Laman

17 October 2010

Bengang dengan Pemaju yang Bangang!

Celoteh Aku MamaGlam at 2:59 PM
Cerita ni: 
Ya Allah, Bengang betul dengan Pemaju di Apartment mamaG tinggal nih.. Sengal pon ada.. Bikin panas hati jer.. Macam ni punya pemaju pun ada ker?.. Ni la kan akibatnya kalau tinggal apartment, tambah lagi dapat pemaju yang bangang macam tuh. Panas hati mamaG ni.

Nak dijadikan cerita, isunya pasal air la.. biasalah kan sesetengah apartment tu, kena bayar maintainance ngan air, tak direct tru' SYABAS. Bulan-bulan mamaG dan hubby berdisiplin membayarnya. Tapi kadang-kadang tu lupa juga nak bayar. Alah bil air bukannya banyak mana pon. 1 minugu sekali jer basuh baju, tu pun takat 2 trip jer. Kalau tetunggak pon bil air, takdernyer sampai nak berpuluh-puluh henggit la..

Yang mamaG dan seantero blok apartment mengamuk dan panas hati ni, hari jumaat hari tum pas mamaG balik dari keja, mamaG dapat tau dari pengasuh mamaG masa nak amik anak, katanya SYABAS dah block meter air utama kat apartment ni. SYABAS  kata sebab pemaju tak bayar bil air. OMG Ya Allah, abis kemana pi semua wit yang kami semua bayar tiap-tiap bulan tuh? Yang susah sekarang ni sapa? kami jugak kan.. Teruk betul pemaju ni. Dengar-dengar juga (Cewah kalau bab gosip cepat jer mamaG ni kan, ahaks!), pemaju tu hutang SYABAS RM16k untuk bil air di blok apartment kami..

Aduh, lagi la menambahkan kebengangan kami semua... Mulalah syaitan-syaitan menjalankan tugas dorang ni cuba nak memujuk kami semua memberontak.. hahaha, guest wat? hah, berhasil juga setan-setan tu semua menghasut kami semua wat rusuhan kecil kat opis management apartment tuh.. Tapi mamaG tak ikut sekali lar, duk tengok dari balkoni jer...

Bengang tak bengang, hah hambik ko, 2 hari tadak air.. semalam tak mandi mamaG, huhuhu.. bukan apa, dahulu kan anak mandi, kang rimas dan beruam la pulak badan anak-anak nanti. Demi anak-anak mamaG sanggup tahan rimas dan panas tak mandi, huhuhu...

Tapi alhamdulillah, pagi ni ada la air skit tapi tu pun kotor bukan main lagi.. mula-mula tu mamaG pelik juga mana datang air-air ni.. Yala, nak pi bayar hutang kat SYABAS, opis SYABAS kan tutup ujung minggu gini... Rupa-rupanya, hubby mamaG gtau (hah, gosip lagi!), pemaju tu pi bukak pili bomba kat blok apartment ni then sambung pi tangki utama, nak bagi penuh tangki utama yang dah kering tuh.. Gila!.. Kalau bomba tau, habis la.. mesti dorang saman pemaju ni kan...

Yang tak berapa lucu tu, hubby mamaG cakap, pemaju tu siap mintak wit RM10 lagi pada setiap penghuni kat blok ni kalau nak air dari pili bomba tuh.. hahaha, kan ke bangang dan tak bertanggungjawap namanya... mamaG nasihatkan hubby, jangan bagi wit, dok ikut cakap pemaju tuh.. mamaG lagi rela pi beli air RM0.20/liter kat kedai mamak tu hah daripada berkomplot kan...

Tapi apa-apa pun, mana pi hak kami yang membayar ni kan? Kenapa la ada pemaju yang macam ni.. Ni taktau la esok-esok ada tak air. Kang ada jugak yang pi kerja tak mandi, hahahaha... Sabar jelah... (Tompang jer la mandi kat opis kan, kan kan)...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea