Laman

17 November 2013

Home Work Station Sudah Ready...

Celoteh Aku MamaGlam at 10:38 PM
Cerita ni: 
Okeh work station gue untuk menjahit sudah pun ready. All in place dah. Taaaaaappppiiii.... tuan punya work station belum ready lagi mo start. Kuikuikui...

Bila nak start mamaG pun tak tau la. Tunggu la ada mood dan gear up baru lah start. Time tu, rak ada apa2 perkara yang boleh buat mamaG stop kecuali enchek Asben kata stop or my bos bos keci sakit or elektrik terputus. Hah tu je yg blh buat mamaG berenti. Huhuhu.. lain dari tu insha Allah teruskan juga menjahit selepas hal2 anak dan rumahtangga selesai.

Tadi pagi dah kemas kemas semua barang barang dalam kotak. Banyak juga la kain2 ela yg belum dipotong. Wah, mood cepat la ko gear up.

Napa mesti tunggu mood utk gear up? Hah, mamaG memang gitew. Sebab bila mamaG ada mood nak menjahit bersungguh sungguh, mamaG jadi eksaited macam kene injek hormon eksaited gitew kan. So kain kain yg mamaG gunting tu insha Allah cepat siap, takda masalah dan boleh dipakai terus. Siap ari ni sok boleh pakai dah. Huhuhuhu...

Takpa, insha Allah sampai jg mood tu nanti. Skang ni mungkin badan dan minda tengah penat dan sesak lagi kut sebab urusan perpindahan ni. Banyak yg perlu dibuat.

Syukurlah hampir semua urusan di Labuan dan hal hal utk tahun depan selesai diuruskan. Syukur kehadrat illahi sebab dipermudahkan segalanya disini. Ofkos la tak semudah perkataan dipermudahkan kan tapi alhamdulillah tak banyak masalah dihadapi. Berbaloi dengan tenaga, buah fikiran dan kewangan yang dikeluarkan.

Moga lepas ni diberikan rezeki yang melimpah ruah. In sha Allah.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea