Laman

15 January 2012

Siapa ada Diabetes? Jom Check!

Celoteh Aku MamaGlam at 3:37 PM
Cerita ni: 

Cuba cek agak-agak korang, korang ni kategori mana? Ada diabetes tak agak-agak? Ker baru jer nak berjinak-jinak dengan diabetes. Kat bawah ni mamaG dapat info macam mana nak tau ciri-ciri orang yang ada diabetes. 

Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
  1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
  2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
  3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
  4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
  5. Riwayat keluarga diabetes
  6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
  8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

  1. Hospital dan klinik kerajaan
  2. Hospital swasta
  3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
  4. Makmal perubatan swasta

Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.
Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

Penentuan kadar glukosa dalam darah

Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya
diperlukan.
Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea