Laman

28 December 2015

Sumting to fix dat cannot change..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:16 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Pernah tak korang terasa macam nak erase some moment yg penah korang lalui dalam hidup ni? Pernah tak rasa yang ada certain kenangan tu kalau boleh nak hilangkan terus daripada lipatan ingatan? Kalau boleh nak anggap seolah olah perkara tu tak pernah terjadi dalam hidup korang. Tak mo dikenang dan tak mo di ungkit lagi...

Kadang kadang ada perkara yang pernah kita lakukan atau tak sangka kita pernah lakukan itu kita nak lupakan terus. Mungkin sebab tak sanggup nak mengenang kembali perkara yang mungkin kita anggap bodoh atau gila untuk dilakukan... malu dengan diri sendiri, mungkin...

Mesti dalam fikiran kita terdetik, kenapa la aku lakukan perkara tu, kan... kenapala aku boleh terfikir melakukannya, kan... dari mana la aku dapat keberanian utk melakukannya, kan... nak di undur balik masa dan untuk mengubahnya memang mustahil la kan. Sebab orang kata past is past. Already done! Sumting yang dah berlaku takkan dapat diubah lagi kecuali kita cuma boleh memperbaiki apa yang telah terjadi. Fix sumting we cannot change.

Tapikan, di sudut lain. Walaupun perit untuk diingat sesuatu kenangan itu hingga kita rasa lebih sanggup hilang ingatan daripada terkenangkan balik kenangan itu, sebenarnya kenangan yang kita anggap wajib dilupakan itu la yang sebenarnya menjadikan siapa kita hari ini kan. Perasan tak? Kalau tak perasan memang ko takdak perasaan hihihi...

Setiap orang yang kita jumpa yang baik yang tak baik, setiap perkara yang terjadi yang pernah kita hadapi yang baik dan tak baik dan setiap keadaan yang kita pernah tempuh yang baik indah dan tak indah, sebenarnya sedang memberikan kita sesuatu yang bermakna dalam hidup ni supaya kita dapat belajar macam mana untuk survive dlm hidup ni dengan pelbagai masalah, ragam dan ujian.

Everyone have a dark secret, rite...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Bermovie Theatre di Rumah

Celoteh Aku MamaGlam at 6:30 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

Semalam alkisahnya gi setup projektor kat rumah. Nak tengok star wars katanya. M not so in to dengan crita star wars ni tp blh la nak layan kan. 1 of epic movie kan. Lagipun ramai jg peminat star wars d luar sana tu yang fanatik kan.

Okeh kisahnya bukan la nak kondem ke nak puji cerita star wars ni pun. Hihihi.. saja nak share je pun aktiviti semalam kan. Dah kids nak sangat tengok star wars. Memandangkan ayahnya xberapa nak bawa ke panggung jadiknya kami transform je la ruang tamu ni jadi teater room. Before dat, kena la ada side dish kan. Kalau kat panggung ala ala xsah kalau tak beli pop corn kan. Jadiknya untuk melengkapkan syarat tengok wayang, mamaG pun menyediakan jagung kukus butter extra sos cheese dan beberapa kepek kepek dalam balang. Boleh la layan movie smbil kunyah kunyah kan. Huhuhu...

Tapi tu la, kalau sa jiwa tu bukan jiwa star wars, baru 20minit mamaG mata da berat da. Hihi.. ntah la sama ada sebab bosan or sebab tak faham jalan cerita yang menyebabkan mamaG ngantuk la pula. Overall bg mamaG movie star wars ni ok. Mcm best jek. Cuma mungkin sbb bukan genre movie mamaG minat kut tu yang jadik gitu.. hahaha.. nak kata memang ngantuk tak jugak. Sebab bila abis je movie tu, elok jek mata celik segar bugar hihihi.. siap tak berapa nak boleh tido malam tu... dekat kul 3am br tido...

Okeh la.. till next entry..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Sepetang Minum Petang Campak Mencampak

Celoteh Aku MamaGlam at 5:42 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Okeh dis is like poreber rasanya tak buat.. hihi since bizi beberapa bln lepas dengan kerja demi memenuhkan isi periuk nasiku. Apa lagi kalau bukan minum petang bersama ma lil famili... there is nothing more heavenly feel than be wif ma lil famili. It's our tradition minum prtang sama2. Since mamaG tengah bercuti lama ni. Baru la dapat lapangkan minda, spend my whole time wif ma kids n mr. Hubs. Wat else dat i want more than dis kan?

Petang ni masak cucur rangup ubi kentang jek.. senang kot nak buat. Campak je segala isi peri ais, gaul gaul dan masak. Hahaha... kids pun suka. Tak sempat sejuk dah abis...

Gigih la kan mamaG nak gi masak banyak kali kan. Hihi.. watever la yang penting hepi to see them hepi makan masakan campak mencampak mamaG tu ahaks..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Fix ya Think..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:23 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Korang pernah tak bila ada maslah yang menimpa yang terlalu berat untuk diterima dan diuruskan, korang rasa macam nak stop sekejap daripada memikirkannya. Yang ada difikiran korang cuma nak berehat dan jauh daripada segalanya untuk seketika. Hanya untuk seketika. Jauh daripada nasihat orang untuk seketika. Korang rasa macam korang perlukan satu ruang untuk melegakan hati dan fikiran untuk seketika.

Tapi ada pula orang orang sekeliling yang menilai korang bila korang bersikap san bertindak macam tu. Katanya seolah olah korang nak melarikan diri daripada masalah. Dan timbullah macam macam nasihat bernas lagi positif. Mengatakan maslah takkan selesai jika kita bertindak macam melarikan diri. Tak nak face up problem kita.

Well... tak boleh juga salahkan orang yang berkata kata macam tu kan. Dorang cakap mcm tu sebab dorang concern. Tak mo kita terkandas or jatuh teruk. Betul tak... syukur la atleast ada orang yang sudi tenangkan kita dan sentiasa ada bila kita sedih, susah hati atau dalam keadaan terburuk kita (our worstday ever katanya hihi)...

Cuma ye la, kadang kita memang perlukan masa untuk bersendiri. Meredakan gelora hati dan meleraikan kekusutan fikiran. Untuk kita mengatur semula apa yang perlu kita lakukan untuk hadapi maslah yang datang. 1st thing utk dihadapi dan remain calm adalah emosi dan fikiran negatif yang singgah. Bila kita dapat kawal emosi dan fikiran negatif ni, in shaa Allah kita mgkn boleh berfikir dengan rasional semula dan positif optimis gitu lorr..

Selagi emosi dan pemikiran tu tak berapa nak lurus lagi, memang susah la kita nak hadapi maslah yang berat tu kan. Mula la nanti kemurungan. Kalau murung ok lagi, kalau tetiba agresif buat keja yang xbetul acaner tu kan... membahayakan kesihatan dan diri jugak nantinya.

Jadi, apa apapun, jika ada maslah yang mengganggugugat (wah pjg tol word nak ejanya pown hihi) sila step aside dan take ur time alone... berenti la sekejap. Buat la sesuatu yang melegakan hatimu yang menceriakan hatimu selain mengadap Ilahi. Kita ni manusia biasa. Ada kalanya perlukan seseorang yang kita percayai utk kita meluahkan apa yang terbuku dihati. Jangan pendam terlalu lama. Takut yang dipendam menjadi dendam...

So so so so.... ceria hatimu cerialah hidup mu.... stay hepi ya...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Tersuka Tanpa Sengaja..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:57 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Psstt.. psstt.. nak tanya ni. Korang pernah tak tetiba korang terasa korang tersuka kat seseorang? Tanpa sedar... yang pada mulanya it's just nothing. He or she is just nothing. Just frenz. Just buddy or just some one yang hadir dlm hidup kita.

Mesri pernah kan. Apatah lagi budak2 pompuan kan. Kalau zaman sekolah kalau ada guru lelaki yg hensem skit huh konfem paling semangat nak datang sekolah semata mata nak tengok guru faveret yg hensem tu kan hahaha... eh macam tercerita pasal diri sendiri pula kan hahaha.. ala biasala tu suma orang macam tu kan (rasanya...)... even orang yang da ada bofren or da kawen pun masih boleh lagi tersuka kat seseorang kan. Kena la tau batas kan. Suka tak bererti kita nak berlebih lebih kan. It can be more than dat. Can lead us to another step which is more macam lebih dari sekadar suka ja kan. Tapi ceritanya di sini adalah sekadar suka ja ya. Ingat tu anak anak.. sekadar tersuka sahaja hahaha..

Okeh biasanya apa yang menyebabkan korang tetiba rasa tersuka kat seseorang tu? Style? Perwatakan? Karismatik?

Kadang kadang ada juga orang tu kita salu gaduh ngan kita. Salu la kacau kita. Spoil mood kita. Kalau tak gaduh ngan kita sehari tak tenang hidup dia kan... tapi ada ketikanya, ada satu moment tu bila kita tengok orang tu tetiba terdetik satu pemikiran yang membuatkan hati kita berkata 'she or he is not dat bad ekceli'.. ataupun ' dia ni wahlaupun macam hampeh but sumting about her or him yang kadang kadang mengkagumkan orang jugak'... itu kalau jumpa dengan orang yang salu jadi teman gaduh...

Lain pula kisahnya kalau terjumpa dengan orang yang mmg dari awal kenal sweet jek, charming dan ada karisma. Mata kita mungkin tak lepas dari memandang dia. Hati kita tak pernah berhenti memuji dan mengagumi dia. Difikiran kita tak pernah jemu nak tau pasal dia mendengar ceritanya.

Betul ke? Adakah ini perasaan suka yang bagus ataupun tak baik? Korang rasa?

As for me la kan.. there's good n bad side of it kut. Ye la. The good one is kita semangat apa! On sumting... Haahha.. di sebabkan orang yg kita suka tu pun ada sama kita jadi semangat gitu lor. Hihihi.. harimu rasa macam ceria jek. Hepi jek. Stress keja banyak pun tak rasa sgt haahha.. tapi tak baik juga kalau rasa suka tu jadi berlebih lebih.. nanti tak boleh nak fokus la pula kan.

So wat ever it is, suma tu depend on us jg. Dari diri sendiri. Mcm mana kita nak kontrol rasa suka tu kan. Kalau setakat suka macam tu ja, tak da maslah kot. Hihihi.. ya la semua orang suka berada di kalangan orang orang yang kita suka bersama kan. Baru la mood ceria dan hepi ja kan...

So so so kamu semua yang pernah or sedang tersuka seseorang tanpa sengaja pandai pandai la yek hihihi... jangan sampai terkandas dah la yek. MamaG juga pernah tersuka seseorang tapi just suka gitu je la. Sebab suka tengok cara orang tu bercakap, cara dia berfikir, cara dia bergurau dan cara dia membuatkan kita rasa selesa bila bersama sama. Suka yang bukanla ke arah berlebih atau ada perasaan romantik terselit di sebalik rasa suka tu hihihi..

Apa apa pun, bersyukur la kita ditemukan dengan orang orang yang kita suka dan selesa bila bersama. Seseorang yang secara tak langsung sebenarnya membantu kita rasa bersemangat atau membantu kita melihat suatu sudut tu lebih positif dan ceria. Betul tak? Alah ye kan je la hahaha..

Ok la, next kita sambung lagi ya.



Sempat membebel via Blogaway 😘

09 December 2015

Highway Dikala Senja.. luv it mucho!

Celoteh Aku MamaGlam at 7:38 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan

Highway di kala senja... hurm... rite now ekceli ondeway ke klia 2 mo pi jumpa my mum... kejap ja pun. Muah muah here n there, short chitchat then muah muah bye bye...

Hari ni agak kelam kelibut sikit sebabnya tengah handle bengkel. Program drag panjang so program abis lambat. Sib bek ler flite my mum delayed so xyah nk rush sangat spt plan asalnya. Syukur la.

Hurmm.. suka tengok langit senja ni... ekceli mamaG memang suka tengok view pun. Langit malam, pantai petang, view subuh time sunrise.. suka amat amat... rasa macam tenang jak jiwa ni. Rasa macam bersyukur sangat.. kadang terasa syahdu mo nangis pun ado. Padahal tengok view je pun kan. Hihihi..

Sama la macam view dalam gambar tu. Subhanallah tenang rasa masa memandu. Rasa macam mo berenti tepi jalan kejap dan mo tengok lama lama jak langit senja tu...  tapi tula, namanya pun senja kan. Kejap je la view tu kan. Terus bertukar malam pula kan.. malam pun cantik juga. Terutama bila langit bersih je kurang awan kepul kepul kan dan banyaaaaakkk bintang.. subhanallah mashallah indah sangat...

Salu mamaG gi keja awal pagi tu time tu gelap lagi la pun. Bila sampai area opis time tu dan 7am or 7.15am... view sunrise mmg cantik la.. rasa macam lapang ja hati ni. Rasa macam hepi jak hati ni.. rasa riang ja hati ni pi kerja... nak menikmati view memang tak sempat sangat la sebabnya mo cepat kejar punch kad jam 7.30am kan. Tapi serius la, mamaG memang suka sangat la tengok view... bagi ketenangan sangat... hihihi

Ke mamaG je yang rasa macam ni.. watever la.. janji iols hepi dan rasa tenang kan kan kan.. hahaha.. k la, till next entry...

Assalamualaikum...



Sempat membebel via Blogaway 😘

17 October 2015

Chillin...

Celoteh Aku MamaGlam at 7:27 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan










Dah settle hal keja tadi, tengok masa masih ada duk hangkut kids ni pi taman pula. Dah berapa minggu tak chillin ngan bebudak ni... MamaG hangkut bawa ke taman rekreasi yang biasa mamaG bawak ler. Tempat yang mamaG juga salu jogging kalau berkesempatan. Petang ni dok bawa kids bagi makan ikan kat tasik di taman ni. Mak aih makin gebus kebabas ikan ikan kat tasik ni.. besar peha mamaG pun ado.. takut pula tengok.. ahaks...

Dah abis roti bagi kat ikan, pa lagi kids ni pi serang la playground. Biasala budak lelaki memang lasak la mainnya... habis je main bukan main lagi kotor... haiyokk.. hantam ler janji ko hepi.. balik mandi sental habis habis badan tu.. huhuhu...



Sempat membebel via Blogaway 😘


Just like an old time..

Celoteh Aku MamaGlam at 6:36 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Dis is legend. Ahaks! Sapa pernah makan biskut kraker macam ni masa dulu dulu? Sila angkat kaki! Ahahaha...

Dah lamanya mamaG tak makan style pemalas cenggini... semalam balik dari keja tengah drive tu tetiba pula tekak tu teringin nak makan biskut kraker hup seng yang terkenal ngan krispinya dan sedap tu kan... makan macam tu pun sedap.. cicah milo lagi sedap... tu yang terus singgah kedai capai biskut kraker hup seng sepeket ngan susu pekat setin. Ahaks... konon konon berazam nak makan bendaalah tu besok paginya hahha.. gigih ko mak jemah!

Dulu dulu masa zaman anak dara memang suka beli biskut ni sampai la da beranak pinak kan... pastu paling suka makan biskut ni dengan susu pekat. Satu style macam dalam gambar tu. Buat air susu pekat dalam mangkuk pastu patah patahkan biskut. Gaul skali pastu makannn.tapi kena makan laju skit la sebab biskut jadik cepat kembang. fuh... satu lagi style, bila bosan dan rasa nak makan snek, mamaG suka makan biskut kraker tu letak susu pekat atas biskut pastu makan macam tu je. Yummy dan rangup je... ahahah...

Ni anak mamaG si Rayyan tu pula dah mengikut dah nak makan biskut kraker letak susu pekat makan macam tu je sambil tengok tv. Boleh tahan jugak la dibantainya 10 keping biskut hahaha...



Sempat membebel via Blogaway 😘

10 October 2015

Layankan Aja La...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:30 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Semalam hari Jumaat. Keadaan di ofis agak bizi la jugak. Dengan diskusi pasal bengkel dan persidangan, kene buat 5s sempena pertandingan pejabat tercantik (tak kuasa nak layan tapu buat jugek...), prepare list kes utk court pastu pula prepare tools untuk pemfailan kes di Kuala Pilah untuk ahad nanti ni.. tambahan lagi ari ni aku pula kena duty kaunter 1OCC. Hurmm tak berenti terima call dari orang awam... letih rasanya mulut ni hahaha... (kalau bercerita dan gelak tak da pula rasa letih ko ek.. hahaha)...

Untuk release penat, kawan ajak bawa pi carik restoran gulai patin tempoyak.. fuh faveret aku tu... mkn tu ngan nasi putih ja pun jadik lerr.. mau bertambah 2 pinggan... gendut letak tepi ek. Hahaha... nak nyesal kendian kendian ya.. yang penting ikan patin masak tempoyak hahaha...

Dah tau akan menambah berat lemak di badan, maka dengan itu aku pun mengajak kawan kawan lain untuk makan sama.. mana boleh aku sorang jer bertambah keberatan dan kegendutan kan kan kan.. ahahaha.. benda baik harus ler dikongsi kan kan kan...

Dah dapat tangkap 2 orang lagi join program menggendutkan badan hahaha.. kami pun pi la hunting ikan patin lemak tempoyak.. si kawan ni kata ada kat Taman Wetland Putrajaya... katanya ori from Pahang gitu... lagi teruja nak try kan...

Nak di jadikkan cerita, adapun kedai dimaksudkan tersebut tutup setiap hari Jumaat... hah nampak tak nampak tak kekecewaan tu?? Jadi apa la apa la... hurmmm.. tak dapat makan pun patin masak lemak tempoyak.... huwarghhhhh.... punah harapan. Tawar terus tekak den...

Dengan kekecewaan kami pun beralih arah ke cyberjaya makan nasi ayam penyet je ler.. penyet pun penyet lerrr...

Anggap je la, tak da rezeki nak gendutkan badan... bagus jugak kan... kan kan kan.. (ayat sedapkan hati sendiri.. hahah)

Huhuhu...



Sempat membebel via Blogaway 😘

09 October 2015

Dear Heart...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:26 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Ya betul tu. Plis plis plisss... i need u to run myday lively wif an ohsem stuff and wonderful people around me okeh...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Personality vs Attitude...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

So it's really depend on you now... and never regret dat. Ahaks! Tapikan dulu ada sorang kawan ni pernah bagitau yang aku ni ada pelik sikit. Macam ada banyak karektor... ntah apa maksudnya. Tapi bagi aku itu semua depend on orang yng aku jumpa juga. Berubah mengikut kesesuaian keadaan. As long as i am still myself originally la...

I can be frantically annoying as u feel like wanna crush my head ahaks.. i can be so freaking sweet and u feel like u wanna vommit.. muntah ijo gituk.. ahaks... and i can be so mean as u can see me dat i am an evil bitch... tapi yang ni jarang jarang sekali la jadiknya pun... hahaha...

Watever it is, still it's depend on u... on how u treat me... wat u did u'll get back katanyaa... hihi..



Sempat membebel via Blogaway 😘

Jodoh

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Kan... percaya pada jodoh. Percaya pada Dia.. Dia Maha Kuasa... kalau da jodoh terima ja la kan. Kalau bukan jodoh redha ja la....

Tak kira la jodoh dengan siapa pun dan sebagai apa pun... jodoh sebagai kawan, kawan baik, teman hidup dan apa pun... people come and go kan... yang pasti, yang pergi berlalu akan kekal dalam lipatan memori kita... kecuali kalau kau hilang ingatan ja la.. ahaks!



Sempat membebel via Blogaway 😘

The Hand of Mine...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:07 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Moga moga tangan itu akan tetap bersamaku dan tak pernah tinggalkan ku... in shaa Allah.. aminnn...



Sempat membebel via Blogaway 😘

08 October 2015

Aku, Heel dan Tangga

Celoteh Aku MamaGlam at 9:47 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Hallo...

Hari ni agak kebizian pulak di opis tu... banyak benda nak kene buat dan banyak meeting nak kena hadir.. ekceli 3 je pun ekekeke... ngada kan... tambah lagi kena duty di konte ari ni. Da 3 hari berturut2 duty... tapi duty macam tak berapa nak duty jugak la sebab banyak gangguan keja dan meeting. Sian partner iols, terpaksa layan claiment sensorang. Lobyu my partner.. nanti iols banje sirap limau yer hahah...

Hari ini dapat arahan kene pakai seluar slack or just smart casual or pakaian sukan. Eh banyak pula option pakaian kan... tujuannya sebab ada pertandingan pejabat tercantik yg akan berlangsung selasa mggu depan. Maka dengan itu turun la wahyu express daripada pengerusi suruh kitorang keja keras cantikkan opis. Memang tak la mamaG nak layan sangat kan. Banyak lagi keje nak buat weh...

Hari ni mamaG memilih memakai baju casual jer. Since kena duty konte juga, so tak manis ler kalau jumpa claiment dengan pakaian sukan kan. Hohoho...

Hari ni saja 5 kali aku turun nek tangga dari tingkat bawah ke tingkat 4 dan tingkat 3 sebab panggilan keja urgent dan jg meeting tetiba... suma gara gara lif opis yg lembab maha tu... nampak je ada 7 lif tapi ya rabbi ampunkan laaa diri ini weh.. maha lembab betul... lagi laju nek tangga la... ishhh bad lif... babab kang.. hahaha...

Laju tu memang ler laju maslahnya aku ni hah yang semput berlari turun nek tangga.. dengan asap rokok kuat kat tangga tu.. dengan mamaG lak pakai heel 3inch kan... hurmm... nampak tak bayangan tu?hihii...  2-3 kali berlari turun nek tangga gagah lagi la.. dah masuk kali ke 4 n 5, memang berlari turun naik tangga guna kaki ayam je la. Heel di tangan.. hurmmm memang kerlas ko Jah! Hihi... habis melecet kakiku... dah la ntah kenapa ari ni tak pakai stoking bila pakai kasut kan. Padan kaki tu melecet... sudahnya iols tengah sakit kaki ni hah... dah la semalam kucing asben si chichi tu gi gigit kaki iols. Terlompat iols dibuatnya.. nak manja pun agak2 ler.. huhuhu

So moral of da story is berlari dengan kasut heel itu feel like hell. Nak nak pulak berlari turun naik tangga.. lagi la enak enak ah... Hahaha...

Ko ingat dengan berlari turun nek tangga sebanyak 5 kali akan mengecilkan kaki ko ke? Hahha.. bajet lemak kat peha tu terbakar la konon.. hahah hambik ko!



Sempat membebel via Blogaway 😘

06 October 2015

Kadang-kadang...

Celoteh Aku MamaGlam at 8:11 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Kadang kadang kita akan penah rasa jadik macam ni kan...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Sakitnya Tu Disini...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:51 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

HIKMAHNYA SAKIT.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian petang ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar...



Sempat membebel via Blogaway 😘

24 September 2015

Pernah ke?

Celoteh Aku MamaGlam at 11:13 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Tak pernah la pula rasa situasi macam tu sebab tak pernah lambat masuk ke sekolah or perhimpunan. Tapi ada juga la pernah kadang kadang tu situasinya lebih kurang sama ja perasaannya. Dulu masa mamaG sekolah. Lalu 1 lorong nak ke blok kelas mamaG. Bila lalu lorong tu tetiba ko perasan student student len pandang ko semacam je bila ko lalu depan dorang. Pastu senyap je suasana bila ko lalu tu. Ala ala orang kata malaikat lalu kononnya kan. Hah macam tu la... time tu mula la buat muka pelik dan blur... risau dah tu, aku ada buat salah ke? Baju aku terbalik ke? Tudung aku senget ke? Muka aku comot ke? Kannn...

Tapi bila ko tengok muka orang orang yang dok pandang ko tak berkelip dengan mulut senyap terkatup tak bunyi langsung, seolah olah macam ko ni seriel killer yang baru je lepas bunuh orang kan.. hihihi.. tapi lepas ko lalu lorong tu, elok pula keadaan macam biasa je. Hahaha.. memang pelik...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Wat So Hard To Do?

Celoteh Aku MamaGlam at 11:06 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Letting go of something is hard but to holding on something is much harder to do.



Sempat membebel via Blogaway 😘

23 September 2015

Lady Kepochi In Da House...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:41 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Yeay! Akhirnya berkumpul jua team lady kepochi ni kan... setelah masuk 8 bln aku kat sini ni kan. Banyak je halangan nak berjumpa pun. Sori babes, kita sesama bizi kan. Nak wat cane kan..  Wahlaupun 5 orang je yg dapat datang, tapi riuh je restoran Umai Putrajaya tu. Macam kenduri dah kecohnya. Orang duk pandang, buat tak tau je hihi...

Ya Allah, rindu sangat ngan dorang dorang ni. Berkumpul dan borak dan hobi paling best menzass sesama sendiri. Hahaha.. uolls masih tak berubah kan. Mulut menten puaka hahaha... aku je la yang rasanya dah berubah sikit kan. Secara fizikalnya la LoL. Hahaha.. dan tak yah nak terkejut sangat tengok badan aku. Hahaha... sukati je kan nak picit picit lengan aku yang sihat membesar kan hahahaha...

Ekceli banyak juga menda aku nak vorak ngan korang tetapi tak dapat nak luahkan la pula since ahli baru lady kepochi tu tak berenti la pula pot pet kan.. hahaha... but iolls enjoy gila ngan gathering kita yang sekejap je tu kan... next time kita lunchdate lagi yek.

Ni je pics yang sempat kita amik. Hihi.. sebok nk borak lupa nak selfie. Ni pun skit je gambar sebab tukang gambar tak sanggup nak tinggal awek dia kat meja lelama nak layan kita ni hah. Hahaha...

Really miss uollss...



Sempat membebel via Blogaway 😘

21 September 2015

Not If U R Lucky Enuf..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:30 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

It's hard and can harm your heart tho...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Hey You!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:24 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

hey you! Yeah you... ofkos it is you... no one else but you.. just you... No more words...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Exactly...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:17 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Thanks to Allah swt...



Sempat membebel via Blogaway 😘

The Answer is???..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:15 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Yup.. indeed... mamaG pun selalu jugak ni terlintas soklan macam ni di fikiran. Tapi still mamaG belum dapat lagi jawapan terbaik untuk soklan macam ni. Hurm... why? Why?! Why?!!

Weh, jangan nak drama sangat boleh tak? Hihhi... as we know and owez diajar, yup everything dat happen has its own reason kan. Tak kira la sama ada baik atau pun sebaliknya. So, takyah nak why why why sangat eh. Hihihi....

But serius ni, really? Wat's da best answer dor dat simple question? Huhuhu... life can be cruel sometimes hahaha even it's has a good reason.



Sempat membebel via Blogaway 😘

Dont Ever...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:56 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Yeah.. m human too hokay...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Even..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:53 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Some people who know me, owez said that i am a strong women. Can do more than i think, be great than i ever been. But believe me please if u may, that... it's just a word dat u like to give me as wat u have seen me...

Ekceli m just like other women. Just a women who like to love n be loved. Just like u... yeah u...



Sempat membebel via Blogaway 😘

SomeOne...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:46 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Yes i do... totally miss someone...



Sempat membebel via Blogaway 😘

19 September 2015

hurtful yet wonderful

Celoteh Aku MamaGlam at 11:59 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Sometimes life can be too hurtful to move on yet wonderful to live in... have u ever heard dat? Or did u realize it? Well, dats life all about kan...

We learn some, we lose some and we gain some...

Kadang kadang ada perkara menyakitkan yang terjadi dalam hidup ni yang terpaksa kita hadapi, kita terpaksa tutup sebelah mata je la... just to think dat it's gonna be okay once we just breath it out... dengan terpaksa sebab terpaksa... dats life... dats how we move on... dats how we overcome all hurtful n unthoughtful things.

Kadang kadang dalam kita melawan dan menghadapi dugaan dengan bertabah, berusaha dan berserah pada-Nya, there's a time yang kita rasa macam.... wat is wrong wif me? wat have i done? What shud i do? Can i just pretend? Can i just sit back n do nothing? Can i just sit n breath? Can i just quietly reserve myself? Can i just be alone wif my empty thot? Can i?..... ofkos org org sekelilingmu takkan membiarkanmu do nothing kan. Be strong n stay strong katanya... to move on dis hurtful life... so dat we can have a wonderful life...



Sempat membebel via Blogaway 😘

01 August 2015

Sweetest than sweeter...

Celoteh Aku MamaGlam at 2:15 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Yup betul tu... ntah kenapa kan. Tapi memang macam tu la feelnya bila kita kucup dahi orang tersayang atau dahi kita dikucup oleh orang tersayang. It feel like full of love and trust. Kan kan kan... ekceli macam takda perkataan sesuai nak gambarkan feeling tu la kononnya kan.

Even mamaG sendiri pun salu amalkan mencium dahi my 3 boys in da house tu setiap kali mamaG nak keluar pi kerja awal awal pagi tu. Ye la, mamaG kuar pi keja awal pagi sgt. Matahari pun xdan nak nek lagi mamaG dah kuar mengadap jalan raya. And all my boys in da house pun kadang masih lena di ulit mimpi indah lagi. Hihi.. ye la, nak kuar rumah kena la salam mr. Hubby dulu kan. Cium tangan cium pipi segala termasuklah cium dahi. Memang dah jadi amalan mamaG dan mr. Hubby. Cium tangan, cium pipi dan cium dahi. 

Tang cium dahi tu yang lebih sikit. Lama sikit nak ciumnya. Konon konon tengah mencurahkan rasa sayang la konon kan hahaha.. tapi honestly, memang mamaG suka bila kena cium dahi. Feel loved sangat. Rasa kepercayaan yang dibagi. Rasa macam alahaiiiiii hah gitu la. Hahaha.. melting la konon hahhaa.. tak pa tu salah satu nikmat juga tu yang Allah swt kurniakan untuk kita rasa kan. Nikmat untuk kita saling berkasih sayang. Mengeratkan lagi hubungan gitu lorr. Hihihi... biarpun anak berderet, menten berkasih sayang begitu. Menten romantik romantik. Menten gurau gurau manja. Menten pegang pegang tangan bila jalan jalan dengan anak anak. Menten buat surprise kiss secara spontan. Hihihi... hah kan bagus gitu kan. Feel loved je selalu kan.



Sempat membebel via Blogaway 😘

31 July 2015

Chillin...

Celoteh Aku MamaGlam at 4:34 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Bukanlah penggemar aiskrim bukan juga tak suka langsung. Sekali sekala, yepp layan juga la aiskrim kan. Dan as long as bukan aiskrim coklat. Tak suka aiskrim coklat, kalau makan aiskrim coklat konfem ke jamban. Macam cuci perut katanyaa hihihi...

Petang ni duk umah sebab kena jaga Rayyan. Dia masih demam lagi. Gilir gilir la jaga kan. Before ni mr. Hubby jaga siap amik cuti kan. Ni turn mamaG la kan. Tapi tak dapat mo cuti sebab mamaG ada banyak keja kat opis nak kena settlekan ari ni jugak. So amik halfday je la belah petang. Pagi tadi memang pulun habis la buat keja. Huhuhu...

Petang ni boleh la ami kesempatan berehat di rumah urus orang demam kan. Urus abang dia pula kelas kafa kan. Hihihi.. luv ma job as umi. Hihihi...



Sempat membebel via Blogaway 😘

30 July 2015

My Life Support Demam...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:04 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Buat la apapun, dia tetap mo umi dia juga yang buatkan, ubatkan, tenangkan, tidokan, mandikan, sayang sayangkan, nak suapkan... nak pegang tangan umi ja time tido...

My life support lil angel Rayyan demam panas lagi... sian dia... tadi petang time on the road balik keja, tetiba dapat call dari mr. Hubby yang Rayyan nak bercakap ngan umi dia. Dia nak bagitau kat umi dia yang dia nak tengok wayang malam ni jugak. Dia tunggu umi dia balik keja nak pi tengok wayang sesama. Dia nak bagitau umi dia, dia takmo tengok wayang besok. Walaupun demam, dia nak bagitau umi dia yang dia larat lagi nak pegi tengok wayang. Nak tengok malam ni jugak.

Hurmm... tak daya la mo tolak permintaan si kecil ni. Biarpun dah puas mr. Hubby pujuk dia tunggu dah sembuh dari demam baru pi tengok wayang tapi dia tetap nak jugak. Eksaited dia nak tengok wayang.

Sian tengok keadaan dia tadi sepanajang di mall. Sepanjang tengok wayang. Dia sandar di arm rest kerusi sambil pegang tangan umi dia. Takmo lepas. Sian tengok dia. Mata dah sembab dah. Sampai berair mata dah. MamaG tau sangat tu mesti badan dia dah panas sangat dalam tu. Tengok badan sia pun dah kuar dah corak petak petak tu. Tangan dah pucat sampai biru. MamaG dan mr. Hubby dah risau dah. Sambil sambil tu pujuk la juga kot kot dia betul betul dah tak tahan, nak ja ajak Rayyan kuar panggung. Tak tahan la tengok keadaan dia. Pilu la pulak. Tapi dia selamba ja jawab, takmo balik. Nak tengok juga sampai habis. Dia larat lagi katanya. Hurmm ye la umi dan ayahnya turutkan jela kalau tu buat dia hepi dalam sakit sakit tu...

Balik rumah, suma dia nak umi dia yang buatkan. Takmo ayah dia. Kecuali umi dia yang minta tolong ayah dia. Baru la dia benarkan ayah dia buatkan apa apa untuk dia. Hihihi sabo ye mr. Hubby... layankan je la. Asalkan dia tak mengamuk dah ler...

Malam ni dia dapat izin dari ayah dia untuk tido dengan mamaG. Hihihi.. special treatment dan hospitality dr umi dia. Hihihi...

MamaG ingat lagi dulu masa mamaG demam panas. Rayyan tetiba gi bawak seluar pendek basahan dia, pi basahkan then dengan tak abis perah lagi airnya, terus dia tepek kat dahi mamaG. Terkejut mamaG yang time tu tengah collapse. Habis basah kepala hihihi.. nak marah tak sampai hati bila mengenangkan kesungguhan dia tu. Siap temankan mamaG. Cium cium tangan mamaG sama. Urut urut mamaG lagi. Sama macam apa yg mamaG selalu buat bila kids demam. Hihihi... kids kan belajar dari apa yang kita buat. Baik yang kita buat dan tunjukkan, baik la jugak yang dorang ni ikut dan buat. Gitu jugak sebaliknya.

Muhammad Rayyan Arsyad bin Azman, sila sembuh cepatnya. MamaG dan ayah sunyi la takda kawan gaduh kat rumah. Takda tukang bebel kat umah. Takda orang petah bercakap kat umah. Cepat sembuh ya sayang...



Sempat membebel via Blogaway 😘

26 July 2015

Hanya 1 Malam Dengan Tersayang

Celoteh Aku MamaGlam at 11:07 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan

















Semalam sampai di Sandakan, stay rumah parent hubby dulu. Hari ni, balik ke rumah parent mamaG di Beluran. Petang kang jam 3pm gitu ayah mamaG akan amik mr. Hubby n kids bawa blk kampung mamaG. MamaG pulak gi berfoya foya ngan mama dan adik bongsu mamaG. Huhuhu.. berfoya foya ker?? Takda la, bukan berfoya foya tapi gi shopping barang dapur untuk juadah raya nanti. Mama dan adik bongsu mamaG tunggu mamaG sampai Sandakan juga baru la nak gi shopping sama sama then balik kampung sama sama. Adik mamaG dah warning dah mamaG. There's soooooo much more to do bila mamaG balik rumah parent mamaG nanti. Huhuhuhu...

Lamaaaa tak berjumpa dengan anak buah mamaG si Dhia Hanna Alisha ni. Baby Hanna ni anak kepada adik bongsu mamaG. Baby Hanna ni manja juga la dengan mamaG. Rajin senyum dan gelak bila ngan mamaG. Kalo dengan orang len lambat skit la.  Hihihi... last jumpa baby Hanna ni masa bulan Januari lepas sebelum mamaG pindah ke Putrajaya. Time tu baby Hanna baru 3-4 bulan kot. Mungkin la tak ingat la pulak. Hehehe... mula mula jumpa baby Hanna ni dia macam heran la juga tengok mamaG hihihi.. tak sampai 5 minit, hurm melekat je la kejanya ngan mamaG. Hihihi..

Hari ni plan memang gi pasar Sandakan la apa lagi. Teman mama mamaG beli daging n ayam segala la kan. Lepas tu gi borong air pulak untuk raya nanti. Dengar dengar parent mamaG nak buat open house pada raya pertama nanti.

Dah abis shopping, since dah petang dan di sini pula time berbuka agak awal, so mamaG cdgkn tapau jer KFC bawak balik. Tak sempat dah ni nak masak kat rumah kan. So main beli je la makanan berbuka tu. Sampai di rumah parent dah agak petang, sipi sipi ja lagi nak buka posa time. Dah berbuka, rehat segala, mamaG dan adik terus je start atur list keja nak kena buat. Since mamaG cuma tinggal di rumah parent mamaG hanya untuk 1 malam ja then dah kena balik rumah parent hubby pula esoknya. Jadiknya, mamaG kena la buat fullblast persiapan untuk hari raya ni. Nak kemas kemas deko, nak susun2 pinggan mangkuk segala, nak potong daging ayam bawang halia segala, nak prepare kuih raya dalam balang dan macam macam lagik. Since mamaG ni tak berapa nak sihat. Tekanan darah tu masih rendah, kadang mengganggu juga la keja mamaG. Keja jadik lambat sebab tpaksa berehat banyak kali. Masa shopping di market tadi siangnya tu pun, mamaG sempat pitam segala sebab penat dan juga cuaca yang panas kering. Banyak kali juga la tpaksa tumpang duduk kejap sebab pandangan dah jadi gelap tiba tiba nak rebah. Tapi syukurlah tak terpengsan. Hehehe...

Esok paginya, lepas mamaG dah settlekan kuih raya, deko, bahan masak segala, pinggan mangkuk cawan segala, langsir dan daging. MamaG sempat la juga sambil sambil tu buat kuih raya 1 jenis. Choco fingers. Fav rayyan. Hihihihhi... adik dan adik ipar mamaG pun suka. Sempat buat sikit je la sebab masa tak cukup. Petang tu dah kena pi rumah nenek pula untuk kenduri dan seperti biasa acara malam takbir kami bila berkumpul ramai ramai di rumah nenek ialah main bunga api dan mercun. Bunga api tahun ni cantik cantik tapi tak sebanyak tahun lepas. Hehehe...

Habis ja acara kenduri rumah nenek dan bunga api, mamaG, hubby dan kids terpaksa mengundur diri nak balik rumah parent hubby pula. Semua makcik pakcik dan sepupu mamaG terkejut mamaG tak ada lama dengan dorang malam takbir kali ni. Tak seperti tahun tahun sebelum ni. Tak da tukang kecoh la tu. Hihihi..

Rasa sedih pun ada juga bila terpaksa balik ke rumah parent hubby malam malam takbir ni kan. Sebab tak pernah buat selama ni. Huhuhu.. redha je la... banyak moment raya tahun ni mamaG bakal terlepas. MamaG jangka raya mamaG kali ni tak berapa nak meriah dan happening huhuhu...

Malam ni, mamaG mama dan adik adik mamaG pakai baju yang sama. Mama mamaG yang belikan untuk kami berempat pakai sedondon hahaha.. macam uniform pun ado. Hihhi... gini la mama mamaG, dia suka beli apa saja sekali untuk kami semua anak perempuannya. Tudung untuk raya pun sedondon dia akan belikan. Hihihi...

Okeh la, malam takbir ni, mamaG kena balik dulu. MamaG kena drive sendiri since hubby silau malam tak berapa boleh nak drive bila malam. Tambahan jalan ke Sandakan ni banyak lori lori besar. So kena hati hati sikit dan alert. Jalan pula tak berapa nak rata dan luas macam di KL ni.

MamaG tak dapat nak beraya raya pertama di rumah parent sebab parent hubby ada program raya pertama dan kedua. Tak dapat nak tolong mama mamaG untuk open house esok. MamaG serah pada adik adik mamaG untuk uruskan. Walaupun mamaG tau dorang kepenatan dan akan huru hara sebab kekurangan ahli dapur esok. Hihhii... sila bertabah yer adik adik. Hihihi..

Sempat membebel via Blogaway 😘


14 July 2015

Suka Sukati Kami...

Celoteh Aku MamaGlam at 8:04 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Buang masa main main d toyRus @ KLIA 2... hah budak laki suka la. Banyak karektor adiwira kat sini
Boyz owez b boyz
Hah masak jangan tak masak k
Menung nampak.. hihihi
Candid ka ni?
Harussss ke. Hihihi
Anak bujangku... sejak dah besar ni jarang dapat berselfie ngan dia ni hihih
Do Re Mi ke? Hihihi
Upin Ipin store.. sempat lagi tu...

14hb Julai 2015- Tengah ari ni dah balik kampung via AirAsia. In shaa Allah sampainya petang sebelum buka posa waktu Sandakan. Boleh bukak posa ngan mak mentua kan. Huhuhu...

Tu la ragam kami selama tunggu waktu mo boarding. Tawaf 1 KLIA 2 ni hah selfie here and there. Macam macam ada kan. Rasa macam di mall pun ado. Hihihi.. letih jugak menapak. But ok je. We r having our moment n hepi time sama sama kids kan.

Tadi pi canai Cafe kat klia 2 ni. Hamboi pestime ai beli murtabak harga rm10.90 okeh. Kak ipar pesan. Mak aii sedap sangat kot ek. Mahal lak tu. Tap apa yang bestnya, boleh dapat diskaun 25% kalau tunjukkan kad id penjawat awam or kak siswa, oku dan ntah tak ingat kat apa lagi yang entitle diskaun ni. So dapatla mamaG diskaun tadi since mamaG kebetulan ada bawa kad id mamaG tadi. Tapi still mahal jugak la bagi mamaG kan. Murtabak je kot. Kalau nasi briani takpa la jugak kot. Hihihi...

Syok juga skali skala jenjalan macam ni kan. Kids lari sana sini bebas je. Tak sedar tu dorang tu posa. Jangan tetiba mo minta air sebab haus dah la hihhi.. mamaG n mr. Hubby pula jalan sambil pegang pegang tangan. Macam dating gitu kan... hihi...

Petang tadi dah sampai Sandakan dah. Terus balik rumah mertua yang jaraknya dr epot ni tak sampai pun 5 minit. Dekat je... malam ni tido rumah mentua dulu. Sok baru balik umah parent kan.. petang tadi juga mamaG dan mr. Hubby tak sempat nak rehat, dah mr. Hubby ajak gi bazar. Cari makan untuk berbuka. Kesian pula kat mentua kan nk masak untuk kami. Baik beli je bungkus. Ada 1 jam setengah je lagi nak bukak posa pun. Macam lucu ja bila tiba tiba dalam keta mr. Hubby kata ' wah kita dating berdua lagi kan syg'... hihihi... bkn apa kids tak nak ikut. Sebab leka nak main kat umah mak mentua. Kitorang ok je. Huhuhu... so dating la kami berdua petang tadi. Seperti biasa la jalan mesti pegang tangan. Macam orang bercinta ja. Hihihi.. dah jadi kebiasaan kami kalau berjalan berdua mesti nak pegang tangan. Tak pa la, bukan haram pown laki sendiri kan. Bukannya bopren.. hihhi...

Malam ni nak rehat awal la. Dah ngantuk sgt ni. Tambah lagi kat Sabah kan malamnya cepat. So cepat la juga ngantuknya. Nak kena rehat betul betul sebab mulai esok banyak benda nak buat ni. Arap arap tekanan darah mamaG stabil. Kang sakit naya mamaG. Apa pown takleh buat. Huhhu.. in shaa Allah...



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea