Laman

11 November 2010

Hangat-hangat Taik si Ayam???…

Celoteh Aku MamaGlam at 12:01 PM
Cerita ni: 

 

Korang pernah tak, bila dah nekad wat sesuatu tu tapi nekad tu tak berapa nak menjadik?.. Macam mana boleh tak menjadi? Salah siapa pulak tu tak menjadik?.. Dalam diri kita dah betul-betul nekad, tetapkan hati, berusaha mengelak dugaan-dugaan yang mendatang. Dia datang dari sini, kita elak ke sana, dia timbul kata sana, kita pergi ke tepi, dia tiba-tiba muncul depan mata, kita tutup mata.. Macam-mamcam dah kita buat untuk pastikan niat dan nekad kita tuh terlaksana dengan jayanya! Tapi……. hampeh ke daun! (mamaG ke hampeh?!)…

Nak dijadikkan cerita, Hari ni penyakit Shoppa mamaG datang lagi.. padahal dah berniat dan bernekad nak kurangkan shopping.. dan sedaya upaya menahan diri daripada pergi ATM amik duit takut tershopping.. kononnya, biarlah duit tu duk dalam bank, bila terdesak jer br nak amik..

Tapi, tula kan, mamaG lupa kita di zaman apa sekarang ni.. Zaman moden! Zaman IT! Semua di hujung jari anda gituu.. hah, apa lagi Selamat la duit mamaG!  Tak payah pi ATM pun, duit tetap habis jugek! Kalau memang namanya SUPER SHOPAHOLIC, hah hambik ko! Akhirnya mamaG pasrah! mamaG rasa penyakit mamaG ni susah nak dihakis dah sama macam perokok la jugak kan.. dah terlebih super shopaholic.. kalau tak shop walau RM1 pun, nanti hati tak berapa nak tenang.. mula la gila bayang.. huhuhu, boleh pulak kan..

Hari ni mamaG pi bukak facebook, dok tengok2 status kawan2… Tetiba terpaku pada 1 profile kawan mamaG ni si ASneda..

Kalau nak tau, Asneda ni wat bizz online kat FB.. macam-macam dia jual barang head to toe gitu. Bagi orang yang macam mamaG ni memang la serasi sgt. Cuba tengok pic kedai dia kat sebelah nih?.. kiut kan?.. Hah, gambar kedai jer bila tengok macam memanggil-manggil….

Tadi dah set time dengan si Asnedar ni, sok tengah ari nak pi kedai dia kat area LRT sungai besi.. Biar puas hati sikit beli kan.. mamaG ajak sekali kawan opis yang fashion lovers ikut sekali.. Yela, takkan duit mamaG jer yang habis kut, baik ajak kawan-kawan pun habis wit sekali.. (boleh macam tu pulak kan??)… hah, pada kawan2 semua, kalau nak usha2, risik2 butik si Asnedar ni, blh bukak profile FB Asneda Collection… Jangan salahkan mamaG kalau korang pun terjebak sama, okies.. huhuhu..

********************

huhuhu, tak habis cerita lagi, bukan online jer jadik masalah mamaG.. kawan-kawan opis merangkap kawan-kawan FB jugak, dok tepon mamaG suh datang bahagian dia, tengok baju-baju baby pulok! waduh! tapi takpa, sebab anak-anak mamaG semua boys, jadiknya tak berapa eksaited la bila nak beli barang kan.. TAPI kalau anak gegirl tu lain lah kan.. hah, tu memang la, kalau boleh semua nak di beli.. kiut sangant baju budak gegirl di pasaran sekarang nih..

Tula kan, ada hikmahnya juga mamaG dapat anak boys kan kan kan..  Kalau tak, Terkoyak dompet enchek hubby, ahaks!..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea