Laman

17 October 2010

Penting atau Perlu???

Celoteh Aku MamaGlam at 4:21 PM
Cerita ni: 
Salam semua,

Entah kenapa la kan, terdetik di hati mamaG ni nak cerita dan membebel pasal entry kali nih. Apa yang penting dalam hidup ini sebenarnya? Ada yang kata, famili la yang paling penting sekali. Tapi kalau famili tu paling penting, kenapa masih ada juga famili yang asyik bergaduh, tidak sefahaman, yang saling berdendam pun ada sedang adik-beradik lagi tuh.

Ada juga yang kata duit tu lagi penting. Dengan duit, apa saya boleh jadi, apa saya boleh dimilik, dan dengan duit juga kita buat apa saja. Tapi itu jiga DENGAN duti, macam mana pula dengan KERANA duit?? Apa akan jadik? Kerana duit, apa saya boleh jadi, kerana duit manusia juga boleh berubah, kerana duit manusia binasa, kerana duit jugaklah, persaudaraan terputus, atau paling tidak pun, bermasam muka, betul tak semua?

mamaG memang tidak nafikan kepentingan dan keperluan duit dalam kehidupan harian kita, tambah lagi kita hidup di zaman sekarang ni. Tetapi bagi mamaG, duit hanyalah satu bentuk keperluan bukannya kepentingan. Bagi mamaG, famili adalah satu keperluan dan kepentingan bagi kita semua. Dengan duit, KERANA duit, kita akan jadi mudah lupa, tamak, kedekut dan jadi lebih pentingkan diri bukan saja pada orang lain, malah pada keluarga sendiri... Tapi dengan famili, KERANA famili, di mana kita sekarang? Apa yang famili telah lakukan untuk kita jadi kita sekarang ni. Tapi KERANA duit sebenarnya yang wat famili jadi bercerai berai, bermusuhan.

mamaG geram betul dengan seorang hamba Allah ni. mamaG memang tahu, yang dia ada rumah yang bersar, kereta yang mahal dan pendidikan yang sangat tinggi. Malah, selama ini dia lah yang menjadi pendorong dan pencari nafkah untuk adik-adik yang lain sehingga kesemuanya berjaya ke menara gading. Kesemua adik-adiknya begitu menghormati dan ikut saja katanya dek kerana rasa terhutang budi dengan pengorbanannya... Tapi tu la, bagi mamaG itu bukan alasan untuk dia sentiasa memandang rendah kebolehan dan kemampuan adik-adik yang lain yang setakat ini masih lagi kurang mampu untuk menyainginya (maksud mamaG dari segi kemapuan memiliki kerjaya, rumah, pendidikan dan kereta)... itu semuakan hanyalah material. Suatu keperluan untuk memiliki sesuatu...


Jangan dek kerana terlalu kaya dan mempunyai taraf IQ yang terlalu tinggi, adik-adik semua dipandang rendah. Jangan dek kerana c adik pernah meminjam duit daripada emaknya, maka itu dijadikan alasan untuk menghalang c adik berkahwin dengan orang yang tidak disukai, walaupun di mulut kata setuju... Bukankah hipokrit namanya.. Lagi yang wat mamaG tergeleng-geleng (bukan sebag tak nka ker apa) sebab tak tau dah nak kata apa, bila c adik cuba menjernihkan keadaan dengan cuba untuk melangsaikan hutang yang dipinjam pada emaknya (siap nak pinjam ngan bank lagi demi tak nak gaduh ngan c kakak), tapi guest wat?.. c kakak macam nak perbesar-besarkan lagi masalah yang bagi mamaG isunya cuma duit yang c adik bukannya tak mampu nak bayar. Bila c adik nak bayar duit yang dipinjam, c kakak pula wat dunno. Apa kes? (pinjam ayat c aweng mama glam!)

mamaG hairan la, kenapa ya orang yang berpelajaran tinggi daripada mamaG dan sewaktu dengannya ni, berfikiran dan bertindak seolah-olah tiada pendidikan. Suka sangat memperbesarkan dan merumitkan lagi masalah yang kecik dan sememangnya terang-terangan boleh diselesaikan terus. 


Korang semua mesti pelik kan, pesal la orang lain yang bergaduh, mamaG pula yang sakit jiwa ek.. huhuhu.. ntah la, bukan apa, mamaG memang tak boleh betul dengar cerita mcm ni. Kalau melibatkan keluarga, lagi la mamaG tak boleh nak duduk diam.. mamaG jenis yang tak suka tengok ahli famili bermasam muka atau salah faham... mamaG la orang pertama yang dok sibuk nak selesaikan masalh dorang.. bukan menyibuk tapi mengambil berat... Dengan kawan-kawan pun mamaG wat macam tu jugak.. 


mmm, ni la kan lumrah hidup manusia, macam-macam ragam ada, macam astro gitu. Apa-apa pun terpulang pada individu nak mengklasifikasikan duit  dan famili tu keperluan atau kepentingan, atau kedua-duanya sekali. Bagi mamaG, famili itu penting dan perlu, duit pula perlu dalam kehidupan kita. Famili sentiasa ada tak kira kita ni senang ker susah, miskin ke kaya. Famili tak pernah wat kita jadi lupa diri kan, jadi tamak dan sewaktu dengannya. Malah famili juga yang selalu bagi sokongan dan dorongan supaya kita ni jadi orang yang berguna, bukan ja pada diri sendiri, famili, orang sekeliling, malah juga pada negara dan agama kan. Tapi duit lain, kalau kita ni tak dapat kawal diri, boleh jadi gila juga kerana duit.

So, jagalah famili anda dengan baik, dan gunalah duit yang ada untuk memenuhi keperluan famili anda supaya sentiasa gembira dan bahagia selalu... Kita tak bawa duit bila mati nanti TAPI kita PERLUKAN duit bila kita mati nanti (untuk uruskan hal jenazah la, apa lagi!). 



p/s: baik hidup sederhana kan. Kepala tak pening, keluarga bahagia, Peace no fight!

Luv ya!

4 comments:

  1. sabar lah ye..apa pun kita hanya singgah sebentar disini untuk cari bekal untu ke sana....

    ReplyDelete
  2. for me...family is No.1. duit boleh di cari...biarlah sesusah manapun jgn tinggalkan/belakangkan family...family ibarat dinding diri kita..tanpa mereka tak mungkin kita boleh harungi kehidupan yg penuh dugaan ni sendirian...tapi kalo cite pasal duit & kedudukan ada sesetengah org yang sanggup mengetepikan family dan lupa diri..org sebegini mmg susah nk bg nasihat buat penat kita jew layan mereka ni...kalo perkara ni berlaku kat mamaG sabo jew la...yg penting kita bahagia..jgn layan sgt perangai org ego tak bertempat ni...

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dgn ko niza.... Penting dan perlu...

    ReplyDelete
  4. family penting untuk selamanye,, duit penting bile diperlukan,, klau dah banyak sgt duit tu yg kadang2 benda tak perlu pun pi gi beli,, membazir plak name nye.. ye dok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea