Laman

05 November 2010

::Tips:: Jom letak gambar kat sebelah tajuk entry.

Celoteh Aku MamaGlam at 3:18 AM
Cerita ni: 
Tajuk entri adalah antara perkara yang pertama dinilai oleh seseorang pengunjung yang mengunjungi sesebuah blog. Disamping mempunyai tajuk-tajuk entri yang gempak², kehadiran penghias juga dapat menambahkan lagi seri pada entri tersebut. Di sini, mamaG dapat 1 tips dari rakan blogger yang rasanya sesuai untuk dikongsi sama-sama. Jom kita tengok…
 
Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri


Antara salah satu perkara untuk menambahkan seri tajuk entri adalah dengan meletakkan gambar disebelah tajuk entri.

Contoh:



Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri
Langkah-langkah yang perlu dilakukan:

1.Login akaun blogger, dari dashboard >layout > edit html > expand widget templates
2.Tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian cari kod berikut.
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>

3. Letakkan kod dibawah antara kod <a expr:href='data:post.url'> dan kod <data:post.title/></a>
<img src="url gambar"/>

Contoh kod sepatutnya kelihatan seperti ini
Letak Gambar Sebelah Tajuk Entri

Nota kaki ayam:

a. Tukarkan 'url gambar' dengan url gambar yang anda kehendaki
b. Saiz gambar yang biasa digunakan adalah dalam lingkungan 20x20 hingga 30x30.

4. Preview, dan jika anda berpuas hati klik save template.:)

Amacam, ok tak? Jom cuba sama-sama…

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea