cemburu positif. Hah macam mana tu ek? Owkeh, salu kalau korang cemburu dengan seseorang kan, contohnya kawan korang la. Owkeh mamaG bagi contoh la kan. Kawan korang tu pandai dalam serba serbi, selalu jadi bahan rujukan. Korang pula jeles. Dalam hati tu berdetak detik hah kata "pandainya dia. Apa org tanya dia tau je jawap. Kan bagus kalau aku pun pandai macam tu..." hah apa korang akan buat kalau hati korang tetiba je berkata-kata macam tu? Owkeh, kalau jenis cemburu positif, korang pasti akan cuba nak jadi macam si Kawan tu kan. Pandai, tau macam-macam. Caranya, dekati si Kawan tu, pelajari apa yg dipelajarinya, cuba usha-usha macam mana dan dari mana dia dapat ilmu pengetahuan macam tu. kena rajin la sikit. Ubah la diri dan rutin kita sikit.

Kata nak pandai kan, so buat apa yang orang pandai buat. Kalau kita cemburu kawan kita tu cantik jer. Cuba buat setakat yang kita mampu ikut apa orang cantik buat. Kita ni kadang kan, tak perlu sijil diploma ka degree ka utk jd pandai bebenor. Sijil-sijil tu semua hanya sebagai satu bonus utk kita capai kejayaan. Sebagai dokumen sokongan utk kemajuan kerjaya kita. Yang penting kita ni rajin la cari inisiatif diri sendiri utk memajukan diri macam orang lain yang kita cemburu.

Jangan terlalu selesa dengan pencapaian diri atau keadaan diri sekarang. Jangan pernah berhenti untuk memajukan diri. MamaG istilahkan 'Upgrading selfskill'...cuba melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Baru la merasa kepuasan diri sebenar. Mencabar diri sendiri dengan sesuatu. Yang penting juga sentiasa berkarya dalam hidup, kreatif in everyway. Being different is not a sin. But a color of ur life n u live with it proudly.

Jadikan orang yang kita cemburu itu sebagai satu motivasi untuk majukan lagi diri sendiri. Kalau tak dapat jadi bagus macam orang tu, atleast jadi lebih bagus daripada orang tu. Pandanglah sekeliling kita dengan pandangan yang serba positif. Pasti akan ada saja pengalaman baru dalam hidup korang yang korang tidak pernah jangka akan hadir.

Oh ya, sila la jangan kata, tunggu ada minat baru la nak melakukan sesuatu. Minat boleh dipupuk. Tapi kalau diri sendiri tidak memulakan dulu, macam mana minat tu boleh timbul dan bOleh dipupuk? Hah jawap ko Jemah.. Ahaks... Dulu mamaG pon salu kata, nak buat sesuatu kena ada minat. Takda minat, tak beh nak buat. Tau tak, minat yang dipupuk adalah skill, dan minat semulajadi adalah anugerah. Y not we have it both? Tak rugi pon, malah bonus dalam diri. (padahal diri sendiri baru sedar diri owh)

owkeh, tu pasal jeles yang positif. Motivasi dan persaingan sihat. Macam mana pula dengan jeles negatif? Hah berapa ramai korang kat luar tu yang suka bebenor jeles negatif ni. Hah mana c Jemah, Bedah, Joayh ni? Jawap laaa.. Tau tak apa tu jeles negatif ni? Hah ni golongan orang-orang yang cemburu sampai tahap hasaddengki, dendam, tak bley tgk org lebey sikit dari dia. Impaknya, maka ramailah yang bermuka manis talam dua mula mulut puaka. Hah lebih kurang macam tu.

MamaG bagi contoh kan, macam tadi juga. Bila c kawan tu pandai serba serbi, jadi rujukan, mula la hati dia dag dig dug gitu kan, berkata-kata dalam hati kan. Ayat sama gak macam tadi. Tapi malangnya, tindakan tak sama. Perasaan dan tindakan tidak positif. Malah, dalam hati tu mengata Ya Rabbi, dalam fikiran tu merangka strategi baik punya macam mana nak menjatuhkan si kawan tadi tu yang pandai tu supaya dia dibenci, tidak disukai dan tidak lagi menjadi bahan rujukan.

Ni juga kategori golongan orang yang cemburu tahap kritikal jugak nisebabnya hati dia tak pernah tenang melihat kelebihan orang lain. Ni kira macam terjangkit penyakit hati yNg kronik la ni.

Bukannya berfikiran positif, tidak terfikir macam mana nak jadi pandai macam si kawan, macam mana nak motivate diri utk bersaing jadi lebih baik, tiada value added org bilang. Orang mCam ni juga tidak jujur dalam perhubungan dengan sesama manusia. Sebab dalam hati dan jiwa suda gelap dilitupi dengan perasaan hasad dengki, cemburu, iri hati, prasangka buruk, sakit hati, tidak puas hati, hati yang tidak tenang dan macam-macam lagi.

Nasihat mamaG orang macam ni harus dijauhi. Bukan dibenci atau dipulaukan tetapi cukup sekadar kita berkawan biasa tidak lebih dari itu. Ini kerana, jika kita rapat dengan orang jenis cemburu negatif ni, akan membahayakan kesihAtan emosi,mental, kerjaya, kehidupan peribadi dan perhubungan sesama insan. Bukan apa, orang macam ni akan cubA menghiburkan atau memuaskan hati mereka dengan melihat org sekeliling or c kawan yg dia 'kagumi' itu jatuh tersungkur or paling tidak pun tidak disukai org ramai....

Kadang-kadang tu kesian bila jumpa atau kenal dengan orang yg berperwatakan or berperasaan begini... Pasti hidupnya tidak pernah bahagia or senang hati. Orang macam ni juga kadang-kadang ada juga yg tidak berwawasan tinggi or KPI dalam hidup dia. Wah dah main KPI-KPI pulak dah mamaG ni.. Tp memang betul. Org macam ni ada juga la KPI dia tp KPI dia yang negatif jew. Mencapai KPI. Dengan cara negatif juga. Tapi tu la,hakikatnya manusia kan, tidak semuanya perfecto! Tapi itu juga bukan alasan utk kita terus leka dgn perasaan dan fikiran yang negatif.

Bak kata kawan mamaG time belaja tu, "have a good heart, dts important!" memang betul katanya. Tiap apa yang kita nak buat or fikirkan, semuanya daripada hati juga. Bersih hati kita, baik niat kita, insya Allah terbaiklah kelakuan dan pemikiran kita nanti. Tapi dah kalau mempunyai hati yg penuh dgn keburukan, niat yang tidak baik, prasangka buruk,suka berkata dalam hati yg tidak baik, org kata hati dah gelap,... Insya Allah juga perilaku dan pemikiran akan sama buruk dan gelap macam hatinya. Tak kira la, macam mana dia cuba untuk berpura-pura baik, tunjuk bagus di depan orang, padahal dibelakang,... Astaghfirullah, Allah itu Maha Mengetahui. Allah swt pasti akan bukakan atau tunjukkan juga siapa diri sebenar orang itu. Sama ada bersih ataupun gelap hitam...

Kalau kita sentiasa bersangka baik, niat kita sentiasa lurus,.. Ikhlas tak payah dipertikaikan, sebab hanya Allah swt saja yang layak menilai keikhlasan hamba-Nya...insya Allah, berkat hidup kita, tenang hati dan jiwa kita, murah lagi rezeki kita...

Ok la anak-anak semua, dah panjang dah ni ceramah hari ini. Tak salah cemburukan sesuatu or seseorang tetapi biarlah cemburu kita itu memberi manfaat dan motivasi kepada kita untuk terus memajukan diri. Biar ada value added dalam diri.... Sentiasa... Selagi hidup, selagi mampu, selagi itu kita kenalah rajin mempelbagaikan value added diri sendiri. Belajar sesuatu yang baru, alami pengalaman baru, keluar daripada comfort zone masing2. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu dalam diri kita yg kita boleh banggakan dan orang boleh percayakan dan harapkan.

Kan bagus rasanya kalau kita dihormati dan menjadi idol kerana kepandaian kita, kemahiran kita, kreativiti kita, peranan atau sumbangan kita kepada orang lain. Dan semua itu boleh dicapai tanpa sijil U pun. Yang ada sijil U tu, itu satu bonus dalam value added diri dia.

Lagi satu, gunakan kelemahan diri kita sebagai motivasi diri untuk lg maju dan berjaya. Kelemahan adalah medium peluang kita untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Sebab itu, semua manusia di bumi ni ada kelemahan. Supaya, kita sedar, biar sehebat mana pun kita, tetap juga ada kelemahannya. Jadi silalah jangan terlalu sombong dan bangga gile dengan org yang tak berapa nak berjaya atau hebat, owkeh.

OK la, sampai sini saja la. Kita jumpa lagi on next session.

MamaG: rasanya macam makin lama makin jauh menyimpang dari tajuk la pula. Tapi xpa la, korang pasti dapat point mamaG kan kan kan (please please please say 'yes')....

19 June 2012

OMG! (Oh Mama G!)

Celoteh Aku MamaGlam at 12:34 PM
Cerita ni: 
4 berbalas bebelan

Owkeh, ya Allah. Tetiba tertengok balik gambar time preggy kan c alRayyan al-YB tu. Mak aiiii, mimpi ngerinya bila tengok fizikal mamaG. Never been like dat seumur hidup mamaG la. Goshhhhh.... U know y? Coz mamaG ni originally fizikal umpama jari kelingking, tapi bila preggy dah macam jari tengah nam hampir jadi jari Ibu, owkeh. Agaknya sbab jadi ibu tu yang fizikal pon macam jari ibu dah. Hohoho....

Hah, hambik ko!!!!! Patot la berat kalau berjalan.... Hahahaha.. Kepada sesapa yang nak gelak kan aku, sila gelak dalam hati, owkeh...

Tapi apa yang mamaG suka bila preggy, kulit mamaG jadi sangat radiant n glow lebey.. Macam pakai collagen jew.. Hohoho.. Kalauamik gambar, any angle pon tetap jelita (wahahha statement perasaan)....

 

 

Rayyan n Bike

Celoteh Aku MamaGlam at 12:02 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Amboi kanmain lagi Rayyan main beskal roda 3 dia. Dah penat kayu, dia main tolak beskal lak. Puas dia keliling tolak beskal.

 

18 June 2012

Sticky Sticker Rayyan

Celoteh Aku MamaGlam at 4:51 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Waaaa, bukan main lagi Rayyan ni.pantang betul nampak sticker la. Umi baru je beli sticker tu kononnye nak tampal kat ipad ngan tablet tapi cepat betul Rayyan bertindak la. Habis semua sticker di tampal kat kaki ngan kepala dia. Motif? Tak tau la, mungkin perasan cool kut. Hohoho... Suda boring semua sticker tampal kat kepala dan kaki, dicabutnya sticker pastu tampal lak kat dinding bawah tv. Memula nak tampal kat tepi2 tv, tapi tu la kan, dah namanya al-ketot, tak sampai la kan. So tampal kat dinding bawah tv pun jadi la kan. Hohoho...

Tengoklah gelagat Rayyan ni... Terpaksalah beli lagi sticker...

 

 

 

Anywhere...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:26 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Ni la kejanya kalau kene tunggu orang lama sangat... Masa ni tengah tunggu my sister in law kat epot LCCT. Nak tumpang dik kat umah. Dat day was hari yang amatla rushy dan bengang? Kalau boleh nak delete la memori utk dat day forever n ever. Xmo citer, xmo citer n tak akan citer dalam blog hal2 peribadi yang sensitif berkaitan kuarga. Not good, not good. Nak citer hepi-hepi je n kalau citer yang unhappy pun biar la unhappy yang ala-ala manjee jer. Huhuhuhu...

iP Lockscreen Watever...

Celoteh Aku MamaGlam at 2:58 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan

 

Irfan at Skool

Celoteh Aku MamaGlam at 2:31 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Amik gambar ni time balik skool. Pelik la Umi dengan abang Irfan ni. Tiap kali balik skool mesti nak minta amik gambar. Hurm, senyum je la Umi tengok gelagat abang Irfan ni...

 

 

 

Abang Irfan Demam Lagi

Celoteh Aku MamaGlam at 12:23 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Sejak malam hari Sabtu abang Irfan dah start nak demam. Tapi alhamdulillah, masih aktif macam biasa. Kira tak la merisaukan Umi ngan Yayah. Pastu hari Ahad petang masa abang Irfan ngan adik Rayyan Ikut Yayah amik Umi kat kelas menjahit, abang Irfan dah start demam panas sangat. Sampaikan abang Irfan dah tak larat nak jalan dah, Umi tengok. Asik nak tido jew. Makan pon tak berapa nak selera.

Umi terpaksa cuti untuk jaga abang Irfan. Tambah pula time ni abang Irfan demam sekali kene ulser mulut. Sebab badan terlalu panas tu yang kena ulser mulut tu. sian abang Irfan kan. Tido tak lena, makan pun tak lalu. Bukan sebab tadak selera tapi sebab sakit bial nak makan ke tido sebab ulser terkens gigi kan. Sian, sabar ya, ikut je cakap Umi. Bila Umi kata letak ubat, nganga la mulut tu. bila Umi kata time makan ubat, so makan la ya.

Pastu mamaG pasang channel Ceria, wah tetiba ja abang Irfan bangun dan panggil Umi macam kecemasan jew. "Umi! Umi!" Kejut Umi. Rupanya, ada cerita Ultraman. Mak aiii, terus boleh bangun dan senyum hepi tu tengok tv. Sabar jela.

Hah kannnn... Senyum pun anak Umi ni. Lega sikit Umi. Kalau tak asik merengek kesakitan je la abang Irfan. Senyum pun tanak. Dah, rehat ya sayang. Minum air banyak2 biar cepat baik ulser tu...

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea