Laman

20 October 2010

Tiada Lagi Seri

Celoteh Aku MamaGlam at 10:55 AM
Cerita ni: 
Salam readers,

Beberapa minggu ni entah kenapa, rasa bosan yang teramat sangat. Hari tu bukan main lagi berkobar-kobar nak masuk keja siap terlambat lagi sampai kat opis. huhuhu, as i said b4, "so not like me!" Dah abis serap semua nutrien-nutrien gosip kat opis ni pun masih rasa bosan lagi.

Biz online untuk baju-baju pun tak start lagi sejak cuti maternity, berenti berehat kejap. mmm, Dah lama jugakla mamaG tak pi butik kawan mamaG tu untuk promote baju-baju kat butik dia yang murah dan cantek-cantek itew... Insya Allah, mamaG pi hujung minggu nih.
Hah, pada yang tak tau lagi tu, ekceli blog mamaG ni pun blog untuk shopping jugak ok. Cumanya, belum update new item lagi. Tapi, boleh la, kalau u all semua nak tengok apa baju-baju yang ada, pi kat kategori/label tu, boleh la pilih tajuk baju, baju chiffon dan lain-lain lagi.. insya Allah, stok baju-baju tu semua ada lagi. Murah jer semua, jom la pi tengok! Kalau berkenan, 'roger-roger' mamaG, okies.

ok la, ekceli bukan pasal ni mamaG nak mengomel, huhuhu.. Nak tau apa yang dah takder seri nya? hah, bukan seri wajah ataupun seri muka tetapi seri kemeriahan laman facebook mamaG nih.. Rasa bosan yang teramat sangat la pula dengan facebook a.k.a FB ni... Yela, yang mamaG perasan kan, FB sekarang ni dah jadi modus untuk berbizniz la pula...

Kalau tengok wall mamaG, fuhh! (fuhh! gaya Awal Ashari gitew)... Penuh la dengan macam-macam barangan untuk di jual. Mak aii, boleh tergoda mak! Tambah-tambah lagi bila tengok album jualan bag dan baju! Tahan hati jer lar!...  Susah jugak kalau jadi Shopaholic ni!

Hari-hari bukak, mende yang sama jer, shopping temptation! OMG Ya Allah! Kadang-kadang tu, mamaG sengaja jer tak bukak FB.. Kadang-kadang tu, bukak kejap jer dalam 10 minit lepas tengok status kawan-kawan, dah, tutup cepat okies! Kang tergoda la pulak tengok barang-barang kat dalam wall tuh.. Rasa macam melambai-lambai jer panggil mamaG. "beli la saya!, beli la saya! murah jer! cantik pulak tu! Sesuai jer ngan baju u..."

So, mamaG tengak dok surf, carik apa lagi laman yang boleh menceriakan hari mamaG nih...

4 comments:

  1. kan sekarang fb jadi media iklan..kalau yang tak kuat iman..heehe..semua nak beli.Fikir2 pasal baget sendiri.

    ReplyDelete
  2. shopping online ada baik buruknya....but honestly online lg mudah kot for Nun la...

    ReplyDelete
  3. tula pasal. Bagi shopaholic macam mamaG ni memang payah sikit la kan.. tapi silap mamaG jugak dok gatal tangan pi tekan button accept friend kat para peniaga online.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. jangan lupa post kat innit...melangkah setapak lebih jauh..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea