Laman

14 January 2012

Coklat Kurangkan Tekanan Darahh?

Celoteh Aku MamaGlam at 1:31 PM
Cerita ni: 

Tahu tak korang coklat boleh turunkan tekanan darah tinggi? Hah sah la tu memang tak tau la tuh. Tu tau makan jer la tu. Ni baca ni info nih.

Kajian oleh Dr Brian Buijsse dari German Institute of Human Nutrition mendapati coklat berkemungkinan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangnya serangan sakit jantung. Kajian ini meliputi umur 35 tahun sehingga 65 tahun, berjumlah 19357 orang. Kajian dijalankan selama 10 tahun. Pengambilan coklat 7.5g/sehari mencukupi untuk tujuan ini. Dr  Brian Buijsse mendapati pengambilan coklat sebanyak 7.5g/sehari mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok sebanyak 39 peratus. Kumpulan penyelidik ini mengandaikan flavanol di dalam koko mempunyai kesan baik terhadap kesihatan jantung dan kawalan tekanan darah.


Walaupun begitu  dinasihatkan  pengambilan coklat mestilah tidak melebihi jumlah pengambilan nilai kalori sehari anda.

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea