Laman

25 November 2013

The trusted shoulder to lean on.

Celoteh Aku MamaGlam at 7:03 PM 1 berbalas bebelan
Bila something happen dan hati kita tak cukup kuat untuk menghadapinya, 1 thing we can do selain daripada mengadu pada Yang Esa ialah get a shoulder to lean on. The one we trust with our heart. Ada sesetengah orang lebih suka berehat sekejap tanpa memikirkannya. Ada sesetengah orang terus sahaja bertindak dan kemudian baru berehat.

Trusted shoulder tidak akan membiarkan kita sendirian. mampu memahami isi hati kita tanpa perlu berkata apa apa. Membiarkan kita bersandar dan terus bersandar whenever wherever tak kira tika suka atau pun duka or tanpa sebab utk bersandar.



Bahu yg tidak pernah judge kita bila kita bersandar padanya. Tidak pernah mempersoalkan kenapa kita perlu bersandar. Sebab dia tahu, kita bersandar bukan kerana kita bergantung kepadanya serta menyerah kalah pada masalah tetapi kerana ingin menenangkan fikiran dan sedang cuba mengumpul kekuatan dan keyakinan diri yg ada untuk menghadapi sesuatu.

Dia tahu bila masanya perlu bertanya dan tahu bila masanya kita perlukan nasihat, tahu bila masanya kita perlukan sokongan, tahu bila masanya dia hanya perlu menjadi pendengar setia. Dia tahu bila masanya perlu menjadi penghibur hati kita.
Dia tahu...
Dia faham...
Dia the trusted shoulder to lean on.

24 November 2013

Assistante in da house

Celoteh Aku MamaGlam at 11:12 AM 0 berbalas bebelan

Wah wah wah mamaG ada assistante in da house la pagi ni. Good boy! Kalau salu macam ni kan bagus. Salu tolong mamaG lipat baju kan. Ni salu tolong sepah jew.

Hari ni baik punya mood dua beradik ni offer diri nak tolong umi dia lipat baju dorang. Wah terkujat mak tau. Hahahaa... syukurlah kan ada assistant pagi ni.

MamaG ni lau bab bab lipat kain baju memang fail la. Dari keci sampai anak 2. Masa d KL dulu pun mana ada lipat baju pun. Semuaaaaa mamaG hanger kan saja. Baju kids pun mcm tu. Huhuhu.. nak wat cane kan, kelemahan mamaG. Kelemahan yang menggembirakan. Huhuhu...

Okies, makasi my lil heroes tolong umi lipat baju. Walaupun huru hara tapi xpa. Yang penting niat kan. Muaxx muaxx..

23 November 2013

Tiada..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:10 PM 0 berbalas bebelan

Tiada kata secantik bahasa...

Tiada apa yang mo ditulis lagi...

Minum Petang yg nyaman.

Celoteh Aku MamaGlam at 6:06 PM 0 berbalas bebelan
This is y i like about petang. Sebab mesti ada minum petang yang santai. Bila ada minum petang, mestilah ada faveret mamaG - pisang goreng.



Kalau d kl dulu, tiap hari jumaat konfem kalau pi pasar tani di putrajaya cari pisang mentah. Apa lagi utk minum petang on weekend la. BFF mamaG tau sgt la tu. Takda lain dah nak cari, xpandang dah tu mende lain kat pasar tu, baju ke tudung ke apa2 ke. Yang penting pisang goreng.

Ntah napa, tapi pisang goreng macam ada aura gitu kan. Bau wangi semerbak jew. Apa lagi kalau makan panas panas konfem cepat abis.

Tapi di Labuan ni mamaG xtau lagi nak cari mana pisang mentah. Jadiknya, petang weekend ja mesti kuar cr pisang goreng.

Ok la. Selamat jamu minum petang. Sini mo maghrib sudah.

Macam Pelik n Funny Pula

Celoteh Aku MamaGlam at 12:57 PM 0 berbalas bebelan

Ya la mamaG rasa macam pelik dan funny pula tu kan. Masa duk KL dulu, kalau di rumah, mamaG dan enchek asben cakap bahasa sabah dengan anak-anak supaya dorang tau dan penah dengar la slang sbah tu. Walaupun anak2 mamaG ni dua2 pun bercakap bahasa melayu semenanjung sepenuhnya. Tapi salunya kena juga cakap bahasa melayu semenanjung baru la anak2 mamaG ni paham arahan. Rasa tak pelik bila kita bcakap bahasa semenanjung dengan anak sendiri sedangkan asal sabah dan berbahasa sabah. Mungkin sebab dikelilingi oleh orang melayu.

Tapi bila pindah di labuan ni, rasa macam lucu dan pelik pula bila kena ckp semenanjung dengan anak sendiri yg dikeliling oleh orang2 berbahasa melayu sabah/labuan. Hurm... sampaikan cikgu kat taska tu tanya mamaG kenapa anak2 mamaG semua bercakap bahasa semenanjung sedangkan mamaG asal sabah. Hohoho...

Dah lahir dan berbesar di semenanjung jadi, gitu la hasilnya. Xoxoxoxoxxoo...

7 Steps!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:39 AM 0 berbalas bebelan

Suka la 7 steps ni. Kena amalkan ni. Most of it sudah diamalkan. Jadi keep it up darl!

Macam Serupa Tapi Bukan Kembar

Celoteh Aku MamaGlam at 10:39 AM 0 berbalas bebelan

Ni makcik bongsu mamaG. Cantik tak? Cantik tak? Cantik tak Kak Ton?! Hahaha..

Macam sama kan muka kami. Indeed... since sekolah lagi orang konfius dengan muka kami. Ingat kami ni kembar n adik beradik since kami ni rapat dan sekepala gila gila bila sama sama.

C maci ni beza umur dgn mamaG dalam 3 tahun la. Keci ja orangnya pendek pula tu gendut pula tu ( hahahahaha ampooonnn kan patik!)... kami membesar sama2 dari keci so xda la istilah pggl dia macik2 kan. MamaG panggil nama dia ja terus.

Dia ni pun kira bff mamaG jg ni time form 5. Sebab dia la mamaG lulus subjek sejarah dengan cemerlang gitu. Almaklumlah, anak sedara dia lembab gila klu baca buku yang byk perkataan ni. Mula la masuk air mula la lapar. MamaG tak penah lulus subjek sejarah since form 4 sampai la trial spm. Asik fail jak. Asik merah jew markah. Asik kena baling kapur ja sbb tido bila subjek sejarah. Hahaha...

Syukur ada ini maci pendek lagi kiut ni tolong baca the buku sejarah spm yg tebal itu kendian pahamkan mamaG psl sejarah. Hahahaa kesian sampai 3pg tlg pahamkan mamaG yg lembab sejarah ni. Hahaha

Uish, jangan tak tau disebabkan lecture 3pg tu la mamaG lulus sejarah dpt 3 dlm spm. Hah, nganga cikgu sejarah mamaG lulus baik punya. Hahaha mamaG pong nganga. Hahaha.. makasi la makcik ku yg pendek lagi rupawan. Muaxx...

Walaupun org salu konfius pasal kita its okeh, hepi jak kan. Nanti kita blk kampung kita bbq ya... ko belanja! Horray!!! Hahahaah

Muaxxx... lubyu bah...

Menung.

Celoteh Aku MamaGlam at 10:37 AM 0 berbalas bebelan

Just menung ke luar tingkap...... suka suasana d labuan ni. Nothing much here in Labuan to explore tapi a peace of mind tu yg buat i like to stay. The breeze,  Macam di kampung pula.

Bizi to love and be loved.

Celoteh Aku MamaGlam at 10:36 AM 0 berbalas bebelan

Self reminder lagi okeh.

Lapar Kek ka?

Celoteh Aku MamaGlam at 10:36 AM 0 berbalas bebelan

Bila tertengok gambar ni balik, teringat kwn kwn AKRAB. Bila teringat kwn2 AKRAB, terimbas kenangan2 masa bersama. Sporting, happening, kuat ketawa dan kuat makan semuanya. Hihihi

Bila tengok lagi sekali gambar kek yang kwn2 AKRAB bagi ni, macam lapar la pula. Macam nak makan kek la pula. Jadi, beli kek lagi?... Bertambah gendut la mamaG ni. Lol!

Never Judge Others

Celoteh Aku MamaGlam at 10:08 AM 0 berbalas bebelan

Self reminder. Korang kalu nak kena reminder pasal ni, sila remind2 sendiri ya. Huhuhu..

Muaxxx.

Doaku Hari Ini

Celoteh Aku MamaGlam at 9:32 AM 0 berbalas bebelan

Kita hanya insan lemah dan serba kurang. Di mata dunia ni mungkin seorang yang gah, berkerjaya, berpangkat tinggi, dihormati, disanjungi malah mungkin juga paling berjaya dikalangan orang berjaya.

Tapi jangan terlupa yang di mata yang Maha Kuasa, we are nothing but a slave yang selalu dibagi ujian, balasan dan anugerah sstimpal dengan kemampuan kita.

Jadiiii, reminder to myself dan juga kwn2 di luar sana, owez berlapang dada dan berserah padaNya.

Tapi tu la, nama pun manusia jadinya kadang tu kita tak perasan kita sedang merungut akan sesuatu yg jadi pada kita hari ini dan hari semalam.

Tapiii, ada beza juga tu yg merungut tapi terus berusaha serta berserah dengan org yg merungut tapi hanya berserah tanpa usaha. Jadi korang yang mana satu ni?

Kalau mamaG tentulah mamaG......... tak nk bgtau korang. Ekekeke...

So, stay healthy stay happy ya semua. In sha Allah...

Muaxxx.. xoxoxoxoxo

P/s: tgh mikir ni apa nak buat lepas ni. Bosan ni. Housechores suma sdh settle.

In Sha Allah

Celoteh Aku MamaGlam at 2:53 AM 0 berbalas bebelan

Have faith, believe dan doa after all the best u have done.

Tribute Time

Celoteh Aku MamaGlam at 2:50 AM 0 berbalas bebelan

Ya entry b4 dia semua pasal tribute to all my beloved frens. Sori kalau annoying tp hey! It 's my blog kan. So be it. Hahaha jgn marah okeh. Memain jew. Tapi please ya siapa yg rasa annoying sampai mo muntah baca entry2 b4 ni, xkisa pun xnk teruskan baca. Hak masing masing kan.

Pada yg sudi baca, makasi semua. Hari ni mmg sengaja buat entry tribute utk dorg2 ni. Coz i cherish them most. Friendship dat full of trust, love, supportive.

MamaG tau ada kwn2 mamaG yg tunggu2 mamaG update psl mamaG d blog. So, sambil2 tu mamaG buat la tribute.

I heart korang semua.

Jadi mamaG tidur dulu ya. Sweet dream.

Xoxoxoxoxo

P/s: ni masalahnya lau rindu kawan2 ni. 

Siapa kata Lelaki Tak Boleh Jadi Besfren Kita

Celoteh Aku MamaGlam at 2:43 AM 1 berbalas bebelan

Ya la kan. Siapa kata lelaki tak blh jadi besfren pompuan. Di sekolah, di kolej dan d tempat keja mamaG mesti nak ada besfren lelaki.

Tak salah pun kalau kita berkawan baik dengan lelaki as long as no feeling2 inside heart la. But if tertiba ada tersikit bergetar feeling2 tu, sila la slowdown the very besfrienship tu ya. To cooling it down. So dat kita xkan rasa janggal.

Dalam pic ni, itu budak lelaki tinggi lampai macam tiang letrik tu la besfren mamaG masa d kementerian lama dan di bahagian lama dulu. Dah lama tak jumpa dia. Cuti lama sgt. Kesian. Muda lagi dari mamaG. Budak lagi ni (hahahaha ampooonnn).... dia cuti 2-3 thn gtu sebab sakit kanser.

Skang alhamdulillah, dah sihat.

Dia la besfren mamaG kat bahagian dulu. Teman mamaG buat keja sampai lewat mlm br blk, teman mamaG menyakat bff mamaG si cik Lia tu, penghibur mamaG dan cik Lia bila kami tgh stress rasa nak makan org, org yg salu jd good listener kami bila kami perlukan tempt utk diluahkan. Rajin pula tu tolong beli makanan utk kami yg pemalas turun ke cafe bila ada kerja.

Di bahagian tu dulu, sunyi ofis kalau mamaG ngan dia tak ada d opis. Dia la tulang belakang mamaG buat kerja selama ni. Team bgs kita ni lau bab keja n sakat org.

Teman kami bergurau sukati.

Makasi teman baikku. Azizan rashidi. Moga ko sentiasa dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Sori, 3rd preggy xleh join ko beb next year. I hv a hard time here beb.

Halalkan makan minum gue ya. Maafkan salag silap gue jg ya. Aku salu berebut air sparkling ngan ko tiap kali kita dpt hadiah. 3 tahun berturut2 kita berebut. Makasi for a good memories we had. U are such a very goodfren i ever had. Kategori lelaki la. Blh bg award ko ni. Dun cry for me bebeh. Hahahaha... (dilarang meludah!)

Jumpa lagi. Ko jaga kesihatan, jaga mulut tu jgn cabul sgt beb. Jangan tepon2 menyamar2 suara okeh.

Ladies on d moves

Celoteh Aku MamaGlam at 2:06 AM 0 berbalas bebelan
Ya kalau bab bergambar memang genetik kami ni automatik jadi terposing gtu. Asal on ja kamera, trus berposing tu. Asal berposing ja, kamera on la tu. Hahaha...

As per mamaG penah janji dulu untuk tebus balik cerita mamaG menghilang x hapdet blog kan. Nah pelan2 ya. One by one two by two three by three mamaG ceritakan ya. Lau ada gambar tu ada lah. Lau xda gmbar tu, sila bersabar la melayan cerita merapu kepunden i ya.

Okeh ni mo crita ni. Ni pic all ladies in dah house outing kunu di Sandakan Golf club masa raya tahun ni. Kami xla main golf pula kan, nnt tu kayu club terbang bola masih lg d rumput. Kin malu nnt. Hahaa.. Ayah mamaG bw enchek asben p main golf. Kami the ladies ni apa lg pi buat onar la d komuniti club tu.

My mum wif my sis yg no.3 bw anak p mandi pool. Including my kids la 2 tentera fisabillah tu. Sandi tu pool dorg kerjakan.
Watever la di bayar jg kn. Hahaha

Me and my lil sis apa lg pi cafe, makan. Pastu meround cari lounge mo berkaraoke kono2 kan. Susah ni lau ada hobi yg sama. Kuat makan, suka menyanyi, suka bergambar. Pastu baru sama sama pi spa all the ladies.

Last sekali baru bkumpul d playground. Hahaha.. best jg skali skala gini kan.

Hah, ayu kan mamaG pakai bj gtu kan, org len pakai santai sbb mo outing kan. Tu bukan apa, baru balik dari beraya rumah kawan sekolah trus rushing pigi golf club. Nah, tu yg ayu gtu kan. Sudah la xbw bj spare kan. Pakai blk lg tu bj lepas spa.
Hahaha

Watever pun we do enjoy it. Itu pun klu bukan mamaG paksa buat outing, diam2 ja la tu d rumah time raya. Kin panas ni.












Ok la, nnt sambung lagi next cerita. Banyak ni cerita ni. Sepa suru pemalas update. Bizi konon kan. Hahaha

Muaxx...

Miss this group...

Celoteh Aku MamaGlam at 1:18 AM 0 berbalas bebelan
This koir group for year 2011 was the ohsem moment i've ever had.

Collaborate wif a well known composer, i become an image consultant for our group. Happy together to learn all those nots yg sgt2 ohsemly seksa. But still fun. Yang paling best, that year kita semua record suara macam retis. Hahahaa... proud of u guys!

Till we meet again.









Last pic - SomeOne took my candid while m doing that thing m doing.

Cuti cuti 2014

Celoteh Aku MamaGlam at 1:10 AM 0 berbalas bebelan

Nah kalender 2014 keluar sudah. Siap ada ccuti sekolah lagi. Bah mamaG booking cuti sekolah bulan 3 la. Itu family enchek Asben gue ajak pi shanghai, China jalan jalan as a family trip.

In Sha Allah. Passport kan blum expired lg. In sha Allah. Tapi macam malas mo join. Macam mana tu? Hahahaha..

Bunga dan Aku

Celoteh Aku MamaGlam at 1:08 AM 0 berbalas bebelan

MamaG bukan la peminat bunga. Bukan la kata jiwang pon. Tapi lau orang bagi bunga terharu juga beb. Yala mamaG stil pompuan okeh walaupun perwatakan lasak skit. Huhuhu...

Di rumah sewa mamaG ni, penyewa lama ni tinggalkan few la pasu bunga dan bunga2nya daaan meja2nya skali daannn skali ngan tools utk membunga. Hahaha... bagus betul.

Nasib bek bunganya ug diwasiatkan tu bunga spesis berdaun dan berduri jak. Senang pula tu mo jaga. Sminggu xsiram pun xpa. Saya suka saya suka saya suka. Korang mesti xcaya mamaG jaga bunga kan. Wah mamaG pong! Hahaha... enchek asben igt kite ni dah buang tebiat gaknya bela bunga.

Bayangkan lau bunga yg spesis mmg ada bunga. Tak sempat tumbuh bunga, pokoknya dah mati dulu yop. MamaG mana pandai membunga bunga ni. Menukang nukang blh la. Manjat manjat blh la. Lecehnya membunga bunga ni. Bagi mamaG hanya pompuan yg berjiwa bunga n dlm hati ada taman ja blh jaga bunga dengan jayanya.

Kalau bagi mamaG jaga alamatnya tinggal pasu dengan tanah jela yek. Hihihi.. ampoonnn...

Sebelum ni, semuaa semuaaa pasu2 bunga n meja tu di simpan d yard dapur. Waduh mcm sempit pl. MamaG bukan blhblau yard dapur sempit. Macam xda oksigen ja bila buka pintu dapur time masak. Tu yang dipindahkan ke ruang koridor. Sukati mamaG je letak. Selagi xda komplen selagi tu letak ctu. Lagipun luas jg tu koridor tu.

Yard d dapur l xtau lg nak buat apa. Lapang ja tgk. Huhuhu.. nyaman jak time masak. Huhuhu...

Aku dan bunga. Bunga dan aku. Dua dua pun blh dipisahkan.

P/s : dah lama tak dapat bunga.

SomeOne Like It - Tribute to my BFF

Celoteh Aku MamaGlam at 12:49 AM 0 berbalas bebelan
Bila mamaG baca quote ni buat mamaG rindu gila ngam member member lama mamaG di ofis lama.

Especially cik Lia anak pak deghris yg dah terbang ke London yg salu jd teman plg setia time suka duka sakit ati marah geram lucu geli hati. Teman shopping, teman pangkah shopping, teman gelakkan mamaG bila mamaG salu jatuh kat tangga kecil d Intan KL (maigad bl teringat insiden tu still masih blh gelak geli hati la Lia oi, lucu sgt ke aku jatuh time tu?) Then keep on jatuh jew la kt Intan KL tu. Xpaham tul. Lg xpaham cik lia ni gelak guling2 dulu sampai tak cukup napas baru la nak tolong kwn baik dia ni kan yg sedang tgamam blur mcm mn blh tersujud tetiba d lantai kan. Bongek.

Cik lia juga la yg gelakkan kwn baik dia ni bila kwn baik dia ni tertinggal sbelah kasut kat parking shopping mall sebelah lg kat dlm kereta. Hah kat opis br nk perasan diri dah jadik macam cinderella tertinggal kasut sbelah. Wah tp best jg ada alasan nk beli kasut baru. Ekekeke..

Cik lia juga la yg selalu ada di kala kwn baik dia ni not in a good mood tengah imagine buat skrip mcm mn nk bunuh si polan ngn si polan yg kin panas ari2 kan. Ekceli wat about our relation i like the most is, we never talk back other bad or weakness. Never bother other people. We happy being our self yg xcampur grup2 gosip n tipikal negatif ladies grup. U owez b there one on one, by phone by chat by sms the be my good listener. N never fail to cheer each other. Even when someone backstabing me that i cant take it.

We owez shared same thought, u owez know wat m about to think to do to say. Wat a chemistry. Come to think about it, we are 2 person wif a very very the very different personality n attitude. U tought me to be mo slow at my pace n calm in veryway. N i tought u how to deal wif worst attitude, how to be friendly that i think u will need it the most. U are to shy n less courage to face the world out there. But still i admire ur personality. Dats y we can be dis very closed. We fill each other weakness. And m grateful to have u as my bff.

dan kak halina my sis yg mamaG anggap mcm kakak sendiri since mamaG ni anak sulung kan, so m sooooo grateful to have u as my sis. We owez shared knowledge.
I know dat u owez need me n i owez be there whenever u need me. But u shud know that u are more dependable and strong than u ever know.

But please do open ur heart n arm to cherish the world. And please jangan malas malas to explore n learn something new. Bcoz org yg rajin tu dah pindah ke labuan ya. So do u cik Lia. M owez proud of u darl.

Thank u for all ur support and owez borrow a shoulder to lean on. Rely on. Thanks n love u darl a bunch.

I heart u both.





22 November 2013

Personaliti Ikut Jenis Darah

Celoteh Aku MamaGlam at 9:43 PM 0 berbalas bebelan
Cuba cek jenis darah korang then cuba cek ngam tak ngan personaliti. Wah wah wah jgn pecaya 100% ya. Ini kan cuma kajian.

Sikit sikit mungkin sama la kut.

P/s: mamaG berdarah jenis A+

Bila C MamaG Pula Yang Demam

Celoteh Aku MamaGlam at 9:38 PM 0 berbalas bebelan
Bila c mamaG yang demam. Tu jela, jaga diri sendiri je la. Almaklumlah sendiri dengan anak anak without enchek Asben. Di sini dan waktu ni la kekuatan mental dan semangat kita di uji. Begitu juga dengan iman kita. Adakah kita merungut atau berserah setelah berusaha.

Dalam tempoh mamaG sakit demam panas tu, tak ambik tempoh masa yang lama pun. Setakat 2-3 hari jew. Tapi azab sakit yg ditanggung memang setimpal la. Alhamdulillah mamaG boleh lepasi ujian Allah swt yang satu ini tanpa suami disisi.

Merawat demam sendiri dengan sisa sisa tenaga dan semangat yang ada. Time sakit tu kita kena sentiasa ingat yang Maha Kuasa dan juga kena kuat demi anak anak. Tiada yang dapt jaga anak anak ketika kita sakit. Dan habit yg tidak suka susahkn org selagi masih mampu dilakukan sendiri.

Syukur juga la, di pejabat pula ada org yang sudi tolong masa mamaG sakit. Tak banyak tapi alhamdulillah mampu meredakan sikit.

MamaG bersyukur bila demam ni, mamaG dpt uji diri mamaG sama ada mampu menguruskan diri dan jg anak2 atau tidak bila di sini tanpa suami. Alhamdulillah, in sha Allah mamaG mampu lakukan sorang diri. Dan ofkos la mamaG masih lagi perlukan sokongan, bantuan dan bimbingan asben, keluarga, kwn2 walaupun dr jauh atau dekat.

Motivator tu penting.

Just making some friends out there

Celoteh Aku MamaGlam at 9:04 PM 0 berbalas bebelan
Bila kita ditempatkan di suatu tempat yang kita totally unfamiliar without any guidance, perkara 1st yang perlu dilakukan ofkos la cari kawan.

And that's wat m doing now. Try to making some friends yg blh dipercayai, who we can rely on, lean on and be a good listener and owez there whenever we need them. Melayan keletah mamaG yg svenarnya agak byk ckp dan ketawa. Bak kata org, berenti bercakap dan ketawa bila tidur je la. Huhuu org kata la.

Dan paling penting kawan yg sedia terima kita ni seadanya, segila-gilanya, terima kekurangan dan kelemahan kita, sentiasa memahami apa jg keadaan kita biar situasi remeh atau rumit. Dan paling mamaG cari a friend yg mamaG blh lean on my head to her/his shoulder when i need it the most dan selalu jujur dan ikhlas bila menegur kesilapan kita.

Agak rare la mo cari kawan macam ni kan but i believe kawan macam ni ada di luar sana cuma berharap jodoh itu ditemukan saja.

But watever it is, some i called a good friend, i will try to find u. No matter who u are what are n where u are. Coz i need atleast 1 best friend in new place just like before.

19 November 2013

Bila Bos Keci Demam

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 AM 0 berbalas bebelan
19 nov 2013, 4am

ari ni irfan demam lagi. Kali ni dia kejap2 muntah balik ubat yg mamaG bagi makan. Kesian betul la mamaG tengok. Badan pula panas. Bila cek tempeture 37-38 darjah. Tapi bila pegang badan dia panas sangat. Tak macam 37-38 darjah pun. Ke termometer mamaG beli kat watson ni yang xberapa nak accurate?

MamaG keep on alas badan dia dengan kain basah utk tuam panas dia. Alhamdulillah kurang skit panas dia.

Kesian Irfan ni mamaG tengok dia tak boleh nak tido sgt. Tak selesa kot. Ya Allah kesiannya la. Ya Allah kau sembuhkanlah anakku daripada penyakit dan jauhi la dia daripada penyakit dan musibah yangvtidak diingin. Kau berikanlah dia kesihatan tubuh badan dan semangat yang kuat menghadapi dugaan kecilMu utknya.

Ni hari kedua mamaG berjaga merawat dia. Tapi malam tadi jela mamaG tertido kejap. Sebab dahctak karat sgt dah. Balik keja semalam terus ambik dorang kids kat taska pastu direct bawa irfan gi klinik di bandar. Lepas tu pi kedai Milimewa utk cari cool fever, few ubat lain dan jg few barang rumah then balik. Tambah pula semalam time balik tu memang ujan lebah sangat. Tak berapa nak nampak jalan dah. Alhamdulillah sampai juga la di rumah ujan ujan tu.

Semalam mamaG basah kuyup lagi. Sampai je kat rumah, park tepi then angkat kids ni naik masuk rumah dulu pastu suru dorg mandi dulu siap siap sementara mamaG turun balik nak park kereta betul betul then angkat barang dalam kereta. Hanis lencun baju kena ujan walaupun pakai payung besar. Huhuhu..

Masuk rumah jew, irfan nak makan mee. MamaG pun masak la mee sup kejap, sedia air panas, siapkan kids yg dah siap mandi. Then makan, rehat kejap then makan ubat then tido.

MamaG time tu dah memang berat dah kepala. Sebab tak cukup tido dari mlm sebelmnya menjaga irfan yg demam tu. Sampai opis pula siangnya tu tak tido walaupun sekejap sebab sibuk hadir kursus dari pagi sampai ke petang.

Apa lagi siap je semua semua tu mamaG pun tido la. Pesan jew kat irfan suru kejut mamaG kalau dia nak muntah ka tak blh tido ka rasa sakit ka. Memang dah tak larat dah badan dan kepala. Rasa macam nak demam pun ada. Arap2 la tak jatuh sakit. Nnt siapa yang nak jaga kids ni kalau mamaG demam. Enchek Asben bukannya ada nak cover mamaG kan.

Ya Allah Kau berikan lah aku kesihatan dan kekuatan untuk menjaga amanahMu. Jauhkanlah aku daripada penyakit serta musibah yang tidak diingini. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaanMu. Aminnn...

18 November 2013

My 1st Course @ JBPM

Celoteh Aku MamaGlam at 8:27 AM 0 berbalas bebelan
18-19 November ni mamaG ada kursus tatatertib di JBPM Labuan ni. 1st time join kursus di sini bersama sama abg2 bomba ni. Rasa macam lain.

MamaG rasa memang banyak beza bila kita bekerja di kalangan pengurusan dengan di kalangan badan uniform. Tak tau apa perkataan yang sesuai utk gambarkan maksud mamaG tu tapi memang lain la. Nak tau macam mana, sila la cuba bekerja dengan badan uniform dan badan bukan uniform. Konfem korang rasa bezanya. Suasana dan cara kerja. Kalau tak rasa apa, tu memang kes deria dah tak berfungsi la kot. Ekekeke..

M so eksaited to attend dis course walaupun sebenarnya mamaG tersangat sangat la mengantuk. Semalam mamaG berjaga kurang tido sebab monitor irfan demam panas. Kesian dia.

Harap harap hari ni irfan sembuh cepat. Dan harap harap jugek mamaG tak tertido dalam auditorium ni.

Okeh, jumpa next entry. Muaxx..






17 November 2013

Home Work Station Sudah Ready...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:38 PM 0 berbalas bebelan
Okeh work station gue untuk menjahit sudah pun ready. All in place dah. Taaaaaappppiiii.... tuan punya work station belum ready lagi mo start. Kuikuikui...

Bila nak start mamaG pun tak tau la. Tunggu la ada mood dan gear up baru lah start. Time tu, rak ada apa2 perkara yang boleh buat mamaG stop kecuali enchek Asben kata stop or my bos bos keci sakit or elektrik terputus. Hah tu je yg blh buat mamaG berenti. Huhuhu.. lain dari tu insha Allah teruskan juga menjahit selepas hal2 anak dan rumahtangga selesai.

Tadi pagi dah kemas kemas semua barang barang dalam kotak. Banyak juga la kain2 ela yg belum dipotong. Wah, mood cepat la ko gear up.

Napa mesti tunggu mood utk gear up? Hah, mamaG memang gitew. Sebab bila mamaG ada mood nak menjahit bersungguh sungguh, mamaG jadi eksaited macam kene injek hormon eksaited gitew kan. So kain kain yg mamaG gunting tu insha Allah cepat siap, takda masalah dan boleh dipakai terus. Siap ari ni sok boleh pakai dah. Huhuhuhu...

Takpa, insha Allah sampai jg mood tu nanti. Skang ni mungkin badan dan minda tengah penat dan sesak lagi kut sebab urusan perpindahan ni. Banyak yg perlu dibuat.

Syukurlah hampir semua urusan di Labuan dan hal hal utk tahun depan selesai diuruskan. Syukur kehadrat illahi sebab dipermudahkan segalanya disini. Ofkos la tak semudah perkataan dipermudahkan kan tapi alhamdulillah tak banyak masalah dihadapi. Berbaloi dengan tenaga, buah fikiran dan kewangan yang dikeluarkan.

Moga lepas ni diberikan rezeki yang melimpah ruah. In sha Allah.

My Labuan Life

Celoteh Aku MamaGlam at 8:48 PM 6 berbalas bebelan
Halu eberybodi. Wah long time tak timbul cerita baru d blog kan. Buhahahaa sangat2 bizi la kawan. MamaG kena pindah ke Labuan. Tempat keja baru, tempat tinggal baru, kawan kawan baru, persekitaran baru, cara hidup baru tak baru sangat la, cara kerja baru, semuanya baru bagi mmaG.

Tambahan pula mamaG tinggal dan keja di Labuan ni without enchek Asben nan terchenta. MamaG tinggal dengan 2 org anak bujang mamaG ni siapa lagi kalau bukan bos keci Irfan dan bos xberapa nak keci Rayyan.

Di sini mamaG kena uruskan hal rumahtangga, anak anak dan kerjaya mamaG sendiri tanpa enchek Asben. Syukurlah juga selama ni memang mamaG uruskan hal rumahtangga dan anak anak dan dibantu sikit sikit oleh enchek Asben. Bukannya enchek Asben tak tolong langsung, enchek Asben la org yg paling rajin sekali tolong mamaG d rumah uruskan anak anak dan rumahtangga di kala kemalasan mamaG melanda. Huhuhuhu... sayang dia...

So, tak lah panik sangat nak urus semua semua tu di Labuan ni sorang sorang. Sebab dah biasa. Syukurlah kan. Enchek Asben pun tak la risau bini dia tak reti urus anak dan rumahtangga sorang. Jauh pulak tu nak pegi jenguk kan. Almaklumlah enchek Asben tak pindah lagi. Masih kat KL tu. Kira pjj la kitorang ni. Moga ikatan kami terus dilindungi Allah swt.

Time macam ni la kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan tu terletak di nombor 1 dalam carta mengekalkan hubungan rumahtangga. Cewah berceramah pulak ustajah ni. Hahaha

Di sini, masa mula2 datang memang agak terkejut sikit la. Bukan sebab kurang kemudahan ke apa. Itu tak kisah la sebab i pun berasal dari kampung, orang susah dan bermula dari susah. Cuma terkejut dengan taraf hidup yang sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan selangor negeri tempat mamaG mencari rezeki selama 11 tahun selepas habis belajar. Makanan, minuman, barang basah, barang kering, sayuran semua ditahap yang agak mahal. Sekali lagi, agaklah mahal.

Kadar rumah sewa di Labuan ni memang melangkaui fikiran kita. Zaman dulu memang harga rumah sewa paling murah rumah flat 3bilik dalam rm500 sebulan. Tapi sekarang ni, rate dah naik. Paling murah boleh dapat rumah flat kos rendah 3bilik dalam rm700-800 paling murah. Dan kosong takda furnish. Wah?!!!

Lama jugak la mamaG dok cari2 rumah sewa, cari iklan d fb, buat call sana sini tanya rumah sewa. Wah sebulan jugak la cari rumah sewa. Sebelum mamaG pindah labuan lagi mamaG dah start cari2 iklan rumah sewa.

3minggu pertama di Labuan, 3 perkara mamaG kena pastikan ada sebelum anak2 bujang mamaG follow mamaG tinggal di Labuan. Rumah sewa, kereta sewa dan taska anak2. Plus pra sekolah irfan utk tahun depan 2014. Memandangkan dah nak akhir tahun lagi 2 bulan ja, makanya nak pecah kepala jugak la mikir mana lagi nak cari tadika utk irfan tahun depan. Kalau ada pun tadika swasta. Dan ianya pasti byk pakai kos yg tinggi. Tadika swasta di Labuan ni boleh tahan mahal juga la.

Merata la mamaG pusing2 di Labuan time lunch cari tadika utk irfan. Buat rayuan di pejabat pendidikan, buat rayuan di pra sekolah. Syukurlah time tu dah ada kereta sewa. Keta kancil ja tp syukurlah. Keta ni banyak membantu mamaG nak uruskan hal mamaG kat sini.

MamaG dah berusaha yang terdaya mamaG uruskan hal sekolah anak anak, mamaG berserah je la pada ketentuan Allah swt. Kalau irfan tak dapat masuk pra sekolah utk sekolah biasa, mamaG dah ready dah bajet utk hantar dia mana mana tadika swasta tahun depan. Byk kos tapi takpa yg penting anak mamaG dpt pendidikan.

Okeh kisah pejabat pula. MamaG bersyukur, dipindahkan di Labuan ni di Jabatan bomba dan penyelamat. Di ibu pejabat di bahagian penyiasatan kebakaran. Wah, macam csi gitu. Tapi bukan mamaG yang forensiknya tapi pegawai2 di bahagian mamaG la. Di bahagian ni semua pegawai lelaki dan mamaG sorang jew pompuan. Kami semua ada 7 orang jew di bahagian ni. Kecik kan. Tapi bahagian ni pun bahagian yang penting jugak walaupun kecil. Sebabnya, selepas kes kes kebakaran berlaku dan berjaya disettlekan oleh fire fighter yang gagah tu berani tu, bahagian kami la yang akan turun ke site pula utk siasat punca kejadiannya. Gitu kan. Cari bukti dan siasat. Tiap kali ada kes, pasti akan ada saksi saksi kejadian yang akan datang ke bahagian kami utk buat keterangan utk bantu siasatan gitu kan.

Macam best je kan. Huhuhu.. mamaG suka tgk csi kan. Sebab tu rasa best ja.

Tapi yang kurang best tu, bila semua pegawia sibuk dengan kes, tinggallah mamaG sorang sorang kat ofis. Keja tak lah banyak tak la sibuk. Yang sibuk tu pegawai, kerani dia tak la sibuk mana pun. Huhuhu..

Tapi mamaG la PA, PAR, kerani, receptionist, etc. Di sini kerani guna sama macam mamaG ni berbeza dgn pegawai bomba. Kami kerani kerani guna sama di bawah pengurusan. Jadi kami pun ada mesyuarat pengurusan sendiri.

Kat sini kantin keci ja. Makanan pun terhad. MamaG suka suasana di sini. Rasa tenang dan aman ja. Pegawai pegawai di sini juga sporting semua. Best best.

Tapi mamaG kena jaga batasan sebagai isteri orang di perantauan tanpa suami. Bergaul bergurau kena dibataskan lagi daripada biasa. Dari sebelum ini. Kena jadi macam burung merpati juga kadang kadang tu.

Bukan sombong or kurang mesra macam biasa tapi berhati hati dengan srtiap kata dan tingkah. Dah la disini mamaG hidup macam ibu tunggal. So kena la pandai pandai jaga diri, anak anak dan maruah diri kan kan kan.

Nanti mamaG cerita pula kisah life mamaG di luar ofis ya. Panjang dah ni. Len kali pulak ya. Hhuhu... makasi kerana sudi baca sampai habis.











14 October 2013

Kantin Tutup, Mee Segera Penyelamat Perut Lapar

Celoteh Aku MamaGlam at 1:41 PM 0 berbalas bebelan
14 Okt 2013

keja okeh! Sok pula cuti raya haji tapi tak la balik kampung. Nak jimat cuti ni untuk my lil sisi kawen nextweek.

Wah disebabkan esok cuti, kantin ofis mamaG ni pun dah bercuti awal. Mak ai nak makan apa ni? Kedai dah la tak ada di sekeliling ni. Kalau nak pegi bandar tu tak dapat juga sebab tak ada kereta.

Nasib bek la mamaG stok up biskut. Pastu semalam sempat la beli mee segera perasa laksa sarawak gitu kan. Boleh juga buat lunch hari ni. Sob sob sob...

Syukur lah daripada tak ada kan. Okies, dadaaaa mamaG nak g makan dulu ya.

13 October 2013

Rayyan Demam Rindu..

Celoteh Aku MamaGlam at 10:47 PM 1 berbalas bebelan
4 hari pertama mamaG pegi bertukar di Labuan, enchek asben bagitau itu Muhammad Rayyan Arsyad terus demam asyik tercari-cari mamaG. Makan tak mau, main tak mau, mood swing2, mkn ubat takmau. Asyik nangis ja sebut sebut "umi, umi, nak Umi..." alahai anak.

2 hari pertama mamaG call, Rayyan asyik nangis bila dengar suara mamaG. Tak boleh nak bercakap dah. Dah rindu sangat da. Tambah nangis bila dengar suara mamaG. Takleh nak pujuk dah. Alahai kesian betul la.

Enchek asben kata kat skola pon sama juga. Takda mood nak main nak makan nak susu. Asik nak umi dia jew. Makan ubat pun still takmau.

Pastu skang ni batuk2 kahak pula. Asik muntah ja. Alahai runtun hati umi dengar la.

Takpa sabar ya duhai anak, sabar ya duhai hati. Ada 2mggu saja lagi kita jumpa ya sayang. Insha Allah. Lepastu nak bkepit pun boley. Umi pun rindu 3 hero umi okeh.

Sejak tau Rayyan jadi macam tu, mamaG n enchek asben agreed supaya mamaG takyah buat call n bercakap dengan Rayyan. Takut nanti tambah haru enchek asben. Hihihi

MamaG cuma buat call n ckp dgn enchek asben ngan Irfan je la lau nak tanya khabar. Saja tak cakap dengan Rayyan supaya dia kurang rindu dan teringat ingat mamaG. Sedih juga la tapi itu jela cara nak buat c Rayyan ni bertenang kan. And for this few days, it's really works.

Enchek asben kata, Rayyan dah kurang demam since then. Tapi still mencari cari uminya lagi. Syukur la dah tak demam demam lagi. Takpa sabar ya sayang umi, nanti 31hb ni kita berkumpul balik ya. Our lil family. U, me, ayah dan abg Irfan. Togeder we unite again ya sayang. Lepas ni insha Allah umi tak tinggalkan adik lagi ya. Stay wif umi. Togeder wif abg irfan. Be strong ya my lil hero. Umi love u!



12 October 2013

Kedai Kopi Wan Wan, Bundusan My Lil sista Alltime fav

Celoteh Aku MamaGlam at 2:15 PM 1 berbalas bebelan
My lil sista eager to show me this kedai makan called Wan Wan. Kononnya sedap. Sedap gilaaaa ni. Waduh susah juga ni lau ada sista yg sama hobi ni... M.a.k.a.n... hahaha...

Well dis is my 1st time to try it. Kalo tak sedap, jaga ko! Aku karate ko! Hahahaha...

Hurm, sini my lil sis order tom yam ikan plus fish cake with mee kon lou.

Memang yummy la the kuah tom yam. Lain daripada tom yam thai yang biasa kita makan di Semenanjung. Memang lain oh. Hahaha jakun kejap eh. Haaha..

Ikan yg di slice fillet rasanya ikan senangin (mungkin!!). The fish cake was ohsem! Truly fresh! M love it! Mee dan juga fish cake tu kedai ni buat sendiri so memang bahan tiada jual di luar.

Harga dalam rm8+ macam tu la. My lil sis kata kedai ni memang salu penuh. Dia operate time dari jam 6pagi sampai jam 2petang mcm tu la.

So, enjoy seeing my photo. Jangan lapar sudah la ya. Tak dayo den nk pos utk korang ya.




Sampai juga..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:43 PM 0 berbalas bebelan
Wah akhirnya sampai juga kk ni. Feri turun d Jeselton. Nice jeti o. Mo ambi gambar susah sbb ujan. Hohoho..

Wah xsangka pula la aku berani juga sendiri sendiri travel pi kk dari labuan ni nek feri sorang2. Main langgar ja tawakal ja. Hahaaha... yezzaaa...

Skang tengah tunggu my lil sista amik pula bawa p makan. Dah kebulur sgt dah ni. Mana la ni budak!

Ok la, ni sikit gambar utk waktu ini.

Xoxoxoxoxo




ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Celoteh Aku MamaGlam at 8:16 AM 0 berbalas bebelan
Hahaha.. lucu betul la UAI ni. Okeh jom kita sama2 ketawa ya. Ceria di pagi hari.. ( masih lagi dalam bot express ke KK.. jakun kejap kat laut pun ada line. Boleh call n internet. Fuyoo!!)

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?

Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.


Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz ini apa patut dibuat?

Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.


Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?

Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan🙋 : Apa hukum besarkan payudara?

Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?

Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.


Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?

Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..


Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...

Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.


Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?

Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...


Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?

Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware🙊...

*sekadar hiburan

Ferry From Labuan to Kota Kinabalu Trip. 1st Time Try

Celoteh Aku MamaGlam at 8:04 AM 0 berbalas bebelan
Awal pagi ni, mamaG akan naik ferry untuk ke KK dari Labuan for the 1st time. Huhu.. eksaited dan nebes pun ada juga ni.

Sekarang ni pula musim hujan di Labuan dan Sabah. Asal petang ja, hujan, asal hujan ja, petang. Hehehehe.

MamaG gi KK tu bukan la saja saja pun. Mo pigi jumpa sistars mamaG and hantar sekali doorgift utk majlis kawen lil sis mamaG. Pastu tumpang tido rumah sista mamaG di Tuaran.

Hurm.. eksaited wooo. Walaupun mamaG ni orang Sabah tapi Sabah tu sendiri mamaG tak explore lagi dan xdapat nak bayangkan how its look. Tuaran? Hurm lagi la mamaG tak tau kat mana and environmentnya mcm mana. Sebab sejak mamaG abis SPM mamaG terus merantau di Semenanjung dan jarang balik. Balik pun bila cuti perayaan ja. Pastu keja di sana since 2003 lepas graduated. Sekarang ni la baru ada rezeki berpindah tempat kerja for good omputih cakap. Hehehehe

Jadi misi untuk tahun pertama mamaG berada di Labuan dan dekat dengan Sabah ialah round the Sabah. Bukan round the world ya murid murid. Ekekeke... konon la kan.

Kemarin lepas balik keja minta tolong sepupu hantar ke terminal feri untuk beli tiket ferry.

Rupanya fery ni ada 2 jenis ye tuan tuan dan puan puan. 1 dari labuan ke kk, kira direct ke kk la. Kena naik ferry express katanya. Dan utk feri ekspress ni cuma ada 2 kali sehari jew ya trip dia. Pagi jam 8 dan petang jam 2.30pm kalau xsilap la. Utk harga tiket nanti refer gambar la ya.

Feri lagi satu dari labuan ke Menumbok. hah kat mana tu jgn tanya la, coz ai ni pun dah jadi mcm pelancong di negeri sendiri jugak la yew. Memang tak tau apa apa ya. Apa apa pun kita tengok la google earth nanti ya.

Lepastu nanti boleh naik bas ke kk.

Yang nek feri ni digalakkan duk area belakang sebabnya kalau ada ombak, orang yang duk depan konfem melambung. Huhuhuhu.. perjalanan pula estimated 2-3 jam gitu la baru sampai kat kk nun.

Terminal antarabangsa ni rupanya ada juga yang ke negara Brunei o. Waaaaa jakun kejap. Kagum gitu kan. Bongok! Hahaha

Utk org warganegara Malaysia harga tiket dpt diskaun lagi 50%. Wah sayang Malaysia hahaha...

Okeh nanti kita cerita lagi ya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea