Laman

23 September 2010

Bila Orang tu dah reti buat sendiri....

Celoteh Aku MamaGlam at 2:24 PM
Cerita ni: 
salam readers,

mmm, entry kali ni nak cerita pasal my lil hero, c irfan tuh.. pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah umurnya.. x terasa pula dia sudah besar... mungkin sebab c irfan ni kecik kenit jer orangnya.. almaklumlah, irfan kan lahir tak cukup bulan (8 bulan ja dah lahir, x sabar la katakan, huhuhu)...

makin meningkat umur irfan ni, mamaG tengok macam perangai dia sekarang nih. lucu pun ada, geram pun ada. Perangai degil dia, ya Allah x payah cakap la, makin menjadi-jadi... kadang geram betul dengan perangi dia.. tapi kan, dalam irfan tau kita tengah geram ngan dia, pandai pulak dia memujuk untuk redakan geram mamaG dan hubby.. kalau kena marah sikit, mulalah dia buat muka comel dia, wat mata dia besar, senyum-senyum manis lagi tuh.. kalau tak kuat iman, tak jadik nak marah.. hahahaha...

sekarang ni, mamaG tengok, semua perkara irfan nak buat sendiri.. nak makan sendiri tak nak kena suap, nak mandi sendiri, dan macam-macam lagi yang sendiri. hihihi.. lagi 1, dia suka tolong orang tak kira la bila di suruh atau tak di suruh.. kadang tu dia lagi nak paksa kita terima pertolongan dia.. hahaha.. alhamdulillah..

cuba tengok gelagat irfan nih.. 

tak payah pakai sudu la, minum jer terus sup nih..
"ye puan2, kita campurkan semua bahan-bahan ya".. hahaha, cewah, macam main masak-masak la pula kan..
hahaha, ni baru makan time.. korang tak tau, abis 'berjurit' makanan atas lantai.. makanan tu habis la juga tp 50% masuk perut dia, 50% lagi atas kantai.. hahaha.. sib baik atuk dia rajin nak tolong bersihkan..

tu la kan, macam ni la ada anak.. kita takkan pernah berehat lebih daripada 30 minit selain dia tido.. bila dia celik mata ja.. macam-macam keja kena wat.. bak kata orang tua-tua, "biasa la budak-budak..." rumah kalau tak tunggang langgang, tak sah.. huhuhu..

ini sajala cerita pasal lil hero aku yang kira 'hyperactive' ni buat masa ni...
jumpa lagi next entry.. babai...

1 comment:

  1. saya datang nak spot check...PAGES dah ada tapi xboleh komen.open komen tu..tak reti check new post saya.

    Post pasal myred eyes xda..so xboleh masuk lagi lah ye..
    bila dah ok semua..bagi tahu kat sini..
    http://nizamullah.blogspot.com/p/myred-eye.html
    mekasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea