Laman

19 November 2013

Bila Bos Keci Demam

Celoteh Aku MamaGlam at 4:32 AM
Cerita ni: 
19 nov 2013, 4am

ari ni irfan demam lagi. Kali ni dia kejap2 muntah balik ubat yg mamaG bagi makan. Kesian betul la mamaG tengok. Badan pula panas. Bila cek tempeture 37-38 darjah. Tapi bila pegang badan dia panas sangat. Tak macam 37-38 darjah pun. Ke termometer mamaG beli kat watson ni yang xberapa nak accurate?

MamaG keep on alas badan dia dengan kain basah utk tuam panas dia. Alhamdulillah kurang skit panas dia.

Kesian Irfan ni mamaG tengok dia tak boleh nak tido sgt. Tak selesa kot. Ya Allah kesiannya la. Ya Allah kau sembuhkanlah anakku daripada penyakit dan jauhi la dia daripada penyakit dan musibah yangvtidak diingin. Kau berikanlah dia kesihatan tubuh badan dan semangat yang kuat menghadapi dugaan kecilMu utknya.

Ni hari kedua mamaG berjaga merawat dia. Tapi malam tadi jela mamaG tertido kejap. Sebab dahctak karat sgt dah. Balik keja semalam terus ambik dorang kids kat taska pastu direct bawa irfan gi klinik di bandar. Lepas tu pi kedai Milimewa utk cari cool fever, few ubat lain dan jg few barang rumah then balik. Tambah pula semalam time balik tu memang ujan lebah sangat. Tak berapa nak nampak jalan dah. Alhamdulillah sampai juga la di rumah ujan ujan tu.

Semalam mamaG basah kuyup lagi. Sampai je kat rumah, park tepi then angkat kids ni naik masuk rumah dulu pastu suru dorg mandi dulu siap siap sementara mamaG turun balik nak park kereta betul betul then angkat barang dalam kereta. Hanis lencun baju kena ujan walaupun pakai payung besar. Huhuhu..

Masuk rumah jew, irfan nak makan mee. MamaG pun masak la mee sup kejap, sedia air panas, siapkan kids yg dah siap mandi. Then makan, rehat kejap then makan ubat then tido.

MamaG time tu dah memang berat dah kepala. Sebab tak cukup tido dari mlm sebelmnya menjaga irfan yg demam tu. Sampai opis pula siangnya tu tak tido walaupun sekejap sebab sibuk hadir kursus dari pagi sampai ke petang.

Apa lagi siap je semua semua tu mamaG pun tido la. Pesan jew kat irfan suru kejut mamaG kalau dia nak muntah ka tak blh tido ka rasa sakit ka. Memang dah tak larat dah badan dan kepala. Rasa macam nak demam pun ada. Arap2 la tak jatuh sakit. Nnt siapa yang nak jaga kids ni kalau mamaG demam. Enchek Asben bukannya ada nak cover mamaG kan.

Ya Allah Kau berikan lah aku kesihatan dan kekuatan untuk menjaga amanahMu. Jauhkanlah aku daripada penyakit serta musibah yang tidak diingini. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaanMu. Aminnn...

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea