Laman

12 October 2013

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS

Celoteh Aku MamaGlam at 8:16 AM
Hahaha.. lucu betul la UAI ni. Okeh jom kita sama2 ketawa ya. Ceria di pagi hari.. ( masih lagi dalam bot express ke KK.. jakun kejap kat laut pun ada line. Boleh call n internet. Fuyoo!!)

Soalan😎 : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?

Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.


Soalan🙉 : Selepas dengar ceramah ustaz ini apa patut dibuat?

Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.


Soalan😛 : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?

Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

Soalan🙋 : Apa hukum besarkan payudara?

Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?

Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.


Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?

Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..


Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...

Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.


Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?

Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...


Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?

Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware🙊...

*sekadar hiburan

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea