Laman

31 January 2011

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)

Celoteh Aku MamaGlam at 4:53 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan


 Really love diz song.. So, dear readers, jom layan lagu nih.. thanks to kak Zatool for sharing diz video..

INSHA ALLAH (MALAY VERSION)
By : Maher Zain

Andainya Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suramBagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa Kerana Allah bersamamu

Insha Allah (3x)
Ada jalannya
Insha Allah (3x)
Ada jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada peluang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa kerana Allah bersamamu

19 January 2011

Cuti-cuti Thaipusam…

Celoteh Aku MamaGlam at 5:06 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Salam semua,

Hari ni dah Rabu kan, Sok pula cuti dah.. MamaG nak ucapkan Selamat Hari Thaipusam pada yang menyambutnya…

hmmm, bagusla kan Malaysia ni, banyak sangat cuti kan.. hihihihi… Tapi yang tak bestnya, Jumaat kena masuk keja balik.. warggghhh, YYYYyyyyyy….. Nak Sambung cuti boleh jer tapi malas la pulak, sayang la pulak cuti ku itu dibazirkan. Lagipun bulan 3 nnt mamaG akan balik ke Sandakan utk majlis perkahwinan abang ipar mamaG. Pastu, nak balik Hari raya aidilifitri lagi (WAJIB!), pastu nak balik bulan 11 lak utk majlis kahwen adik mamaG (insya Allah, panjang umur n dipanjangkan lagi jodoh dorang dua tu, amiiiinnn..)

Kang abis cuti kang, sapa nak jawap?? Hah, sedey la nanti tak dpt balik kampung…  Dok menlanguk kat opis ni hah.. hihihihi… Dah la tahun lepas cuti habis langsung, tak dpt nak forward ke tahun nih.. hish… tahun ni kene jimat cuti..

okeh la, no more to say, so, selamat bercuti semua… 

Bukit Tinggi, Pahang….. Mungkinkah???

Celoteh Aku MamaGlam at 3:16 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

Salam semua,

haluuu, lamanya tak update blog kan.. apa cerr?? Macam2 cerita ada cuma belum dicoret kat dalam blog mamaG nih..

Skang ni, semua orang mesti dah dok plan nak pi mana time cuti nanti ni kan.. Especially time cuti tahun baru cina ni kan.. hurm, korang semua macam mana? Apa plan korang time cuti nanti? mamaG??? hurmm, tak tau lagi nak pi mana? Niat hati yang suci murni ni memang lah teringin nak berjalan cuti-cuti 1Malaysia..

Okeh, setakat ini, mamaG terfikir nak pi Bukit Tinggi yang kat Pahang tu jer.. Wah, dah siap google lagi hah.. Macam best jer kat sinun.. Last year kawan mamaG ade gak pi sana, dia kata memang best… Semalam pun, time tengah rehat2 dengan enchek Suami, ada gak menyampaikan usul ni nak pi Bukit Tinggi ni.. Tapi tula masih dalam pertimbangan lagi usul mamaG tuh, belum diluluskan lagi, ahaks! dah macam nak mohon projek juta2 la pulak, ahaks!..

Adoiyai, macam mana ni, nak pi ke tak ni Bukiut Tinggi nih?… Kang tak senang tido la pulak selagi tak dapat pi kan, hihihihi.. adedeh..  Dari apa yang mamaG dah google sedari semalam dan tadi pagi, waduh, tengok gambar dan cerita2 orang yang dah kat dalam web tuh, adedeh, wat hati mamaG ni makin kuat nak pi la pulak..

  Yang mamaG tau, semua bangunan kat sini ala ala french gitu kan..  nampak best jer..

Menurut kawan mamaG dan jugek orang2 yang pernah wat komen pasal bukit tinggi nih, kat sana scene dia memang superb awesome! betul2 la rasa macam kat luar negara gitu kan.. adeh..  Tapi bab2 makan, memang mahal gilerrr babeng!.. Kalau nak bawak bekal sendiri jer la kan.. hihihihhi.. Banyak lagi sebenarnya yang menarik kat sana…

 

Japanese Garden..

 

So, apa lagi, jom ramai pi sana.. (insya Allah, selepas usul mamaG kepada Enchek Suami telah pun diluluskan, ahaks!)..

11 January 2011

Bermain Itu Menyihatkan Badan

Celoteh Aku MamaGlam at 3:53 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

image

Semua kanak-kanak, baik bayi mahupun remaja dan orang dewasa, suka bermain. Bermain yang lazimnya membabitkan pelbagai aktiviti dipilih sendiri, didapati menyeronokkan dan digemari kanak-kanak, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ia bukan sahaja kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan tetapi juga sebahagian penting daripada perkembangan awal mereka.


Bermain memberikan kanak-kanak pelbagai manfaat dari segi perkembangan mereka – secara fizikal, emosi, sosial dan intelektual. Apabila diberi ruang dan masa secukupnya untuk bermain, mereka boleh meneroka, menunjukkan kreativiti dan menimba pengetahuan. Bermain turut membangunkan kemahiran penting yang diperlukan untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.


Kanak-kanak bermain dengan banyak cara dan dengan cara berbeza
mengikut peringkat usia mereka. Yang lebih tua mungkin mencari
permainan atau mainan tertentu yang lebih menarik dan mengasyikkan
berbanding apa yang digemari kanak-kanak kecil. Ternyata penglibatan
dalam permainan yang sesuai dengan usia mereka mengoptimumkan
tahap perkembangan masing-masing. Kebelakangan ini, bermain juga telah menjadi satu bentuk terapi bagi kanak-kanak dengan keperluan khas (seperti gangguan hiperaktif daya tumpuan, autism dan sebagainya).


Malangnya, dengan gaya hidup masyarakat moden sibuk dan lebih
penekanan pada kegiatan akademik dalam sistem pendidikan hari ini,
kanak-kanak mempunyai masa yang amat suntuk untuk bermain. Namun
begitu, ibu bapa masih boleh berikthiar untuk mencari dan meluangkan
masa bermain dan peluang pembelajaran untuk anak mereka. Baca selanjutnya untuk mengetahui mengapa bermain adalah penting untuk perkembangan anak anda, dan bagaimana anda boleh membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang diperolehi daripada bermain.

 

Kanak-kanak memerlukan jenis permainan berbeza jenis permainan.


Permainan penerokaan membolehkan anak anda mengenal dan meneroka ciri objek (saiz, bentuk, warna, dan tekstur), cara ia berfungsi, dan apa yang boleh dilakukan dengan objek tersebut. Contohnya, apabila bermain pasir dan air, anak anda menemui bahawa pasir berubah warna apabila basah, dan boleh dibentukkan bola apabila dimampatkan dalam tangan.image


Permainan sosial membolehkan anak anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau dewasa lain. Mereka belajar tentang perkongsian, kerjasama, saling bertolak ansur dan tingkah laku sosial lain. Permainan yang mungkin diminati adalah berlumba-lari, permainan berkumpulan dan berbual menerusi telefon mainan. Dia juga peluang untuk mula berkomunikasi dan membangunkan kemahiran bahasa. Permainan fizikal, atau permainan motor, merupakan aktiviti atau permainan yang membabitkan pergerakan fizikal, seperti bersenam, bermain dengan alatan sukan, menunggang basikal beroda tiga, melompat tali dan menari. Ini membolehkan mereka membangunkan kemahiran motor kasar dan halus serta membina kekuatan otot. Permainan manipulatif ialah satu bentuk permainan yang membolehkan kanakkanak berlatih koordinasi mata dan tangan, supaya tangannya (termasuk jari), mata dan otak berfungsi bersama untuk bertindak untuk melakukan sesuatu.


Sebagai contoh, bayi akan menjadi lebih mahir menggunakan tangan apabila memegang mainan berdetar dan menggoncangnya.


Permainan kreatif memberi peluang kepada anak anda untuk menyampaikan idea, perasaan dan kreativiti menerusi aktiviti seperti membina menara dan rumah dengan blok, dan membentuk binatang daripada plastisin. Permainan daya imaginasi, atau permainan olok-olok mengembangkan daya imaginasi dengan berpura-pura menjadi watak lain, objek atau binatang. Kanak-kanak juga mungkin cuba mencontohi dewasa semasa menggunakan daya imaginasi, seperti membeli-belah atau memasak.

Peringkat Permainan “Kanak-kanak bermain dengan cara berbeza mengikut usia dan peringkat tumbesaran mereka. Pilihan mainan dan aktiviti mereka berubah ketika membesar. Lazimnya mereka terlibat dalam lebih
daripada satu jenis permainan pada satu-satu masa.”


Contohnya, bayi berusia 6 bulan bermain sendirian dengan mainan berdetar. Ini membabitkan penerokaan dan permainan manipulatif – bayi belajar cara menggunakan tangan untuk memegang mainan, dan mengetahui apa yang dilakukan oleh mainan tersebut apabila dia menggoncangnya. Apabila bayi berusia 12 bulan, dia mula bermain mainan tariksorong secara sendiri. Dia belajar cara untuk menggunakan jari untuk memegang mainan, menolak atau menarik mainan dan mempelajari apa yang berlaku seterusnya.


Apabila anak anda berusia 4 tahun, dia lebih uka bermain dengan kawannya. Dalam suasana inilah pelbagai ciri permainan digabungkan untuk menyokong perkembangannya dalam bidang berbeza.


Sebagai contoh:

  • Permainan sosial – apabila anak anda bermain dengan kanak-kanak lain.

  • Permainan fizikal – Mainan duduk dan pandu, sorok-sorok.

  • Permainan kreatif dan imaginasi – bermain hias, masak-masak, boneka dan anak patung.

  • Permainan kreatif dan manipulatif – Blok binaan dan set pembinaan.


“Bermain biasanya dilakukan dalam pelbagai bentuk. Anak anda mungkin mendapat manfaat daripada permainan dan menikmati pembangunan menyeluruh dengan pendedahan semua bentuk permainan,” ujar Dr Teoh.

“Dengan bermain, kanak-kanak mempelajari set kemahiran dan keupayaan berbeza pada peringkat kehidupan berbeza, walaupun sejak mereka masih bayi lagi,” kata Pakar Perunding Psikologi Klinikal, Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, sambil menambah bahawa umumnya terdapat enam jenis permainan yang menyumbang kepada perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

 

 

Sumber : positiveparenting.org

wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?

Celoteh Aku MamaGlam at 8:32 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Soalan:
Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
 
Jawapan:
Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.
 
Petikan daripada: Soalan Lazim, Masalah Berat Badan
Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia

10 January 2011

Powernya Wudhu’!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:56 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Oleh Dr. Azhar bin Hj Sarip

 

Setiap dari kita tahu akan wudhu’ cuma mungkin panggilannya sahaja yang berbeza, ada yang memanggilnya air sembahyang. Sejak kecil kita di dedahkan dengan teknik berwudhu’ dan ianya perlu jika kita ingin menunaikan solat. Bukan itu sahaja jika kita berada dalam keadaan marah, wudhu’ akan mengurangkan api kemarahan yang membakar jiwa kita. Seperti juga azan, tidak ramai diantara kita yang mengambil berat tentang wudhu’. Bagi kita wudhu’ adalah wudhu’ dan ianya hanyalah satu keperluan sebelum melakukan sesuatu ibadah. Tetapi jika itulah pandangan kita terhadap wudhu’ maka ternyata kita terlepas pandang akan kepentingannya dalam kehidupan kita.

Jika wudhu’ itu hanyalah untuk tujuan ibadah sahaja justeru mengapa ada diantara kita yang tidurnya dalam wudhu’, yang jaganya dalam wudhu’ bahkan ada yang menggunakan wudhu’ sebagai pendinding dari kejahatan anasir-anasir halus yang mengganggu. Ada juga yang menggunakan wudhu’ sebelum mempelajari sesuatu ilmu dan tak kurang juga yang mengamalkan adat membatal air sembahyang sebagai salah satu acara di dalam majlis pernikahan. Kita mungkin jarang sekali bertanyakan sebab yang dapat dibuktikan secara sains mengapa kita perlu berwudhu’ sebelum solat atau sebelum membaca al-Quran. Kita juga mungkin jarang mendengar pertanyaan mengapa kita perlu membaca a-Quran dengan bertajwid dan apakah yang dapat dibuktikan oleh sains dalam hal-hal ibadah yang kita lakukan.

Kita dapat melihat dengan jelas akan teknik berwudhu’ seperti yang dinyatakan daripada Humran maula Uthman (ertinya bekas hamba Uthman yang dimerdekakan olehnya) sesungguhnya Uthman ibnu Affan meminta air wudhu’ lalu dia berwudhu’: Dia membasuh dua tapak tangannya sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkumur dan istinthar (ertinya menghembus air keluar dari hidung setelah memasukkannya). Kemudian dia membasuh mukanya 3 kali. Kemudian dia membasuh tangan kanannya sehingga ke siku 3 kali. Kemudian dia membasuh tangan kirinya seperti itu juga. Kemudian dia menyapu kepalanya. Kemudian dia membasuh kaki kanannya sehingga ke buku lali 3 kali. Kemudian dia membasuh kaki kirinya seperti itu juga.

Kemudian dia berkata : “Aku melihat Rasulullah berwudhu’ seperti wudhu’ku ini lalu baginda berkata : “Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ku ini kemudian dia solat 2 rakaat dalam keadaan tidak bercakap dengan dirinya dalam solat tersebut, maka diampunkan buatnya dosanya yang telah lalu”. (muttafaqun ‘alaih). Lihatlah betapa besarnya kekuatan wudhu’ apabila digabungkan dengan solat. Namun jika ada yang bertanya kepada kita apakah sebenarnya kekauatan wudhu’ itu dan apakah buktinya maka bagaimanakah kita menghadapi kaum yang sedemikian. Bahkan sebenarnya yang lebih mengerikan jika kita sendiri masih tercari-cari mengapa perlunya wudhu’ dan apakah rahsia di sebaliknya.

Kita tertanya-tanya akan hal ini kerana kita sendiri masih menjadi golongan ikut-ikutan yang hanya mengikut tanpa ilmu. Ini tidak pula bermakna kita tidak perlu berwudhu’ kerana tidak faham akan hikmahnya tetapi alangkah baiknya jika kita mengkaji secara keseluruhan khasiat wudhu’ agar kita dapat mengamalkannya kerana kita kita jelas faham akan hikmahnya. Saya sering bertanya kepada para peserta saya soalan yang saya rasa perlu diketahui oleh kita semua, soalannya adalah: ”ramai yang menggunakan jin untuk meresap masuk ke tubuh orang lain demi mempengaruhi minda orang lain dan sebagainya, namun adakah cara lain untuk meresapi tubuh kita dan tubuh orang lain dengan cara mudah dan tidak menggunakan jin kerana jelas sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia?”

Sebelum saya menjawab persoalan itu, elok saya jelaskan pandangan saya tentang sebaik-baik jin jin sejahat-jahat manusia. Pada hemat saya ini amat jelas jika kita faham bahawa jin yang baik, jin yang warak atau sering kita panggil jin muslim sekalipun akan memberi impak negatif terhadap akidah kita. Cuba kita renung kisah yang sering kita dengar, jika seseorang inginkan ilmu-ilmu tertentu maka dia mungkin perlu berwirid atau beramal dengan amalan tertentu dan kemudian jika tidak melakukannya mereka akan ditimpa bencana atau diganggu oleh syeikh-syeikh amalan tersebut. Nah, bukankah kini amalan tersebut dilakukan bukan kerana Allah swt bahkan lebih hebat lagi seseorang yang mengamalkan ilmu tertentu harus melaksanakan solat dan jika tidak parahlah akibatnya.

Bukankah kita sekarang sudah rosak akidahnya, dari berTuhan kan Allah kini bertuhankan jin. Kembali kepada persoalan tadi, jawapannya amat mudah…air. Mengapa air? Air merupakan satu makhluk yang taat, molekulnya berubah bukan hanya dengan kata-kata yang kita lafazkan tetapi turut berubah hanya dengan gelombang fikiran yang kita keluarkan. Air memainkan peranan yang begitu besar dalam kehidupan harian kita. Jika air yang kita gunakan bertenaga positif maka kita akan berubah menjadi positif. Bayangkan apakah yang akan terjadi jika air yang kita minum adalah air yang mana molekulnya berubah bentuk kepada energi negatif dan kemudian bercampur dengan 70% air dalam tubuh kita?

Bukankah akhirnya kita akan menjadi negatif. Air membawa gelombang alpha yakni gelombang selepas beta. Alpha adalah gelombang yang minda bawah sedar yang mana kita akan mula duduk pintu yang yang agak tenang. Kita juga sering berada dalam gelombang alpha namun ketika itu kita tidak emngingati Allah swt, contohnya sewaktu kita menonton rancangan televisyen kegemaran kita. Sewaktu kita menonton rancangan tersebut kita asyik dan adakalanya kita terasa seperti kita berada dalam cerita tersebut. Sewaktu itu otak kita mengeluarkan gelombang otak bernama alpha. Maka jelas di sini dibuktikan secara mudah mengapa kita perlu berwudhu’ sebelum solat adalah kerana sebelum solat kita berada dalam gelombang beta.

Dalam gelombang beta kita menarik energi-energi negatif, fikiran-fikiran negatif serta masalah yang banyak untuk menjadi sebahagian dari hidup kita. Namun apabila kita mengambil wudhu’ kita akan membersihkan energi-energi negatif ini dan seterusnya membawa kepada gelombang otak alpha. Hal yang demikian juga membuktikan bahawa seandainya kita berada dalam api kemarahan yang duduknya dalam gelombang beta maka berwudhu’lah kerana air akan menurunkan gelombang otak kepada gelombang otak alpha yang lebih tenang, lebih rasional. Kita perlu berwudhu’ sebelum solat, kerana jika kita bersolat dtanpa wudhu’ maka kita bersolat dalam keadaan beta. Dalam gelombang beta kita mempunyai 80% negatif dan takkan mungkin kita mengadap Allah swt dalam keadaan negatif yang banyak.

Maka wudhu’ akan merendahkan gelombang otak kepada alpha yang mana fikiran kita akan berkurangan maka barulah fikiran kita sewaktu solat tidak lagi menerawang entah ke mana dan seterusnya sewaktu kita solat seharusnya gelombang otak berada dalam gelombang theta. Jika solat kita berada dalam gelombang theta maka banyak kebaikan yang dapat kita perolehi. Namum yang menjadi persoalannya adalah mengapa sesudah mengambil wudhu’, fikiran kita sewaktu solat masih menerawang entah ke mana. Jawapan bagi persoalan ini cukup mudah dan adalah lebih baik jika saya jawab secara analogi. Jika kita makan dengan gelojoh, adakah kita dapat menikmati keeenakan makan tersebut? Jika kita makan dengan gelojoh, kita mungkin cepat kenyang tetapi berapa lamakah kekenyangan itu bertahan lama?

Kedua-duanya membawa kepada jawapan yang negatif, kita tidak merasa keenakan makanan dan kita akan cepat lapar. Begitulah wudhu’, apabila kita berwudhu’ dengan gelojoh maka kita melakukannya dalam gelombang otak beta, jadi bagaimana khasiat wudhu’ itu akan dirasai. Kita hari ini lebih banyak meyiram dari membasuh anggota tubuh dalam wudhu’. Air merupakan satu terapi yang baik sebagaimana yang telah kita bincangkan tadi. Wudhu’ yang diambil dengan tenang dan berkualiti akan menjadi terapi untuk tubuh yang baik terutamanya bagi mereka yang mempunyai sakit saraf. Marilah kita sama-sama berwudhu’ dengan tenang, sambil menghayati setiap titisan air yang jatuh ke tubuh serta sambil menggosok-gosok anggota tubuh yang berkaitan.

Jika anda dapat melakukan dengan baik maka anda akan dapati perasaan yang lain ketika bersolat. Wudhu’ adalah pintu untuk khusyuk dalam solat. Jika kita masih berwudhu’ dalam gelombang beta maka jauhlah lagi perjalanan untuk khusyuk tetapi jika kita sudah dapat membetulkan wudhu’ maka pintu kekusyukan sudah mula terbuka. Kita perlu ingat wudhu’ yang betul akan menurunkan gelombang otak kepada alpha dan jika anak-anak kita dilatih untuk berwudhu’ sebelum membaca buku, cuba lihat perubahan positif dalam pembelajarannya, jika kita berada dalam keresahan, wudhu’ yang betul akan menyahkan cas-cas negatif yang pada kita.

Wudhu’ adalah terapi dan ianya patut dipelajari dengan betul bukan hanya sambil lewa. Bagi mereka yang ingin kelihatan muda, berwudhu’lah selalu, kerana pada gelombang beta, wajah akan cepat kelihatan tua tetapi apabila kita berwudhu’ maka kita akan berada dalam gelombang alpha dan proses penuaan akan lambat berlaku. Semoga kita mula memahami akan kehebatan wudhu’

08 January 2011

MEMBERI SEBELUM MENERIMA, RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:50 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

Salam semua,

Jika ditanya kepada sesiapa sahaja, pasti lebih ramai yang lebih suka menerima daripada memberi.

Walhal tangan yang di atas (yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima)…

Saya kira ramai yang takut untuk memberi  kerana mereka tidak percaya kepada diri mereka sendiri.  Masih ramai yang beranggapan apabila mereka mula memberi apa yang ada pada mereka, maka sumber tersebut semakin berkurangan.

Sebenarnya tanggapan dan kepercayaaan tersebut adalah tidak tepat sama sekali!

Memberi tidak semestinya dalam bentuk kebendaan, ianya boleh datang dalam bentuk pertolongan, berkongsi idea, menulis, mengajar dan banyak lagi.

Dalam aspek kewangan peribadi pula, saya kira memberi dengan ikhlas seperti menunaikan kewajipan berzakat dan bersedekah bagi seorang muslim adalah sesuatu yang cukup tinggi nilainya.

Apa tidaknya, selain mendapat manfaat dan ketenangan rezeki di dunia, ianya juga merupakan pelaburan terbaik yang menjanjikan bekalan di akhirat kelak. Inilah pelaburan sepanjang hayat di dunia dan di akhirat.

Kepada saudara muslim, saya amat menekankan aspek mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk menunaikan kewajipan zakat pendapatan.

Ini penting kerana amalan berzakat selain menyucikan kewangan kita, ianya juga membantu membawa keberkatan ke atas rezeki yang kita bawa pulang untuk menyara kehidupan diri, dan keluarga.

Apabila rezeki kita berkat, maka sudah tentulah kita tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan.

Ini kerana janji Allah S.W.T itu adalah benar!

Barangsiapa membelanjakan harta benda ke jalanNya, InsyaAllah mereka akan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

Saya telah menemui ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Bukan kerana pendapatan mereka kurang, bukan juga kerana mereka tidak membuat untung yang besar, tetapi kerana tiada keberkatan maka, setiap bulan mereka berhadapan dengan masalah kewangan.

Suka saya berkongsi kisah untuk motivasi dan renungan pembaca semua.

Seorang pekerja makan gaji yang gajinya tidaklah sedikit tetapi tidaklah terlalu banyak, tetapi dengan keperluan hidupnya dan keluarga apa yang diperolehinya jauh lebih mencukupi dan boleh hidup dengan selesa.

Suatu ketika dulu, beliau cukup takut untuk bersedekah apatah lagi mengeluarkan zakat pendapatan. Baginya kewajipan berzakat telah ditunaikannya setahun sekali melalui zakat fitrah pada bulan Ramadhan.

Beliau takut dan percaya sekiranya membayar zakat, wangnya menjadi berkurangan.

Saya percaya, bukan dia seorang yang beranggapan sedemikian, malahan bagi kebanyakan orang, itulah punca utama mereka tidak mengeluarkan zakat pendapatan.

Namun tanpa disedarinya, wangnya selalu tidak bercukupan, walhal jika dihitung di atas kertas dan setiapkali beliau merancang kewangan sepatutnya tidak ada masalah.

Namun benarlah kata pepatah “Kita Hanya Merancang, Hanya Allah Yang Menentukannya”, ada sahaja perbelanjaan luar jangka yang berlaku sepanjang bulan, anak sakit, kereta rosak, tayar pancit dan macam-macam lagi yang membuatkan bajet kewangannya lari setiap bulan.

Suatu hari hatinya terbuka untuk mula memperuntukan sebahagian pendapatannya untuk zakat pendapatan, dan Alhamdullilah mulai di saat itu, beliau mulai merasa nikmat membayar zakat.

Hatinya tenang sepanjang bulan, wang sentiasa cukup, aliran tunainya juga tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

Dari tahun ke tahun, beliau terus memastikan peningkatan jumlah zakat bulanannya. Semakin besar jumlah yang dikeluarkan, maka semakin besar pula rezeki yang diterimanya.

Baru-baru ini, beliau memaklumkan kepada saya yang beliau baru sahaja dihubungi oleh sebuah syarikat telekomunikasi yang memberikannya ganjaran hadiah RM10,000 sebagai pemenang satu peraduan yang disertainya secara tidak sengaja!

Lihat betapa benarnya janji Allah S.W.T, rakan saya itu dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka.

Justeru itu, sukalah saya menyarankan kepada pembaca (muslim)  yang masih mencari-cari rahsia kekayaan sebenar dalam pengurusan kewangan dengan mula merancang kewangan dengan membayar zakat pendapatan sebagai bayaran bulanan yang wajib dibayar secara bulanan mahu pun tahunan.

InsyaAllah, ianya dapat membantu kewangan anda nanti!

07 January 2011

TIMUN RENDAHKAN TEKANAN DARAH

Celoteh Aku MamaGlam at 10:42 AM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan

 

Timun bukanlah sejenis sayuran asing bagi rakyat Negara ini. Daripada menjadi hirisan untuk sajian sandwich, acar, rojak, pasembor sehinggalah dimakan mentah begitu sahaja, timun sudah begitu sebati dalam sajian semua lapisan masyarakat Malaysia.

Tidak terhad kepada menu untuk mengisi perut, uniknya timun sejak berkurun lamanya juga menjadi bahan kosmetik moden dan tradisional untuk penjagaan kesihatan.Selain terkenal dengan bahan yang boleh diaplikasikan secara mentah untuk memulihkan keletihan mata, timun juga sumber yang baik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Namun, apakah khasiat dan nutrisi sebenar timun? Adakah penggunaannya hanya baik sebagai bahan kosmetik tradisional?

Berasal dari kawasan Banjaran Himalaya di India, aktiviti perdagangan membawa timunatau nama saintifiknya CUCUMIS SATIVUS ke seluruh pelosok dunia sehingga menjadi sebahagian daripada makanan budaya di Greece, Itali, Mesir, Asia, Afrika dan Amerika Syarikat (AS).

Tanaman yang menjalar dan daunya melilit pada junjung ini menghasilkan buah yang berwarna hijau keputihan sepanjang 10 hingga 20 sentimeter. Buah yang berbiji banyak ini mengandung, 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan sebanyak 2.2 peratus karbohidrat.

Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, Vitamin B2 dan C. Secara nutrisinya, timun mengandungi garam semula jadi, enzim dan pati vitamin untuk menguatkan pertumbuhan dan memperbaiki sel.

Walaupun timun biasanya diambil secara mentah atau bahan tambahyan dalam menu lain, tetapi ramai yang tidak mengetahui cara terbaik untuk makan timun adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Menurut Dr. Albert Jessent, pakar pemakanan dari New York, jus timun sememangnya bukanlah antara minuman jus yang popular berbanding buah atau sayuran lain.

“Timun biasa diambil mentah atau dimasak. Tetapi ramai yang tidak mengetahui khasiat terbaik yang terkandung dalam timun dapat diambil sepenuhnya melalui jus. Kebanyakan nutrient timun terletak pada kulitnya. Oleh itu anda tidak seharusnya membuang kulit timun semasa mengisarnya menjadi jus,” katanya.


Sememangnya tidak dapat disangkal nutrisi yang ada pada timun membolehkan ia tersenarai sebagai antara bahan popular untuk produk kosmetik. Baik untuk kulit kering, kulit terbakar sinar matahari, kesihatan rambut dan kesihatan kuku. Walaubagaimanapun, salah satu jagoan timun yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kemampuannya bertindak merendahkan tekanan darah anda.

“Jika anda ingin menjauhi tekanan darah tinggi dekatilah timun dabn jangan lupa cuba ambil dalam bentuk jus bukannya mentah atau dimasak,” ujar Jessent. Katanya, terdapat kajian yang diklakukan baru-baru ini yang menunjukan kandungan potassium, magnesium dan fiber boleh merendahkan tekanan darah.

Kombinasi bahan sihat ini berdasarkan kajian, mengurangkan tekanan darah sistolik responden kepada lima manakala tekanan darah diastolik kepada 3.5
Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya kombinasi nutrisi diet ini dengan timun? Timun mengandungi kombinasi potassium, magnesium dan fiber yang tinngi. Kandungan vitamin C, yang bersifat antioksida menambahkan lagi peranan timun dalam merendahkan tekanan darah.


Resipi Jus Timun

  • Rendamkan timun sayur dalam besen dan pastikan isi air hingga timun tenggelam.
  • Masukan garam ke dalam air rendaman timun. Jika anda menggunakan garam laut, masukan 5 sudu besar garam dan jika anda menggunakan garam bukit masukkan 2 sudu besar garam.
  • Rendam timun sehingga 30 minit - 45 minit. Tetapi terdapat satu kaedah lain bagi memendekkan tempoh masa rendaman iaitu dengan memasukan sekilo ais ke dalam rendaman. Dengan kaedah rendaman ais, masa rendaman boleh dipendekan ke 15 minit sahaja.

  • Setelah cukup tempoh rendaman, basuh timun di bawah air mengalir hingga bersih
  • Potong bahagian atas timun dan pusing arah lawan jan bagi mengeluarkan getah timun. Jangan lupa potong pada bahagian bawah timun juga.
  • Timun dibelah 4 bahagian dan buang biji/empulur timun (biji timun bersifat sejuk dan boleh memangkinkan masalah asma, batuk dan sebagainya. Pastikan anda tidak membuang kulit timun kerana bahagian kulit sangat tinggi nilai mineralnya
  • Kisar timun bersama sejumlah air untuk dijadikan jus. Campurkan sedikit garam dan gula perang untuk menyedapkan jus timun anda
  • Tapis dengan penapis kain atau sebagainya untuk dapat Jus Timun yang halus dan selesa untuk diminum. 

Perhatian: Bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang baik dari Jus Timun, sebaik-baiknya anda terus minum jus tersebut tanpa menyimpan ke dalam peti sejuk.

Sumber: harmoni.kuskom.net

06 January 2011

Ego Aset Si Lelaki??

Celoteh Aku MamaGlam at 9:17 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

 

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.


“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah  wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk  banyak membantah  dan menentang. “Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.

Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin

Sumber: iluvislam.com

Epal Si buah Hijau.. Sedap, Sihat & Cantik..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:16 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

Salam semua,

Dah makan lom lunch? Makan apa tu? Makan tak ajak seh… hihihi.. Ni nak tanya nih, sapa yang suka makan epal hijau??? Sila angkat tangan!!! Tak makan?? Memang rugi… Yang makan tu, bagus la, amalkan selalu.. selain sedap, ia jg banyak sangat khasiatnya.. Memang berjasa dengan tubuh badan kita nih.. Nak tau napa?.. hah, tula korang, makan jer reti (hihihi, mamaG pun sama gak, ahaks!).

Korang tau tak, epal hijau nih, ada zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soddium, vit. C (takyah nak suntik2 lagi dah!), Vit A dan vit B. Ada banyak sumber serat dalam tu yang senang larut.

Kalau boleh diamalkan la makan tu sebijik sehari sekurang-kurangnya kata nenek mamaG. Kalau yang nak turunkan berat badan, hah sesuai la tuh, makan jer epal hijau nih selalu, Insya Allah.. Bukan apa, buah epal hijau ni mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

 

Selain tu kan, epal hijau nih bantu badan kita dari segi:

  1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8. Mengurangkan risiko barah.

Bagi orang-orang yang ada masalah sembelit atau penghadaman, Cuba korang kisarkan epal hijau dengan saleri dan lepas tu diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

 

Hah kan, senang tuh.. Kadang ubat ade jer depan mata kita ni, tapi kita yg tak tau.. sangguplah berhabis duit beli ubat la, krim la, watsoever lah untuk penyakit kita kan.. tak kira la utk kecantikan ker, kesihatan ker dan sewaktu dengannya..

Pa kata mulai sekarang, kita amalkan makan buah epal nih, insya Allah berkesan, tapi lambat la sikit kan.. Banyak kan bersabar yer…

05 January 2011

PENGGUNAAN KAD KREDIT = HARAM???

Celoteh Aku MamaGlam at 3:29 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Dipetik dari: zaharuddin.net

 

1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.

Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. Pndangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.

 

2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan


Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba.

 

3. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad

Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.


Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.

 

2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar


Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.


Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.


Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)


Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-

a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi' dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).


b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).

 

5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja

Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.


Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.


6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit

Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.


Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.

Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM  ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 )

Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan" . Maka hukumnya : HARAM.

 

7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit


Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.


Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.


Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000. BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.

 

8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad'

Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.
Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.


Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan.  Ia dibolehkan berdasarkan kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.

 

9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad

Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.


Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?


JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang baki yang boleh dikenakan Faedah.


10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit


Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine' bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).


Hukumnya:


1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah2 mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.


2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan Faedah@bunga hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL KOS KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.


3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sbrg akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba' Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.

Sekian

Irbid, Jordan

03 January 2011

Mistik Alam Hitam, seramnyerr...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan
Salam,

Malam tido awal skit. Terpaksa, okeh! Bukan apa, enchek suami tgh khusyuk tgk cerita mistik alam hitam. Mak ai, suspen jugek. Hihihi. MamaG ni bkn la penakut sgt. Bab cerita2 seram ni mmg febret mamaG. Tapi ntah napa sejak akhir2 ni, mamaG jadik kureng konfiden nak tengok citer hantu. Huhuhu.

Tambah pula 2 minggu lepas, sorang staff kat opis kena rasuk hantu. Waduh, gempar habeesss. Tu la kan, walaupun zaman dah berubah tapi benda2 macam tu sentiasa ada disekeliling kita. Cuma kita ja yg x nampak n xtau kut. Atau buat2 tak tau. Huhu. Apa2 pun, dr kita jg, kta ni yg kena kuatkn semangat. Kalau pikir sgt memang la kan takut tak habis2 kan. Wah gituu kan. MamaG ni kn berani sgt, tak la penakut sgt, kira average je la. Ni pun nk mengelak diri ini drp mimpi ngeri, mimpi hantu, baik dielak awal2 kan. MamaG tau yg diri ini kalau mimpi ngeri, nnt sok pagi bila bangun, mesti moody je, takkan pun mesti badan jadik letih. Taktau napa ghupa itu, tapi memang mcm tu la tiap kali mimpi ngeri. Adeh!

Ok la, malas nk crita lebey2 malam ni, nk titon skang jugek! Harap mimpi indah la. Harap2 x mimpi la ngeri mcm crita mistik alam hitam tu, macik dalam cerita tu sedap je makan sup tulang manusia yg beru je kena giit hantu pocong (pocong gigit org ker?). Hah, gilaks! Ni yg rasa loya nk mkn sup tulang ni, adeh!

Ok la, gudnite! Mimpi indaaaaahhhh....... zzzzZzzZzzz...

Ahli sihir, tukang tilik & ahli nujum kena income tax??

Celoteh Aku MamaGlam at 8:08 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam readers,

Baca tak tajuk entry tu? Hah, igt org keja biasa2 jer ke yg kena income, hah ahli sihir, tukang tilik ngan ahli nujum pun kena tau. Haha. MamaG dpt tau ni masa baca akhbar berita harian online td. Tapi ni di negara Romania jer. Dornag baru je kuatkuasakan. Ini utk pastikan rakyatnya bayar tax. Jadiknya kepada nujum pak belalang, anda terselamat drpd membayar tax sebab anda adalah nujum d Malaysia. Kat sini tadak undang2 tu. Ahaha..

Sepetang bersama c debab!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:58 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Salam, petang tadak pa sgt nak cerita. Saja2 post entry rigkas. Muhammad Rayyan Arsyad... tu la nama yg mamaG bagi kat budak debab ni. Haahaha... nama ni mamaG mmg dah ilhamkn sejak blnn pertama mengandung lagi, jika ditakdirkan bby boy. Yela, hajat di hati tu an harap sgt dpt gegirl. Tapi apakn daya, ultraman jua yg lahir. Haahaha.

Apa2 pun mamaG tetap bersyukur. Allah swt dah bg nikmat dan anugerah yg paling indah dan tak ternilai dalam hidup mamaG dan enchek suami.

Skang Rayyan dah masuk 5 bln dah semalam. X sanga cepat btl masa berlalu. Rasa cm baru ja lepas pantang. Huhuhu. Jaga Rayyan ni mmg mecabar kesabaran, fizikal dan mental. Dia teramatlah mana dan xnk kasi can lgsg uminya rehat kalau ade depan matanya. Asyik nk berkepit jek. Letih! Takleh nak wat keja kat umah ni dah kalau dia dah bangun dr tido.

Sabar jela kan. Setiap anak itu kan unik, x semua sama. Anak kita x semestinya sama dgn anak org, kan kan kan. So, jgn banding2 kn.

Ok la, c debab dah panggil ni. Takleh tgk uminya layan tenet jap. Huhuhu.

Babai...

Published with Blogger-droid v1.6.5

Cerita Ujung Minggu..

Celoteh Aku MamaGlam at 2:33 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua,

Selamat tahun baru 2011! Selamat mulakan kerja di tahun baru! Ada apa2 perbezaan ker? sama ja kan tahun ni dgn tahun lepas kan, bezanya tahun jerr.. hihihi.. 

Pagi ni, opis sunyi jer.. Ramai jg la yg bercuti. Ya la kan, almaklumlah, ari ni kan budak2 dah stat skool balik kan.. wah, Ya Allah, pagi tadi mamaG pi keja, bukan main jem lagi hah jalan tuh.. berderet nuuuu kereta kat tepi jalan kat skool tuh.. Waduh, hampir2 mamaG terlewat... 


Mulai tahun nih, mamaG kene masuk keja kul 8.30am.. request by my pengasuh.. Bukan per, katanya nak anta anak dia p skool, jadik dia nak minta mamaG anta budak2 kat umah dia kul 7.30am.. hurmm, nampaknya mamaG kene masuk lambat dan balik lambat.. Ayoyo!  Malasnya.. Tak suka betul pi keja lambat.. Area rumah mamaG tu memang kawasan jem gilak babas!.. lepas kul 7.15am jer, musti jem punya la.. panjang lak tuh lebih 1km.. Matainah!! 


Tapi takpa la kan, demi pengasuhku yg banyak berjasa dan baik hati tu yang selalu sudi tolong mamaG jaga anak2 mamaG dgn tip top sekali, mamaG tak kisah la, jem pun jem lah, lambat pun lambat la... Terima Kasih kak Ani... Lop U!


**********************************************************

Okeh ni nak share cerita yang kira dah basi la nih.. huhuhu, lambat update gini la jadiknya.. Time semua rakyat Malaysia dapat cuti free ni, ramai la yg merayap ke mana-mana ntah kan.. Tadi lagi la, dengar opis mas mamaG c Kak Kem kami panggil nih, pi Melaka lagi hah.. siap cerita lagi pi makan Seafood... Waduh, best best.. 

mamaG???? hurmm.. dok umah bermalas-malsan dengan enchek suami dan anak2... ahaks!.. Tak selalu dapat nih hah.. selalu pun ujung minggu bz jg tuh.. tak kuasa la nak bermalas-malasan tu hah.. hihihi.. Cuti 3 hari tu memang la untuk betul2 spend kualiti time yang terbaeeekk gitu kan orang cakap.. Tapi rutin minggu2 memang tak bley tinggal.. Apal lagi kalau tak pi The Mines Shopping Fair tu.. Mentang-mentang la kan rumah area tu jer... 
Jenjalan sampai penat.. 


Ada pameran Mr. Bean lagi hah.. macam2 ada gitu supplier ni jual brg2 Mr. Bean.. Stickers, buku, notes, bags, etc... Tak beli sebab tak minat ci Mr. Bean... Lama dah props ni duk kat The mines ni, sejak krismas lagi.. tapi bila pi lagi ujung minggu baru ni, masih ada lagi.. Ni amik dr atas, kat bawah tu, ramai sangat orang, R-I-M-A-S! 
Apa2 pun keta Mr. Bean tu memang cumil! 

 



 
 Bersama Enchek suami makan kat kopitiam... Yum Yum Yum... Irfan??? hurm, pi main kat area playground kat kopitiam nih.. makanan sampai baru la dia dtg nak makan.. kalau tak, panggil la macam mana pun, tak layan nyer dia.. 

 Ujung minggu yang riuh!!.. Time ni c irfan dok tengah serius bersemangat waja nak mengalahkan Yayahnya main PS2... Ultraman Fighter lagi hah.. Tak ketinggalan jugak Uminya (mamaG la tuh!).... 

Dah lama rasanya tak main PS2 dengan enchek hubby.. bila dapat main tu best la pulak.. dah mamaG dan enchek suami la pulak yg gantikan irfan main PS2.. 

ahaks, ok la tu kan.. minggu ni memang minggu betul2 bermalas-malasan nih.. minggu melayan irfan!!.. Apa dia nak wat, kami layankan jer.. kadang2 tu terikut sekali.. yang lawak tu, minggu ni, memang minggu melayan ultraman jer.. dari DVD, PS2 sampailah patung mainan ultraman.. Habis semua nama ultraman dihapal.. hhahaha...

New Myred Eye Member!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:42 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

 

 

New myRed Eye Member in da House!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:41 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Welcome new member!

02 January 2011

ultraman!! help!!

Celoteh Aku MamaGlam at 6:31 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Ohaio!

Huhu, salam semua. Wah, amacam dah set ke azam tahun 2011 ni? MamaG dah! Dah la sgt kn. Padahalnya, azam tahun 2010 kena forward g tahun ni,ahaks! Tapi x byk pon azam thn lepas tu. Sebab tahun lepas kan mamaG mengandung! Ha, apa la yg dihajati sgt oleh ibu mengandung, kan klu bkn baby yg cumil, sihat n sempurna sifatnya.
Nak tau apa azam tu yg x tercapai sampai nk kena forward2 bagai tu kn? Ahaks, sori RAHSIA MOHOR BESAR! Okeh! Haahah...

Okeh, nampak tak tajuk atas tu? Hah, mmg btl pn. Tgh ari td uma ni riuh disebBkn ultraman! Ni semua gara2 enchek suami beli cd game ps2 ultraman. Sibuk c irfan ngan yayah nya main ps2. Asik kalah jer, tgk2 dia minta susu pastu titon. Haaha.. penat btarung agaknya. Haahha. alamak tkleh nk upload la pl gambar irfan... mungkin sebab wat entry thru' phone ni x support sgt kut nk upload gambar. Hurrmmm, frust!

Sudahnya, mamaG ngan enchek suami la pula lawan bedua. Ahaks! Yang lucu tu, bukan nk angkat bakul kuih sendiri tapi mamaG menang! Yeay!! Hahaa. Ya Allah, mak bapak sapa la ni kan. Hahaha..

Ok a, ni jek ari ni. Skali skala dpt cuti free ni, ni la nk kualiti time baiikk punya. Memang betul2 bermalas-malasan ni. Hiihi. Bila lagi kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea