Laman

12 November 2010

SPHAGETTI BLACK PEPPER SOSEJ

Celoteh Aku MamaGlam at 9:23 AM
Cerita ni: 

 


 

Salam semua..mata mengantuk waktu2 begini..almaklum badan dan otak perlukan rehat . Ni akak nak share resepi Spagethi yang mamaG dapat dari Kak Nor . Tapi ngape tak serupa pulak rupa spagethi ni ngan Kak Nor

ye lah mana nak sama ngan tokey asal ek..apapun sedap ..selalunya mamaG guna sos spageti tapi kali ni tidak.. meh tengok resepi di bawah .. Kalau nak detail pegi blog Kak Nor ya.. Home Sweet Home ok..terimakasih Kak Nor.


Bahan-bahan :
1/2 paket spagethi
3 batang sosej lada hitam
1 labu bawang besar dadau
2 ulas bawang putih
1/2 lada benggala hijau / hijau
1/2 cendawan butang
2 biji tomato dadu
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
1 sk oregano
1/2 sk lada hitam kasar
1 sk pasley
3 sb minyak zaitun
keju parmesan ( x bubuh )
air, garam dan gula ikut keperluan 

Langkah-langkah membuat:
  • Rebus spagethi .Masukkan minyak zaitun sedikit.
  • Potong dadu bawang besar, b.putih, tomato dan lada2.
  • Hiris cendawan dan sosej.
  • Tumis bawang putih, masukkan bawang besar. Masukkan tomato.
  • Masukkan sosej dan cendawan butang dan oregano. Masakkan.
  • Masuk sos2, air dan garam.
  • Masukkan spagethi dan gaul rata. Tabur pasley.
  • Angkat dan sagat keju parmesan di atasnya.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea