Laman

07 November 2010

Ikan Patin Masak Gulai Asam Rebus Dengan Belimbing

Celoteh Aku MamaGlam at 2:33 AM
Cerita ni: 
 

Assalamualaikum......

Semua orang tau akan keenakkan daging ikan patin ini. Kalau kita beli di pasar misalnya, rasa ikan patin ini jauh berbeza dengan ikan patin yang ditangkap sendiri di sungai.

Ikan Patin ini aku cuba masak asam rebus dengan belimbing buluh dan rasanya memang sedap sekali.

1 ekor ikan patin

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 tangkai cili merah

5 tangkai cili padi

halia sebesar ibu jari

kunyit sebesar jari kelengking

Kesemua bahan ini ditumbuk halus

Masukkan kesemua bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk dan bubuh air. Bila kuah hampir mendidih masukkan asam jawa dan sekeping asam gelugur bersama-sama ikan. Bila kuah mendidih masukkan buah belimbing yang dibelah dua bersama-sama dengan secekak daun kesum. Siap untuk dihidang. Jom makan…

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea