Laman

08 October 2010

Ada tapi Tak ada????

Celoteh Aku MamaGlam at 2:50 PM
Cerita ni: 
SAlam readers,

Tengah boring-boring ni run la channel di tv tuh.. nama jak ada astro tapi cerita bosan la pulak.. lagi-lagi petang-petang begini, yang banyaknya cerita indon... adoiyai, mamaG dah mula bosan nih layan cerita-cerita indon ni.. mungkin sebab mamaG dah nak start keja and become runaway mummy again... mungkin la kan.. ish ish ish, apala mamaG membebel ni kan.. hahaha, layan kan saja la..

Tadi di tv mamaG ternampak iklan jubli emas bunga raya bunga kebangsaan, terdetik pula nak wat entry pasal bunga raya nih.. huhuhu.. mmm, bunga raya memang bunga kebangsaaan negara Malaysia tapi kan berapa banyak tempat di Malaysia ni yang korang nampak banyak ditanam atau gunakan bunga raya sebagai bunga hiasan??? hah!, boleh dikira dengan jari gitew kan, kan, kan....

Kalau dulu masa sekolah dulu memang banyak la mamaG tengok pokok bunga raya ni di tanam di kebaynakan sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat pentadbiran. Macam-macam warna dan jenis bunga raya ada.. CAntik-cantik semuanya... Kalau kat kampung mamaG dulu, kalau ada apa-apa event di dewan atau pentas, pasti ada kain rentang corak bunga raya... Memang la bunga raya tu dijadikan lambang bunga kebangsaan.. Mana-mana atau apa-apa acara sekali pun yang diadakan pasti ada kain rentang bunga raya tuh, bangga sungguh kan..

Bukan itu ja, tepi jalan, sepanjang pembahagi jalan, laman, taman bunga, padang sekolah, dan lain-lain, pasti ada bunga raya kan kan kan..

Tapi, sekarang kemana perginya semua tuh? Pergi la kemana-mana sekolah ker, pejabat pentadbiran ker, cuba tengok kat lamannya ada tak pokok bunga raya yang menjadi lambang negara MAlaysia a.k.a. bunga kebangsaan Malaysia.. Ala, i bet u, kalau ada pun berapa kerat agaknya? korang pasti boleh kira punya lah.. SEkarang ni, macam-macam bunga ada dah.. terutama bunga hutan, hah macam-macam bunga hutan ada, kononnya konsep tropika gitew..

Habis macam mana dengan bunga raya kebanggaan rakyat Malaysia???... Tak salah bawa masuk bunga-bunga tropika tu sebagai hiasan, tak dinafikan, memang cantik tapi kenapa mesti bunga raya diketepikan terus??.. Tengok saja di putrajaya, kalau korang perasan la kan, kat mana agaknya ada pokok bunga raya tuh? banyak ke tak? Jawapnnya tak payah la mamaG bagitau, korang sendiri pun tau kan bila tengok sendiri..


Ekceli, mamaG wat entry ni bukan apa, cuma mamaG tertanya-tanya juga, kerajaan ni wat promosi or event pasal bunga raya ni tapi where is the thing? Kalau setakat nak tunjukkan taman bunga ker apa, apa la sangat kan.. Bagi mamaG, kalau nak melambangkan sesuatu tu, pastikan la benda yang menjadi lambang itu menjadi amalan ataupun memang ada dikebanyakan tempat dan memang dibanggakan... Kalau setakat tenggelam timbul, memang tiada makna la..

Jadi, untuk apa semua promosi dan event ut? Untuk menghabiskan duit rakyat agaknya ya, hermmm,.. (Oppss, Terlebih sudah).. Bak kata nabil, "lu pikir la sendiri"..

Apa-apapun, moga-moga bunga raya ni masih ada ditanam lagi di tanah Malaysia ni dan terus menjadi bunga kebangsaan kita..

4 comments:

  1. itu le masalahnye..... kite expect malaysian hargai bunga raye..... tapi bunga raya pun dah susah nak jumpe dahhh...

    P/S: astroo.... charge naik....patot servis lagi ok....ni takkk...mase hujan out..... ceghite dok ulang2....

    ReplyDelete
  2. betul tuh.. astro ni mcm2 lar.. crita lak ulang2.. mcm dah xda crita lain dah.. xda cerita baru la kan.. tp bula2 byr camtu gak.. kadang2 bohsan lar..

    ReplyDelete
  3. skrg mmg susah nak jumpa bunga raya..tp nasib baik otw nak balik rumah saya still diorang tanam bunga ni kat tepi jalan....yg bunga raya putih,daunnya boleh dibuat tuam demam panas..zaman skrg ni semua bergantung pada ubat..taknak guna cara tradisional pun...

    ReplyDelete
  4. btul tu mama..
    tepi jln hiasan pokok bunga lain la, xde pun pokok bunga kebangsaan tu..
    kt umah2 orang pun payah nak jumpe..
    TK pun dah ingat2 lupa pasal hal ni hingga lah tngok promo kt tv..dh 50 tahun rupanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea