Laman

05 January 2012

Aduyaiii...

Celoteh Aku MamaGlam at 3:49 PM
Cerita ni: 
Ya Allah, bertahan kau mamaG, bertahan okeh! Kejap jer lagi nak kul 5 petang nih.. Ya Allah, Kau berikanlah hambamu ini kekuatan untuk bertahan, Ya Allah. Sesungguhnya, walaupun kecil jer dugaan-Mu ini, tetapi sesungguhnya juga, hamba-Mu ini suda tidak dapat menahan lagi nih.

Tak sabar rasanya nak balik rumah, capai bantal dan tidur sekejap!. Dah tahan dah ni menahan selsema, demam dan sakit kepala nih. Dan Kau sembuhkanlah penyakitku ini Ya Allah.
Badan ni rasa sejuk sangat-sangat nih. Idung lagi la, berair jer. Sejak pagi tadi tak berapa nak ada selera nak makan lar. Selalunya, mamaG suka order lempeng 2 set ngan cicah gula. 2 set lempeng tu maksudnya ada 4 keping lempeng. Selalunya, seperti hari-hari sebelumnya, 2 set tu memang habis cepat jer. Lapar ker, tak berapa lapar ker, memang habis la. Tapi pagi ni memang 1st time ever okeh, mamaG makan 2 set lempeng tak habis. Minum susu full cream pun tak habis juga. Memang betul-betul tadak selera la tapi mamG paksa juga makan sebab nanti kebulur.

Sudahnya, petangn i, mamaG makan gak lempeng yang berbaki 1 keping setengah tu. Dan juga makan dengan begedil yang juga dibeli pagi tadi. huhuhuhu... Lantaknya. Ni tengah makan lempeng sambil wat entry ni la nih. Petang ni ingat nak gi klinik la weh.. Tak tahan la weh.. Okeh la, nak sambung nanti la.. Nak rehat jap, tetiba rasa macam nak pitam lak..

Adios, babai, Assalamualikum..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea