Laman

07 November 2010

Habislah, dugaan di hujung minggu!

Celoteh Aku MamaGlam at 4:12 PM
Cerita ni: 

huhuhu, ekceli kisahnya minggu lepas pon, tapi nak wat juga entry pasal nih.. minggu mamaG berhadapan dengan dugaan ataupun temptation omputih cakap.. ahaks!..  

Kalau ikutkan, ia bukanlah dugaan besar wat mamaG. Selama ni, mamaG ok jer dan bila ia datang, mamaG la orang yang pertama sekali di hadapan mengadapnya, malah menjadi satu kepuasan untuk mamaG, wah gituu.. hah, nak tau apa temptation yang dimaksudkan tu yang mamaG memang susah sangat nak resist tu?… huhuhu..

Alkisahnya gini, last week mamaG kena pi kursus, on weekend lak tuh.. biasalah kan, kalau pi kursus ni, part MAKAN itu la yang paling peserta kursus suka kan.. apa lagi bila dibuat pula kursus tu kat hotel. kena la makan ala bufet gitu.. hah! hambik ko! rosaklah azam mamaG nak jaga makan pas bersalin ni… Ala, mamaG tau korang sume pon macam tu jugek kan, haahhhahaha, jangan tak ngaku..

sib baek la, kursus tu kena 2 hari ja.. selalunya kursus ni 3 hari atau lebih.. sib baik dekat jer ngan umah so takyah nak tinggal kat hotel.. sian baby Rayyan rindu kat uminya (ceh, padahal uminya yg takleh nak berpisah lelama!)

ok la, cerita pasal makan ni, ni memang hobi febret mamaG yang jatuh ditangga pertama dalam list hidup mamaG.. huhuhu… makan tu dah jadik macam satu passion bagi mamaG.. suka menghayati makanan… cuma tu la kan, sebelum mamaG bersalin lagi dah letak dah azam nak jaga makan ni, takleh dah nak makan macam-macam sangat macam dulu-dulu… main melantak jer, mentang-mentang badan tak reti nak gemuk kan walaupun makan banyak..

Biasanya orang pas bersalin mesti pantang macam-macam, jaga makan, diet la apa, makan ubat itu  ini lah dan kempiskan perut, nak turunkan berat badan.. tapi tula, mamaG ni dah berazam dah ni nak bagi baby Rayyan sepenuhnya susu badan, insya Allah sampai umur 2 tahun (amin)..

tapi tu la, memang banyak betul dugaannya… yela, mana nak pikir nak jaga badan, nak kempiskan perut – kena jaga makan, tapi nak breastfeeding kena kerap makan dan kena minum banyak air,  A LOTS! macam mana tu?..

dah tu, masa kursus ari tu pun, dok tengah berkira-kira nak pilih makanan, ada la pulak kawan ni coba menggoda mamaG dengan kata-kata yang memang ter-logik jugak la di fikiran mamaG.. huhuhu, abis termakan kata-katanya.. hah, hambik ko! terbantai jugak makanan kat hotel tuh.. Ya Allah, sekejapan mamaG rasa macam nikmatnya dapat makan ikut suketi! hahaha… (takleh harap tul!)

ok la, macam panjang la pulak mamaG membebel ni kan.. k la, mamaG nak kongsi gambar2 yang sempat diambil sepanjang kursus tuh.. selalunya bawak kamera, tetapi tertinggal, jadiknya, handphone kan ada, jadik mangsalah (tpi pic tak berapa nak clear, jahat!)

jom tengok!

IMG0207A IMG0212AIMG0209AIMG0211A IMG0210A   IMG0213AIMG0216AIMG0215A   IMG0214A IMG0217A IMG0218A IMG0219A IMG0220A IMG0222AIMG0226AIMG0221A  IMG0223A IMG0224A IMG0225A  IMG0227A IMG0228A IMG0229A IMG0230A IMG0231A

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea