Laman

04 January 2016

Bukan Hati...

Celoteh Aku MamaGlam at 11:31 PM

Tapi waktu kecilku, parut dihatiku lagi banyak daripada parut di kakiku atau di mukaku atau di tangan ku atau di badan ku... pendek kata, parut yang tak nampak lagi banyak daripada parut yang boleh dinampak.

Walau selama mana masa telah berlalu, walau sejauh mana kita telah pergi, walau segembira mana kita hari ini, takkan dapat menghilangkan parut dihati sebagaimana kita dapat menghilangkan parut di kaki atau di muka atau di tangan atau di badan seiring dengan masa yang berlalu.

Walaupun mulut kita selalu saja mengakui bahawa kita dah lepaskan kisah lama, kita da move on daripada kisah sedih, kita dah tak kisah dan dah lupakan pun kisah yang menyebabkan parut dihati tu... tapi pernah tak kita menilai semula dan mengakui bahawa sejauh mana sebenarnya mulut dan hati kita ni sehaluan? Sejauh mana redhanya kita melepaskan melupakan sesuatu kisah itu? Betulkah hati kita benar benar tulus redha? Ada jawapan? Hurmm konfem tak pasti kan...

Sebab tu ada ketikanya kita terperangkap dengan kisah silam. Ada ketikanya kita terasa bersalah dengan diri sendiri. Ada ketikanya kita menyalahkan sesuatu punca kisah silam tu. Ada ketikanya kita rasa kita nak kembali ke masa silam tu dan cuba mengubahnya agar tiada parut terkesan di hati kita dan kita juga sedar kita tak boleh mengubahnya kisah silam.

Adakalanya kita tak sedar, kita sedang berubah menjadi lebih cekal daripada diri kita sebelum ini. Cuma kita tak sedar. Kita tak sedar diri kita dah berubah kerana kisah silam tu. Kita yang tak sedar. Diri kita yang tak sedar...



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea