Laman

23 October 2012

Wiki Of The DAy: Hello

Celoteh Aku MamaGlam at 1:05 PM 0 berbalas bebelan
Sumber: Wikipedia



"...bahawa Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut."

22 October 2012

WatchMania.

Celoteh Aku MamaGlam at 2:56 PM 2 berbalas bebelan
Hohoho akhirnya mamaG dah beli pun jam tangan. Susahlah tadak jam, hari1 pun asik nak terlambat jew pi keje. Fuh salahkan jam ek. Tapi memang la rasa janggal kalau tak pakai jam. Jam mamaG sebelum ni dah pecah cermin dia. Nak gi beli lain tapi tadak yang berkenan.

MamaG bukanlah suka pakai jam yg ladies tu yg macam gelang la, ukir-ukir la, mamaG suka pakai jam yg lasak sikit dan bukan tali getah or kulit. Kang alergik pula kulit mamaG. MamaG suka pakai yg besi.

So Sabtu lepas pi la The Mines, kebetulan enchek Asben nak beli cover utk ipad. Tak terfikir pun nak beli jam. Tapi kebetulan dan dah takdir (wah) agaknya, mamaG ternampak satu jam ni. Memang terus terjatuh hati terus nak beli lepas dapat kelulusan Menteri Kwangan mamaG. Hohoho.

Yang bestnya tu, Irfan dan Rayyan pun tumpang sekaki tu beli jam Ben10 dan Angry Bird. Hohoho sabar jela enchek Asben ek.
Okeh kasi close up sket. Hohoho. Best la jam ni, blh set digital calendar, stop watch dan ada alarm. Hohoho. Like like like. Memang jakun.

Tadi pagi bangun dikejutkan oleh alarm jam tangan mamaGGGG cewah.

21 October 2012

Wiki Of The Day: Nanoteknologi

Celoteh Aku MamaGlam at 1:03 PM 0 berbalas bebelan
Sumber: Wikipedia


...bahawa nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan-bahan dan peranti-peranti pada skala nano.

20 October 2012

Our Simply Lunch

Celoteh Aku MamaGlam at 2:22 PM 3 berbalas bebelan
Wah tadi leka sangat ngadap c lappy sampai lupa lunch time. Sedar-sedar ja dah jam 12.30. Hadoi lagi setengah jam enchek asben nak balik dr keja dah. Kesian pula dia blk xsiap masak lagi. Okeh nak masak apa ya yang ciri-cirinya adalah simple, cepat dan palig penting sedap! Hahaha. Ok idea mari.

Ni la dia lauk lunch kami yang serba express. Sayur kacang buncis tumis, telur rebus masak sos bercendawan dan creamy sup jagung dan telur bercendawan. Hahaha mabeles sangat cepat dan sedap. Tak sampai sejam siap! Good job, mamaG!

Febret mamaG creamy soup jagung telur ni la. kalau makan, memang pinggan mesti banjir okeh. Tak nampak dah nasik tu. huhu Baru la ada umph makan.

But yang tak bestnya, skali dpt call enchek asben balik lambat. Hurmmmm 😱😪😣 kesian mamaG kan kan kan. Nampaknya kene makan dengan kids je la lunch ni.

Apa lagi, enjoy lunch!

19 October 2012

Pisang Goreng + Udara Sejuk = Nyaman n Yummy

Celoteh Aku MamaGlam at 11:30 PM 0 berbalas bebelan
Wah tak sedar dah jam 11.20pm rupanya. MamaG dok ngadap lappy ngapdet blogshop mamaG n singgah pi nuffy mamaG, wah berita gumbira, coz mamaG dah leh cash out komisyen mamaG dah. Tq nuffy. Tapi rasa cam nak simpan je kat dlm tu la. biar berkepok baru nak cash out. Hehehe. Tapi xpa la kut. Agak2 bosan, mamaG cash out kan je hehehe. Boleh buat belanja berjoli makan2 kan. Walaupun tak byk tapi duit free kut hasil berblog ni kan.

Ko membebel bebel mende ntah kan kat blog tu sampai kadang syok sendiri sampai tak hengat dunia kan, tapi relax je dpt duit gitu kan. Patot la ramai blogger yg loaded hanya dengan berblog.

Okeh back to tajuk malam ni kan. Hah suka sangat lari tajuk tau. Babap kang hah. Heehehe.

Malam ni mamaG decide nak rehat kejap dari menjahit. Sok baru start. Tadi bff mamaG anta kain nak suh jahitkan baju. 2 pasang lak tu nak buat. Xpa, bff pun klien juga kan kak jemah.

So malam ni memang malam utk santai dengan my lappy bertemankan pisang goreng yang rangup dan panas2 itew bersama dengan milo panas. Fuh asiiiikkkk. Tambah pula malam2 ni udara sejuk jew. Maklumlah lepas ujan kan. Mesti korang dpt bayangkan kan apa mamaG rasa kan.

So, enjoy malam yang sejuk dan nyaman ni. Selamat malam readers.

Wiki Of The Day: Perpustakaan Digital

Celoteh Aku MamaGlam at 1:01 PM 0 berbalas bebelan
Sumber: Wikipedia.


"...bahawa perpustakaan digital ialah perpustakaan di mana sebahagian besar sumbernya terdapat dalam format yang boleh dicapai melalui komputer."

Camera iOS 6 iphone Very The Vass Sangat Cantik

Celoteh Aku MamaGlam at 9:10 AM 1 berbalas bebelan
Okeh, hari tu iphone mamaG hang kejap, xleh nak buat call. Setting punya setting sekalinya tersalah setting sampaikan iphone 4 mamaG masuk ke mode 'safe mode'. Mean xblh nak wat call or incoming call. Semua pun cleh nak buat. B4 tu ip mamaG ni memang dah jailbreak (JB) siap-siap. Memanv best.

Tapi disebabkan safe mode ni, mamaG dah xleh nak buat apa selain drp formatkan ip ni dan upgrade iOS drp iOS 5+ kpd iOS paling latest iaitu iOs 6. So far ok la. dr segi performance memang speed beza skit la. Features ada tambah skit yg baru. Cumanya skang ni iOS 6 ni dah xda Youtube dah. Mungkin disebabkan lisence policy T&C Youtube itu sendiri. Sekarang ni T&C Youtube agak ketat sikit la dgn google n apple.

Dan yang paling mamaG tak sabar nak test tentulah kamera dia kan. Pergh, kamera memang power beb wa cakap lu. Memang trbaik la. Henpon Samsung mamaG yg canggih tu pun xleh lawan tau. Inikan lagi Blackberry mamaG tu lagi la out ke laut kan dari segi kamera.

Cuma kamera iOs 6 ni, dah xda dah setting kamera nak set up apa utk amik gambar macam kamera iOS 5+ dulu tu. kat iOS 6 ni cuma ada set utk flash, HDR, dan grid. Lain lain tadak dah. Ntah mana pi ntah.

Buat still kamera memang terbaik. Kualiti gambar memang di tahap yg 'wow!'

Cuma skang ni mamaG tengah tunggu JB utk iOS 6 ni. Mgkn lambat skit kut sebabnya iOS 6 ni baru lagi keluarnya pon. So software dia tengah strong lagi utk para hackers iphone ni nak JB kan. Tp suatu hari nanti pasti akan boleh JB jg iOS 6 ni. Tunggu jelah.

Gambar2 yg mamaG amik ni tadak setting apa2 cuz tadak tempat nak setting pun. Just point fokus ygkita nak, then pepandailah dia snap gambar yg cantik dr angle yg baik dah. Kualit yang tip top.

18 October 2012

Garnier Rolling Eye for Eye Bag Berkesan ker?

Celoteh Aku MamaGlam at 5:03 PM 0 berbalas bebelan
Garnier Rolling Eye ni mamaG baru nak try. Ni semua sebab sejak akhir2 ni dah perasan dah muncul eye bag kat bawah mata ni. Sangat tak suka okeh. Ni yg try produk ni, arap2 berkesan la macam yg iklan tu dok pong pang pong pang kan.

So we wait n see je la.

Sambal Belacan Mak Mertuaku

Celoteh Aku MamaGlam at 3:05 PM 0 berbalas bebelan
Hohoho... Tajuk je dah lain macam ek. Bukan apa saja nak kongsi sambal belacan ibu mertuaku ni. Sedap tu memang la. Air tangan ibu katakan. Masak apa pon sedap kan.

Selama ni bukannya mamaG tak reti buat sambal belacan tp cuma tak menepati piawaian selera belacan enchel hubby jew. Dia salu bandingkan sambal belacan mamaG ngan mak dia a.k.a ibu mertuaku kan. Napa xsama rasa. Hurm, mula2 tu memang la keci ati sebab perempuan mana especially wife, suka dibandingkan dgn org lain. Tentulah tak sama kan, sebab mamaG ni bukan mak dia kan, bini dia tau.

Tapi demi nak dapat keredhaan enchek hubby, lupakan semua itu dan think n act positif okeh. MamaG belajar dgn mak mertua mcm mana nak buat sambal belacan febret enchek hubby dr kecik tu. Ekceli bukan belajar secara direct, sebenarnya mengintai macam mana nak buat. Huhuhu.

So, niza nak kongsi resepi sambal belacan ala ibu mertuaku. Memang ada beza sikit cara dia dan rasa. Walaupun x 100% sama dgn ibu mertua punya sambal belacan, tp dah boleh buat enchek hubby angkat kening mkn sambal mamaG buat tu n bg pujian melangit, kira ok la. syukur la.

Ok ni cara nak buat:

Belacan (dipotong dadu) dan bawang merah (dikupas kulit, xpayah hiris/potong) digoreng agak2 masak sikit tu angkat, toskan.

Tumbuk bawang yg dah goreng tadi sampai separuh lumat, masukkan belacan yg dah goreng, tumbuk lagi. Masukkan cili padi dan tumbuk sampai lumat. Gaulkan. Agak2 sebati tu, masukkan perahan air limau kasturi, gaulkan sebati, masukkkan garam dan gula secukup rasa.

Tips: utk sambal belacan ibu mertuaku ini, kena lerak air perahan limau kasturi tu sikit jew, nak texture yg pekat okeh.

Tips: ni tambahan dari mamaG. Biasanya kalau mamaG buat sambal belacan, mamaG suka letak buah tomato yg di potong dadu kecil dan separuh ditumbuk. Menambahkan lagi keenakkan sambal belacan. Cuma ukt sambal belacan ibu mertuaku ini, mamaG tak berani la nak letak tomato kan, tak nak menderhaka dengan resepi mak mertua katakan.

Wiki Of The Day: Apple Computer Inc.~ Pengasas Revolusi Komputer

Celoteh Aku MamaGlam at 12:59 PM 0 berbalas bebelan
 Sumber: Wikipedia

Sumber Gambar: Google

"...bahawa Apple Computer, Inc merupakan salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an."


Nasi Ayam Penyet, Sedap Ke?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:50 PM 0 berbalas bebelan

 

Gambar ini hanyalah menyebok di dalam entry, sebabnya time ni lepas makan, pi beli ni. Time pula ada promo kat watson. Buy 1 Free 1. Dah la gitu, kalau guna member price pula dapat lagi diskaun. Kalau tak member, harga RM19.90 dan dpt 1 free lagi bedak. Kalau member just bayar RM17.90 jew n get 1 free bedak lagi. Hah, kan untung.. Ni baru namanya perut kenyang, senang hati (sebab dpt promo n diskaun, hehehe)..




 *Entry.Bulan.lepas.terlupa.nak.citer. *

Time ni 1st time mamaG masuk restoran Ayam Penyet kat Alam (Alamanda) ni, BFF mamaG yang bawa makan kat sinun. Nak harap mamaG, memang tak tua wujudnya restoran nih.. Kalau pi ALam pun, alih-alih fast food je la, yela, nak food yang fast jer, sebabnya nak meronda kawasana kan.. huhuhu...

Okeh, pendapat mamaG, Nasi Ayam Penyet ni, macam biasa je pun.. Tadak la kata sedap bebenor.. sori la pada peminat tegar or fanatik Nasi Ayam Penyet ni.. Tekak orang berbeza-beza..

Restoran ni Nasi Ayam Penyet ni, adalah restoran masakan Jawa, Indonesia gitu kan.. Dari Menunya saja dah menampakkan kepelbagaian jenis masakan Jawa yang macam sedap je bila tengok gambar tu kan. Ok, mana tu mamaG order Menu Nasi Ayam Penyet biasa jew. Yela baru nak try kan. Kalau ok, it will B next time la, kalo tak, it will be NEVER come back la. Masa 1st time tengok dia hantar order mamaG tu, mamaG was like "mmmmmmmmm, ini je ke? Nasi putih, Ayam goreng yg dipenyekkan, tempe goreng, sayur kankung rebus, kobis rebus dan sambal belacan... hurmmmm"...

Then mamaG pun makan la, oleh kerana lapar, mamaG makan jugak la.. huhuhu.. So far, rasa macam biasa jew, macam kita makan nasi putih ngan ayam goreng. TETAPIIII, hah ada tapinya.. walaupun rumah menunya biasa-biasa jew, tapi jangan dipandang enteng (wah gitu) tempe dengan sambal belacannya. Mabeles sedap gue cakap lo.. Sambal belacan dia memang terbaeekk..

Untuk menambahkan lagi betapa sedapnya sambal belacannya, mamaG tanpa segan (segan sikit dan malu juga) minta refill sambal belacan ituuuu... hah, nasib baik boleh.. Korang penah ke buat agenda refil-merefill sambal belacan?.. hahaha.. mula-mula tu segan juga, ye la malu kut nak minta tambah sambal kan.. Maunya dia kata tak boleh kan.. 1 order, 1 kali je bagi sambal hah..

Memang boleh refill sambal dia, tp yang buat mamaG n BFF mamaG elok-elok tak segan jadi segan dan malu tu, lepas je mamaG menyatakan hassrat nak tambah sambal tu, boleh pulak orang restoran tu main jerit kuat kat pelayan dia suh tambahkan sambal kat meja kami.. Mak ai... agaknya time tu muka mamaG sama merah ku dengan sambal belacan tu..
hahaha..

Dan, selepas daripada itu, mamaG pon pomot la kat hubby makan tempe ngan sambal belacan.. huhuhu.. Mula-mula enchek hubby macam tengok pelik jew.. Tapi lama-lama tu terjebak jugak la.. hahaha. Sejak itu, tiap kali beli tempe jew, mesti sambal belacan pun ada  skali.. Memang mabeles la.. Tenkiu Restoran Ayam Penyet sebab  bagi inspirasi kat mamaG buat menu kat rumah yang memang tak boleh nak resist lagi dah.. Walaupun sambal belacan tak sama macam kat Ayam Penyet, tapi konsep (ade ke?) menunya sama.. huhuhu..

Nanti korang try la makan kat situ.. o ya, psst psst psstt, walaupun mamaG suka sambalnya yang enak itu, tapi mamaG kurang suka persekitarannya yang banyak sanat lalat menyinggah tu.. Tak senang nak makan.. Ade je lalat yang hinggap kat makanan.. Kalau seekor 2 takpa gak, ni berekor-ekor.. Mungkin sebab tertarik dengan bau sambal kut..

Apa Kenalah Wahai Perut Ini Hari?

Celoteh Aku MamaGlam at 11:53 AM 0 berbalas bebelan
Waduh waduh, pintu tandas ni kalau boleh bercakap kan, mesti nak ckp "asik asik muko ko je masuk tandas, asik asik muko ko je la, xde keje lain dah ke asik masuk jamban je?" Hah, masuk ni dah 4 kali masuk jamban menbuat rundingan big busnis.

Gila sakit perut gue. Rasanya takda lagi yang aku makan beracun pg ni. Rasanya aku bekfas air susu fullcream ngan kue tiaw goreng yg mamaG beli petronas td masa isi minyak. Tu jew. Pesal sakit sangat perut ni. Pastu baeeeekkk punya buang. Konfem aku lapar gila pasni.

Dah la bahu ni sakit. Urat tulang belikat mamaG dah bengkak. Rupanya dah lama bengkak cuma skang baru nak rasa sakitnya. Memang teruk juga la sakit. MC 2 hari. Tangan kiri xleh angkat langsung. Bernafas pu sakit. Tapi lepas dah 2 hari rehat ni, ok sikit la tangan dan bahu ni.

Cuma pagi ni mcm nak naik balik sakitnya. Mcm nak sampai ke pinggang la pula. Mak ai minta mintak xda la.

Terima Kasih www.tilambayi.com

Celoteh Aku MamaGlam at 10:59 AM 0 berbalas bebelan
Salam semua, ni entry lama sebenarnya. Kira minggu lalu la punya cerita kan. Nak update kat blog tp tak sempat nak publish, berkepok dalam draft. Ish apa yg dibizikan xtau la c mamaG ni.

Neway, nak citer ni hah Jemah. MamaG sebenarnya bizi menjahit seperti yg mamaG cerita kat entry sebelum ni kan. Adalah beberapa tempahan baju kurung moden. Lepas tu pula dapat tempahan trial utk jahit set sarung tilam baby.

Nak jadikan cerita, mamaG dapat order tu Ahad lepas (30/09/2012), tapi sebabkan sebok jahit baju kurung moden yg berlining kain lace, dan perlukan tumpuan lebih supaya jahitan kemas, dan mamaG pula sakit beberapa hari xboleh nak menjahit sgt, jadinya set sarung tilam ni terlewat start dan dateline pula sabtu (6/10/2012), hah apa lagi. Masa jumaat aritu mamaG lepas je blk keja, rehat, tengok tv, masak n mkn. Rehat jap. Pastu jam 10pm baru start jahit sarung tilam tu.

Nak siap kan satu set tu bknnya kejap. Sebabnya dia kene guna dua jenis kain. Utk body n border. 1 pc sarung tilam, 2 pcs sarung bantal dan 2 pcs sarung geguling. Lepas tu owner pula nak perincian yg sebiji mcm kat sample yg dia bagi.

Siap potong, jahit tepi dan jahit semua luar dan dalam dan details, xsedar time tu dah jam 4am. Mak ai. Tapi siap semua la. alhamdulillah. Pagi esoknya jam 11am owner kedai dah ready nak nilai dan amik.

Syukur lah, rezeki owner tu puas hati dgn jahitan mamaG dan dah runding harga untuk tempahan seterusnya secara pukal pula. Dalam 30set. Hurm, insya Allah.

Orang kata, kalau nekad kita kuat, insya Allah apa pun yg kita nak buat pasti ada hasil walaupun susah. Macam mamaG, walaupun 1 malam je siapkan semua set tu tapi dalam nak buat tu mcm mcm hal jadi, mesin jahit tepi buat hal la, anak mamaG yg kecik tu meragam la. So xboleh nak fokus sangat. Dah lepas jam 1am baru la mamaG boleh buat keja laju sikit tanpa gangguan anak mamaG. Cuma sesekali je la kene layan dia bila dia bangun nak susu botol atau susu badan.

Tapi sebab nekad hati mamaG kuat nak siapkan juga demi biz mamaG yg akan datang, mamaG kene la bkorban sikit kan. Yang penting persepsi klien kene jaga dan kualiti on top of it.

Kat bawah ni few pics set mamaG jahit. Kualiti kain memang bagus. Kain cotton kualiti tinggi. Sejuk pula tu sesuai utk baby. Korang boleh la singgah menjengok website owner ni kat www.tilambayi.com.





14 October 2012

Hitamkan Rambut Dengan Daun Kari...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:32 PM 0 berbalas bebelan

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:

1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.

09 October 2012

Golongan Yang Dilindungi Di Mahsyar... Adakah Kita Golongan itu??

Celoteh Aku MamaGlam at 1:44 PM 0 berbalas bebelan

08 October 2012

MamaGlam New Inhouse Workstation.

Celoteh Aku MamaGlam at 4:55 PM 0 berbalas bebelan

Aha, akhirnya ade juga workstation mamaG sendiri utk wat keje. Ni utk sementara. Semua ni idea enchek Asben la ni. Makaseh laling, lubyu! Dia kesian agaknya mamaG menjahit kat meja makan dan kadang tu mengukur kain bentang kat lantai. Tapi memang kejenye cenggitu pon kan. Sebab kli mengukur kat meja memang tak muat pon. No workstation kat ruang tamu je. Kat area 'wall of fame' mamaG. Ok la boleh menjahit sambil tgk pics (ilham n motivator) dan juga sambil jeling-jeling tengok tivi gitu kan... Santai je menjahit, dun stress stress nanti jahitan tak kemas n customer pon taj puas hati. Kan susah nanti.

Enchik asben kata utk sementara guna meja study je dulu. Nanti kononnya nak belikan meja yg proper sikit. Alahai laling ku i tak kisah pun guna meja apa asalkan ada tempat menjahit. Lagipun mesin tu letak kat meja bila nak guna je, bila ada tempahan. Tapi utk minggu ni dan seterusnya mesin jahit n mesin jahit tepi ni kene duk luar je, sebabnya beberapa hari ni dpt beberapa tempahan jahit baju la pula. Dan juga ada oramg offer tender jahit set sarung tilam dan bantal baby utk kedai online dia. Semalam dia hantar kain dan sample. Cantik kain dia, baru mari dari Jepun.

Minggu lepas lagi tuan kedai ni tepon nak book mamaG utk tender dia ni. Tapi kain dia order dari Jepun tu minggu ni baru sampai. Tu yang semalam baru dia hantar. Hah kalau korang nak tengok apa tuan kedai ni jual cuba la pi website dia kat www.tilambayi.com. Gambar yang kedua tu, tu la sample tuan kedai tu minta tlg jahitkan. Kiut kan kan kan. Rasa cam nak beli tapi baby kecik tadak lagi. Hohoho beli sebab kiut tidak digalakkan, okeh. Hahaha

Okeh la, nak update tu jew. MamaG nak sambung keje menjahit kejap ya. Ada few order lagi tgh tunggu. Esok pulak nak kene jumpa org Cyberjaya, dia nak tempah baju kurung moden pula. Rezeki kan.Yang penting jangan tamak kalau tak reti or tak menang tangan nak buat. Kualiti tu penting. Enjoy ur petang... Muahh..

Jagalah Dan Hargailah Pokok Kita

Celoteh Aku MamaGlam at 1:11 PM 0 berbalas bebelan
Pokok-pokok yang terdapat dalam sebuah kawasan seluas 1 hektar (2.47 ekar) mampu mengeluarkan empat tan oksigen. Jumlah ini cukup untuk membolehkan 18 orang manusia hidup selama setahun.

Pokok menapis habuk dan debunga serta menyerap bahan kimia bertoksik yang tersebar di dunia.

Pokok membantu mengurangkan 50 peratus daripada bunyi bising dan sekaligus bertindak sebagai pemecah angin.

Sesetengah pokok mempunyai daun yang besar dan lebar. Daun-daun ini menghalang hujan daripada terus jatuh ke tanah. Hasilnya air hujan itu jatuh dengan lembut dan meresap masuk ke dalam tanah secara beransur-ansur. Ini membantu menghalang bahagian atas tanah daripada terhakis dengan cepat.

Sebatang pokok mampu meyerap 60 gelen air sehari. Ia juga boleh menyerap cecair dan lembapan yang terdapat pada daunnya.

Jika ingin menyerap kesemua gas karbon dioksida di muka bumi ini, pokok-pokok yang perlu ditanam adalah seluas negara Australia.

Akhir kata, sayangi bumi untuk kesejahteraan hidup kita.

07 October 2012

Segmen Wiki Of The Day : Tughra

Celoteh Aku MamaGlam at 3:36 PM 11 berbalas bebelan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Tughra bagi Sultan Mahmud II dari Empayar Uthmaniyyah. Ia ditulis Mahmud Khan bin Abdülhamid adalah selamanya menang. Atau ditulis:
محمود خان بن عبدالحميد مظفر دائماً

Tughra (Turki Uthmaniyyah: طغراء; Ṭuğrā) adalah sejenis monogram, mohor atau tandatangan khat seorang Sultan Uthmaniyyah yang dibubuh pada kesemua dokumen dan surat-menyurat rasmi. Ia juga diukir pada cop mohor sultan dan dicop pada wang syiling yang dikeluarkan semasa pemerintahan. Lambang yang seringkali berwarna-warni ini menggabungkan nama dan gelaran sultan terbabit.

Tughra telah direka semasa permulaan pemerintahan sultan dan dilukis oleh ahli kaligrafi istana atau nişancı pada dokumen bertulis. Tughra pertama dimiliki oleh Orhan I (1284-1359), pemerintah kedua dari Empayar Uthmaniyyah dan berevolusi sehingga mencapai bentuk klasik tughra Sultan Sulaiman al-Qanuni (1494-1566).[1]
Tughra digunakan bagi tujuan yang sama seperti cartouche semasa zaman Mesir purba atau Cypher Diraja dari raja Britain. Setiap sultan Uthmaniyyah memiliki tughra mereka sendiri.

sumber: Wikipedia.. 

06 October 2012

Ni La Keja Dorang

Celoteh Aku MamaGlam at 8:01 PM 0 berbalas bebelan

Ni la keja budak budak ni isi masa bosan. Beragan jadik otomen. Pastu berebut lak tu nak jadi otomen tiga dan otomen max...

Layan je la.

Layan jew..

Celoteh Aku MamaGlam at 7:30 PM 0 berbalas bebelan

Bila.bosan.ni.la.kejanya.si.mamaG.apa.lagi.kalau.bukan.amik.dan.edit.gambar.

Warghhh.layan.je.la.mamaG.tengah.bosan.tunggu.kat.bengkel.keta.ni.

P/s: setiap titik yg ada disetiap perkataan adalah disengajakan keberadaannya. Hihihi (org bosan memang cenggini)...

Lambatnya...

Celoteh Aku MamaGlam at 7:24 PM 0 berbalas bebelan
Satu hal yang paling tak suka ialah menunggu kereta siap bila dah masuk bengkel. Kalau bukan sebab brake problem, x ada la sanggup tunggu kat bengkel ni dengan kids pula tu kan.

Tau ja la kids kan, cepat bosa dan suka meragam bila terlalu lama menunggu. Apa bolehbuat, nyawa pun bergantung dgn brake juga ka bile drive, bahaya woo...

Ni katanya 2 jam siap la. Baru 30minit tunggu, bilik menunggu ni dah mcm tongkang pecah dah budak2 ni kerjakan. Hadoiyai, tak puas ngemas kat umah, kene mengemas kat sini pula, free free je mengemas kat bengkel orang kan.

Hurmmmm, sabar je la...

04 October 2012

Katak Oh Katak! Shomelnyaa..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM 1 berbalas bebelan

Waaaa, hati sangat gumbira bila dapat hadiah belated bufday day opifmate. Tenkiu so much laling. Sooo unexpected! Hari feel so langkah kanan tau. Ari ni org belanja jew. Tadi lunch pun, pegawai mamaG belanja lepas abis meeting tadi, balik dari lunch, dapat hadiah belated bufday lak dari opismate.

Tetiba lak dorang rasa nak bahi hadiah padahal bufday mamaG dah lepas since 2 bln lepas (16/08/2012). Hahaha... Memang bertuah hari ni. Rasa sejuk hati ni macam baru lepas kene simbah air sejuk tau. Bukan apa, bersyukur sangat tadi pegawai mamaG belanja lunch, tapi peniaga kat cafe ni buat spoil mamaG. Nasiblah tahap kesabaran mamaG masih boleh control lagi. Kalau tak dah lama dah mamaG buat bodo cacel order. Tapi mcm kesian dan xsampai hati buat orang mcm tu kan.

Dia kan berniaga, cari rezeki kan. Takpa la, mamaG rela bersabar dalam kemarahan. Tapi disebabkan hadiah katak yang mamaG unexpectedly tadi tu buat mamaG sejuk terus dan terlupa psl kemarahan di kafe tadi sebab terllu hepi dan terkejut gitu kan. Hahahaha, mmm so blush and speechless...

Thanks you soooo much my dear fren kak Lina dan Cik Yus (1 of my pegawai yg rapat kat opis). Sgt2 menghargainya... As u said before, tge katak was soooo sheksii at pewot la.. Hahaha... Sooo kiuttt tho...

Duduk je Keja Kan

Celoteh Aku MamaGlam at 12:11 PM 0 berbalas bebelan

Pagi ni pegawai mamag nak mamaG tolong dia jaga slide projector lappy di bilik meeting. Dari pagi tadi jam 9.30am tadi sampai sekarang keja mamaG duduk jaga laptop ni. Nak project dokumen. Hurm, sebab i bosan dan tak paham sangat apa isu dorang, so i pon buat hal sendiri. Update blog apa lagi.

Time-time macam ni la macam-macam idea merapu keluar minta di update dalam blog kan. Hohohoho...

So Called Mathematic

Celoteh Aku MamaGlam at 11:56 AM 0 berbalas bebelan

Waaaaa kenapa zaman dulu tak bagi tau.... Punya la susah masa zaman mamaG dulu nak menghapal sifir. Paling menakutkan rasa macam mo terkucil ku tahan jebat hah bila cikgu tetiba dengan selamba dan sepantasnya sukati dia tunjuk orang suruh baca sifir secara mengejut. Kalau dah mengejut tentu la mengejutnya otak ni blurrrrr... Rasa macam mo kencing kat situ time tu jugak. Hahaahaha. Gile, mana nak hapal sifir 9 kan. Susah tu. Lenla sifir 2 ke, sifir 5 ke sifir 10 ka xpa jg. Sifir 11 po lagi senang kan. Ni sifir sembilan, memang naya la.

Mula la buat- buat muka blur yang palig shomel sekali dengan harap dpt pengampunan dan skip baca sifir. Hahaha...

Altime Faveret.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:50 AM 0 berbalas bebelan

Ni altime faveret mamaG ni kalau balik kampung. Tiap kali blk kampung mesti cari mangga muda yang masam ini. Ari tu masa encek asben balik kampung sorang2 dia jew, mamaG siap pesan bawa blk KL buah mangga tu. Biasanya org kirim ikan masin ke, udang kering ke, seafood ka, tapi mamaG buah mangga muda yg masam ini.

Sampaikan mentua n ipar mamaG tertanya-tanya kat encek asben "bini ko mengandung ke? Macam mengidam je nak makan mangga masam tu" hahahaha... Tak ade maknenyeee. Balik dari kampung baru ni masa cuti raya pu mamaG borong jugak. Hahahaha..

Explorasi Irfan ke Pusat Sains Negara

Celoteh Aku MamaGlam at 10:59 AM 0 berbalas bebelan

Pagi ni semua bangun awal. Bukan apa bizi la konon kan nak bersiap nak pi taska si Irfan ni. Tidur semalam pun bukan main awal lagi. Jam 8.30pm pon belum tapi dah start tido. Almaklumlah Irfan kan hari ni ada lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara.

Orang paling ceria pagi ni ialah si Irfan la!

Pagi ni mamaG hantar Irfan ke taska dan tunggu sampai diorang bergerak ke Pusat Sains Negara. Biasalah hati seorang ibu kan, ni 1st time mamaG. Hubby lepaskan dia pergi lawatan macam tu tanpa kami as his parent utk jaga dia kan. Selama ni dia xpenah ikut dan xnk ikut sesiapa selain daripada kami, atuk dia dan pengasuh dia. Lain dari tu, walaupun kenal dia x akan nak ikut.

Bila tengok dia naik bas Jabatan Pendaftaran Negara, (taska Irfan di bawah JPN Putrajaya) rasa cam hepi n nebes pun ada. Yela macam mana la dia nanti kat sana kan. Arap2 dia xlah nakal da rajin nak explorasi sendiri. Sebab dia memang macam tu. Sukati je nak explore tempat. But mamaG pecaya cikgu-cikgu dia dapat control.

Bagus juga taska dia buat lawatan macam ni kan, kids ni dpt belajar sumting diluar pegetahuan dan penglihatan dorang. Hari penah juga ajak encek asben bawa kids ni pi sana tapi encek asben pula ada on call keje. So xda rezeki nak pi sana. Ni bila dapat tau taska ni nk wat lawatan ke sana, tu yg encek asben terus je setuju tu. Yang penting Irfan hepi dan learn sumting new.

Tak sabar mamaG nak tunggu Irfan balik. Nak dengar cerita dia. Dah la dorang punya lawatan tu 1 hari. Dari pagi ke petang. Ok la kan. Sabar ya mamaG, insya Allah Irfan baik-baik je dan sdang menikmati hari penuh gembira dan explorasi yang galaktik dan learning in fun way.

Ok la, nanti mamaG buat entri pasal apa yang Irfan cerita pengalaman dia ya. Huhuhu...

01 October 2012

Butter Creamy Prawn a.k.a Udang Butter Cream

Celoteh Aku MamaGlam at 10:58 PM 0 berbalas bebelan

Salam semua, wah tetiba buat entry time malam kan. Hahaha.. Jarang-jarang tu, jadik sila la layan mamaG punya entry ek.

Ok kali ni mamaG tetiba terasa nak share resepi masakan udang yang mamaG selalu masak di rumah atas permintaan mr. Hubby dan juga kids. Xbosan-bosan dorang ni. Tapi bagi mamaG memang sodap melatop pon. Ekekeke, puji diri sendiri lagi.

Tapi yang ni resepi ni main campak-campak jew. Mungkin juga ada yg pernah buat tapi mungkin beza skit sebab bahan yg mamaG guna mmg sikit jew. Ikut apa yg ada di dapur la. Ekekekw.. Ok jom try! Kalau sedap ke xsedap sila komen ya.

Bahan-bahan:
1) opkos la udang yg sederhana besar
2) susu cair
3) garam dan gula
4) Bawang merah yg kecik tu
5) daun kari
6) buttercup

Okeh cara masaknya:

Mula-mula cairkan buttercup di non stick pan dgn api yg kecil. Tumis bawang merah yg dihiris halus. Tumis skali juga daun kari beberapa helai (mamaG suka guna dlm 8-10helai daun kari).

Agak-agak dah naik bau butter n daun kari tu, masukkan udang (yang hanya dipotong sedikit bhgn kepala dan dibuang otaknya, kulit dan kepala sila jgn buang okeh) gaul sebati dgn tumisan butter tadi.

Agak-agak dah SEPARUH masak udang tu, masukkan susu cair sedikit dlm suku cawan gtu. Gaul sebati. Agak-agak dah pekat sikit kuah sos butter tu, dah blh matikan api, dan dah boleh ngap!

Tips: kalau suka sos creamy t banyak, bh letak susu cair lebih skit pastu masak sampai ala pekat sikit or dah mcm creamy-creamy sos tu, dah ok la tu.

Tips 2: selalunya mamaG letak sikit cheese, memandangkan cheese dah habis kat peti, campak apa yg ade je la. Letak cheese lagi terangkat wooo...

Tips 3: mamaG tak suka buang kepala udang tiap kali masak udang. MamaG cuma potong sikit je bh kepala tu utk buang duri n otak udang tu. Sebabnya mamaG ni suka hisap kepala idang. Fuhhh memang terangkat kening wooo. Sebab tag situ la terserap semua perasa yg ada.. Creamy dan rasa udang. Fuhhh...

Tips 4: kadang2 mamaG masak guna sosej pun sedap jg. Cuma cream dia mamaG suka kalau dipekatkan lg kalau masak guna sosej.

Tak caya??? Huh korang cuba la.. Baru komen... Tak suka byk creammy, masak sampai pekat or sticky. Klu suka creammy dia berkuah hah msk bg sampai pekat jew. Ikut sukati tekak memasing la. Yang penting sedap dan enchik asben suka gila.

Butter Creamy Prawn a.k.a Udang Butter Cream

Celoteh Aku MamaGlam at 10:57 PM 2 berbalas bebelan

Salam semua, wah tetiba buat entry time malam kan. Hahaha.. Jarang-jarang tu, jadik sila la layan mamaG punya entry ek.

Ok kali ni mamaG tetiba terasa nak share resepi masakan udang yang mamaG selalu masak di rumah atas permintaan mr. Hubby dan juga kids. Xbosan-bosan dorang ni. Tapi bagi mamaG memang sodap melatop pon. Ekekeke, puji diri sendiri lagi.

Tapi yang ni resepi ni main campak-campak jew. Mungkin juga ada yg pernah buat tapi mungkin beza skit sebab bahan yg mamaG guna mmg sikit jew. Ikut apa yg ada di dapur la. Ekekekw.. Ok jom try! Kalau sedap ke xsedap sila komen ya.

Bahan-bahan:
1) opkos la udang yg sederhana besar
2) susu cair
3) garam dan gula
4) Bawang merah yg kecik tu
5) daun kari
6) buttercup

Okeh cara masaknya:

Mula-mula cairkan buttercup di non stick pan dgn api yg kecil. Tumis bawang merah yg dihiris halus. Tumis skali juga daun kari beberapa helai (mamaG suka guna dlm 8-10helai daun kari).

Agak-agak dah naik bau butter n daun kari tu, masukkan udang (yang hanya dipotong sedikit bhgn kepala dan dibuang otaknya, kulit dan kepala sila jgn buang okeh) gaul sebati dgn tumisan butter tadi.

Agak-agak dah SEPARUH masak udang tu, masukkan susu cair sedikit dlm suku cawan gtu. Gaul sebati. Agak-agak dah pekat sikit kuah sos butter tu, dah blh matikan api, dan dah boleh ngap!

Tips: kalau suka sos creamy t banyak, bh letak susu cair lebih skit pastu masak sampai ala pekat sikit or dah mcm creamy-creamy sos tu, dah ok la tu.

Tips 2: selalunya mamaG letak sikit cheese, memandangkan cheese dah habis kat peti, campak apa yg ade je la. Letak cheese lagi terangkat wooo...

Tips 3: mamaG tak suka buang kepala udang tiap kali masak udang. MamaG cuma potong sikit je bh kepala tu utk buang duri n otak udang tu. Sebabnya mamaG ni suka hisap kepala idang. Fuhhh memang terangkat kening wooo. Sebab tag situ la terserap semua perasa yg ada.. Creamy dan rasa udang. Fuhhh...

Tips 4: kadang2 mamaG masak guna sosej pun sedap jg. Cuma cream dia mamaG suka kalau dipekatkan lg kalau masak guna sosej.

Tak caya??? Huh korang cuba la.. Baru komen... Tak suka byk creammy, masak sampai pekat or sticky. Klu suka creammy dia berkuah hah msk bg sampai pekat jew. Ikut sukati tekak memasing la. Yang penting sedap dan enchik asben suka gila.

Ok vs K.. Yeke???

Celoteh Aku MamaGlam at 1:46 PM 1 berbalas bebelan



Betul ke ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea