Laman

31 January 2012

Irfan The Green Warrior

Celoteh Aku MamaGlam at 4:59 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Wargh sejuk gila pagi ni. Subuh subuh alam lagi dah lebat ujan kat rumah. Dah la pagi ni hampir-hampir la juga lewat sampai opis kan. Yela time-time ujan macam ni la lagi melambatkan sebabnya jem kat mana-mana. Aiyok. Tapi syukurlah mamaG sempat jugak la sampai opis tepat waktu.

Ni bukan nak ngarut pagi-pagi pasal ujan ke jem. Tapi nak cerita pasal Irfan ni hah. Pagi ni macam biasalah dia ikut mamaG pi opis pastu baru mamaG anta ke taska dia. Tau apa dia cakap pagi ni? "Umi cepatla amik gambar Irfan. Cepatlah." Sambil menyambil posing ngan jaket ijo dia. MamaG amik la henpon kan. Tengok dia dah ready posing dah. Hamboi anak sapa la ni kan. Malu mamaG. Huhuhu.

Yang tak tahan tu sekali terkantoi dengan timbalan boss besar la pulak time tengah syok2 posing. Huhuhu. Maluuuunyaaa iiiii. Tapi boleh wat bongek lagi tu. Teruskan berphotoshoot gitu kan. Hahaha...










Wah, Uminya pun ikut join sekali hah...





"Amacam, ok tak posing i tadi?"...


Tersilap ku bedal je la.

Celoteh Aku MamaGlam at 1:23 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Alahai, mamaG tersilap daftar exam la pulak. Tu la, orang salu kata, orang tamak salunya kadang2 rugi kadang2 untung. Orang yang terburu-buru yang salunya rugi. Hah mamaG la tu terburu-buru pastu ditambah pula dengan eksaited, hah jadiknya dah tersilap.

Tapi rasanya tak rugi kut kalau amik je exam ni. Anggap je tambah pengetahuan o skill. MamaG kan suka wat macam tu. Sukati sukati mamaG jer nak amik apa o buat apa yqng tak berkenaan pun amik jugal. Nak kaber balik kononnya sbg ilmu tambahan. Huhuhu...

Ni ha kesahnya bedah oiiii. Tadi pagi gi la daftar online exam untuk naik pangkat untuk kesekian kalinya kan. Yela tahun lepas kan kandas gitu kan. Bangga gitu kandas exam kqn. Haiyoooo. Sekali ada satu tajuk exam tu "Kemahiran ict tahap asas". Hurm bagai dibisik-bisik d telinga ni auh amik jew, mamaG kan tau pasal ict ni. Amik jew.

MamaG pun apa lagi dengan gumbira dan eksaited tak bertempatnya mamaG daftar. Hah sekali tu tengok jadual sebemar ghupa-ghupanya tu exam untuk jawatan setiausaha pejabat yang nqk naik pangkat. Haiyooo. Apa daaa.

Kononnya takpa la. Takyah gi la exam tu kan. Biarla macam tu. Sekalinya ternampak pula la kan nota kat bawah jadual tu, tulis kalau tal hadir tanpa sebab musabah yg diterima, nanti nama akan di gantung selama 2 sesi exam. Mampos!!! Jadik kesimpulan yang tersimpul kat sini ialah mamaG pegi jew la exam tu bertemakan motto "sebagai ilmu tambahan".

Adoila sabar ja la ngan mamaG ni.


30 January 2012

Selongkar n Update!

Celoteh Aku MamaGlam at 9:37 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Sekarang ni mamaG buat entry dr hempon c Irfan ni. Baru dunlod apps blogger. Saja ja nanti senang la mamaG nak wat entry kat henpon ni kalau si Irfan sebok kacau henpon mamaG. Lagi pun dalam henpon ni Irfan suka amik pic sukati dia ja. Past siap edit2 lagi. Kreatif n bijak betul la budak zaman sekarang ni.

Kalau pasal gadjet, tak payah nak ajar sangat. Coba korang letak 5 minit ke saploh minit gadjet kat depn dorang. Cuba tengok pas saploh minit apa dah dorang teror buat kat henpon tu. Ha macam  tu si Irfan. Kejap jew teror. Kalah Umi dia i yang kadang2 bongek kadang kadang bijaksana. Huhuhu...

Sekarang ni  pun salah satu sebab mamaG guna henpon sia taip entry sebabnya dia sebok main game kat henpon mamaG. Kongker habisss. Haishh..

Okeh la. Si Irfan dah nak amik balik la pulak henpon dia ni konon nak main game abc pula. Baik boshhhh!

Irfan sikat rambut Rayyan.

Celoteh Aku MamaGlam at 12:05 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Amboi rajinnya abg Irfan. Baiknya abg Irfan tolong sikat rambut adik Rayyan. Hah macam ni la jad abang kan. Selalu tolong adik. Selalu jaga adik. Selalu kena uruskan adik tau. Terima kasih abang Irfan.






27 January 2012

Park n Poops!

Celoteh Aku MamaGlam at 12:09 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Pagi tadi anta Irfan gi taska. Sempat lagi tu posing untuk melepaskn 'hajat'. Kalau nak tau abang Irfan ni ada satu tabiat. Kalau nak berak dalam pampers, abang Irfan mesti nak posing berdiri sambil tangan sandar kat dinding. Kalau pakai pampers la. Kalau tak pakai biasanya Irfan dah pi tandas sendiri dah.
"Umi buat per tu?"


Malu la tu kena amik gambar tgh buat projek.. hihihi

26 January 2012

Apa Kes Rayyan Macam ni?

Celoteh Aku MamaGlam at 4:29 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Ni apa kes ni si Rayyan nih?.. Sampai dah jadik macam ni? Alahai, anak sapa la ni kan.. huhuhu... Comei jew... (... macam Umi dia jugak! hihihi)




Bila ilham datang jam 5 pagi.

Celoteh Aku MamaGlam at 4:16 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Huh, bila ilham dah datang, biasalah, buat jew teruskan. Buat pa tunggu-tunggu kan. Tambahan pula semua barang-barang kan dah lengkap. Bak motto Nike "Just Do IT!" gitu kan. So mamaG dan enchik asben pun menjalankan misi di tengah-tengah subuh. Jeng jeng jeng..  Ingatlah disaat kalian sedang enak diulit mimpi ada pulak sepasang suami isteri yang dok sebok buat keja. hihihihi..










Chak! Dia pon ade jer nak interframe lah...
Hah, ni la hasil keja yang dibuat oleh kami suami isteri time anak-anak tengah tido lagi. Memang sengaja nak buat time-time subuh sebabnya time-time lainnya, memang jangan harap la kan dapat buat. Sebabnya susahlah budak-budak nih nanti huru hara cat kat rumah nih. uhuhuhuh... 

Neway, mamaG memang suke sangat kaler dan design baru mamaG ngan enchik Asben buat nih. Rasa lapang jew. Takde la kaler ijo jer ngadap kan kan kan.. Almaklumlah, rumah mamaG penuh ngan kaler ijo jer, febret katakan.. Okeh, pasni nak buat apa pulak.. huhuhuhu...   





Ada duit ke tak?

Celoteh Aku MamaGlam at 11:22 AM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan

Ni Yayah cerita ngan Umi pagi tadi pasal gelagat abang Irfan semalam time di bilik abang Irfan.

Irfan: Yayah,.. Yayah ada duit tak?

Yayah: Napa?

Irfan: Ala Yayah ada duit tak?

Yayah: Tak ada, napa?

Irfan: Yayah ada duit tak ni?

Yayah: Ada, sayang. Napa?

Irfan: Oh... Belikan Irfan sos boleh? Satu jer, satu jer. Irfan nak sos. Satu jer, boleh laaa.

Yayah: Ok la nanti Yayah belikan ya.

Irfan: Ok. Terima kasih Yayah.

Utk makluman, time tu sos tomato Irfan dah abis. Pastu Umi ama Yayah asik lupa nak beli, tu yang Irfan ingatkan tu kut. Ala lalala sian dia. Pastu Yayah terus beli untuk Irfan.

Location : Persiaran Barat, Presint 8, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya,
Wif luv from mamaGlam henpon via Blogaway

18 January 2012

Sungguh Puitis la si Zahiril nih..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:01 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Okeh, tadi kejap baru jer surf-surf internet. Sesaja lar. Lepas habis buat keja (ekceli tak abis pun, ekeke).. Sekalinya terjumpa blog pelakon Zahiril Adzim. Ala yang belakong dalam Kami The Movie, Khurafat The Series, Tolong Awekku Pontianak, etc lagi lah. Not bad juga blog dia tuh.

Penulisan dia puitis jer, simple jer tapi puitis gitu bagi mamaG. Sampaikan tak tahu nak komen apa pasal blog dia tuh. Korang tengok la sendiri blog Zahiril Adzim tuh. MamaG tadakla minat kat Zahiril ni tp suka la tengok lakonan drama or filem dia, sempoi jer.

Okeh, adiois, assalamualaikum..

17 January 2012

Fullday Housewife Time!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:11 PM
Cerita ni: 
0 berbalas bebelan
Okeh, hari ni mamaG cuti sebabnya pengasuh anak mamaG minta cuti dia ada appointment dengan doktor. So, kira ari ni mamaG akan bersama-sama dengan si Rayyan la 1 hari ni. So jadual hari ni ialah subuh-subuh alam lagi dah kena antar tetamu dari Sabah mamaG pi epot KLIA. Pastu terusj er anta si Irfan ke Taska di Putrajaya. Pastu bali umah, buat keja rumah la pulak. Tapi before tu mamaG ajak si Rayyan singgah sarapan pagi dulu kat Taman Warisan, Presint 16, Putrajaya. Amboi kanmain lagi dia suka, dapat berjalan ngan bebas la katakan.

Siap bawa bekal lagi hah..

Time ni Rayyan sebok nak kejar kucing.

Hepinya dia dapat jalan-jalan
Okeh dah samapi rumah dalam jam 9am, macam biasalah buat keja rumah. Kemas-kemas, cuci-cuci, susun-susun. Rayyan pon 'tolong' sekali. 'Tolong' hambur. Aiyok, penat la! Pastu dalam kul 10 gitu, relax-relax ngan Rayyan tengok tv sambil makan-makan. Dalam jam 11am tu dah sampai masa untuk si Rayyan tidur la pulak. Sib baik la kejap jer nak tidurkan dia. Mungkin dia penat kut tadi jalan-jalan kat Taman Warisan tuh. Udara pulak segar pagi2 tuh. Best. Hasilnya, mamaG pun tertidur sama.

kul 12-12.30 gitu mamaG terjaga, nak masak lunch pulak untuk encik asben yang akan balik kul 1pm nanti. Dah siap mkn-mkn, sambung main ngan Rayyan.



Lagipula, dah takda keja kat rumah yang nak kena buat. Kul 3.30pm gitu, masa untuk c Rayyan Tido lagi. Dan mamaG pun ikut sekali. Huhuhuhu... Masa Rayyan tido la masa untuk mamag pun berehat kalau tak ngantuk ataupun tidor. Dalam kul 4.30pm mamaG ajak Rayyan pi amik Irfan kat Taska di Putrajaya. Pastu balik la ke rumah dan ready untuk tengok tv utk drama kul 6.30pm mamaG seperti hari kebiasaan (time ni memang tak leh kacau mamaG, huhhuu). Kul 7.30pm pula dah start masak dinner. Huhuhu, dah siap kemas-kemas, cuci-cuci, dah boleh relax. Kul 10pm time to bed! Sebab besoknya keja.

Penat tapi best sebab kualiti time ngan Rayyan. Cuma yang tak bestnya tuh, susah bila mamaG bawa Rayyan keluar nak drive ke mana-mana tanpa encik Asben. Sebabnya dia akan asik nak minta dukung or duduk di riba. Ni pun dia buat juga tuh. Tawakal dan berdoa jer mamaG minta dilindungi Allah swt drp sebarang kecelakaan Walaupun mamaG tau ianya bahaya tapi terpaksa. Tau apa? MamaG drive sambil menyusu badan Rayyan dan juga drive sambil meriba si Rayyan. Tiap kali keluar. 1st tu time lepas mamaG anta tetamu mamaG di epot. Time drive ke Putrajaya untuk anta Irfan ke taska, Time tu juga la Rayyan nak menyusu badan, tanak duduk sebelah, terpaksalah mamaG berenti tepi kejap, bagi susu kejap tapi pastu drive pelan-pelan sampai ke Putrajaya yang amik masa dalam 45-50 minit.

Lepas tu time balik dari Taman Warisan, pun sama juga dia buat lagi. Kalini pun nak susu badan juga, siap tertidur lagi tuh time mamaG drive sambil susukan dia. Susah macam nih dik oi. Kadang terfikir jugak ni macam mana nak start berentikan dia susu badan. Bagi susu botol dia tanak langsung kalau mamaG ada kat sebelah dia, kan dah membazir. Dia cuma minum susu botol kalau mamaGtak ada di rumah atau di rumah pengasuh jer. Tapi kalau dah nampak mamaG tu dia mesti merengek-rengek nak susu. Balik kerja, selalunya tak sempat nak bukak tudung dia dah sebok-sebok dah nak panjat mamaG nak susu badan. hadoi lah.

Tapi syukur alhamdulillah, perjalanan driving mamaG dilindungi Allah swt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea