Laman

29 December 2011

Taska Untuk Irfan

Celoteh Aku MamaGlam at 12:57 PM
Salam semua, tadi pagi mamaG ngan kawan opis mamaG pi tengok Taska kat JPN, Putrajaya. Taska Seri Perdana. Ala betul-betul berdepan dengan opis mamaG jer. Senang Sikit. Hajat dihati ni nak tunaikan permintaan anak bujang mamaG si Irfan tu yang kononnya nak minta pi sekolah tahun depan.

Beberapa bulan kebelakang ni mamaG memang tengah sibuk sikit la jugak dok cari-cari taska-taska yang sesuai dan dekat ngan opis mamaG. Alhamdulillah, dapat jumpa kat JPN, Putrajaya ni. Tadi pi ngan kawan opis mamaG nak pi antar borang pendaftaran dan nak tengok sekali la tempat dan suasana taska tu macam mana kan. Yela kut-kut tak kena di hati, biasalah para ibu yang tak pernah ada pengalaman antar anak pi taska. Takut la anak tak selesa ker atau ras tak selamat ker. Tapi so far, ok la, alhamdulillah. 

Rasanya Irfan boleh kut belajar kat taska nih. Cikgu-cikgu yang kami jumpa pun ok, peramah dan tegas dengan budak-budak yang nakal sikit. Keadaan sekitar, luas, bersih, teratur dan selesa. 

MamaG sempat la juga menyebok tanya macam-macam. Ye la, kita kan sebagai ibu lebih tahu perangai anak kita kan. Takut la jugak kan cikgu-cikgu kat dalam taska tu tak tahan ngan Irfan. Dah Doktor pakar kanak-kanak pun kata Irfan ni lain sikit. Dia terlalu aktif. Bukan hyperactive tapi sangat aktif.  

Okeh back to taska. mamaG difahamkan, tahun depan pemilik taska ni nak mulakan program baru untuk kanak-kanak 3-4 tahun. Dorang nak gunakan konsep dan program ALIM Kids. Sebbab sekarang ni taska ni tak pernah buat program ALIM Kids tuh. Tahun depan baru nak start. Dorang nak upgrade sikit cara didikan di taska. mamaG pun angguk-angguk macam paham jer apa tu ALIM Kids kan. Dalam hati tu cakap, "oh ok la tu, insya Allah jadi alim anak aku yang sangat nakal dan aktif tu." ekekeke.. 

Balik jer ke opis mamaG pun pi la check kat internet, pi la google pasal ALIM Kids tuh. Nak tau la apa tu? Konsep? Program? OOOOoo baru mamaG tau apa tu ALIM Kids. Bila baca pasal ALIM KIds tu, bagus juga. Pembelajaran secara bermain. Bagus juga modus ni. Yela, budak-budak 3-4 tahun ni kan suka eksplor mende baru dan cepat bosan. Kalau guna konsep dan program ALIM Kids ni, bagus juga. Baru dorang rasa seronok belajar. 

  Cikgu-cikgu yang mengajar dalam program ALIM Kids ni memang dah di latih dahulu sebelum memulakan program nih. Dorang cikgu-cikgu ni diajar modul-modul yang akan digunakan untuk menarik minat kanak-kanak belajar dalam keadaan seronok. Kira macam main sambil belajar la kononnyer. Okeh, ni sikit info pasal apa itu program ALIM Kids yang mamaG baca. Copy & Paste jer la kan.

 What is ALIMKids Playgroup?
A "play and learn" playgroup program for children ages 2 to 4 years old, with carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intelligent and competent Muslim chlidren.  The playgroup runs for one hour per week, usually on weekends and mothers are encouraged to join in the activities.

What is a playgroup?
  • Gives children an opportunity to have fun, make new friends and develop new skills through informal play.
  • Provides parents and carers with an opportunity to meet other parents and carers, make friends, and share ideas and experiences.
  • Allows parents and carers to spend quality time with their children, encouraging, helping or simply playing with their children.
Why Alimkids Playgroup?
  • Provide an integrated complete playground curriculum for children ages 2 to 4 years old. - 1 hour only on every weekends.
  • Carefully designed set of lesson plans to develop healthy, physically fit, intellectual and competent Muslim children.
  • the program comprises of both whole language (thematic approach) and phonics (early literacy) using resources relating to Islam
    • Instilling in the children Oneness of God in early concept of Tauhid.
    • Cleanliness in Fiqh
    • Stories from the Quran in Sirah.
    • Simple Daily Du'a.

Ni pula beberapa pics mamaG dapat yang menunjukkan semua cikgu-cikgunya di latih dulu. Jom tengok. 





Emmm, setakat ni, kira ok la kut taska yang mamaG pilih untuk Irfan. Apa-apa pun mamaG nak tengok dulu progress Irfan untuk 6 bulan pertama nih. Insya Allah arap-arap dia seronok dan minat belajar. Doakan ya.  

3 comments:

  1. hi, mamaglam..ada no kontek taska seri perdana kt jpm tu tak? tq..

    ReplyDelete
  2. salam sis.. saya nak tanya.. anak sis masih kat taska tu lagi tak? nak tau owner taska yg sama atau dah btukar.. sebab sy nak hantar anak kat situ juga.. tengok entri sis ni tahun 2012 .. please let me know.. tq

    http://hazinranamir.blogspot.com

    done follow..

    ReplyDelete
  3. salam sis.. saya nak tanya.. anak sis masih kat taska tu lagi tak? nak tau owner taska yg sama atau dah btukar.. sebab sy nak hantar anak kat situ juga.. tengok entri sis ni tahun 2012 .. please let me know.. tq

    http://hazinranamir.blogspot.com

    done follow..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea