Laman

25 September 2010

Tak boleh sambung ke?...

Celoteh Aku MamaGlam at 12:05 PM
Cerita ni: 
Salam readers,

sekarang ni mamaG tengah packing barang. sudah sampai masanya untuk back to my normal life... huh, (sigh)... Malasnyaaaaa.... boleh tak kalau nak sambung cuti lagi... hihihihi

Malam ni flight jam 9 malam. Masih ada banyak masa lagi,.. macam-macam boleh buat lagi..
Kan bagus kalau tak payah nak balik kat sana lgi.. mmm, sudah lama rasanya mamaG tak pernah balik kampung lama macam nih. Rindu sangat.. Selalunya, balik kampung kejap ja itu pun sebab cuti hari raya aidilfitri dan hari raya haji.. kadang-kadang kalau ada hal baru la balik ke sabah..

Apa boleh buat kan.. Macam ni la nasib orang yang kerja di perantauan... sudah ditentukan tuhan yang rezeki kita bukan di SAbah, nak buat macam mana kan.. insya Allah, suatu hari nanti aku akan balik juga ke sabah, that time is for good. yala, sampai bila kita nak hidup di perantauan kan...

Penat rasanya tinggal di negeri orang lain.. makan makanan negeri lain, hidup cara negeri lain, cakap pun loghat negeri lain.. mamaG dah duduk negeri orang sejak belajar lagi, masa tu tahun 2000.. sejak tuh, bukan tak moh balik tapi, dapat keja kat negeri orang pas abis belajar.. sampai la sekarang... rasanya dah dekat 10 tahun duk negeri orang.. macam-macam orang dan perangai jumpa..

apa-apapun mamaG tahu rezeki ada di mana-mana dan ditentukan oleh-Nya.. mamaG pasti suatu hari nanti pasti rezeki mamaG ada kat kampung ni, negeri Sabah di bawah Bayu...

ok la, mamaG nak sambung packing lu, kang ada pulak yag tertinggal.. jumpa lagi next entry..


Lagu SAbah

 SAbah tanah airku
negeri kita yang tercinta
pemuda pemudi semua marilah
bangunlah bersatu semua

marilah bersama serta maju jaya
merdeka sepanjang masa
bersatu segala bangsa sentosa
SAbah negeri merdeka....

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea