Laman

15 August 2016

Wish Wishing Wished Wisher

Celoteh Aku MamaGlam at 8:36 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Tak sangka esok dah sampai hari ulangtahun kelahiranku... rasa macam kejap ja setahun tu berlalu... dalam kesibukanku fokus buat keja tadi siang, tetiba dpt wssp drp sibling dan iparianku... as owez, tiap tahun macam ni la wish dorang pun. Lucu tapi bermakna buatku. Wahlaupown kan wishnya ntah apa apa ntah kan... tapi aku tau tu lahirnya dari hati dorang. Wahlaupownnnn membahan aku tiap tiap tahun bufday ku, tapi tak kisah pown... itu cara kami express our love...

Kalau diingat ingat balik apa yang aku lalui dan pencapaian peribadi dan kerjaya aku  spanjang tahun ni,... aku jadik blur kejap... hurmm... macam takda apa apa jer pown... aku rasa macam sepanjang tahun ni aku hanya keja keja keja keja.. kids kids kids and all... hurmm macam bosan je.... life tak macam dulu pown... dulu sibuk keja pown.. still enjoy life ngn kids dan jg kawan baik..

Tapi mungkin juga kekangan keja yang agak melampau kut yang buatkan aku rasa masa berehat dirumah dan tido yang kualiti itu lebih lebih lebih utama bagiku...  hurmm...

Pencapaian??... hurmmm.. lama pikir ni. Hahaha... kalu ditempat keja.. xyah cakap la... aku rasa baru beberapa bulan keja da macam macam kena buat...

Peribadi??... aku rasa tahun ni aku da mula berubah sikit da tak berapa nak gila macam dulu.. aku lebih suka low profile dan tak banyak cakap sangat.. lebih kepada suka perhatikan orang je... penampilan pun tukar sudah... dari baju kurung moden yang melekat kat badan kepada baju jubah dress... pelan pelan katanya...

Betul la cakap orang.. nak jadi jahat senang jek.. setan tak kaco pun... takyah setan susah susah nak hasut.. ko buat je la.. tapi bila nak berubah dari baik kepada lebih baik, dugaan macam macam kan.. padahal nak ubah hal kecik je pun... tapi setan punya hasut tak bagi buat baik tu macam macam kan.. dari diri sendiri je la kuat ke tak iman tu... tahan ke tak hati tu...

Jadik aku rasa secara peribadinya, sepanjang tahun ni tak da sangat pun pencapaianku.. kebanyakan niat dan azam yang da dirancang tu kebanyakannya terpaksa aku bantutkan demi kepentingan sejagat.. gituuuuu.... takda la... ada yang lebih penting lagi daripada diri sendiri yg perlu kita buat, tunaikan dan laksanakan...

Setiap sesuatu yg jadi itu pasti ada hikmahnya... setiap sesuatu yang pahit itu pasti akan ada kemanisannya... setiap dugaan yg datang tu pasti akan ada penyelesaiannya... dan setiap segala permulaan itu pasti akan ada pengakhirannya.. maka itu aku akhiri entry ini dengan wa billahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Semoga Allah s.w.t memperkenankan segala doaku, kuatkan imanku, teguhkan hatiku, lindungi diriku panjangkan usiaku dan berkati setiap perbuatan perlakuan pertuturan pemikiran dan amalanku. Supaya aku selalu dan akan tetap berada dilandasan yang benar yang Engkau redhai... aminn.. doa yang sama juga untuk semua umat Islam di dunia ni...



Sempat membebel via Blogaway 😘

21 May 2016

Sometimes

Celoteh Aku MamaGlam at 12:09 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Jadi untuk itu, buatlah perkara yang paling ko suka buat yang never fail buat ko tersenyum dari hati semula selepas apa yang telah ko alami... tak kira la kalau dulu perkara yang ko suka buat tu selalunya bersama dengan orang yang ko sayang atau dengan kawan baikmu... tak salah buat perkara tu sendiri kalau dah tiada kawan baikmu yg sentiasa disisimu tak dapat menemanimu lagi...

Contoh la kan, kalau dulu klu ada perkara yang membuatkan ko rasa annoyed atau sedih atau terkesan, biasanya ko dan kawan baikmu akan pergi cari makanan yang paling untuk dinikmati bersama... atau pun melakukan perkara kegila gilaan bersama dan ketawa sampai sakit dada perut senak kiar air mata geli hati dengan gelagat bongok masing masing.... ataupun tengok wayang sama sama dikala stress dan perlukan ketenangan tapi sekarang tak salah pergi tengok wayang sendiri kan, makan makanan paling sedap sendiri dan lain lainnya sendiri.. asalkan ianya boleh mengurangkan rasa beban dihati tu kan..
Sambil tu konfem konfem akan terkenang balik kenangan ngan si kawan baik kan...

Tapi bila dah terkenang tu, kadang kala mungkin ada terasa sunyi sekejap.. terasa rindu sekejap dengan kenangan bersama si kawan baik kan... nak rasa sunyi tu boleh.. nak rasa rindu itu juga boleh tapi jangan sampai hanyut dengan perasaan... hihihi.. peringatan untuk diri sendiri jugak ni...

Kadang kadang ada masa terlajak jugak terhanyut kejap.. bila rindu tetiba menitis air mata.. nampak sangat rindu kan.. hihihi.. tapi kejap je pown... pastu terus fokus apa yg dihadapi...



Sempat membebel via Blogaway 😘

20 May 2016

Wanted!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:19 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Misiku dalam masa terdekat ini... harap harap dapat tercapai... ahaks!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Never Bad but Madness!

Celoteh Aku MamaGlam at 11:15 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

It is not that bad... it just drive u mad! Ahaks!



Sempat membebel via Blogaway 😘

Mode...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Satu hal yang aku suka buat di ofis ialaha menyumbatkan telingaku dengan headfon dikala aku stress menyiapkan kerjaku dan fed up dengan sekeliling.. daripada kita mendengar segala sesuatu yang kurang digemari atau serasa tak penting atau tak sepatutnya ataupun seeaktu dengannya, adalah baik jikalau kita mendengar lagau kegemaran kita... seoalah berada di dalam dunia music kita sendiri... sampaikan tak dengar langsung bunyi suara suara sumbang yang menuturkan segala sesuatu yang menjengkelkan ataupun tak memberi manfaat untuk telinga kita dengar dan tak sepatutnya otak kita proses...

Aku memilih untuk mendengar segala sesuatu yang positif saja... segala sesuatu yang bermanfaat sahaja.. segala sesuatu yang baik baik sahaja... kita berhk memilih apapun yang kita rasa baik untuk kita... bukan salah orang yang menuturkan segala sesuatu yang tak baik itu atau yang tak bermanfaat itu.. jangan disalahkan orang itu.. itu mungkin adalah sifatnya sikapnya khilafnya... tapi diri kita sensiri sepatutnya pandai memilih apa yang terbaik untuk kita kan...

Biarlah orang melabelkan kita berlagak suci.. berlagak baik... asalkan kita tahu kita bagaimana orangnya... asalkan kita tahu kita memilih yang terbaik untuk kita . asalkan kita tahu Dia lebih mengetahui...

Jadik pabila aku dah memakai headfon di ofis, segala isi ofis itu telahpun maklum bahawa aku telah menghantar signal kepada dorang bahawasanya aku sedang dalam mode stress.. mode fokus... mode taknak sebarang gangguan kecuali memang perlu... dan juga dalam mode : aku tak peduli hal sekeliling nak jadik apa pun... mode: leave me alone hahaha...

Aku suka ngan headfon aku nk... wireless.. bluetooth blh, ada radio, boleh jawab tepon guna headfon ni jek ofkos kene sambung bluetooth hp la kan... kendian boleh letak memori kad utk koleksi lagu faveret nak dengar... jadik aku bebas bgerak kemana pun sambil buat keje sambil dgr lagu dan tak payah nk bw henpon ke hulu ke hilir takut orang call.. jawab je guna headfon  selagi dalam coverage bluetooth la kan..

Well, penat macam mana pun stress macam mana pun music tetap peneman setia...



Sempat membebel via Blogaway 😘

Something Sweet and Blues...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:56 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Buku baru lagi untuk dibaca. Since buku yang lama tu hampir mo habis.. standby beli siap siap... lagipun tergedik mo pi beli buku baru ni pun sebab mo lepaskan rasa stress dengan kerja yang berderet tu... bukan lari dari kerja dan masalah yek. Tapi perlukan masa untuk bertenang dan chillax sebelum sambung untuk selesaikan kerja dan masalah tu...

Salah satu caranya aku suka buat ialah beli buku novel omputih... kadang sekali beli 2-3 buku... kadang kadang dah beli 3hari lepas, hari ni beli lagi.. bergantung dengan tahap penat stress aku la... ini juga salah satu cara yang dapat menceriakan hatiku... untuk alihkan tumpuan ku daripada terlalu fokus dengan kerja dan masalah...

Buku kali ni bukanlah genre yang selalu aku suka baca.. salunya aku suka beli genre misteri, thriller, fiction ataupun seram romance... tapi kali ni aku beli agak beza skit... mo cuba la juga baca buku genre macam ni... last buku ala ala gini aku beli tajuk confession of... aku tak berapa ingat la pula tajuk penuhnya.... tapi ok la jg. Simple jak jalan ceritanya tapi ada unsur komedi romance... boleh la layan sikit sikit... huhuhu...

Jadiknya aku baru jak baca 2 chapter.. masih belum dapat menangkap jalan ceritanya... hihihi... buku ni tak pasti la pula bila dapat dihabiskan... nanti da abis baca aku bagitau kisahnya ya in shaa Allah kalau ingat hehehe...



Sempat membebel via Blogaway 😘

11 April 2016

Sweet Monday...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:35 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

As u can see kan.. hah mamag sedang menikmati kek yang bakal menampabh kalori dan lelemak kat dalam badanku ini... dalam erti kata lain juga mamaG sedang mengeluarkan aura stress yang ada dalam jiwa mamaG melalui kek. Huhuhu.. da lama tak makan kek.. (yeke??.. bukan bulan lepas da makan kek ke??)

Kali ni makan sorang sorang jek... eh! Macam la selama ni makan beramai ramai kan. Huhuhu... kalau dulu salu yang jadi teman makan kek bff mamaG la... kalau tak memang macam ni laa.. makan sorang sorang and i dont mind pun... bila dapat kek memang tak kisa pun orang keliling. Biarla orang tengok kita mkan sorang tak berteman. Pelik tengok kita makan sorang sorang macam takda sapa yang sudi nk kawan kan..nmpak macam kita ni lonely sangat hahaha... yang penting aku hepi dapat makan kek. Huhuhu... menikmati setiap inci rasa kek tu... sedappp...

Selalunya mamaG akan beli kek cheese.. tak kira la cheese apa janji cheese.. tapi lately ada perisa baru yang mamaG faveret da selain cheese.. iaitu white chocolate machademia nut.. ala ala gitu la bunyinya... rupanya sama seperti dalam pix...

Kalau diletakkan dan disuruh pilih antara nasi dan kek cheese, mamaG akan pilih kek... kalau diletakkan dan disuruh pilih antara cheese kek dan piza penuh ngan  cheese leleh... in shaa Allah ku pilih kedua duanya hahaha.. kerna agak susah pilihan yang nak dibuat tu... sebab kedua duanya adalah cheese dan pantang mamaG tak boleh mengabaikan makanan yang berupa atau berasaskn cheese hahahaha... jadik jangan coba coba bagi mamaG buat keputusan yang tough sama macam nak makan dulu ke nak berak dulu sebab lapar tapi sakit perut... hahahaha...



Sempat membebel via Blogaway 😘

08 April 2016

2 mende...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:02 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Perkara biasa jikalau kita bertemu dengan manusia pelbagai ragam... semua orang ada ragam dan peel masing masing. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing masing... semua orang ada kebaikan dan keburukan masing masing... dari kita macam mana kita manage semua tu kan... kecenderungan kita tu lrbih kepada mana. Negatif ka positif...

Ada 2 benda kita kena jaga dalam diri kita ni... tau apa? Hati dan juga fikiran... okeh ini cuma pendapatku saja okeh... berdasarkan pengamatanku. Bukannya berdasarkan gosiping gosiping ya hihihi...

Hati dan fikiran ini kita kena jaga sebenarnya. Kena pupuk kena bentuk kena monitor selalu.. sebab dua benda ni mampu mempengaruhi kita secara keseluruhannya. Mental, fizikal dan jg rohaniahnya...

Kita sendiri saja yang mampu mengawal dan membentuk hati dan fikiran kita. Kita yang tentukan kita ni macam mana orangnya melalui aktiviti hati dan fikiran kita...

Adakalanya kita tak perasan perlakuan dan pertuturan kita tak seiring dengan niat kita.

Kadangkala ada juga bila hati dan fikiran tak seiring, menyebabkan kelakuan atau pertuturan kita jadik huru hara. Dan akhirnya kita menanggung akibatnya. Apa lagi bila tengah marah kan.. macam dibisik bisik jak di telinga tu yang bukan bukan kan...

Kadang kadang hati rasa lain fikiran nak buat lain tapi in the end pertuturan dan perlakuan jadik lain. Cakap lain buat lain.

Kadang kala ada juga jenis orang yang hanya cakap je tapi tak buat pun. Sama ada tak berani nak buat hanya berani cakap. Ataupun hanya sekadar luahan gambaran imaginasi fikirannya sahaja dan memang takkan melakukannya kerana dia tau dia bukan jenis begitu. Mungkin kan.. siapa tau.. hanya diri sendiri yang tau... dan jangan lupa Dia Maha Mengetahui...

Apa yang kita tuturkan apa yang kita lakukan apa yang kita fikirkan adalah cermin diri kita juga. Jadi berhati hatilah... reminder untuk diri sendiri jugak ni... huhuhu...



Sempat membebel via Blogaway 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea