Laman

15 January 2016

SunSet

Celoteh Aku MamaGlam at 10:31 PM
Cerita ni: 

Suasana sunset yang paling indah... time ni on d way balik rumah... kebetulan ngadap view gini. M inlove... subhanallah indah... aku paling suka tengok view view macam ni.. tenang jak rasa masa drive tadi... tiba tiba timbul kerdilnya diri ini, rasa damai, rasa tenang, eh sama la kan damai dan tenang tu? Ke lain? Hihihi watever la.. yang penting sekali terbit rasa bersyukur dalam hati tu bila tengok view tu sambil drive...

Syukur dengan kedamaian, syukur dengan segala rezeki yang diberi walaupun tak sebanyak orang lain, bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ni walaupun tak segah orang lain, bersyukur dengan kesihatan kegembiraan dan peluang yang dikurniakan, bersyukur walaupun macam macam dugaan datang dan pergi tapi mampu dihadapi dengan sokongan orang orang yang sayangkan aku... bersyukur ditemukan dijodohkan dengan pasangan dan kawan kawan yang baik baik dan juga kurang baik supaya mengajar aku agar aku dapat belajar dan mengenal ragam manusia dan erti kehidupan melalui mereka ni.... bersyukur dikurniakan dua anak yang sangatlah comel ceria pintar dan juga sebagai penemanku. Dorang la salah satu prior dalam hidupku...

Kadang kadang terfikir juga, sampai bila aku akan dapat tengok view macam ni lagi? Adakah besok aku akan berpeluang lagi untuk tengok view macam ni yang mendamaikan? Adakah Tuhan akan tarik balik nikmat yang diberi? Adakah Tuhan akan tarik balik atau kekalkan rasa yang aku rasakan tika melihat view ni? Harap tak la kan.. aku suka perasaan ni bila aku tengah tengok view ni... Memuji dan mengagumi kekuasaan Allah swt....



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea