Laman

30 September 2010

Tahukah Anda? - Hepatitis B dan Wanita???

Celoteh Aku MamaGlam at 6:10 PM 3 berbalas bebelan
Salam readers,

Tahukah Anda, wanita yang membawa virus hepatitis B ni berisiko untuk menjangkiti anak mereka semasa melahirkannya. Ia juga berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair tubuh yang lain seperti air liur, dan lain-lain.

jadi, kepada readers, berhati-hatilah bila berhadapan dengan wanita yang menghidap penyakit nih.. janganlah pula menjauhi mereka tetapi berila mereka sokongan moral supaya dorang ni lebih bersemangat menghadapi penyakit berjangkit ini..

REal People, Real Stories dari AirAsia..

Celoteh Aku MamaGlam at 4:43 PM 0 berbalas bebelan
SAlam readers,

hah, korang nak tak dapat tiket flight FREE??? Mesti korang nak kan, mamaG pon nak juga kalau ada peluang. so, kali ni mamaG nak kongsi 1 peraduan daripada Air Asia sdn bhd..  cuba tengok banner nih..

kalau tak nampak cuba klik pic tu, boleh terus p website contest dia..

senang jer contest nih.. caranya, Air Asia nak kita cerita pasal apa saja mengenai kita yang berkaitan juga dengan Air Asia... kenangan, pengalaman, impian dan macam-macam lagi.. hah, cuba la try.. kut-kut tersangkut korang jadik winner.. hah, boleh terbang kemana-mana korang suka daaaannnn,,... FREEE lagi.. 
ahaks! i likee...

Air Kencing MUjarab ubat SAkit Mata?????

Celoteh Aku MamaGlam at 4:31 PM 6 berbalas bebelan
Salam readers,

huhuhu, dah beberapa hari tidak update blog kan.. bukan mamG menghilangkan diri tetapi mamaG sedang sakit, not feeling weel omputih cakap, ahak!..  ni baru la ada kederat sikit nak taip entry..

ok, mesti korang tertanya-tanya tajuk entry mamaG kali ni kan?.. hah, mamaG pun sama juga sebenarnya.. tapi terdetik di hati mamaG yang molek ni nak kongsi cerita pasal ubat sakit mata yang orang kata amatlah mujarab...

AIR KENCING???? kenapa mesti air kencing?.. kenapa dengan ubat daripada klinik @ hospital? dah tidak mujarab lagi ker? ni maca dah terlebih traditional dah ni ubat ni.. mamaG sendiri juga tidak percaya TAPI ini lah hakikatnya.. nak tau kenapa mamaG kata macam tu?.. ini kerana, based on beberapa orang yang jadi testimonial pasal ubat air kencing nih.. REal person, real testimoni by hubby mamaG sendiri... terbayangkan air kencing tu diletakkan dalam mata sebagai ubat titis pun dah rasa geli dan kotor kan kan kan.. eiii... 

ok, menurut testimonial kawan-kawan hubby mamaG sendiri, dorang sendiri dulu pernah juga sakit mata sampai bengkak-bengkak nih.. sampai tahap dah tak boleh nak bukak mata dah.. dah banyak kali dah pegi hospital dan klinik tpai hampeh, mata still juga bengkak dan merah.. buat perabih duit jer... TAPI selepas diberikan nasihat oleh orang yang boleh dipercayai (mamaG sendiri tidak diberitahu siapa orang tu), dorangpun try la air kencing tu..

doran kata, paling bagus tadah air kencing yang awal-awal pagi bila kita bangun.. bangun jer, biasanya kita mesti nak kencing kan? hah air kencing yang time tu la.. ntah kenapa, tapi dorang kata itu la yang paling mujarab.. selepas 2 hari guna air kencing tu sebagai ubat, alhamdulillah, mata dorang kembali crah dan langsung tak bengkak-bengkak lagi.. 

nak percaya pun, takut tapi, buka sorang testimonial tu tapi 4 orang yang mengaku guna 'ubat' tuh dan sahkan mujarab.. apa-apa pun, terpulang pasa u all, nak percaya atau tidak tetapi itu la HAKIKATNYA... tak sangka bahan kumuhan yang kita buang hari-hari tu ada juga kegunaannya.. tapi dinashiatkan jangan la letak banyak-banyak, nanti bertambah teruk pula kan.. letak sikit jer..

ok la, readers, ni saja kut info yang mamaG nak kongsikan dengan korang.. info yang boleh dikatakan 'jijik' tapi mujarab.. hahahahaha.. babai..

p/s" mamaG tau, korang mesti ada banyak nak kata pasal isu ni kan, hah apa lagi komen la kat bawah tu.. kut-kut korang pun ada cerita yang sama atau pengalaman ka nak kongsi?.. 
 

28 September 2010

Tips - Cara-cara untuk memikat hati wanita.. (macam i, ahaks perasan!)

Celoteh Aku MamaGlam at 3:47 AM 4 berbalas bebelan

Cara Memikat Hati Wanita


Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 


Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!. 

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka. 

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. 

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. 

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! 

p/s: macam serius la pula tulisan entry kali ni.ngeh ngeh ngeh... sekali sekala kan kan kan..  apa pendapat korang? komen la kat bawh nnt ya..

Yeay! Akhirnya dapat jugak!

Celoteh Aku MamaGlam at 2:20 AM 3 berbalas bebelan
SAlam readers,

PAgi ni barulah mamaG dapat online, bukan apa, network tak berapa nak bagus la pulak.. asyik server down jer.. tension wa ni.. Petang tadi banyak kali jugak la mamaG cuba nak access intenet ni, tapi hampeh! Mungkin disebabkan raya dah nak abis, orang pun dah start keja, jadi network bz la kut...

MamaG bukan apa, rasa rindu pula nak berblog bila 2 hari tak online rasa sunyi la pula.. macam ada yang tak kena jer.. huhuhu, perasaan mamaG jer kut (mengada-ngada jer kan).

alamak, ekceli, mamaG wat entry untuk untuk berkongsi sedikit hepi mamaG ni kat korang semua.. walaupun tak seberapa dan tak sehebat korang dan blogger yang lain, tapi cukup bermakna buat blogger seperti mamaG yang baru jer berjinak-jinak dengan dunia blogger.. nak tau apa dia?.. huhuhu, hari ni, mamaG dapat 1 buffer earning daripada nuffnang.. tQ tQ tQ nuffnang..

mamaG dapat iklan AirAsia, hurm, baru jer semalam mamaG naik flight dia dari sandakan to kl.. thanks to AirAsia jugak.. hihihi...  macam tau tau jer nuffnang ni mamaG salu naik AA..

macam ni la agaknya kan blogger lain rasa masa 1st time dpt B.E. ni kan.. mesti korang pun hepi cam mamaG jugak kan.. tapi kan dah dapat B.E ni kan, apa nak wat ek???.. hah, ni yang mamaG musykil nih..

adoiyai, buat pening seja kan bila fikir pasal menda2 ni semua.. mmm, pa kata mamaG biar je la dan teruskan berblogging. .kan kan kan.. sesapa tau apa nak wat dengan BE yang ada tu, boleh tolong bagitau tak?.. mamaG baru balaja, kalu salah tolong la bagitau.. huhuhu..

27 September 2010

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:41 PM 2 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:41 PM 0 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:40 PM 0 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:39 PM 1 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:39 PM 0 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:34 PM 1 berbalas bebelan

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:28 PM 0 berbalas bebelan
welcome to da club!

New myred eye Member in da house!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:27 PM 0 berbalas bebelan

Welcome to da club!

Offline entry… pun boleh la…

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 PM 1 berbalas bebelan
SAlam readers,

Alhamdulilah sampai juga mamaG dengan anak-anak di rumah.  Hari yang memang memenatkan, terutama bila ada c irfan yang terlalu aktif. Penat atuk, nenek dan anty2 kejar dia.. ya Allah, laju betul dia berlari, mentang-mentang kecik ja orangnya, sukati dia ja drift sana sini.. hahaha..

Wah, ingatkan balik tidak banyak la barang yang nak dibawa, tetapi muatan kargo, oppss terlebih sudah 5kg, nah siapa mo jawap nih? ahaks!.. :P

waktu entry ni dibuat, b/band mamaG tak ada jadi tak boleh online tp mamaG masih boleh lagi wat draft entry ni kat windows live writer… mamaG jumpa software ni masa tengah surf internet. siftware ni untuk kita draft entry bila offline.. nanti dah online boleh la terus post kan aja dalam blog.. u all boleh la try cari software ni kat online.. install online jer.. berguna juga ek mende nih..
ok la, actually mamaG bukannya ada cerita sangat nak story, saja nak wat entry cerita kosong.. ahaks.. sambil tu boleh la juga kongsi cerita pasal application yang mamaG tengah pakai untuk draft entry ni kat u all.. mana la ttau kan, amat berguna juga wat korang nanti, sapa tau kan kan kan.. hihihi..

well, mamaG nak beransur dulu bak kata orang brunei, nanti ada cerita lagi mamaG kongsi okies.. adios!

25 September 2010

Tak boleh sambung ke?...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:05 PM 0 berbalas bebelan
Salam readers,

sekarang ni mamaG tengah packing barang. sudah sampai masanya untuk back to my normal life... huh, (sigh)... Malasnyaaaaa.... boleh tak kalau nak sambung cuti lagi... hihihihi

Malam ni flight jam 9 malam. Masih ada banyak masa lagi,.. macam-macam boleh buat lagi..
Kan bagus kalau tak payah nak balik kat sana lgi.. mmm, sudah lama rasanya mamaG tak pernah balik kampung lama macam nih. Rindu sangat.. Selalunya, balik kampung kejap ja itu pun sebab cuti hari raya aidilfitri dan hari raya haji.. kadang-kadang kalau ada hal baru la balik ke sabah..

Apa boleh buat kan.. Macam ni la nasib orang yang kerja di perantauan... sudah ditentukan tuhan yang rezeki kita bukan di SAbah, nak buat macam mana kan.. insya Allah, suatu hari nanti aku akan balik juga ke sabah, that time is for good. yala, sampai bila kita nak hidup di perantauan kan...

Penat rasanya tinggal di negeri orang lain.. makan makanan negeri lain, hidup cara negeri lain, cakap pun loghat negeri lain.. mamaG dah duduk negeri orang sejak belajar lagi, masa tu tahun 2000.. sejak tuh, bukan tak moh balik tapi, dapat keja kat negeri orang pas abis belajar.. sampai la sekarang... rasanya dah dekat 10 tahun duk negeri orang.. macam-macam orang dan perangai jumpa..

apa-apapun mamaG tahu rezeki ada di mana-mana dan ditentukan oleh-Nya.. mamaG pasti suatu hari nanti pasti rezeki mamaG ada kat kampung ni, negeri Sabah di bawah Bayu...

ok la, mamaG nak sambung packing lu, kang ada pulak yag tertinggal.. jumpa lagi next entry..


Lagu SAbah

 SAbah tanah airku
negeri kita yang tercinta
pemuda pemudi semua marilah
bangunlah bersatu semua

marilah bersama serta maju jaya
merdeka sepanjang masa
bersatu segala bangsa sentosa
SAbah negeri merdeka....

24 September 2010

5 Perkara tentang perkahwinan Part 1

Celoteh Aku MamaGlam at 3:54 PM 0 berbalas bebelan
SAlam readers,

entry kali ni pasal gerbang perkahwinan.. info ni mamaG terbaca kat ajalah nih.. nice info to share mamaG rasa, tu yang buat entry pasal nih.. biasala, lagi pun mamaG pun dah kahwin juga kan.. tapi, tips ni bukan khas untuk orang yang dah kahwin je tau, arap-arap orang yang belum kahwin atau baru nak kahwin pun kena amik tau juga.. bukan apa, sebagai info dan juga langkah berjaga-jaga.. insya Allah, aman rumahtangga..

okies, lets see....

10 perkara mengenai perkahwinan.

1) Berkahwin tidak bermakna korang tidak bersendirian lagi (Sedar atau tidak..)

    - memanglah dah kahwin tu dah berdua, berteman dah, yala ada tempat mengadu domba dah kan tapi biasa la kita ni ada ego dan pendapat sendiri jadi, mesti ada gaduh juga tu kalau tidak dapat dikawal. So, bagaimana caranya mo handle?  1 cara ialah jumpa kaunseling jer.. tu pun kalau sudah sampai tahap gaban dan buntu dah.. masing-masing pon dalam itu kapala ada batu besar juga duduk.. hahahaha

2) Berkahwin tiadak semestinya kita rasa dicintai dan mencintai setiap hari. (macam betul jer ni)

- Betul la tuh, bukan hari-hari cinta tu datang, kan. kadang-kadang tu bosan juga tu asyik-asyik muka ko, asyik-asyik muka hang (ops.. hihhihi.. tapi betulkan wahai readers yang dah berkahwin??  :) ni lah punca masalah rumah tangga juga nih sampai ada yang curang.

p/s to my hubby: watever, wenever, will luv u owez.. kekadang jer rasa nak 'take a break'.

3) Masing-masing memahami kesibukan kerja. 

- betulkah faham ni?.. abis kalau faham kesibukan kerja pasangan masing-masing, kenapa selalu gaduh juga.. hah, ni mulalah nak curang juga nih kononnya pasangan sentiasa tiada disisi bila diperlukan.. hah, cemburu pun ada kan siap syak wasangka lagi tuh.. 

4) Perkahwinan tu suatu yang 'FUN' (yang ni sila amik perhatian)

- pelik betul la orang yang dah kahwin yang dah ada anak ni, mamaG tengok kan macam dah bertukar (ajuk cara transformer bertukar, hihih) mood, penampilan dan sikap.. memang tidak salah berubah jadi orang yang ada komited tetap nih but jangan la di-NYAHKAN terus keseronokan hidup tuh.. cuba kekalkan indahnya bercinta dulu sebelum kahwin bawa ke alam perkahwinan. biar ada anak sekali pun. treat ur child as a fren but still respect u. trust me, anak-anak kita pasti tidak segan silu nak kongsi apa-apa saja pasal diri dorang.. do things 2gether..

and, kadang-kadang tu, ajaklah pasangan kita tu 'dating'.. hah yang ni mamaG selalu juga buat dengan hubby.. apa salahnya hantar anak p nursery, then kita hubby-wife cuti 1 hari pergi 'dating'.. do watever yang korang dah lama tak buat sama-sama.. cuba la, insya Allah, bahagia la korang, barulah cinta datang hari-hari.. hahahaha


5) Korang tidak semestinya setuju dengan apa saja 

-   adoiyai, yang ni pun masalah juga ni, bukannya tak bagus, ni kira bertolak ansur la kan.. tapi kalau setiap kali pun korang setuju apa je pendapat pasangan korang DEMI MENJAGA HATI dan tidak mahu gaduh-gaduh, abis la, jaga punya jaga, lama-lama makan hati la pula.. mustahil korang tak ada terdetik di hati tu nak memberontak tidak setuju kan?.. (mamaG pun macam tu juga kadang)..

so, apa korang boleh buat ialah, luahkan pendapat korang.. bak kata orang, "hakikat itu memang pedih nak diterima".. korang kenalah berterus terang, kena tau cara berkomunikasi dengan pasangan masing-masing.. terangkan pada dia kenapa korang tidak setuju pendapatnya.. nanti terpulang la pada dia nak terima atau tidak.. nanti kemudian hari, korang tak da la bersalah kalau jadi apa-apa kan... "siapa suruh tak nak dengar cakap orang, kan".. hahaha

myred eye icon

Celoteh Aku MamaGlam at 2:17 PM 5 berbalas bebelan
ni myred ice icon yang mamaG pilih utk program myered eye tuh..

myred eye untuk trafik blogger???

Celoteh Aku MamaGlam at 3:48 AM 2 berbalas bebelan
hah, ni mamaG nak kongsi sikit pasal mende baru nih.. menda baik HARUSLAH dikongsi, betul tak murid-murid.. huhuhu... program ni di panggil MYRED EYE. kenapa nama dia macam tu, tu kena tanya pengasasnya la iaitu Encik Nizam.

apa yang mamaG tau, program ni direka khas untuk para blogger. besar sungguh hati encik nizam kita ni kan, siap tolong blogger macam mamaG ni yang masih baru dalam dunia blogging ni.. thanks!

tapi, program ni terhad kepada 100 orang SAHAJA.jadi, siapa cepat, dia dapat lar... wah, macam promosi jualan pulak ek.. ok la, korang cuba la memahami konsep program ni dan terpulang pada korang mahu cuba ke atau tidak.. nothing to lose pun..


Tujuan Utama
- mengajak blogger yang mempunyai pelbagai status trafik untuk meningkatkan lagi trafik.
-  Kepada sesiapa yang berminat
- jadi jutawan
- blogger yang benar-benar komited
 
Syarat Penyertaan 
- nama
- email
- url blog (satu url blog sahaja)
- sediakan ruangan Pages seperti ini 
- gunakan logo gambar kartun ini (http://1.bp.blogspot.com/_7QDzgkTboMc/TJTpiKvazdI/AAAAAAAAAQ8/radRpVxGrV0/s1600/25.bmp)
- sebagai tanda menyokong menyertai kumpulan ini letak (nama, email, url blog) Letak kat sini ye.
- Terhad untuk 100 peserta sahaja (Sape cepat dia kaya...kot...hehe)
- Tiada perlu mengarang post, cuma....itu rahsia. (Yg ne aku pun muskil...hehe.)

Ok, dh paham, tanye En Nizam Omar

Kalaulah Dosa ada bau???

Celoteh Aku MamaGlam at 1:27 AM 0 berbalas bebelan

Salam readers,

terkedu sekejap bila baca balik tajuk entry ni --->> Kalaulah dosa ada bau???.. hurmm..
Kalau ada bau, macam mana la tu ya?... korang rasa masih adakah lagi tu orang mau berkawan dengan kita, dekat dengan kita, sayangkan kita... almaklumlah, orang boleh terhidu bau dosa kita. korang pernah terfikir ka pasal ni? mamaG lagi la langsung tidak terfikir, terlintas pon tidak ada...

tapi tula, kita mesti ingatkan diri sendiri yang hari pengadilan itu tetap ada!

Di dunia ni, kadangkadang tu yang betul benar tu, dikatakan salah, yang salah, boleh pula dikatakan benar, terlepas bebas begitu sahaja.. tapi di akhirat nanti, yang benar tetap benar dan yang salah akan tetap terima hukuman setimpal dosa yang dilakukan. semua anggota badan kita ni akan berkata-kata dan melaporkan tentang apa saja yang pernah kita lakukan sepanjang hayat kita (even mengutuk dalam hati pun)...

di dunia, kita boleh sembunyikan dosa yang kita lakukan, siap boleh main pas-pas lagi dosa tu kat orang lain untuk tanggung dosa kita... Tapi kita langsung tidak dapat dan amatlah MUSTAHIL untuk menipu Allah swt yang maha mengetahui dan juga diri sendiri...

jadi, renung-renungkan la.. peringatan buar readers dan juga diri sendiri..

p/s: kalau la dosa tu ada bau, pasti semua orang kurang nak buat dosa. takut orang kutuk, jatuh la air muka kan..

Layan Lagu n klip video lagi -->> Lewat Semesta

Celoteh Aku MamaGlam at 12:40 AM 1 berbalas bebelan
SAlam readers,

hehehe, layan klip video lagi.. tp kali ni, mamaG dengar lagu dari jiran seberang la pula.. memang best lagu nih.. video klipnya, boleh la... klip ni mamaG dapat dari rakan blogger Mis Mumun.. thanks mumun... mamaG pun tak paham kenapa mamaG minat mamat ni dalam cinta kirana tu.. mungkin sebab muka dia iras-iras kekasih lama kut (opppssss!!!... terlebih sudah, hahaha)... ok, jom layan klip nih.. 


oh ya, lirik ada disediakan di bawah ni ya tuan-tuan dan puan-puan, hehehe..


Randy Pangalila - Lewat Semesta
 
satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa
dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa
menjaganya, menjaganya
reff:
wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan
begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

23 September 2010

Amazing Wonder girls Junior! - Cute-nyaaa

Celoteh Aku MamaGlam at 9:57 PM 0 berbalas bebelan
salam readers,

hihihi, ada menda yang mamaG nak sangat kongsi dengan korang.. mamaG tak tau la kalau korang suma memang dah lama tau tapi yang pastinya, mamaG baru je tau pasal ni.. hehehehe, memang ketinggalan betul mamaG ni kan.. video klip la apa lagi.. kali ni klip pasal sorang budak korea ni.. jeng jeng jeng, tengok klip nih..



ya Allah, masa 1st time mamaG tengok gelagat budak ni, memang mamaG terkejut dan kagum. terfikir sekejap anak-anak zaman sekarang ni kan terlalu maju kedepan fikiran dan tumbesaran dorang ni kan. macam-macam dorang boleh buat, sampaikan yang tak pernah terfikir dorang ni mampu wat macam tu kan..

yang pastinya, budak ni memang berjaya tarik perhatian mamaG sampai suka sangat tengok klip ni berulang, ulang dan ulang.. huhuhu...

ok la, selamat mengkagumi gelagat budak ni.. babai

Kasut oh kasut!... macam mana nak buat?..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:08 PM 0 berbalas bebelan
salam readers,

hari ni sambil blogging, mamaG tengah amik mood nak jahit manik kat kasut flat yang my lil sista ida belikan.. kasut ni best jer, lembut, selesa bila pakai.. kasut ni plain jer, tu yang terfikir nak tampal/jahit manik ker labuci..

design manik tu dah terfikir dah nak yang macam mana, arap2 ia secantik yang mamaG bayangkan...kalau tidak?.... kat stor jer la jawapnya kasut tuh.. huhuhuhu....

 semalam nak stat jahit dah manik tuh tp jatuh sakit mata la pula.. tak jadi la.. ilang mood dan konsentrasi.. hihihi (manja la pula)... tak apa, nanti kan kesudahan kasut itam ni on my next entry, okies.. nnt korang boleh la komen, cantik ke tidak.. kalau nak bg cadangan, xleh dah time tu kan, sebab dah siap jahit.. tp kalau sekarang ni korang ada cadangan apa-apa pasal kasut tu, boleh la komen kat bawah entry ni okies... amat la dihargaiiii...

ok, jumpa lagi next time.. babai...

Jahat! Jahat! Jahat!

Celoteh Aku MamaGlam at 2:55 PM 0 berbalas bebelan


salam readers,

hah, ni nak kongsi lagu dan klip video lagu febret mamaG... rasanya readers kat luar sana pon pasti suka lagu ni.. lagu sapa? klip sapa? sapa lagi kalau bukan lagu penyanyi daripada SAbah nih.. bukan adam atau pun c atama, tapi c Stacy la sapa lagi.. lagu Jahat..

ntah napa, bila dengar lagu ni, rasa macam automatik jer mood mamaG berubah jadi mo agresif.. kira mood baik la.. hah bukan mamaG sorang jer minat, tapi my lil hero c irfan pon suka gila.. pantang dengar lagu c Stacy, mula la dia menari ikut Stacy.. siap nyanyi, lirik hanya dia sorang jer paham apa dia nyanyi.. huhuhuhu...

ok la, enjoy diz klip..

babai..

Bila Orang tu dah reti buat sendiri....

Celoteh Aku MamaGlam at 2:24 PM 1 berbalas bebelan
salam readers,

mmm, entry kali ni nak cerita pasal my lil hero, c irfan tuh.. pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah umurnya.. x terasa pula dia sudah besar... mungkin sebab c irfan ni kecik kenit jer orangnya.. almaklumlah, irfan kan lahir tak cukup bulan (8 bulan ja dah lahir, x sabar la katakan, huhuhu)...

makin meningkat umur irfan ni, mamaG tengok macam perangai dia sekarang nih. lucu pun ada, geram pun ada. Perangai degil dia, ya Allah x payah cakap la, makin menjadi-jadi... kadang geram betul dengan perangi dia.. tapi kan, dalam irfan tau kita tengah geram ngan dia, pandai pulak dia memujuk untuk redakan geram mamaG dan hubby.. kalau kena marah sikit, mulalah dia buat muka comel dia, wat mata dia besar, senyum-senyum manis lagi tuh.. kalau tak kuat iman, tak jadik nak marah.. hahahaha...

sekarang ni, mamaG tengok, semua perkara irfan nak buat sendiri.. nak makan sendiri tak nak kena suap, nak mandi sendiri, dan macam-macam lagi yang sendiri. hihihi.. lagi 1, dia suka tolong orang tak kira la bila di suruh atau tak di suruh.. kadang tu dia lagi nak paksa kita terima pertolongan dia.. hahaha.. alhamdulillah..

cuba tengok gelagat irfan nih.. 

tak payah pakai sudu la, minum jer terus sup nih..
"ye puan2, kita campurkan semua bahan-bahan ya".. hahaha, cewah, macam main masak-masak la pula kan..
hahaha, ni baru makan time.. korang tak tau, abis 'berjurit' makanan atas lantai.. makanan tu habis la juga tp 50% masuk perut dia, 50% lagi atas kantai.. hahaha.. sib baik atuk dia rajin nak tolong bersihkan..

tu la kan, macam ni la ada anak.. kita takkan pernah berehat lebih daripada 30 minit selain dia tido.. bila dia celik mata ja.. macam-macam keja kena wat.. bak kata orang tua-tua, "biasa la budak-budak..." rumah kalau tak tunggang langgang, tak sah.. huhuhu..

ini sajala cerita pasal lil hero aku yang kira 'hyperactive' ni buat masa ni...
jumpa lagi next entry.. babai...

Virus oh Virus.. Why!!!!!!!!

Celoteh Aku MamaGlam at 10:58 AM 0 berbalas bebelan
salam readers,

hari ni mamaG x berapa nak sihat.. bukan apa, mamaG rasa la di rumah ni dah banyak virus berkeliaran lar.. ni semua start masa bulan posa lagi.. habis beberapa org ahli kuarag mamaG kena jangkit termasuklah baby Rayyan dan sekarang ni la pula turn mamaG kena jangkit start semalam.. ayoyo.. sungguh tak selesa.. tapi itu tidak menghalang mamaG meng-update blog mamaG, hihihi..

nak tau virus apa yang bermaharajalela kat umah ni?.. hah apa lagi, penyakit mata.. ntah apa namanya tapi ala yang mata merah nih.. yang kuar tahi mata bebanyak tuh.. tapi syukur la juga, sakit mata mamaG taklah teruk sangat, cuma bengkak sikit dan merah jer.. masih boleh tengok skrin komputer lagi, hihihi (kalau x mcm mana boleh wat entry ni kan?)...

tengok ni, betul tak bengkak mata mamaG...

bengkak dua2 mata lak tuh tp belah kanan la yang paling teruk.. ni pun, umi mamaG dah tolong letak ubat traditional, special made dari air tangan umi gitew.. ni yang dah kurang skit.. tahi mata yang tak sabar nak uar tu, dah xda dah... tinggal bengkak jer.. macam kat gambar tu, tu latest nanaG amik dan terus upload kat entry nih.. huhuhu.. (punyala konfiden, macam bangga pula kan mata sakit, hahaha)...

hah, nak tau macam mana nak kurangkan sakit mata dan tahi mata tuh? okies, mamaG kongsikan petua umi mamaG.. 1st korang amik gula bancuh ngan air suam,sikit jer tau, xyah buat banyak2 okies, kalau banyak tu dah boleh buat bancuh minuman, hahaha..

 ok, pastu letak ler ke dalam mata yang sakit tuh.. pas dah letak air gula tuh, korang p amik ais then tuam kat mata.. amalkan selalu.. tiap sejam ker 2 jam.. insya Allah, mujarab macam mata mamaG ni yang semakin pulih walaupun baru semalam jer kena.. tapi JANGAN LUPA juga doa minta kat Allah swt supaya dapat iizin-Nya petua tu berhasil..

ok la readers, mamaG nak rehat jap nak letak ubat lagi.. adios!

22 September 2010

Hari Raya wif Luv - U & me

Celoteh Aku MamaGlam at 11:21 AM 2 berbalas bebelan
huhuhu, entry minggu ni mmg lebih byk mamaG masukkan gambar.. kira minggu ni mamaG kurang nak membebel byk2 kat post entry.. main taruk gamba jer, gamba pon blh bercerita dan menceritakan jg kan..

so, tajuk entry kali ni " hari raya wif luv" actually psl mamaG dan hubby terchenta.. sedih jg la sket, coz raya kali ni mamaG xbrapa nak photolergic la.. bkn pa, susah nak bgerak byk coz bby kene sentiasa melekat jer.. rasa macam xde semangat raya kat dalam jiwa mamaG ni kalau xda amik pic byk2 (hahaha, kira amik gamba tu mcm supplement la, ahaks!) memang begini la nasib orang yang cuti berpantang selepas bersalin...  :(

so, lets see apa yg wif luv d hari raya nih...


amacam, manjakan? ahaks! minta puji tak sedar diri betul la kan mamaG nih.. huhuhu.. weh, bukan senang tau nak amik gambar berdua dengan hero kesayangan aku nih.. almaklumlah, bak kata hubby ku ini, " i pemalu orangnya" .. hahaha, pemalu la sangat sayang oii.. mana taknya, dia mana ada kamera, di situ ada mamaG, ahaks... alahai, Ya Allah, only Allah swt know how much i luv u..

Putih Telur, Telur Putih???

Celoteh Aku MamaGlam at 9:38 AM 0 berbalas bebelan
 halo readers, 


hari ni mamaG nak kongsi info kesihatan yang mamaG rasa bagus untuk dikongsi sebagai pengetahuan semua.

5 hal menarik dari putih telur yang setakat ini mamaG tahu, mungkin masih banyak lagi yang mamaG tak tau, so, kepada yang tahu lebih lagi silalah kongsi info yang korang tau di ruangan komen :


  • Putih Telur adalah Sumber Protein Alami
Dalam putih telur terkandung beberapa jenis protein, di antaranya fosfor, kalsium, zink dan pottasium. Protein alami dalam putih telur juga baik dalam menghasilkan asid amino untuk pembentukan otot.


  • Putih Telur Tidak Mengandung Kolesterol
Dalam putih telur tidak terkandung lemak, kolesterol, lemak trans dan karbohidrat. Sehingga putih telur dimakan dan digunakan untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam badan kita.


  • Protein Putih Telur Mudah di Serap Tubuh
Protein alami dalam putih telur ternyata lebih mudah di serap oleh tubuh di banding makanan lain seperti daging ataupun minuman berprotein. Jadi protein dapat d serap sepenuhnya dalam tubuh.


  • Putih Telur Boleh Mengurangkan Berat Badan (wah, yg ni bagus nih)
Berdasar penelitian di Pennington Biomedical Research Centre (kalau xsilap) membuktikan , mereka yang  makan 2 putih telur setiap pagi berat badannya berkurang sekitar 65% dan merasa lebih bertenaga daripada orang yang hanya makan roti biasa.


  • Putih Telur Boleh Mencerahkan Kulit
Protein dalam putih telur mampu membantu melembabkan kulit wajah dan mampu mempercepat proses regenerasi pada kulit wajah. Caranya dengan mengoleskan putih telur ke seluruh bagian wajah secara merata jadi masker dan biarkan selama 30 minit.Lepas tu barulah dibasuh.


hah, amacam banyak sebenarnya peranan putih telur ni kan..

Jeragat Oh Jeragat! - Tip untuk kurangkannya..

Celoteh Aku MamaGlam at 9:26 AM 1 berbalas bebelan
Salam readers,

Entry kali ni, mamaG nak kongsi tips keshiatan kulit pula la.. especially readers mamaG yang ada jeragat, x kira la banyak ke sikit, tp adala juga jeragat, kan.. mesti korang teringin banget nak hilangan jeragat yang jadi penghalang kepada keyakinan diri korang kan..

so, sini mamaG nak bagitau rahsia untuk men-nyah!-kan jeragat durjana tuh.. nak tau guna apa???... senang jer nak carik bahan2-nya, kat rumah korang mesti ada punya la..

hah, guna ni hah --->>>
hah, dah tau kan apa bahan-bahannya.. betul x kat rumah korang semua mesti ada benda-bendi semua kan.. hihihi...

okies, apa nak wat ngan bahan-bahan ni semua?

1st sekali, beras tu korang tumbuk sampai jadi halus.

pastu, gaulkan dengan serbuk kunyit sampai sebati.

pastu pulak, gaulkan pula dengan putih telur (putih jer tau, yang kuning tu, boleh la nak wat utk menda lain, macam puding caramel ker, wat kek ker, apa-apa pon boleh, ahaks!)

dah sebati tuh semua bahan tuh, cuba korang lumurkan ke muka ataupun jeragat spot ala masker gitew. o yah, jangan lupa selawat 3 kali hihi, bukan pa nak minta berkat semoga berhasil. insya Allah...

nanti bila dah kering, basuh la muka tu.. kang pelik pulak muka kuning semacam.
hah, senangkan, xyah nak p beli produk mahal kat luar tuh.. guna ja yang tradisional..

okies, selamat mencuba...

'Kemarungan" beransur pergi...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:15 AM 1 berbalas bebelan
salam readers, 

sekarang ni mamaG amatlah hepi sedikit. bukan apa tadi mamaG p buka akaun nuffnang, dapat tau trafik mamaG naik dah. walau pun x banyak macam orang lain, tp syukur sangat sebab trafik dah naik lebih sikit daripada sebelum ni.. (huhuhu, xda la 'marung' ja tiap kali tengok analitik tu).. tambahan pula, mamaG dapat rating 3 bintang dari nuffnang. 


mamaG memang tengah berusaha untuk menaikkan lagi trafik dan rating blog ni dengan belajar daripada bloger lain.. more trafik = more earning.. hah, cakap pasal earning kan, sedey la pula.. bukan apa, setakat ni blog mamaG hanya dapat earning sedikit sangat. mungkin sebelum ni disebabkan mamaG jarang2 sangat update blog, so trafik pun kurang la kan.. 






harap-harap lepas trafik sentiasa la naik, tak pon maintain ja. so, mamaG memang perlukan support dari u all semua. Pesanan penaja, selalu selalulah masuk blog mamaG ni dan rajin2 la post-walk entry dalam blog mamaG nih.


it's not just about earning and traffic, but it's more about kepuasan berblogging... 


ok la, ini saja untuk kali ini.. jumpa lagi next entry, babai..

Is value blog mamaG Glam enuff?..

Celoteh Aku MamaGlam at 12:43 AM 2 berbalas bebelan
halo my dear readers.. huhuhu, malam ni membebel lagi mamaG.. siang tadi mamaG bosan gila nih. daripada melayan bosan jadi mamaG ada la wat ronda2 blog blogger lain, saja utk tambah ilmu gitew... lepas tu, ada 1 blog ni, menarik perhatian mamaG utk baca entry dia.. 

ingatkan orang seja ada value, barang2 jak ada value, rupa-rupanya, blog pun ada value juga ya.. baru ku tauuuuu.. hihihi.. ini la bagusnya blogwalking ni kan.. macam2 info ada.. credit to ZYASH sebab wat entry pasal blog value... napa korang x caya ker blog kita ada value.. x caya, cuba korang nilai sendiri value blog korang di SINI.

mamaG pun utk isi masa bosan try la tgk value blog ni.. hasilnya... jeng jeng jeng....



 alahai, kesian kan... rendah jak nilai blog mamaG n rupanya... but ok la tu utk blogger yg br berjinak2 aktif nak berblogging.. yala, selama ni kan mmg jarang2 sgt update blog.. insya Allah, pasni aktif.. oleh itu, mamaG akan coba sedaya opaya utk naikan lg value blog ni.. huhuhu... tengok la nnt.. adoiyai, mmg bersemangat waja la ni kunu nih.. 


so, my dear blogger, bosan2 tu, xda keje nk wat, pa kata gatal2kan tangan anda mencuba, okies..

21 September 2010

Cute Baby Contest - Please vote for me!

Celoteh Aku MamaGlam at 5:46 PM 0 berbalas bebelan
aloha, readers.. skang ni mamaG tgh giat berusaha (cewah..) mempromote pic irfan utk dpt vote tinggi dlm Cute Baby Contest by Happy Baby Shop di facebook... alhamdulillah adalah jg kwn2  fb yg vote, thanx u ols..

wah, ni 1st time sebenarnya mamaG ikut contest2 mcm ni d internet.. kali ni kunu2 nak try la.. sapa tau ada rezeki.. x dpt nombor 3, no. 1 pown jadi lah, hahaha,, amiiin... salu jg tgk ramai kwn2 fb yg join mcm2 contest yg dianjurkan oleh kwn2 fb.. mcm best jak.. kadang teringin jg la kan.. tu yg try join nih..

amacam, cute tak irfan? kiut kan (waahh, puji sendiri lg, ahaks!).. kalau korang pikir mmg kiut, pls vote for him, okies..


so readers yg ada fb tu mamaG arap korang dpt la bg vote korang utk my lil hero, irfan tuh di http://www.facebook.com/photo.php?pid=133097&id=100001302545547&ref=fbx_album#!/photo.php?pid=134999&id=100001302545547&ref=fbx_album&fbid=119875381399213 pls klik LIKE di bawah pic irfan okies..

Bila c Atuk berjumpa c Cucu...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:55 AM 2 berbalas bebelan
Sayang Atuk.....

Nila dia bila c Atuk berjumpa sudah dengan c Cucu kesayangannya.. sian ummi-nya x dipeduli, salam pun tidak.. terus2 ja p tempat atuknya, siap peluk cium lg time baru sampai di rumah dengan ayahnya.. hampeh anak mamaG sorang ni.. hahaha...

mamaG dah tegur irfan siap hulur tnagan lagi nk salam, dia blh pulak buat gelak jer sampai kata "Hai!.."... bertuahnya diaaaaa (nada geram kunu).. tgk ja la gelagat Atuk dan cucu nih, almaklumlah jarang dapat jumpa, selalu irfan rajin call atuknya, dengar suara jer laa..

cuba korang teka apa dua org ni buat...
haha, tgh main mende mercun yg jenis baling meletup tu, ntah apa nama ntah.. janji meletop bila d baling.. tapi c irfan ni bukan takan baling jer, siap pijak lg.. skill br kunu..
sukanya dia.. terlepas jg rindu tgk c irfan ni..
amboi, kasut x bukak lg dah sebok2 p main ngan atuknya... neneknya pon dia x salam lg..
hurmmm, apa2 pun aku hepi dia dan hubby mamaG selamat sampai balik ke kg... almaklumlah, mamaG balik ke kg awal (sejak bulan ogos lg, selepas bsalin).. irfan dan ayahnya blk kg 1 week b4 raya... hah kan sebulan tu xjumpa tuh.. huhuhuhuhu.. begini la bila suda ada anak kan.. tinggal skit dah rindu.. tp bila depan mata, dia juga teman bertekak.. hahaha...

begini la nasib...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:21 AM 2 berbalas bebelan
Begini la kan nasib org yang tengah berpantang lepas bersalin.. sudah la x blh ke mana, x dpt lg tu tgk movies.. tp nasib baik aku ada adik bongsu yg perkenalkan aku 1 installer n search engine yg blh d/oad mcm2 movie... credit to my lil sista, ieda.. jasamu di kenang..  (nnt kakak belikan ko baju, okies)..

nak dijadikan cerita, ahad lepas, aku pown try la men-download movie Salt lakonan angelina jolie (my fev artis tu).. ya Allah, pecaya atau tidak tp mmg kenyataan, sampai skang blum abis download lg.. mmg MAHA LEMBAB betul la.. ini boleh mendatangkan kemarahan dan ketensionan nih.. huhuhuhu..  apa leh wat, tgk poster ja la.. hahaha.. 

waa, ayat menyedapkan hati sendiri tu kan.. pasni nk download movie lg.. nak surf kat TGV lu tgk movie apa terbaru...

Ku di Awan

Celoteh Aku MamaGlam at 2:38 AM 0 berbalas bebelan
       Salam readers, malam ni mamaG nak kongsi skit pasal view kat awanan.. hahahaha, musti u ols pelik kan.. di awanan??.. hurm, apa lagi tgk la pics yg mamaG sempat amik ketika berada di dalam kapal terbang MAS time nak balik ke Sandakan, my kampung. time ni balik dgn bby Rayyan, balik utk berpantang selepas bersalin...

ini view b4 landing d epot sandakan.. nampak tu sungai tu.. ntah sungai apa tu namanya..
time ni abg pilot tu kata dah masuk ruang udara sabah dah..
yang ni, abg pilot tu kata tgh lalu ruang udara laut china selatan...
hah, kata bawah ni lauuuuutttt jer mamaG nampak.. subhanallah!
Laut China Selatan...

hah, amacam cantik kan pemandangan kat awanan tuh.. mamaG amik pic ni xtau la boleh ke tak.. akak pramugari tu relax jer tgk mamaG amik pic kat tingkap.. (boleh la kut tuh, asalkan jgn time nk terbang n mendarat jer.. takut kacau sistem).. 

well, readers next time kalau ada peluang naik kapal terbang travel ke mn2 jgn lupa amik pic from up above... mmg amazing pic u'll have.. hihihihi... yela, slalu bl naik flight mesti tido punya la.. lg2 bila blk sandakan, hah 2 jam 45 minit.. kalau u ols pun mesti tido punya kan.. 


ok la readers, mamaG rasa ini ja utk kali ni yg mamaG boleh kongsikan.. pic yg banyak2 tu cukup menceritakan nda menggambarkan pengalaman amik pic tu dan keindahan alam awanan yg kita xpenah terfikir  dan terbayang keindahannya, kan kan kan.. hihihi..


okies, babai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea