Laman

22 November 2010

Puding Laici Dangdut!

Celoteh Aku MamaGlam at 2:51 PM
Cerita ni: 
Puding ni simple dan tak muak dimakan.. resepi ni mamaG cilok dari http://hanieliza.blogspot.com/ yang memang dah dikenali ramai. MamaG terima kasih atas resepi yang sedap ni. Hanya mamaG kurangkan laici dari 2 tin kepada 1 tin sahaja..nak kurangkan manis.
kenapa namanya puding Laici Dangdut?? hurrmm.. mungkin sebab puding ni bergegar-gegar kut..apapun jawapan yang tepat silalah tanya tuan resepi ya..
tak kisahlah namanya yang penting memang sedappppp dan mudah. Resepi boleh tengok di bawah juga..

Bahan-bahan :
28 gram agar-agar
2 liter air
2 cawan gula
1 tin laici
1 tin susu cair
Langkah-langkah membuat:
  • Basuh agar-agar dan masakkan bersama 2 liter air tadi sampai hancur.
  • Masukkan gula pasir dan larutkan.
  • Masukkan air laici. Asingkan buah laici. Masakkan sekejap
  • Tutup api dan masukkan susu cair. Kacau rata.
  • Tuang dalam adunan dan bekukan.
  • Semasa menghidang, bubuh buah laici di atas agar-agar.
 
Catatan :
Puding ni lembut dan nyaman.. cubalah ..rugi tak cuba..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea