Laman

06 November 2010

::Jom Makan:: Ayam Mandhy Berempah Mandhy Spicy Chicken

Celoteh Aku MamaGlam at 11:59 PM
Cerita ni: 

 

bahan untuk memerap ayam :-

1/2 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil ketumbar

1/2 sudu kecil jintan halus

1 sudu kecil kunyit kering

(bahan diatas ini hendaklah dikisar halus)

1 biji lemon dibelah-belah

2 labu bawang besar dipotong gelang

sedikit saffron

rempah mandhy secukupnya

rempah mandhy :-

1 sudu kecil buah pala

2 sudu besar lada hitam

2 sudu besar buah pelaga

2 sudu besar bunga cengkih

1 sudu besar halia kering

4 helai daun bay (daun salam)

(Kisar semua bahan ini)

 

rempah diatas ini semua boleh didapati dalam bentuk serbuk tapi aku suka sangat membuatnya sendiri kerana selepas kita goreng dan kisar atau tumbubk aromanya akan naik. Wahhhhh... sermerbak gitu.


Lumurkan rempah-rempah kisar tadi pada ayam dan peraplah dalam lebih kurang 2 jam. Selepas itu susun dia atas tray pembakar dan taburkan bawang yang dihiris gelang dan juga lemon. bakar pada suhu 200 darjah sehingga masak.

 


Ayam mandhy berempah ini sedap dimakan bersama nasi buryani mandy.

Resipi nasinya, akan di post kan di entry akan datang… Hah, nampak sedap kan kan kan.. meh, cuba!

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea