Laman

12 July 2010

New Ready Stocks will be Update soon..

Celoteh Aku MamaGlam at 11:03 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Dear my Luvly ShopaholicS!

New ready stock baju kurung moden n chifoon akan di upload xlama lg utk korang suma wat pilihan sempena raya nih.. harga mmg marvelous la, sgt2 berpatutan dan murah.. so, cepat2 ya.. come visit blog Mama G n wat tempahan segera, okies..

09 July 2010

What a day..

Celoteh Aku MamaGlam at 6:02 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
09/07/10 - hari ni kira hari yg bz skit la utk aku.. kene prep doc utk taklimat @ parlimen diz next isnin.. skangn i pon aku masih di opis lagi nih.. sambil2 org bilang kan.. xtau lg jam brapa dpt blk nih.. sian pulak kat hubby ku itu yg terpaksa meng-canceled-kan game badmintonnya.. hihihi.. apa nak buat kan.. bukan slalu pon aku kena tay back sejak aku dah stat sarat mengandung nih...

lapar la pula aku pas dr tadi asik ke hulu ke hilir.. apa aku nak makan ni ek.. kedai n cafe tutup dah nih.. mmm.. sabar yer 'junior' yer, nt umi cr mamam okies..

kalu ikutkan, pagi senin nnt dah kene standby kat parlimen.. sib baek aku minta excuse ngan pegawai aku.. bkn pa, aku ok jer nk p sana tp takut bos jer la yg x ok.. kang kesian lak pegawai aku kene marah kan.. mmmm... so, apa2pun aku kene make sure evrything is prep well n complete... hihihii...

08 July 2010

Tips for Breastfeeding Moms n Mom 2 Be...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:21 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
 Tips ni Mama G amik dr satu laman web yg salu Mama G rujuk. memandangkan ada lagi 1 bulan utk c 'junior' lam perut ni nak mlihat dunia, jadik kena prepare lebih skit.. tambah2 pulak, kali ni Mama G teringin sgt2 bg exclusive breastfeeding... so, gonna need more n more info bout BF nih.. 


walau pun ni dah masuk anak kedua, but situasi yg dilalui xkan sama.. kena la sentiasa up-to-date jg kan.. xkan glam jer yg uptopdate.. hihihi.. so, jumpa la artikel pasal BF nih kat web www.susuibu.com. saja nk kongsi ngan kwn2 para ibu tuh.. x byk pon, sikit jadilah kan.. 


so, sesapa yg ade komen/pendapat atau cadangan nk bg kat Mama G yg x berapa nak cukup ilmu ni, minta tolong sgt la curahkan ilmu yg korang ada tu.. mmg amat dihargai sgt2.. 



Tips Pemberian Susu Perahan

1. Pada malam sebelum anda mula memberikan susu perahan, turunkan bekas susu perahan sebanyak mana yang diperlukan untuk bayi pada keesokan harinya ke bahagian bawah peti sejuk (peti sejuk dua pintu). Biarkan susu beku ini akan mencair selama 6 hingga 8 jam (semalaman) di dalam peti sejuk bahagian bawah ini. Susu yang telah diturunkan ini dapat bertahan selama 48 jam.

2. Lebih kurang 15 minit sebelum memberi susu kepada bayi, rendam susu yang hendak diberikan tadi ke dalam bekas yang berisi air panas. Pastikan susu itu telah mencair sepenuhnya sebelum direndam. Sekiranya susu itu belum cair lagi, alirkan air paip ke atas bekas susu tersebut sehingga ia mencair sepenuhnya. Jangan sekali-kali merebus susu tersebut atau menggunakan microwave kerana ia akan merosakkan kandungan enzim dan protin di dalam susu ibu.

3. Apabila susu telah mencapai suhu badan (suam-suam), berikan kepada bayi dengan suapan sudu atau cawan. Cara yang betul adalah dengan meletakkan hujung sudu atau pinggir cawan ke mulut bayi. Pastikan bayi dipangku pada kedudukan separa duduk-baring untuk memudahkan bayi mendapatkan susu. Bayi akan mula menjilat susu yang berada dekat dengan mulutnya. Lakukan perlahan-lahan hingga susu habis sepenuhnya. Sendawakan bayi jika perlu setelah selesai.

4. Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.

07 July 2010

Manusia, Malaikat dan Syaitan

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
kredit utk my fren masa skool dulu atas post entry ni.. mmm, a good thing to share ngan semua kwn2 yg lain.. sama2 la kita amati dialog di bawah.. mm, betul jg kan.. pelan2 la kita letakkan jurang ngn Mr. S ni.. dgr2 la nasihat Mr. M pula, utk kebaikan kita di dunia dan d akhirat jg kan.. insya Allah.

Manusia, Malaikat, Syaitan……

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.....
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie?
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie...
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea