Laman

29 December 2012

Rumah Idamanku.. Kononlah..

Celoteh Aku MamaGlam at 5:39 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan

Bila ditanya pendapat mengenai rumah idaman yang macam mana yang mamaG suka atau nak beli kalau mamaG mampu or kaya, senang jew nak jawapnyer.. hehehe konfiden.. Okeh, kalau la mamaG ni berkemampuan or kaya la kan, mamaG suka dan nak beli rumah lot sebuah je yang setingkat je. Taknak yang bertingkat-tingkat even 2 tingkat pun mamaG taknak sebab nanti kalau dah tua, letih ooo nak turun naik tangga nak bersihkan rummah kan, pastu ada tanah sikit pun takpa, utk buat laman dan mini kebun gitu. Sebab mamaG suka suasana minum petang di laman rumah, buat gazebo or anjung sikit kat laman tu kan, bileh la duduk minum petang kat situ sambil menikmati suasana petang kan, apa lagi kalau ada anak kecik ke kan, boleh tengok dorang main-main sambil kita rehat-rehat kan.. Wahh, so heaven.

Bagi mamaG, biarlah rumah tu setingkat je asalkan tak penat turun naik tangga bila dah tua. yela cuba bayangkan bila kita dah tua, anak-anak pula dah besar, dah ada haluan sendiri dan kehidupan sendiri dan hanya akan balik bila bercuti perayaan, majlis keluarga dan bila rindu keluarga je. So selebihnya tinggal kita dan enchek Asben juga berdua kat rumah kan. Dan mamaG tak suka ada orang gaji. Bagi mamaG selagi mamaG mampun buat keja dirumah dan handle anak-anak, selagi tu mamaG nak buat semuanya. Of course la dengan bantuan enchek Asben kan. hihihihi syukur i have him.. Sebab bagi mamag biarlah macam mana kurang sempurnanya mamaG sebagai seorang isteri dan ibu, atleast semua tu mamaG yang lakukan dengan kederat dan tenaga mamag kan. Susah dan penat macam mana pun mamaG nak buat urusan pejabat, urusan rumah, urusan anak-anak, mamaG tetap nak buat semua tu. mamaG tak nak kehilangan moment dan pengalaman susah senang menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga since mamaG ni wanita bekerja.

hurmmm, rasa macam dah lari dari tajuk je ni.. hahahaha.. neway, 'ada aku kesah!', nikan blog mamaG sukatilah kan nak buat tajuk lain, cerita lain kan.. hahahaha... mahap yeee.. dis is me and the way i am, wat to do kan.. hahaha.. mamaG suka lari dari tajuk.. wat ever cross my mind at that time, itu la yang akan mamaG ceritakan.. walaupun time tu tengah cerita benda lain.. hahaha..

so, back in track! Rumah mamaG nak memang simple dan sederhana jew. yang penting, keperluan asas mesti ada la. yang lainlain tu tak kisah, ada ataupun tidak. mamaG suka rumah yang sederhana, simple dan praktikal dan boleh maximakan penggunaan ruang..

tapikan itu semua kalau mamaG berkemampuan dan kaya kan. in real life of mamaG, mamaG tak kisah nak duduk rumah macam mana pun, asalkan selesa dan sederhana. lagi satu kan, mamaG suka rumah yang designnya kita boleh see through all bilik dan dapur dari ruang tamu.. biar dapur tu jauhnya 100-200meter dr ruang tamu, asalkan nampak ok la.. reason? tiada yg spesifik tp mamaG suka mcm tu. sebab walaupun mamaG kat ruang tamu, mamaG still boleh nampak wat's going on kat dapur tu, tak nampak semua ruang dapur pun, sikit pun jadi la.. wah, sense of penyibuk tu memang tinggi betul kan.. ekekeke...sebab tu mamaG suka rumah setingkat jew..

biar umah jauh ke depan jangan tinggi ke atas.. ekekeke.. dan tak mo la terlalu besar macam banglo ke, semi-D ke. terlalu besar pun tak larat jugak nak buat keja kan.. cuba bayangkan, rumah besar ala bango or semi-D, anak-anak pula keci lagi or masih sekolah la kan, memang naya la nak mengemas rumah kan. tambah pula mamaG tak suka ad orang gaji kan, yela tak privasi bagi mamaG dan hilang pengalaman jadi real mom n wife gitu (konon!).. dah abis kemas ruang kat ujung, kat depan disepah pula oleh anak-anak kan, dah kemas depan, disepah pula kat laman rumah, dah kemas laman rumah, sepah pula kat dapur, hah berapa kali nak ulangkemas tempat yang sama dalam 1 hari? letih kan? tu baru bab mengemas, belum lai bab menyapu dan mop lantai kan.. hah memang patah la pinggang.. hahahaa.. So, kenapa nak cari rumah yang besar tapi menyeksakan kita in the end kan.. memanglah utk keselesaan (a bit kebanggaan maybe), dan mampu kan, tapi macam mamaG fikirkan fikirkan juga demi diri sendiri yang nak kene maintain jaga rumah tuh.. taknak la dah tua nanti free-free je bayar kat org gaji semata-mata nk bersihkan rumah kan, baik guna duit yang banyak tu utk spend time dengan famili kan.
gantikan masa sibuk kita dipejabat tu dengan spend time dengan kids kan.. Yela, kita ni kan berkerja, masa yang kita luangkan utk anak-anak juga kurang. balik keja, lambat dan penat dah. pastu dah siap-siap utk masak, makan, rehat, pastu dah tidur sebab besoknya kene bangun awal sebab nak elakkan jam, nak hantar anak ke taska/sekolah. So, agak-agak berapa banyak masa yanada utk buat aktiviti bersama dengan anak-anak. memang susah, memang penat. tapi itulah cabaran ibu bapa bekerja zaman sekarang ni dalam membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga.

sebab tu mamaG tak nak rumah yang terlalu besar utk mamaG  dan keluarga. mamaG tak nak anak-anak mamaG hidup dalam dunia sendiri tanpa mementingkan nilai kekeluargaan. yela, zaman sekarang ni kan zaman gadget, internet. budak-budak sekarang ni, memang cepat pandai dan absorb apa disekeliling dorang.  so, mamaG taknak anak-anak mamaG dok terperap dalam bilik buat keje sendiri yang kita sendiri pun tak tau dorang buat apa sebab dah terlalu sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan diri sendiri. tanpa fikir keperluan rohani dorang kan. biarlah dorang sibuk dengan dunia fantasi ke apa ker, asalkan dorang ada di depan mata mamaG. mamag nampak apa dorang buat. main game ker, surf internet ke, belajar ker, main ker, biar depan mata mamaG.. sebab tu rumah sederhana dah cukup dah..

bagi mamaG, semua ni mamaG buat sebab mamag tak nak anak-anak mamaG rasa apa yang mamaG dan adik-adik rasa waktu kecil dulu. mamaG nak anak-anak tau yang Ayah dan Umi dorang insya Allah akan sentiasa ada dan mendengar apa saja luahan/masalah mereka. beri perhatian dan kasih sayang tak kira sibuk macam mana pun, paling penting bagi mamaG ialah menjadi kawan baik kepada anak-anak mamaG.

so, kesimpulannya, mamaG suka rumah sederhana dan selesa, tu jew.. tadak nak demand-demand okeh.. fikirkan bila dah tua nanti macam mana nak urus rumah yg besar tu kan.. hehehehe..

korang pula macam mana? suka rumah macam mana?

Mentally Stress but Syukur

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan
Hari ni agak kurang sihat tapi kena gagahkan juga la diri tuh. Ekceli, dah beberapa hari dah mamaG ada tanda-tanda tak sihat pun tapi buat-buat tak layan gitu. Tapi semalam dah memang tak tahan dah lepas balik dari keja tu. Balik, rehat, makan ubat dan rehat, tidur. Tetapi, tak dapat nak tidur sangat sebab si Rayyan pula kene demam panas tiba-tiba pagi semalam. Apa lagi, seperti kebiasaan budak kecik, pasti akan meragam la. Tak kira la time tu kita tengah sakit ker, penat ker, sibuk buat keja rumah ker, masak ker, watever la, mesti nak Umi dia jugak la time tu wif no excuses. Argh, kadang tu stress juga tapi kena juga layan kan dengan penuh sabar dan kasih sayang, sekali sekala terlepas juga marah tu.

Beberapa minggu ni mamaG kurang dapat tidur, sebab bergilir menjaga anak yang sakit demam panas. Minggu lepas si Irfan kena demam panas. hampir seminggu la jugak. Yang tambah penat tu, si Irfan tu bila sakit, semua nak Umi dia buatkan, tak nak Ayah dia buatkan. So, tak kiralah kalau time tu mamaG tengah masak ke, sibuk layan adik dia ker, si Irfan tu tetap juga nak Umi dia buatkan apa saja yang dia mau.. Nak kencing, nak Umi dia temankan, nak mandi, nak Umi dia mandikan, bila nak minum susu nak Umi dia yang buatkan, bila nak tidur nak umi dia tidurkan, nak makan nak Umi dia suapkan. hah kan mentally stress tu.. hihihii...

Lepas je si irfan tu baik dari demam, si Rayyan pula demam panas. Hah, bila si Rayyan yang demam panas, memang buatkan mamaG agak mentally stress la. mamaG tak kan dapat bergerak or buat apa-apa. Even nak makan ker, kencing ke, mandi ker apatah lagi utk buat keja rumah. Konfem tertangguh but keja.  Ditambah lagi, mood si Rayyan ni akan jadi very the swing2 dan akan effect seisi rumah. hahaha.. Sdok emalam dah la tak dapat nak tidur sangat, sebab Rayyan meragam demam panas. Badan dia memang panas gila semalam. Sepanjang malam mamaG dok tuam dengan tuala basah kat badan dia. Kesian dia.

Memang mentally stress nak handle kids yang sedang sakit bila kita time tu pun tengah sakit juga. Very very the very stress okeh. But, disebalik tu semua mamaG bersyukur sebab inilah masanya kita akan menjadi very very rapat dan full of love dengan anak-anak. Masa ni juga kita akan jadik parent yang very very pro, full of love in every way, quality time wif kids akan lebih diutamakan. Time ni jugaklah kesabaran kita sebagai parent akan diuji. Bila perkara melibatkan anak-anak, kita akan terlupa sekejap keadaan diri kita demi menjaga dan melayan keperluan anak-anak kita.

Terima kasih dan syukur Ya Allah kerana menguji kami agar kami boleh belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri agar menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak-anak kami.

03 December 2012

Cara Nak Gunakan Lotion Fellina Inchloss

Celoteh Aku MamaGlam at 6:38 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan
Okeh ni mamaG nak kongsi sikit cara penggunaan Fellina Inchloss ni. Cara nak sapu la. Ni mamaG dapat daripada rakan FB ni. So mamaG kongsikan kat sini untuk info semua yek especially yg gunakan Fellina Inchloss ni yew.

Cuma mamaG macam konpius sikit la. Ada seller yang bagitau sapu lotion ikut arah jam (macam dalam gambar ni), ada yang bagitau sapu ikut arah lawan jam. Fenin juga, tak tau mana satu.

But watever it is, mamaG ikut suka hati je nak ikut jam ke, ikut lawan jam ke, tanak ikut jam sapa2 ke, mamaG sapu ikut suka janji kene bahagian yang nak dihapuskan tu. hehehe.

So, selamat berlotion.


Resepi Macam Mana Nak Buat Durian Crepe.

Celoteh Aku MamaGlam at 11:08 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua, wah pepagi ni tetiba opis mate tanya lak kat mana nak beli durian crepe ni. Mak ai, dah lama mamaG nak try beli dan makan benda tu tapi ntahlah kenapa la mamaG tak terbeli-beli jugek. huhuhu..

Sekarang ni kan tengah hot pasal Durian Crepe ni kat FB, blog dan market. Mak ai.. Teringin tapi usaha nak beli tu tak ada la pulak.. hohoho.. (alasan!).

Sekalinya, mamaG pon gi la google kat blog masakan yang amamG selalu terjah tu kalau ada apa2 yang mamaG teringin nak makan dan buat buat sendiri kan. mamaG singgah kat blog Kak Ita, rakan blogger yang sangat rajin menhidangkan macam-macam resepi yang sedap-sedap mamaG cakap luuu.. Gi la jenguk. Terima kasih Kak Ita sebab sudi berkongsi resepi Durian Crepe ni. Teringin nak cuba sendiri memandangkan mamaG membayangkan yang di dalam peti ais mamaG masih ada lagi barang-barang utk baking yang belum sempat mamaG habiskan.

Hah, bagi korang terliur sikit. (amamG pun dah terliur dah tengok ni..)

Gambar pinjam daripada Kak Ita (makaseh)

Ok ye murid-murid sekalian, macam korang juga, mamaG ingatkan susah nak buat crepe ni, tapi selepas bertapa di blog Kak Ita pasal nak buat crepe ni, rupa-rupanya ianya hanyalah susah di dalam minda jew.. hohohho.. Tak paham maksud mamaG? hah lupakan jew.. Rupanya senang jew nak buat crepe ni..

Camna tu? Camna tu???...

Bahan-bahan utk crepe:

250g tepung gandum
500ml santan
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara buat crepe:

Campurkan kesemua bahan-bahan crepe tadi, gaul rata di dalam bowl, then blender-kan hingga sebati dan halus. Kemudian, tapiskan adunan yang sudah di-blend-kan tadi tu. 

Panaskan kuali non-stop, then calitkan sedikit minyak/majerin, kendian tuangkan sesenduk kecil adunan crepe tadi. Ratakan nipis.

Crepe ini tak perlu ditrbalikkan, cukup sekadar adunan di bahagian atas tu dah kering, kendian bolehlah di angkat dan sejukkan. 
   

Bahan-bahan utk filling Durian

1 cawan non-diary whipping cream
beberapa ulas durian


cara buat filling durian:

Pukul whipping cream sehingga kental di dalam mixer, letakkan ditepi
Pisahkan isi durian dari bijinya, lumatkan sedikit, letakkan di tepi


Cara nak buat Durian Crepe Pula:

Ambil 1 keping Crepe letakkan di atas pinggan. 
Letakkan sesudu whipping cream di tengah-tengah crepe.
Kemudian, letakkan isi durian yang dah dilumatkan di atas whipping cream,
Kemudian, balut/lipat crepe tadi.
Simpan kat peti ais utk make sure whipping cream tadi maintain kental.

*dihidangkan sejuk-sejuk pun sedap.
*warna crepe ikut suka la ya. Kalo suka pink, tukar je pewarna tu kaler pink. Nak kaler-kaler pun boleh, ikut suka korang, janji korang happy!

Cara buat Durian Crepe daripada Kak Ita

Sumber Resepi dan gambar: Kak Ita (Tq Kak Ita)
 

29 November 2012

Alert Plis.. Jauhkan Pokok Ini and Save Life!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:01 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan
Okeh, sumber ni mamaG dapat dari rakan FB. Info ni memang sangat berguna dan membuatkan mamaG macam 'Ooooo... Aaaa..." gitu kan. Tak sangka pula pokok ni mempunyai racun yang sangat kuat. Yela, pokok hiasan ni memang terdapat di mana-mana saja di sekeliling kita tau tak. Sebagai hiasan, ia memang cantik. Ni hah pokok hiasan yg mamaG maksudkan tuh .
 
Hah siapa ada tanam pokok ni? Angkat tangan cepat! Cepat! Cepat nanti masa habis.. Ok, terima kasih, kerana angkat tangan walaupun tadak hadiah.. hehehehe.. Ha kaaaannn, mesti korang pun ada pernah nampak kan.. So, mamaG harap pasa sesiapa diluar sana tu, yang ada tanam kat rumah pokok hiasan ni, sila-sila la elakkan. Buat apa cantik tapi membahayakan nyawa kan..

Tau tak kenapa ianya sangat merbahaya? Hah kalau korang nak tau, pokok hiasan ni, mampunya mengeluarkan racun yang kuat, yang mana kalau bayi atau kanak-kanak tergigit daunnya (bagi kanak-kanak yang suka sangat menggigit benda-benda kan, asal nampak benda ja nak gigit, asal nak gigit je nampak benda, ahaks!) ia mampu mengambil nyawa si kecil dalam masa kurang 1 minit, bagi orang dewasa pulak dalam masa lebih kurang 15 minit (yela, kebal sikit la kan orang dewasa ni, byk lemak degil, ahaks!)..

Cuba la bayangkan, kuat tak kuatnya racun pokok ni kan. Lepastu, getahnya pula mambu membuatkan mata jadi buta. Mak ai, sangat danyat la pokok ni.. Cantik tetapi berbisa gitu..

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang korang letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. 


Jadi, mamaG harap sangat, lepas korang baca Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Dan kalau terjumpa pokok=pokok hiasan ini di tempat-tempat awam, elakkan diri dan anak-anak kita daripada mendekati atau bermain dengan pokok hiasan ini.. 

Elakkan dan selamatkan nyawa orang tersayang! Go Green!!! (apa kene mengena pulok?!)

p/s: pokok hiasan ni berasal daripada negara Kenya, Rwanda dan Uganda 
p/s: faveret pokok hiasan kawasan mall, sekolah dan juga pejabat-pejabat kerajaan. 


mamaG: pelikkan, kenapa nursery tanaman pokok hiasan masih nak tanam pokok jenis ni kan.. mmm, mungkin dorang pun tak tau kut bahayanya pokok ni kan.. agak-agaknya dorang pun akan jadik macam mamaG juga la kut 'Oooo.. Aaaa..'.. hahaha.. 




22 November 2012

MamaGlam Buat Vlog?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:48 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan
Vlog? MamaG tak terfikir ke nak buat vlog? Soalan daripada sorang viewer mamaG ni. Mak ai. Dah lama dah terfikir nak buat vlog. Bukan apa, kalau tadak idea nak tulis apa, so buat vlog je la. cakap je depan kamera. Lagi real kan bila nak bercerita or bergossip dalam blog kan. Hohohoho.

Tapi ada ke org nak tgk vlog mamaG tu? Kang ada pula melabel mamaG ni gilglam pula kan naya mamaG.

Ok tak pa mamaG pikir pikir pikir lagi dan lagi dan lagi dan lagiii. Hahahaha. Tapi kalau jadik la mamaG nak buat vlog tu kan, korang sila la jangan gelak jahat kat mamaG okeh. Segan la macam tu.

Ok la, korang tunggu je la. kang ade la tu muncul vlog pertama mamaG. Jeng jeng jeng.

Jumpa lagi.

Sempurnakan Aku - VC Anuar Zain

Celoteh Aku MamaGlam at 4:27 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
video

Sempurnakan Aku ni VC kedua utk OST Filem S.A.M. Ingat tak entri mamaG sebelum ni pasal sambungan kepada VC Ajari Aku - Anuar Zain tuh. Hah ni la sambungan VC dia yg mamaG kata tuh. Ok la VC ni. Biasa la Standek Anuar Zain la kan.. Dia kalau buat VC mmg gini la rupa dia.. hihihihi.. Neway, semua Vc Anuar Zain memang ada kelas tersendiri dan macam ekslusif sikit. Love It!

Enjoy dis VC.



Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Celoteh Aku MamaGlam at 8:55 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
 


Terima kasih, Tun Dr Mahathir!

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disan
a disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!

Kredit: Kakibising

Oh! Media: Mereka yang positif sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk insan lain dan lebih memikirkan kebaikan yang pernah dilakukan orang lain berbanding sedikit keburukan atas kekhilafan diri mereka yang juga manusia biasa. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang positif.

Share jika anda sayangkan beliau ♥

Psst: Oh! Media Video of The Month! Berpantang maut sebelum ajal. Tonton di http://ohmedia.me/berpantangmaut
 
mamaGlam: Pemimpin idola mamaG dari dulu hingga kini. Tak kisahlah apa org kata psl beliau. MamaG hanya menghargai dan memandang kebaikan dan kemajuan yang dibawa beliau sejak zaman pemerintahannya kepada Malaysia.

Sumber: Rakan facebook ~ Oh! Media

21 November 2012

Video Muzik Ajari Aku Anuar Zain

Celoteh Aku MamaGlam at 4:12 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
video


Anuar Zain ni kalau buat lagu or VC mesti buat orang tangkap leleh tau.. Lagu-lagu dia sedap je halwa telinga ni dengar tau.. Jarang-jarang dia keluar lagu, Tapi bila keluar single je, mesti meletop tau.. Tahniah n keep it up Anuar Zain.

Dan bila korang tengok ending dia, ada tulis bersambung kan. Hah tu nanti mamaG uplod kan VC sambungak kepada VC Ajari aku.

mamaG: Ooo rupanya VC Ajari Aku ni OST Filem S.A.M.

Nora Danish dan Anuar Zain Bercinta?????

Celoteh Aku MamaGlam at 4:06 PM
Cerita ni: 
2 berbalas bebelan

Wah, jumpa kat laman instagram yg dikirim oleh Nora Danish sendiri hari ini. Wah sangat sepadan. Saya suka saya suka. Tapi betul ke dorang ni bercinta? Kalau betul pa salahnya kan. Kita doakan yang terbaik utk dorang dua ni. Lagipun, dua dua pon single lagi kan. Okeh la tu.

Sama ada dorang nbetul betul bercinta ke tidak, kita tgk je la nanti. Hihihihi

MamaG: suka tgk nora danish, chomel sgt!

Tahniah! Diana Danielle Disahkan Mengandung

Celoteh Aku MamaGlam at 3:22 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
 

Tahniah buat pasangan FArid Kamil dan Diana Danielle bila dapat beritatentang kehamilan Diana. Wah, dapat bufday gift dari Allah swt memang suatu rahmat. Moga pasangan ini akan dimurahkan rezeki, diberi kebahagian berpanjangan, kesihatan yang baik utk menjaga amanah Allah swt. 


Berita ni disahkan melalui lawan Twitter Diana bila dia menulis 
  “The most precious birthday present, thanks Allah SWT” 
dan di’sertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan beliau sedang hamil.

#01 Diana Danielle Sah Mengandung - ROTIKAYA 
 Tahniah sekali lagi buat pasangan sama cantik sama padan ini. Enjoy jadi parent to ur lil one memang suatu moment yg tidak dpt dinilai dengan wang ringgit dan tiada perkataan yg sesuai utk mengambarkan perasaan itu..

p/s:  Farid Kamil & Diana Danielle bernikah pada 3 November 2012 yang lalu dalam sebuah majlis ringkas tetapi meriah di tepian tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.

Applikasi NuffnangX Tak Best dan Mengelirukan

Celoteh Aku MamaGlam at 2:37 PM
Cerita ni: 
3 berbalas bebelan
 

 Okeh, pasti sesiapa yang menggunakan nuffnang.com.my ni pasti juga akan tau pasal aplikasi baru nuffnang iaitu NuffnangX. Yang taktau lagi sila la surf n explore account Nuffy masing-masing okeh. 

Aplikasi ni kira macam aplikasi on-the-go based la. Dimana kita boleh add blog yg kita follow dalam Nuffy world. Dan NuffnangX ni salah satu cara utk kita stay in touch wif other bloggers in Nuffnang community. Where we can read blog n comment terus kat dalam tuh. Dan, aplikasi mi, akan bagi notification tiap kali ada komen terbaru daripada pengomen atau komen balas daripada tuan punya blog. Komen ini dipanggil 'conversation box'. Ala macam kita berbalas-balas mesej gitu dalam watsapp org mana-mana online mesej kan. kira mcm tu la.. 

Aplikasi ni boleh digunakan oleh pengguna iPhone dan juga Android. Carik jer kat Play Market utk Android dan Appstore utk iPhone/iPad. 

So, mamaG pun macam biasa la jenis yg suke menerai dan explore mende-mende gini kan. mamaG pun pi la claim blog mamaG kat Nuffnangx ni. ada la kene masukkan kod nuffy dalam blog.. 

tapi yang mamaG perasan kan, sejak guna conversation box nuffy ni kan, ramai yg emel kata xdpt nk komen kat entry, komen tak best, tak appear la, macam-macam lah.. memang la, mamaG pun fikir juga mcm mana nak solve mende ni, sebab mamaG pun tak suka. mamaG lagi suka komen box yg lama. 

Banyak kekurangan bila pakai Nuffnangx ni, contohnya kan, bagi mamaG sendiri la. Kadang tu ak balas komen orang kat entry blog pun tak tau kat celah mana nak komennye pun. Pastu loading utk komen box tu pula lambat. 

Sungguh tak mesra blogger la.. So mamaG decide nak remove kan komen box nuffyX ni. Back as it was. Yeay.. But, mamaG still dunno how.. hahahaha.. 

Takpa, mamaG akan cari jalan utk remove kan komen box NuffyX tu gak.. Tanak dah pakai.. Lain la kalau kat komen box tu boleh integrate skali ngan blogger kan.. ini tidak, take over habis komen box asal blogger. 

Okeh, tunggu je la sampai komen box mamaG kembali kepada asal.. Maafkan mamaG yer NuffnangX, nampaknya kita memang tak sesuai dan tak serasi bersama dalam blog ini. Next time maybe. 

Tapi dun worry my dear NuffyX, Nuffnang.com.my still my the best sponsor ever.. jgn la sebab entri ini dan komen box NuffyX diremovekan, level mamaG kat Nuffy diturunkan pangkat pulak yew.. hihihihi...



 

 

20 November 2012

Sandarkan Pada Kenangan

Celoteh Aku MamaGlam at 12:06 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Kan best kalau bahu sentiasa ada utk kita sandarkan. Terasa diri ini sentiasa di fahami dan diberi sokongan. Terutama ketika mengantok gile2 sebab bosan yg teramat. Hahahah. Sangat berguna dan amat diperlukan sang bahu itew.


Bermakna ka Hidup Tanpa Gosip?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:01 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Salam semua. Wah tajuk je dah lain kan. Okeh sapa sini yg suka bergosip? Hah angkat tangan tinggi! Tinggiiii lagiiii! Okeh dah la, kang tersebar perfume yg terlarang pula. Hahaha.

Dalam hidup ni, ada orang kata, hidup ni macam tak ceria kalau tak diwarnai diisi dengan gosip. Tak kiralah gosip pasal artis ker, jiran sebelah ke, saudara sekampung ke, ipar duai ke, mertua mentua ke, kawan sekerja dan tak sekerja ke, semua la. janji gosip hah kan.

Betuuulll ker tak ceria? Hurmm. ... Boleh caya ker? Hihihihi. Okeh mamaG caye bukan apa, mungkin ada segelintir manusia ni tak boleh kalau tak bergosip or baca gosip. Rasa hati tak tenang, harinya mendunnggg gitu kan. Rasa macam outdated pun ada. Wah cakap mcm cakap psl diri sendiri je mamaG ni kan. Eh tadak la, mamaG tak macam ni.

Wah bagi mamaG tak salah nak baca or dgr or ckp gosip ni. Tapi biarlah ianya fakta yg betul dan benar. Tiada perisa dan perasa tambahan. Bukan apa, nak elakkan kita ni dpt dosa senyap2 kalau sebenarnya gosip tu tak betul. Sebab apa saja kenyataan atau cerita yg diceritakan tu tak betul akan boleh jadi jatuh hukumnya kategori haram sebab boleh bertukar menjadi fitnah pada org yg digosipkan. Malah mengaibkan orang tu. kan kesian. Kesian kat kat org tu di dunia la, kesian kat kita ni di alhirat kelak la. tanggung la sendiri bahana mulut tu.

Jadi berhati hatilah bila bergosip. Pastikan betul. Dan jgn percaya pada gosip. Degar boleh, percaya tidak. (Sekali sekala percaya takpa kut, hihihihi boleh gitu kan).

Siapa kata tak boleh hidup tanpa gosip? Tipu la tu. Hidup sbb kita mkn. Gosip tak bg kenyang pon. Still juga pi dapur cari mkn kan. Hohho.

Ekceli hidup tanpa gosip ni rasa mcm aman je hidup tau. Takyah nak amik tau sgt org peduli hal org lain. Jaga hal sendiri sudahlah. Asalkan tak ganggu hidup org lain.

Berbuat baik pada org lain (Bukan buat2 tau, beza tu), walaupun org lain selalu sakiti kita. Senyum, redha dan bersabar.


15 November 2012

Astro On The Go Apps - Go Baby Go!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:55 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Satu lagi innovative apps dari Astro sendiri. Astro On The Go. Tiada lagi la alasan tak dapat tengok Astro kan. Kat memane pon boleh, janji ada device dan internet/wifi.

sebelum ni mamaG install kat ipad 2 mamaG, so far ok la. Tapi sebelum boleh tengok kat device, dia ada cara dia. lepas install, korang kene pi website AStro tu, the daftar userID dulu. lepas tu ikut la apa-apa diap unya instruction kat website tu nanti. O yah, please ek, nanti time daftar tu, dia required no siri kat Astro korang tau. Ala kat yang dok cucuk dalam decoder AStro tu. Hah yang tu la, kat belakangk ad tu kan ada nombor yang panjang macam nombor akaun tu kan (memang nombor akaun pun)... yang dekat ngan bar code tu la.

Bukan apa, lain orang, lain pakej yang diambil kan, ada yang pakej famili yg murah tu jer, pakej HD la, watsoever la kan. So, AStro On The Go ni pun, tak semua channel kite leh tgk pun.. Kita cuma boleh tgk channel ikut apa pakej kita amik kat umah tu ha.. Ok la kan.. mamaG dah try dah, ok la. memang boleh tgk la channel mamaGtuh..

So tunggu apa lagi, pi la install dan daftar userID dan kad Astro korang. Bosan-bosan tu, boleh la tgk Astro kat mana-mana. Yang penting ada internet/wifi.. Kalau tadak, korang tengok je la tablet tu gitu.. hehehehe

Korang boleh install apps tu kat sini.

Diskripsi pasal Apps Astro On The Go daripada Developer:

* To use this service please create an Astro ID (username) by visiting www.astro.com.my/onthego.

* After creating your account please link your Astro ID (username) to your decoder Smart Card by selecting Link Account on www.astro.com.my. Linking your decoder Smart Card will grant you access to all 19 Live TV Channels consisting of:

Astro AEC
Astro Awani
Astro Bella
Astro Ria Plus
Astro Shuang Xing
Astro Hua He Dai
Astro TVIQ
Astro Warna
Astro Xiao Tai Yang
Astro Oasis
Asian Food Channel (AFC)
Animal Planet
CNN
Disney Channel
Disney Junior
Disney XD
Discovery Channel
One HD
TLC


Astro On-The-Go is the latest innovative service for Astro TV customers that brings you non-stop entertainment across multiple devices anytime, anywhere. This service provides access to a wide range of selected programmes that you can enjoy on your PCs, laptops, tablets and smartphones. Astro On-The-Go comprises of five main features: 

i.TV Channels – Watch selected local and international channels LIVE, including learning, news and entertainment. 

ii.Video-on-Demand (VOD) – Watch selected titles from our Astro First and B.yond VOD library through the web, smart phone or tablet. 

iii.Catch Up TV – You never have to miss your favourite shows again as Astro On-The-Go gives you access to videos from previously aired programmes from your existing TV subscription package. 

iv.LIVE events – Be part of the experience and catch selected LIVE events from your devices, regardless of where you are. 

v. Radio - Pump up the volume to Malaysia’s hottest radio stations including Hitz FM, Era FM, MY FM, Mix FM, Lite FM, Sinar FM, THR Gegar and THR Raaga. 

If you're not an Astro TV customer you will still be able to enjoy Radio channel and selected Video-on-Demand titles for free. Just visit www.astro.com.my to create an Astro ID (username) without linking it to an Astro decoder Smart Card.


    
                        

14 November 2012

Durian Merah a.k.a. Tempoyak Sabah

Celoteh Aku MamaGlam at 4:59 PM
Cerita ni: 
4 berbalas bebelan

Okeh, ntah napa tetiba pula teringat pasal durian merah ni atau dipanggil tempoyak bagi orang-orang Sabah. Di Sabah, durian ni memang susah nak jumpa la, ada musim la. Tapi bila musim pun, bukan senang nak jumpa pun, kalau jumpa pun, mesti mahal. Hah, tempoyak? Jeng jeng jeng, bagi orang Semenanjung mungkin macam pelik kut kan. Yela kat Semenanjung, tempoyak dorang asalnya daripada durian biasa tu juga tapi selepas diperap dan diproses menjadi tempoyak la kan. Tapi di Sabah, durian ialah durian, manakala durian merah ini lah tempoyak. Tak sama wooo... Rasa dan bau juga memang beza.

Tapi, mahal mahal durian tempoyak ni, orang sanggup je beli, walaupun utk bekas kecil ja. mamaG ingat lagi, bila musim durian tempoyak ni kan, biasanya mak cik bongsu mamaG la yang tinggal kat Pekan Telupid tu yang salu jumpa, sebab kat tempat dia ada banyak jual. Untuk bekas kecil macam bekas kita salu makan dadih tu, hah mau mau harga dia dalam range RM35-45/bekas. Sikit je tuh..

Tapi berbaloi bila beli, sebab durian ni memang amat-amat la sedap. Tak tau macam mana nak describe rasa dia, tapi memang sangat sangat sedap. Biasanya orang guna untuk tumis atau dicampur ke dalam masakan la. Tapi selalunya pun, tumis ngan bawang merah yang kecil tu je, memang mabeles abis la, memang terangkat kening woo makan tempoyak nih..

Durian merah ni dia tadak bau macam durian biasa tu, yang bau wangi durian tu boleh sampai 1km.. hihihihi... Tapi durian tempoyak ni, tak ada bau, isi merah darah. Kalau cuit sikit, kat jari tu dah ade kaler merah.. macam kene kaler gitu.. Saiz pula kecil-kecil jew.. comey jew bentuknya.. Walaupun kulit dia dah rekah, tapi still tadak bau jugak.. Memang sifat durian merah ni gini..

Wah, enuf la utk entry durian tempoyak ni, kang mengidam pulak, mapus Encik Asben nak carik kan.. hahahaha... Apa-apa pun ari ni mamaG ingat nak pi carik durian la.. Dari pagi tadi dok trfikir nak makan durian je... Yummyyyy...


Astro Chef Apps For Android

Celoteh Aku MamaGlam at 4:25 PM
Cerita ni: 
1 berbalas bebelan
Okeh ari tu masa tengok citer Master Chef kat Astro, dorang ada bagitau, boleh dapatkan resepi Master Chef kat apps Astro Chef. Boleh install kat Android Play Market or I-tunes utk Apple devices. So, mamaG pun gi la menyebok kat Play Market. Wah memang ade lah.. Tengah install ni kat tablet. Nak try tengok, ok ke tak app dia..



Hah, ni logo dia. Kang jumpa logo yang lain rupanya, jgn install okeh.. Yang ni yang netul punya. hihihi


Okeh kat bawah ni mamaG bagi diskripsi daripada developer, sila la baca yer.. (mamaG nak test test tgk jap apps yg dah siap install kat tablet mamaG).

Jika anda suka memasak, ini adalah tempatnya! Aplikasi Resipi ini direka untuk membantu anda di dapur dengan sedikit bantuan daripada program-program Astro seperti MasterChef Malaysia, MasterChef Selebriti dan sebagainya.
Aplikasi resipi membawa anda semua resipi terbaik daripada pelbagai program yang disediakan di Astro. Dapatkan resipi-resipi yang telah digunakan dan dinilai daripada MasterChef Malaysia dan terbaru daripada MasterChef Selebriti dan nantikan resipi-resipi di bulan Ramadhan yang akan datang daripada Oasis yang terdapat dalam satu aplikasi. Sukakan Ayam Masak Madu musim lalu? Jangan bimbang, semuanya boleh didapati di sini termasuk video resipi untuk membantu anda dalam masakan.
Terdapat lebih daripada 50 resipi dalam aplikasi ini untuk anda pilih dan banyak lagi di.
Aplikasi ini membolehkan anda:
• Cari dan pilih resipi anda sendiri dari rancangan atau bahan-bahan.
• Ikut dan tonton video resipi dan masak seperti chef di kaca TV anda.
• Tambah resipi-resipi ke senarai membeli-belah anda dan periksa semasa membeli-belah barangan anda.
• E-mel dan tetapkan peringatan untuk mengingatkan diri anda untuk mendapatkan bahan-bahan anda.
• Simpan resipi kegemaran anda ke senarai kegemaran anda.
• Kongsi resepi kegemaran anda atau syorkan resipi melalui e-mel, twitter atau facebook.
Dan banyak lagi ciri-ciri yang akan datang ...











 

 

 

Korang boleh install apps ni kat sini

p/s: mamaG dah tgk dah apps ni, hurm, not bad.. memang lapar la tengok isi dalam apps ni.. resepi memang meletop. Lepasni, boleh la, kat dapur tu sambil-sambil tengok apps ni utk dptkan idea dan resepi utk menu nak makan kat rumah kan.. Enjoy!

12 November 2012

Android Zone: Stardom : A List

Celoteh Aku MamaGlam at 4:10 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Okeh, sekarang ni mamaG start balik main game Stardom: A List ni kat tablet mamaG. Game ni dah lama dah installnyer pon, tapi main kejap2 pastu tak sempat dah nak main..

Tapi sejak sibuk memanjang kat rumah ni, dah sesekali sibuk kat pejabat (bermusim), so mamaG start balik main game ni utk release tension kononnya. MamaG memang cenggini, bila penat/stress, mamaG mesti nak main game.. Orang lain, bila bosan, main game, mamaG rasa penat, pi main game.. huhuhu..

Okeh rupa game ni cenggini..


 














 
Ni kisah, seorang minah ni, nak masuk ke dunia glamer sebagai artis dan pelakon gitu. So, macam-macam la task dia kene buat. Audition drama/filem/iklan dan macam-macam lagi. buat kontroversi. Keje part time pun boleh dan cuba mencapai level A sebagai seorang artis. .. huhuhuh.. bagi mamaG game ni memang addictive tau..

Okeh, kat bawah ni review daripada developer tu sendiri iaitu GLU Mobile. 
one of top developer di Android Play Market. 

STARDOM: The A-List 

Can you reach the A-List? Schmooze, flirt, lie, fight – and maybe even work – your way to STARDOM!
From getting off the bus as a nobody to accepting an award as an international superstar, get rich and famous by starring in movies and TV shows and winning over fans.
­- Customize your star look with the latest styles and hottest accessories!
­- Hollywood in your hands – complete with exclusive clubs, upscale restaurants, movie studios and more
­- Work on-set to earn a 5-star performance, rave reviews, and more fans
­- Date and dump celebrities, party at the best venues, and live it up in a luxury home with your exotic pets
­- Invite friends to exclusive parties, have them co-star in your projects, or check the Top 100 to see who’s more famous


Boleh tgk video macam mana rupa game ni. best la. Relax je main nih..  
Korang boleh install game ni kat sini..

Fellina Inchloss - Memang Loss, Terbaeekkk!!!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:33 PM
Cerita ni: 
13 berbalas bebelan
Okeh semua, memandangkan ramai yg review dan email tanya psal kesan dan result selepas mamaG buat entry pasal nak pakai Fellina Inchloss ni (boleh klik link kat wording yg ade kaler purple tu ek, kalau sapa yg nk baca entry lepas tu), So ni mamaGn ak buat review sikit pasal result selepas mamaG guna utk beberapa hari okeh.

Haluuu, hari pertama mamaG pakai lotion Felina Incloss tu, hurmmmm.. memang seperti apa yang dihavov-havoc kan, memang tidak ada langsung bau minyak angin watsoever. Tak panas pun, or rasa macam nak buang air ker lepas pakai (yela kan katanya buang lemak kan),... Rasanya masa 1st-1st pakai tu, rasa nyaman jew.. sejuk mint jew perut ni hah.. mamaG letak kat dagu jugak tau, sebabnya rasa macam nak berdouble chin la pula dagu ni, so sangat bahaya bila amik gambar angle dari bawah, hehehe... lepas tu, wangi jew.. kira sedap la juga rongga hidung tu hidu kan.. lepas tu, dah la.. pi buat keja... hahahah..

tapi memang sungguh la, pastu dah la, takyah pikir sangat.. hihihi, biar lotion ni buat keje dia.. dia tau la apa dia nak buat kan lepas kita tepek sapu kat perutk an, dah dia dicipta utk tugasan menyahkan babat.. hahaha...

Oya, jangan lupa, sila ukur dulu perot yang oncet itu ye. bukan apa utk jadikan rujukan sebelum-selepas letak lotion.. Hmmm, nak letak tak ukuran perot oncetku kat dalam entry ni.. huuuuuu maluuuuu... Tapi tak pa la, untuk membuktikan betapa kritkalnya keoncetan perot ku ini kan, mamaG state la kat entry ni. Okeh, hari pertama, mamaG ukur sebelum letak lotion, 32.5 inch.. (hah, sila jangan ketawa sindir, lucu or watsoever ek)... hah kan, keoncetan perut mamaG ni dah nak sama ngan lebar punggung.. dasyat tau.. Perut maju kedepan gitu.. Mimpi ngeri okeh.. Lagi parah, bila orang dok tegur, "eh, mengandung ker?" " mak ai, besarnya perut" huh, sedey...

So, hari kedua  esoknya tu, mamaG ukur lagi sebelum letak lotion, hah, korang agak-agak masih sama ker tak?.. Yela, baru kurang 24jam kut letak kan.. hahaha... Memang ajaib la kan lotion tu kalau kesan gitu cepat kan.. memang anbelivebel la kan.. Betul tak?.. Pakai lotion mustajab halia tu pun, kamik masa berminggu-minggu juga kan nak kempis kan..

Hah! Tapi Felina Inchloss ni memang la unbelivebel tau! Memang kesan dia sangat efektif.. MamaG memang tak caya lepas ukur tu, perot oncetku dah kurang jadik 32 inch.. Hah, ko hade? Memang tak caya.. Tapi terpaksa caya.. Sebab memang ukur betul2 n byk kali sebab tak caya.. So, korang kene la percaya juga. Kurang 0.5 Inch dalam kurang 24jam. Ko ade jumpa krim gitu?.. hah, mamG dah jumpa dah.. Pi la beli... mamaG beli online jew, sebab tak tau nak carik at mana kat kedai..

okeh, nak bagi hangat dan hasut korang beli lagi nih.. Hah, hari ke tiga mamaG ukur lagi, dah kurang dah jadik 31 inch.. hah, dasyat tuuuu... belum seminggu tuuuuu... dah dapat result gituuuu.. hahahahah... MamaG tak diet pun.. (memang jenis kuat makan, tak boleh nka diet, semangat diet je ade, hihiihi)... Memang berbaloi la beli.. Harga dalam RM75 termasuk postage dah tu.. Pakai 2 kali sehari.. siang dan mlm jew.. ok la tu kan, lepas mandi pagi-pagi buta tu, letak la, kulit pun tengah segar lagi. pastu time malam selepas mandi ke or sebelum tidur..

So, mamaG dah jumpa penyelamat mamaG utk nyahkan babat, korang bila lagi?.. mamaG promo ni bukan sebab mamaG ni ejen ke apa.. mamaG bukan ejen lotion ni pun (tapi macam ade juga terfkir nak jadi ejen, huhuhuhu), tapi mamaG promo sebab, benda ni bagus dan memang berkesan pun.. mamaG suka sharing sesuatu yangbagus dan boleh bagi manfaat pada orang lain. Tadak pun nak minta apa-apa balasan.. mamaG suka tgk org lain hepi dan dpt bantu org lain tak kira la info ker, apa ker.. Janji apa yang mamaG rasa sesuatu bagus dan bermanfaat tu patut dikongsi, mamaG akan kongsi dengan penuh eksaited.. Korang patut tengok cara mamaG kongsi benda-benda best/bagus ni depan-depan tau.. Baru korang tau betapa c mamaG terover eksaited bila share sumting yg best.. hohohoho... Nak wat macam mana, dis is the way i am n i live wif it..

p/s: bagi yg dah cuba, dan kesannya tak macam mamaG cerita, jgn la anggap mamaG tipu.. Letak kat dalam pale otak tu, setiap org berbeza jenis kulit dan sensitiviti kulitnya, so setiap orang akan dpt result yg berlainan.. Macam mamaG ni mungkin kulit mamaG jenis cepat menyerap apa ye yg ditepek kat kulit, mgkn tu sebabnya cpt dpt result yg gitu kan.. So, sabar sikit lagi bila nak guna yer.. (beli la beli la beli la... heheheh)

10 November 2012

Hilangkan Dakwat Di Baju

Celoteh Aku MamaGlam at 1:21 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
 Apa korang akan lakukan kalau baju korang terkena dakwat pen? Buangkan jer? Beli baju baru? Cuci juga sampai hilang dakwat yg degil tu? Hah, meh sini nak kongsi cara-cara nak hilangkan dakwat yang terkena pakaian tuh.. Cer cuba salah satu cara kat bawah nih. Nak cuba semua pun boleh, tadak sapa kesah pun, Jemah oiii...



1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

08 November 2012

Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak..

Celoteh Aku MamaGlam at 1:20 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Dalam banyak perkara kadang-kadang kita terlupa akan beberapa amalan yang sememangnya kita ambil mudah. Ini termasuklah amalan harian yang sering kita lakukan. Namun sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan “bahaya” yang kita tidak sedari. Sehingga pada satu tahap amalan tersebut mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita.

1. TERLEBIH MAKAN – Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

2. MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR – Tidur sambil menekup muka dengan bantal akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

3. PEROKOK – Asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan bleh mengakibatkan ‘alzheimer’.

4. BANYAK TIDUR – Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel otak kita mati.

5. PENCEMARAN UDARA – Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh mengakibatkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. KURANG BERIMAGINASI – Berfikir adalah salah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun. maka jadilah kita manusia lembab gelarannya kalau malas berfikir.

7. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI – Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

8. JARANG BERFIKIR – Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambahkan keberkesanan kepada kecerdasan otak kita.


Sumber: RadioInfo.com

07 November 2012

Sadness Wednesday...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:36 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Harap maaf, Isi entry ini telah di sorokkan, sebab dah melanggar terma blog ini iaitu, no sad sad story, okeh. Kepada sesiapa yang dah baca tu, terima kasih sudi baca luahan hati anak perantau. PAda yang tak sempat nak baca tu, tak yah la nak baca bace ek,... Tak best pun.. hihihi...

Hari ni mamaG cuti lagi, sebab pengasuh sakit. Kesian mamaG kat pengasuh tu. Semalam dia jatuh, abis kakidia terseliuh dan tangannya kene simen sebab retak. Ya Allah, Kau sembuhkanlah cepat sakitnya. Dan kurniakanlah dia ksihatan yg berpanjangan. Pengasuh anak mamaG ni baik sangat. Dia anggap dan jaga anak anak mamaG macam anak sendiri, malah manjakan anak anak mamaG lebih dari mamaG sendiri. Pengasuh ni yang mamaG panggil Kak Ani ni tak pernah merungut dan tak pernah berkira dengan anak nak mamaG. Hanya dia ja la harapan mamaG dan hubby utk jaga kids mamaG bila mamaG kene pi kursus. Kak Ani ni pun serasi dgn kids mamaG. Dah lama mamaG dgn akak ni. Sejak Irfan kecil lagi,sampailah lahir Rayyan, dan sampailah sekarang.

Memang mamaG dah anggap akak tu mcm keluarga rapat mamaG dah. Almaklumlah mamaG n hubby ni orang merantau. Di sini kami memang tak ada keluarga atau saudara dekat yg boleh kami minta tolong. Kami hanya ada kami sendiri saja. Bila mamaG sakit or kidsada masalah,hubby ada, kalau hubby or kids sakit or ada masalah, mamaG ada. Kalau mamaG n hubby ada masalah,Kak Ani tu la harapan mamaG utk jaga kids. Kalau mamaG n hubby kene stayback kat ofis, Kak Ani tu la juga yg sudi tolong.

Kalau salah seorang dari kami tak ada,tak tau la mcm mana. Memang susahlah mamaG. Terpaksa ambil cuti yg dah tiada tu. Macam sekarang ni, terpaksa cuti potong gaji. Pening kepala mamaG mikirkannya. Tambahan pula sekarang ni mamaG dpt tau, byk prosedur nak kene buat, dan efeknya sgt negatif pada servis mamaG nanti. So lepas ni kalau kerja bagus pun or not so perfect, komited siapkan kerja sampai stayback pun, itu takkan dpt menjamin apa2 bila once kita ni terpaksa amik cuti sebab hal peribadi yg memang tak dpt dielak lagi. Performance kehadiran kita tak berapa baik. Kebanyakkan cuti mamaG disebabkan kids mamaG sakit n pengasuh mamaG sakit. Cuma akhir2 ni mamaG pula yg salu sakit.

Mungkin bagi orang lain, boleh persoalkan kenapa tak ada orang lain ke nak jaga anak? Pengasuh tiada utk jaga anak itu bukanlah alasan munasabah or tak kukuh, tapi memang itulh punca masalahnya.Ya, saya tiada orang lain lagi yg dpt jaga anak saya. Ya, memang pengasuh sayasajala sorang yg jaga anak saya,dialah segalanya bagi saya dan hubby bila jaga anak anak saya. Ya memang dengar alasan tak kukuh, tapi kukuhbagi saya yang langsung tiada saudara mara di tanah semenanjung ni. Dan akan manjadi masalah besar bagi saya kalau pengasuh saya ada masalah. Jiran? Kalau korang bagi koran semua, sejauh mana anda letakkan kepercayaan kepada jiran yang berbangsa asing utk menjaga anak anda? Jawap la!! Ya, saya dikelilingi jiran berbangsa asing.

Tapi tak apa,peraturan tetap peraturan. MamaG kene hadapinya. Macam mana teruk pun keadaan mamaG kene hadapinya juga. MamaGtau mamaG tak buat salah yg melanggar peraturan yg berat. MamaG cuma kehabisan cuti dan terpaksa ambil cuti tanpa gaji sebab tiada org jaga anak mmaG. Dah penat tepon sana sini, cari sana sini yg blh tumpang jaga Rayyan utk minggu ni. Mostly tak ada yg blh jaga or nak amik budak lagi utk jaga. (hurmmm, sgt pening, dzn bertambah pening bila cuti ni jd isu yg bertambahbesar dan melibatkan masa depan kerjaya).

Korang semua takkan dpt rasa apa yg saya alami bila jadi macam ni. Mungkin bagi korang, tiada pengasuh takpa, boleh hantar kat rumah adik ke kakak ker, saudara ke, jiran yg sebangsa kita ker kan, sebabtu bila jadi kat saya, korang semua boleh persoalkan. Ataupun, jika bernasib baik dan bergaji tinggi, mampu utk menggaji bibik or orang gaji.Tapi cuba letakkan diri anda dlm situasi saya. Cuba byg kan, anda semua juga perantau seperti saya. Di sini hanya ada anda dan suami menguruskan keluarga kecil anda. Tanpa keluarga,saudara dekat dan bibik ororg gaji. Nak balik kampung,tiket kapal terbang mahal.

Tiada siapa tau, kepayahan dan kesedihan yg dirasa bila ada masalah mcm ni. Terpaksalah mkorbankan kerjaya demi anak anak. Terpaksa menguatkan semangat sendiri, memujuk hati sendiri, yakinkan diri mampu atasi ujian Allah swt. Tanpa keluarga dan saudara di sisi. Hanya ada hubby, kids dan pengasuh. Beruntunglah korang yang ada keluarga dansaudara dekat. Yg mungkin boleh dan sudimembantu tika korang susah, walaupun utk sehari dua.

Hati ini sedang menangis. Maaf, tak mampu lagi nak teruskan entry ini. MamaG perlukan ruang utk motivasi diri dan fikirkan jalan utk selesaikan masalah ini. Secepat mungkin. Kerana sekarang ini kerjaya mamaG umpama di hujung tanduk, bagi mamaG. MamaG perlu bertenang dan fikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Tanpa menjejaskan mana2 pihak atau sisi mamaG.

Ya Allah, aku berserah pada-mu, dan bukakanlah jalan utk ku dan permudahkanlah usahaku. Aminnn....


P/S: kita memang sentiasa perlukankeluarga dan saudara. Tak semestinya wang ringgit atau kebendaan tetapi moral support memadai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea