Laman

21 January 2013

Piza Roti Paun for Dinner

Celoteh Aku MamaGlam at 9:16 PM
Cerita ni: 
5 berbalas bebelan

Okeh malam ni memang tak teringin langsung nak makan nasi. Hehehehe demanding... Oleh itu, mamaG pon nak try la buat home made piza daripada roti paun. Ala roti buku tu.. Senang je, tak payah nak buat doh bagai. Hehehehe alasan seorang pemalas.

Dis is first time mamaG try buat. Harap menjadi dan sedap. Okeh korang nak tau tak macam mana nak buat? Memang senang jew. Bahannya pon bergantung juga dgn selera korang. Okeh macam mamaG, mamaG guna roti paun/buku watever roti pun okeh, then susun kat tray yg di alas ngan aluminium foil.

Kendian, mamaG sapukan sos tomato kat roti roti tu. Letak sikit sos thousand island. Okeh itu untuk based dia. Kendian, utk bahan bahan aksesorinya, mamaG goreng crispy crab, burger keping ramli dipotong dadu dan sosej keju yg dicincang serta hirisan buat tomato.

Kendian, mamaG tabur sesuka ati kat atas roti yang dah disapu sos tomato dan thousand tu. Sprinkle, sprinkle... Susun bebola crispy crab.. Dah siap aksesorinya, mamaG letak lagi sikit sos thousand island, pastu tabur pula mozarella cheese. MamaG suka banyak cheese, sebab tu cheese tu terlebih sudah.. Hahaha.. Kalau korang ade beli cheese chedar, pun boleh tabur skali.

Pastu, bakar dalam oven dengan suhu 170 degree selama 15 minit. Tunggu la sampai masak. 15 minit tu macam 15 jam... Hahahaha, gediks.

Okeh, dah siap masak, boleh hidang panas2... Rasa dia???? Mak ai memang sedap, bukan nak puji diri sendiri (memang pun sebenarnya, hahaha) tapi memang sedap. Mcm makan piza betul.. Mcm makan sandwich piza pula. Makan 2 keping je dah kenyang.

Cuba la korang...

Boleh juga kalau tak nak pakai sos tomato ngan thousand island. Korang pakai mayonis kalau nak.. Ok jew. Jangan pakai sos black paper dah la.. Ekekeke.. Tapi ok juga tu, kut sedap kan, hah dah dapat resepi baru..

16 January 2013

Talk, Listen And Respects Others Right..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:13 PM
Cerita ni: 
7 berbalas bebelan
Watch "FORUM SUARA MAHASISWA PART 4" on YouTube

Isu Bawani vs Sharifah ni, tengah hot kat laman sosial dis few weeks. Ada je appear kat mana mana laman sosial, fb, tweet, blog, etc. Dan yg mamaG perasan, insiden ni dah macam dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang nak ambil kesempatan.

MamaG pon menggunakan sense of penyebok mamaG utk ambil tau apa sebensrnya yang jadik kan (eceh, padahal memang penyibok pon, ekekekeke). Try la cek kat youtube kan, hah terjumpa rakaman ni. Kejadian sebenar imsiden tu. Memang tergamam juga la bila tengok attitude cik Sharipah tu. The way dia treat c Bawani tu. Memang very rude. Dan dia bercakap soal respect sedangkan dia sendiri bertindak mcm tak hormat orang lain. Sharipah tak sepatutnya layan orang macam tu.

MamaG tak nak menilai siapa salah, sapa betul, siapa bijak siapa tidak tp apa yg mamaG nampak jelas sekali ialah attitude. Memang sgt sombong cara sharipah bercakap dan sikap yg tidak sepatutnya ditunjukkan. Dan beliau juga merendahkan Bawani dengan membezakan level dia dan Bawani jika ingin bercakap.

Patutlah insiden ni jadi isu hangat. Insiden yg memang sgt memalukan dan menjatuhkan air muka Bawani. Tapi mamaG respek kat dia sebab walaupun dilayan begitu, still, dia tetap senyum.

Kepada sharipah, next time jangan buat forum utk nak mendengar pendapat orang atau luahan tentang apa apa isu yg kononnya digalakkan dan akan didengar sedang anda sebenarnya bertindak sebaliknya sama ada sedar atau tidak.

Kalau pun tak puas hati, atleast let her finish first then boleh hentam kalau tak suka kan. Kata ingin memdengar pendapat mahasiswi, tapi sebsliknya pula.

Dan yg buat mamaG rasa sharipah ni memang tak hormat orang lain adalah bila ada sorang panel di pentas tu minta izin dengan beliau utk bersuara bagi pendapat, si sharipah ni buat tak layan dan potong terus dengan menyuruh urusetia bersedia utk tayangkan video dokumentari. Kesian panel tu, malu sebab tak dipedulikan.

Pada korang, jgn pecaya terus apa yg laman sosial diluar tu siarkan kalau kita sendiri tidak tahu dan belum tengok kejadian sebenarnya. Tengok video ni dan nilai sendiri dan jangan terpedaya dgn kenyataan yg berbaur politik.

13 January 2013

Teringat Time Kecik Kecik Dulu.

Celoteh Aku MamaGlam at 3:54 PM
Cerita ni: 
4 berbalas bebelan

Haaaa sepa masih ingat aiskrim tu? Time keci keci dulu salu juga buat aiskrim ni. Yela dulu bukannya mampu sangat pun. Siap jual lagi. Dulu aiskrim ni kalau tak silap 20sen atau 50sen je kut harga dia. Sedappp. Ntah la kenapa sedap kan, mungkin sebab dalam plastik tu kut, macam nostalgik gitu kan bila makan.

Macam macam rasa dibuat. Rasa milo, rasa sirap oren, rose, susu, macam macam lagi. Tengoklah apa yang ada dirumah tu kan yang boleh dibancuh dan disimpan dalam plastik aiskrim tu.

Ni buat ni pun sebab kids yang minta. Lepas tengok episod upin ipin tajuk 'cari dan simpan'. Ada scene upin ipin jual aiskrim ni utk kumpul duit. Tiap kali scene tu, tiap kali tu juga dorang kids ingatkan mamaG utk beli plastik aiskrim.

So, hari ni, masanya buat aiskrim tu. Buat 3 rasa je. Rasa milo, ribena dan jagung. Fuh memang heaven. Yang lucunya tu, time mamaG tengah nak buat aiskrim rasa jagung, c Rayyan minta sudu nak rasa air jagung kat dalam jug tu. Nak rasa la konon. Dah rasa 1 sudu, nak rasa lagi. Pastu nak rasa lagi, lagi dan lagi. Pastu c Irfan pun nak rasa juga konon sesudu je la, tapi pastu, lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. Last last, tak boleh jadi ni, sesudu sesudu, lama lama jadi bersudu sudu takleh berenti. Hurm, mamaG pun apa lagi amik cawan 2, pastu tuangkan letak ais, bagi dorang minum. Hah heaven.. Berseri seri muka haaa.. Sabar je la mamaG ngan kids ni.. Ade je akal. Hahaha. Pastu ketawa ketawa macam beliau beliau.

P/s: tak sabar nak tunggu petang, nak makan aiskrim yg dah keras. Huhuhuu...

Sold Oredy!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:39 PM
Cerita ni: 
4 berbalas bebelan

Tadi dapat sms dari seseorang yg interested nak beli iphone 4 mamaG. Wah tak sangka la pula, ada orang nak beli. Memang mamaG nak jual iphone tu, tapi tak buat official iklan lagi kat mana mana. Ingatkan nak iklankan kat Mudah.my dan lelong. Tapi asik tak sempat jew. Tak sangka pula, hanya membebel kat blog pasal ni, ada yang sudi membeli. Ni kira iklan tak tersengaja la ni kan. Hahaha...

Alhamdulillah pada hamba Allah swt dari Terengganu yg sudi nak beli iphone mamaG tu. Dia kata dia dapat tau dari blog mamaG. Dia terbaca pasal mamaG nak jual iphone mamaG tu. Hurm, tu mesti dia baca entry mamaG yang lepas pasal Ratu Gadget tu. Hihihi. Tq juga sebab singgah blog mamaG ye. Tolong jaga iphone tu bebaik ek. MamaG sayang iphone tu and memang jaga betul, tapi have to letgo la, byk sgt gadget pun watpa kan. Lagipun ada reason lain lagi mamaG nak jual. Hihihihi

Samsung S2 pula dah di booking, tu kalau 'orang' tak jadi, huh memang nak kene tembak la tu, heheheh gurau je.. Remind dia tau my lil sis, Ieda.

Terima kasih kepada pembeli dan syukur kepada Allah swt atas rezekimu.

09 January 2013

Owes Make Ur Life Full of Happiness

Celoteh Aku MamaGlam at 8:35 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Just be urself, live the way u are. Ur happiness is ur choice to choose.

All About Love

Celoteh Aku MamaGlam at 8:04 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

Memang betul pun kan. Kalau kita betul-betul sangat-sangat sayang kat pasangan kita or family members or frens, deeply, memang macam ni la keadaan kita. Even bila kita memang marah yang teramat pun, still, kita akan tetap caring jugak kan. Senyap senyap. Kita marah tapi at the same time kita tak nak something happen to them kan kan.

05 January 2013

Syukur Dengan NikmatMu..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:56 AM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan
Syukur Alhamdulillah, enchek Asben dapat sambung belajar di UTM Space, KL. Belajar part time. Sebagai isteri, kenalah bagi support kan selagi mana inya tidak melanggar hukum yg dilarang dan janji kami yang dipatri bersama kan. Cewahhh.. I m hepi for him sebab dapat sambung belajar dalam usia yg orang kata tak lah muda lagi kan tapi masoh boleh terima lagi tu ilmu kan. Lagipula suda kawen, ada anak dua orang yang sedang membesar yg sentiasa perlukan perhatian Ayahnya, dan bebanan kerja di pejabat yg perlukan komitment tinggi. Nasib baik la kan dia dapat isteri yang boleh berdikari, tidak high demand dan high taste sgt or yang manja2 sgt kan kan kan.. Kalau tak, lagi pening agaknya enchek Asben kan nak handle semua tu.. Memang mentally stress la kut. Hihihii..

By the time mamaG tulis entry ni, enchek Asben tengah strugle siapkan assignmentnya yg nak kene hantar esok. MamaG nak tolong tp tak dapat la sebab walaupun kami berdua ni aliran sains, amik juga subjek fizik, tapi ofkos la assignment fixik dia tu level tinggi kan, so mcm mana nak tolong kan. Yang fizik yang asas time form 5 tu pun dah tak ingat dah, nak kene refresh balik form the very basic baru la boleh tolong kan.. Hahahaha.. Apa2 pun, selamat berusaha ya enchek Asben. Doaku dan keluarga sentiasa mengiringimu.. Cewahhhsejak bila la mamaG ni jadik gini ni, kuar ayat kanmain lagi hah.. Hahaha

Sejak enchek Asben sambung study dan kelas pula tiap sabtu dan ahad, mamaG dan kids memang takde la nak gi jenjalan ke beronok ronok ke time ujung minggu sebab kereta ofkos la enchek Asben guna utk pi kelas. Hohohoh. So, every Jumaat mamaG akan fikirkan apa aktiviti mamaG nak buat dgn kids time weekend since kami tak boleh nak hang out kat luar macam dulu kan. Macam macam la mamaG fikirkan. In positif way, bagi mamaG, Allah swt tarik keseronokan kami bergumbira di luar tu tapi digantikan dengan quality time wif my kids di rumah. Buat aktiviti sama2 tanpa risau, penat dan buang duit. Mungkin time ni la mamaG boleh meluangkan masa dan mendidik anak anak mamaG kan. Merapatkan lagi ikatan anak beranak tu kan. Yela hujung minggu je la masa yg paling panjang kita bersama ngan kids kan.

Katenyer nak jadik bestfren anak anak. Mungkin ini la salah satu peluangnya. MamaG tak pernah rasa kekurangan dalam hidup ini selagi ada enchek Asben, my precious kids dan famili. Walapun hidup dan rumah mamaG sederhana dan simple macam orang bujang. Hihihihi... Yang penting hepi together.

As mamaG pula, bila nak sambung belajar,? Hihihihi, memang terniat pun sambung belajar. Cita cita mamaG dari keci sampai sekarang kan 1 jew... Tau mende? Hahhh bukan nal jadik dokter kecikgu ke, nurse ke, pegawai tinggi ke menteri ke, lawyer ke.. Cita cita mamaG ialah 'belajar selagi boleh, berusaha selagi mampu'. Hah tu la cita cita mamaG dari kecik. Belajar, belajar dan belajar. Tak kira la nak belajar psl apa, asalkan belajar. Sebab mamaG ni jenis yg deep inside sgt suka cari ilmu. Belajar macam macam benda baru. Suka mempelbagaikan kemahiran dan pengetahuan. Hohohoho.. Alkisahnya..

Tapi buat masa ni, mamaG tak boleh sambung belajar sebab enchek Asben tengah sambung belajar. Sebabnya, kalau dua2 pi kelas, sapa pula la nak jaga anak2 time ujung minggu. Kelas pula setiap sabtu ahad. Dari pagi ke petang or malam. Takmo la macam tu. Kesian anak anak. Tak salah berkorban lebih sikit kan utk kebaikan orang lain kan. Siapa tau Allah swt nak bagi ganjaran tanpa kita sedar kan, itupun selagi kita tak mengungkit la kan. Hehehehe.. Ayat terakhir tu penting, JANGAN MENGUNGKIT.

So, ini dah rezeki enchik Asben, so kita sbg isteri, kenalah redhakan , doakan dan berkorban sikit. Enchik Asben dah byk berkorban utk kita kan... Kalau pun tak byk, atleast ada juga kan. So give n take la.. Yakin Allah swt sedang memberikan nikmat serta ujian kpd kita kan.


P/s: ekceli mamaG pun dah pernah sambung belajar tapi mamaG tangguh semester. Sampailah sekarang, tertangguh sampai dah tak boleh ditangguh dah. Mak mamaG pun dah bising dah bila nak sambung balik. Bukan malas tapi byk halangan dan mungkin bukan rezeki.

Ratu Gadget Katenyerrr...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:21 AM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan
Ada sesetengah member gelar ratu gadget, ada pula yg gelar hantu gadget. Ko tanya la apa2 pendapat psl gadget insya Allah boleh jawab. Yup! Watever pun orang bagi gelaran, yup, wat can i say kan. It's one of faveret topik dan jugak kegilaan terhadap yang namanya teknologi.

Yup, it's me la tu alkisah mukadimah kat atas tu. MamaG dunno why la org gelar macam tu tapi memang betul, kalau yang namanya teknologi especially gadget, mamaG memang suka betul. Tak beli pun atleast mamaG suka surf dan explore info pasal gadget techno baru. Hihihihi..Dengar je ada produk technor gadget baru, konfem pi google cari info...

Dunno why but mamaG memang suka dgn gadget dan techno baru. Kat rumah ni, harta dunia yg mamaG ada byk ialah gadget selain drp baju dan handbag! Nasib aik la passion on kasut tu dah kurang. Mungkin sebab fakyor umur kut jadi dah kurang nak pakai kasut tinggi mcm dulu dulu.. Katenyeeee.. Hahahaha

Dan mamaG memang guna sepenuhnya gadget yang ada. Explore fungsi teknologi gadget tu. Mencuba setiap inci kemampuan gadget tu. Hahahah... Ntahlah anak sapa la ni jadi gini ni kan. Hahahaha..

Sekarang ni pun, mamaG rasa nak letgo beberapa gadget mamaG. Macam henpon samsung galaxy s2 dan bb torch kaler merah tu. O ya, iphone 4 ni pun mcm nak let go juga ni. Nak pakai satu henpon je. Sosapa berminat blh la email ke, pm facebook mamaG ke. Hohohoho.. Nanti mamaG bagi best price punya. Dun worry all gadget mmg sgt2 dijaga tanpa calar or rosak. Hohoho.. Aiyok dah macam promo kedai henpon la pulak. Ok la, chow dulu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea