Laman

08 November 2010

Malu tapi mau…

Celoteh Aku MamaGlam at 3:30 PM

 

Salam tengahari semua, eh tengahari lagi ker? ni dah kul 3pm ni, kira nak masuk petang la kan.. huhuhu, watever la kan.. tadi tengah surf internet carik info pasal breastfeeding, baby, etc.. saja nak carik ilmu gitu kan… pagi tadi dah blogwalk, post sikit entry kat blog 4lilone pasal parenting bila dapat artikel baru… yela nak kongsi ilmu baik gitu.. khas untuk parents kan.. senang-senang pi la blog tu ya..

Ok, ekceli mamaG bukan nak cerita pasal breastfeeding n watsoever, tapi pasal pasal hobi mamaG yang suka amik gambar.. hah, jangan tak tau, mamaG bukan sahaja suka bergambar (ala interframe jer keje), tapi juga sangat sangat meminati seni photography. mamaG memang suka buat macam-macam shoot.. huhuhu, tambah-tambah lagi dah ada kamera DSLR sendiri kan.. Tapi kali ni mamaG bukan nak kongsi hasil seni mamaG, tapi hasil seni photographer terkenal Anne Geddes. Memang berbakat sangat-sangat.. Ala tapi takleh nak upload la pulak (hurmmm, frust!).  Takpa, Jom tengok kat sini.

Kalau bercerita pasal bergambar ni kan, hurm cuba bagitau siapa agaknya yang tak suka bergambar? Tak mo diambil gambar? hahaha, tipu la kalau kata tak suka.. kalau ada pun malu-malu kan tapi mahuuu.. huhuhu…

Zaman sekarang ni, kamera pasti ada di mana-mana saja kan.. sesiapa pun ada kamera.. tak kiralah canggih ke tidak, asalkan boleh amik gambar yang kita nak. Hah, handphone sekarang pun dah canggih jugak, siap leh amik gambar, video, 3G, dan macam-macam lagi..

Bila fikir balik, canggaih dah zaman kita ni kan.. kaalu dulu tu, susah tul nak amik gambar, jangankan amik gambar, nak beli kamera tu pun payah. Baik beli makanan daripada beli kamera..  Zaman sekarang ni, tengok la Facebook tuh… macam-macam gambar kawan-kawan kita kongsikan kan.. gambar peribadi, gambar orang lain.. dan yang bagusnya ada kamera tuh, orang boleh guna untuk berniaga.. snap gambar produk pastu publish kat facebook masing-masing.. tu yang tergoda tu then terbeli la produk tuh.. suma dek kerana gambar jer, belum tengok live lagi kan.. tu la dia penangan kamera ni..

Dan jangan tak tau jugak, di zaman sekarang ni ramai orang boleh mengeksploitasikan (aduh berbelit jari menaip perkataan nih!) gambar-gambar kita yang dikongsi di laman sosial. Jadik, berhati-hati lah dengan apa yang kita kongsikan.. Kalau agak-agak seksi meksi tu, takyah la nak upload kat dalam laman social.. simpanlah di rumah jer sebagai sentimental value ke apa.. Bukan apa, nanti ada pula yang terlebih bakat tuh, dok edit-edit gambar kita jadik ke lain la pula.. kalau tambah cantik tak pa la juga kan, kalau jadik macam hantu ker apa, kena super impose ke, hah kan naya, kang jadik macam cerita arits-artis dulu tu yang macam-macam kontroversi tu, sapa yang malu, korang jugak kan. hah, padan ngan muka sendiri. huhuhu.. kalau diri tu artis takpa la jugak kan, leh dapat publisiti murahan gituu…

Jadik, baik buruk tu, dari kita sendiri juga pon… Takyah nak salahkan orang yang edit-edit gambar tu, tu memang salah dia la, tapi in 1st place diri kita yang salah. sapa suruh pio upload gambar-gambar peribadi yang macam-macam aksi..

okeh la, panjang pulak bebelan mamaG ni kan.. kang bosan pulak kan..  

 

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea