Laman

01 October 2010

Kamukah Lelaki itu???

Celoteh Aku MamaGlam at 12:12 PM
Cerita ni: 
SAlam readers,

Entry kali ni berkenaan lelaki yang menjadi idaman wanita... Lelaki macam mana yagng menjadi pilihan wanita? Apakah yang dilihat dalam diri lelaki?Pada rupanya ka? Hartanya ka? Perangainya ka?

Yela, kadang-kadang, bila kita berjalan-jalan diluar sana, mesti ada sekali tu kita akan terpandang pasangan yang buat kita tertanya-tanya jer gandingan dorang.. mesti terdetik dihati korang mengata "ish ish, boyfrennya hensem kanmain lagi taappiii girlfrennya pula, ya Allah, cantik lagi mak aku..", tak pun korang kata "Cantiknya awek ni tapi spoil la napa la dia sanggup terima lelaki yang cam tak betul jer jadi boyfren?"... dan macam-macam lagi kan...

Baiklah, sebenarnya dalam hubungan ni, bagi wanita (tak pasti la kalau semua wanita), ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan sebelum mengkonfemkan hubungan mereka dengan kaum Adam. Sekarang ni, bukan rupa hensem atau cantik itu yang jadi fokus utama, kerana itu hanya la bonus. Yang menjadi keutamaan wanita dalam memilih lelaki idaman mereka ialah PERSONALITI.

Jom tengok apa lagi yang dinilai wanita, kut-kut ada dalam diri korang kaum Adam..

1) Berkeyakinan Tinggi
- buat sesuatu tu dgn penuh yakin, jangan ragu-ragu. Jangan la cepat putus asa dan memperkecilkan kemampuan diri sendiri.

2) Lucu dan Menghiburkan
- Wanita tidak akan pernah bosan mengdampingi lelaki yang pandai berjenaka dan buat lawak. Sebab lelaki jenis ni, memang sentiasa mampu membuatkan wanita tersenyum dan ketawa tika sedih. Korang pasti akan dirindui bila berjauhan, percaya lah..

3) Romantis dan Penyayang
- Semua wanita memang impikan lelaki yang romantis. Tetapi bukan yang Gatal ya.. Sikap ini lah yang paling mudah menawan hati wanita tidak kiralah sekeras mana pun hatinya..

4) Pintar dan Berpelajaran
- Lelaki jenis ni memang mampu buat wanita kagum dengannya. Dengan menuturkan pendapat yang bernas dan kata-kata yang memang penuh dengan pengetahuan. Tapi ada bahayanya juga, lelaki macam ni kadang-kadang tak sedar dia sedang bercakap besar dek kerana kepandaiannya..

5) Sukakan Budak-budak
- hah, lelaki yang pandai melayan budak-budak, paling senang dapat perhatian wanita dan siap dapat markah bonus lagi.. bukan senang nak jumpa lelaki yang pandai melayan budak-budak. Dalam masa yang sama, wanita akan menilai sama ada lelaki ini mampu menjadi bapa yang baik dan penyayang kelak.. hah, kaum adam apa lagi, asah la skill ini..

6) Prihatin dan beri Perhatian
- Jadilah lelaki yang sensitif dan mengambilberat. Walaupun tidak dapat membantu, tetapi cukuplah dengan memberikan perhatian, menjadi pendengar setia dan mampu menenangkan emosi mereka. Jadi wanita tidak berasa keseorangan.

hah, macam mana? takat ni saja la tips dapat mamaG kongsikan.. inilah part yang paling penting yang dinilai wanita sebelum hubungan itu melangkah ke 'next level'...

 Amacam, bolehlah kaum adam sekalian menilai diri masing-masing sebelum mendekati wanita, okies..

apa pendapat korang? yang wanita setuju ker? komen la dibawah ni ya.. boleh kongsikan pendapat..

2 comments:

  1. macam iyele....sayalah lelaki itu....hehehehe

    ReplyDelete
  2. @DKosongLapan:

    Betulka itu kamu?.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea