Laman

04 November 2010

Umi nak COsmos!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:16 PM
Cerita ni: 

Umi nak COsmos! nak COsmos!… waduh, pepagi buta ni dia bangun awal la pulak! Apalah yang dimimpi anak bujang aku sorang ni tau.. Pepagi lagi dah bangun, kul 7 pagi lak tuh.. dah tu, siap nak COsmos lagi.. Fenin kepala macam nih.. ari ni mamaG terpaksa bercuti sebabnya, pengasuh anak mamaG mintak cuti, anak dia nak nikah hari nih. Harap-harap semuanya selamat diijab kabulkan, amiinn..

 

Jadiknya, ari ni mamaG sibuk la sikit nak melayan 2 orang hero kecik mamaG nih… Berbalik pada cerita awal pagi mamaG tuh, hah, c abang ni, pepagi buta lagi dah bangun awal, mamaG ingatkan leh la kemas umah lu n wat apa-apa yang patut sebelum dorang 2 ni bangun kan, tapi hampeh ke daun la pulak (ceh!, amik ayat Lia)..

Hah, nak tau apa dia Cosmos Cosmos yang ai abang dok pepagi buta nak tuh?.. jeng jeng jeng, apalagi kalau bukan nak mintak pasang DVD Ultraman Cosmos! hahahaha.. habis la, tiada harapan la mamaG nak tengok TV. Sekarang ni pun, masih tengah pasang lagi tu DVD tuh, dok main dari pagi tadi sampai skarang nih (jam skang dah kul 3.40pm).. sekarang ni si abang dok tengah tido time tengok Ultraman td, konon-kononnya nak la mamaG padan DVD tu kan nak tengok TV kejap tapi tak dapat jugak.. ntah napa si abang ni macam ada alarm la pulak.. bila mamaG tukar jer channel, tup tup mata dia celik kan main besar lagi, siap marah mamaG, suh pasang Cosmos dia gak.. adoiyai!..

nak wat cam manakan.. terpaksa la pasang jugak walaupun tak sampai 2 minit, si abang tu dah tido balik.. mamaG biar je la DVD tu terpasang.. huhuhuhu…

Ragam anak mamaG ni, kadang wat mamaG geram, kadang tu tergelak gak.. anak-anak, mana la tau apa2 kan..

Sabar jela..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea