Laman

12 November 2010

Roti Telur Bakar

Celoteh Aku MamaGlam at 9:20 AM
Cerita ni: 
 
~ Salam semua ~
Roti telur bakar dimakan dengan sos dan salad



Roti Telur Bakar
roti goreng bertelur...idea ni dicuba selepas beberapa kali memasak makaroni bakar. Tambah ada pulak roti yang berlebih2 yang tak dimakan...hampir2 nak expired tu ..sebelum terkorban di tong sampah, lebih baik dikorbankan di perut (ahaks!)…
apa salahnya kita mencubakan..janji boleh dimakan dan sedap juga. satu jalan untuk anak yang tak suka makan sayur..Irfan tak suka sayur tapi kalau jenis masakan macam ni dia sanggup makan salad tu bersama..sebab ni sanggup emaknya ikut je kehendaknya asalkan sayur selamat dimakan...



Gambar atas ni baru habis dibakar..kalau nak wangi tabur je daun basil dan lada hitam....yang nampak kemerahan tu keju mozarellah yang biasa diguna untuk pizza dan makaroni bakar.. Disebabkan memang ada lebih , parutkan je dan tabur atas permukaan roti ....Roti ni hampir masak , menggelembung dalam tin tu..naik tinggi .Buka pintu oven , biarkan dulu oven 5 minit baru dikeluarkan dari oven.


Adunan roti bertelur sebelum dibakar. Roti dipotong 4 . Carrot disagat, tomato dan bawang didadu. Masukkan semua ke dalam peti tin. Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Kacau dan curahkan ke dalam peti tin . Kemudian masukkan susu segar. Gaul biar rata. Taburkan lada hitam dan daun basil. Sagat keju dan bakar 180 C selama 30 minit. Resepi di bawah..boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada dan selera sendiri.... mesti menjadi ....
Resepinya:
1 buku roti putih
5 biji telur
1 biji tomato
1 batang carrot
1 labu bawang besar
2 cawan susu segar
sedikit mozarela keju
serbuk lada hitam
daun basil / oregano

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea