Laman

21 October 2010

Info – 5 Fakta Pasal Roti

Celoteh Aku MamaGlam at 5:03 AM
Cerita ni: 

Salam readers,

 

Hah, nak tanya apa yang korang tau pasal roti yang korang makan? Hah, i bet dat u all kebanyakkannya memang tak tau kan, main hentam makan jer kan, lagi roti tu sedap jer kan (macam mamaG jugak, makan jer la!) As we know, ada pelbagai jenis roti dan perisa roti yang dijual kat luar tuh kan, dari yang plain sampailah yang khas untuk orang diabetes pun ada. Kalau macam mamaG ni memang suka sangat makan roti butterscotch gardenia tuh, makan macam tu jer, sooodaaapp! Ok la, ni mamaG nak share info pasal roti yang memang patut kita tau especially untuk orang yang sentiasa menjaga pemakanannya. Jangan main bantai makan jer, okies.

 

5 Fakta pasal roti yang korang dan mamaG perlu tahu…

 
Elakkan membeli roti yang diperbuat daripada ‘wheat floor’ (boleh tengok at ingredient label)sebab itu adalah istilah bagi ‘white flour’. Dalam erti kata lain, kandungan bijirin di dalamnya sudah habis diproses. Untuk oti, pastikan korang memilih roti yang diperbuat dari tepung jenis ‘wholewheat’ atau ‘wholemeal’.

  
Jika korang tidak suka roti berbijirin, korang boleh pilih roti putih dengan tambahan serat. Rasanya masi sama dengan roti putih tetapi setiap keping mengandungi serat yang baik sebagai pelawas.

   
Anda juga boleh memilih roti yang diperhebatkan lagi rasanya dengan tambahan kekacang atau bijirin (macam mamaG suka roti yang ada coklat dan kismis dan juga butter scotch!) sebab kandungan bahan masih kekal rendah lemak. Bagaimana pun, untuk kekalkan manfaatnya, ELAKKAN menyapu marjerin, keju atau pelbagai jem di atasnya. (Hah makan jer terus macam mamaG)


Istilah ‘wholegrain bread’ harus mempunyai 3 komponen utama sebagai bahannya iaitu bran, bijirin dan serat. Bagi setiap roti yang dikategorikan sebagai ‘wholegrain bread’ perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3gram serat bagi setiap keping.

Perhatikan kandungan minyak tambahan di dalam roti yang mampu menambahkan lemak tidak sihat dalam badan kita. Di antara istilah yang selalu digunakan pada label adalah ‘HYDROGENATED VEGETABLE OIL’, ‘TRANS FATS’, ‘PARTIALLY HYDROGENATED OILS’ DAN ‘VEGETABLE OIL SHORTENING;.

hah, makanya, bila membeli roti tu ikut pesan Sheila Majid… “Semak label dulu…”

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea