Laman

08 November 2010

Air Ketubanku Pecah Tiba-tiba?

Celoteh Aku MamaGlam at 12:55 PM
Cerita ni: 

Sumber: BabyCenter Malaysia

 

Apa yang saya perlu lakukan jika air ketuban saya pecah lebih awal?

Dijawab oleh Sally Sago


Semasa kehamilan, bayi anda dilindungi dalam uterus anda di dalam kantung membran yang penuh dengan cecair amnion. Jika kantung terkoyak, cecair ini akan keluar melalui serviks dan vagina. Ini dikenali sebagai “air ketuban pecah”. Ia juga dikenali sebagai kepecahan membran yang spontan maupun mendadak.


Bagi ramai wanita, air ketuban akan pecah di bahagian akhir
pada peringkat pertama perlahiran. Namun, seorang dalam 10 orang wanita akan mengalami pecah air ketuban di penghujung kehamilan walaupun perlahiran belum bermula (kepecahan membran praperlahiran penuh terma atau PROM). Bagi 2 peratus orang wanita yang hamil, air ketuban mereka pecah sebelum mereka berada dalam minggu ke-37 kehamilan (kepecahan membran praterma, praperlahiran atau PPROM).


Jika air ketuban anda pecah sebelum anda berada dalam fasa perlahiran, jangan panik! Gunakan tuala wanita untuk perlindungan bagi masalah ini. Ini juga akan memudahkan anda untuk melihat warna cecair yang keluar itu. Cecair selalunya adalah jernih dengan sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dengan sedikit darah.


Jumlah cecair yang menitis keluar itu adalah berbeza. Kadangkala beberapa titisan saja, kadangkala sebagai pancuran yang deras. Memang mengejutkan jika air ketuban keluar dengan memancut; apatah lagi, pada terma penuh kehamilan, jumlah cecair ini boleh mencapai lebih kurang 800 mililiter.
Jika terdapat banyak yang keluar, penggunaan tuala wanita tidak memadai dan lebih baik anda menggunakan tuala tangan. Walaupun kurang kemas, cara ini adalah lebih praktikal, terutamanya jika anda perlu ke hospital dengan kereta. Elok juga dijaga supaya kerusi kereta tidak rosak dengan mengalasnya dengan helaian plastik.


Jika yang keluar hanya titisan kecil sekali sekala, elok juga diperiksa sama ada cecair itu bukannya titisan urin yang juga boleh berlaku di akhir kehamilan.
Perlu ditegaskan betapa pentingnya untuk mendapatkan pemeriksaan segera apabila air ketuban anda pecah, tidak kira pada minggu ke berapa pun kehamilan anda (dan walaupun anda tidak mengalami kontraksi). Apabila air ketuban anda pecah, perlindungan daripada jangkitan adalah rendah, dan jangkitan boleh masuk ke uterus dari vagina.


Sebaik sahaja anda dirawat, jika anda sekurang-kurangnya dalam minggu ke-37 kehamilan, doktor anda akan terus
merangsangkan perlahiran jika anda belum masuk ke fasa perlahiran dengan sendirinya selepas 24 jam. Kira-kira sembilan daripada 10 orang wanita, yang hamil tidak kurang dari 37 minggu, akan melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas air ketuban pecah. Namun begitu, jika anda hamil antara minggu ke-34 dan ke-37, anda boleh memilih sama ada untuk dirangsangkan perlahiran atau tunggu dahulu dan lihat perkembangan seterusnya.


Selain itu, sekiranya anda diuji positif untuk
streptokokus kumpulan B semasa hamil, lain pertimbangan harus diambilkira. Memang ada risiko jangkitan berkaitan dengan GBS jika terdapat tempoh yang panjang antara ketuban pecah dan masa perlahiran bermula. Jadi, dalam kes sebegini, rangsangan perlahiran mungkin akan dibuat dengan seberapa segera.


Jika semuanya berjalan lancar untuk anda dan bayi anda, anda boleh kembali ke rumah jika anda mahu. Pendekatan tunggu dan lihat boleh meningkatkan risiko jangkitan (kira-kira 1 peratus wanita berbanding dengan 0.5 peratus wanita yang tidak pecah air ketubannya). Ia adalah selamat untuk anda mandi tetapi jangan lakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
Anda perlu:


• pastikan kadar denyutan jantung dan
pergerakan bayi anda diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa perlahiran atau dirangsangkan perlahiran;


• periksa suhu anda setiap empat jam di waktu berjaga untuk memastikan sama ada anda demam atau tidak;


• perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau cecair amnion (air ketuban) yang menandakan terdapatnya jangkitan;


• pastikan bayi anda bergerak seperti biasa.


Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan atau demam (seperti menggigil dan memerah) atau jika anda mendapati pengurangan dalam
pergerakan bayi anda, hubungi hospital dengan segera. Jika anda didapati mempunyai penyakit, anda akan memerlukan antibiotik intravena dan perlahiran akan dirangsangkan oleh doktor dengan segera.


Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Ini adalah sebab bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal. Anda perlu berada di hospital sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran supaya bayi anda dapat diperiksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan. Anda juga akan diminta untuk menghubungi doktor anda dengan segera sekiranya terdapat perkara yang membimbangkan anda mengenai bayi dalam tempoh lima hari pertama.


Risiko akan meningkat jika tempoh antara air ketuban anda pecah dan kelahiran bayi anda agak panjang sedikit. Jika anda tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, tetapi air ketuban anda telah pecah lebih daripada 48 jam, anda perlu berfikir dengan serius mengenai apa yang perlu anda lakukan. Doktor anda akan berbincang dengan anda sama ada elok dirangsangkan perlahiran dengan segera atau terus tunggu dan lihat.


Semakan semula oleh Dr Patrick Chia, seorang pakar perunding obstretik dan sakit puan yang yang mempunyai pengkhususan dalam pemeriksaan dan pengurusan ketidakabnormalan fetus dan penjagaan kehamilan berisiko tinggi

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea