Laman

15 August 2016

Wish Wishing Wished Wisher

Celoteh Aku MamaGlam at 8:36 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Tak sangka esok dah sampai hari ulangtahun kelahiranku... rasa macam kejap ja setahun tu berlalu... dalam kesibukanku fokus buat keja tadi siang, tetiba dpt wssp drp sibling dan iparianku... as owez, tiap tahun macam ni la wish dorang pun. Lucu tapi bermakna buatku. Wahlaupown kan wishnya ntah apa apa ntah kan... tapi aku tau tu lahirnya dari hati dorang. Wahlaupownnnn membahan aku tiap tiap tahun bufday ku, tapi tak kisah pown... itu cara kami express our love...

Kalau diingat ingat balik apa yang aku lalui dan pencapaian peribadi dan kerjaya aku  spanjang tahun ni,... aku jadik blur kejap... hurmm... macam takda apa apa jer pown... aku rasa macam sepanjang tahun ni aku hanya keja keja keja keja.. kids kids kids and all... hurmm macam bosan je.... life tak macam dulu pown... dulu sibuk keja pown.. still enjoy life ngn kids dan jg kawan baik..

Tapi mungkin juga kekangan keja yang agak melampau kut yang buatkan aku rasa masa berehat dirumah dan tido yang kualiti itu lebih lebih lebih utama bagiku...  hurmm...

Pencapaian??... hurmmm.. lama pikir ni. Hahaha... kalu ditempat keja.. xyah cakap la... aku rasa baru beberapa bulan keja da macam macam kena buat...

Peribadi??... aku rasa tahun ni aku da mula berubah sikit da tak berapa nak gila macam dulu.. aku lebih suka low profile dan tak banyak cakap sangat.. lebih kepada suka perhatikan orang je... penampilan pun tukar sudah... dari baju kurung moden yang melekat kat badan kepada baju jubah dress... pelan pelan katanya...

Betul la cakap orang.. nak jadi jahat senang jek.. setan tak kaco pun... takyah setan susah susah nak hasut.. ko buat je la.. tapi bila nak berubah dari baik kepada lebih baik, dugaan macam macam kan.. padahal nak ubah hal kecik je pun... tapi setan punya hasut tak bagi buat baik tu macam macam kan.. dari diri sendiri je la kuat ke tak iman tu... tahan ke tak hati tu...

Jadik aku rasa secara peribadinya, sepanjang tahun ni tak da sangat pun pencapaianku.. kebanyakan niat dan azam yang da dirancang tu kebanyakannya terpaksa aku bantutkan demi kepentingan sejagat.. gituuuuu.... takda la... ada yang lebih penting lagi daripada diri sendiri yg perlu kita buat, tunaikan dan laksanakan...

Setiap sesuatu yg jadi itu pasti ada hikmahnya... setiap sesuatu yang pahit itu pasti akan ada kemanisannya... setiap dugaan yg datang tu pasti akan ada penyelesaiannya... dan setiap segala permulaan itu pasti akan ada pengakhirannya.. maka itu aku akhiri entry ini dengan wa billahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semoga Allah s.w.t memperkenankan segala doaku, kuatkan imanku, teguhkan hatiku, lindungi diriku panjangkan usiaku dan berkati setiap perbuatan perlakuan pertuturan pemikiran dan amalanku. Supaya aku selalu dan akan tetap berada dilandasan yang benar yang Engkau redhai... aminn.. doa yang sama juga untuk semua umat Islam di dunia ni...



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea