Laman

07 September 2012

Kenapa Kejam Sangat??

Celoteh Aku MamaGlam at 10:05 AM
Cerita ni: 
Morning U All,

Pagi tadi terbaca di Berita Harian Online pasal ibu muda yang berusia 16 tahun, telah mengepam bayinya di dalam mangkuk tandas di hospital. Mak ai, kejamnyaaa... kenapa lah banyak sangat kes-kes buang bayi, bunuh bayi ni. Apa dosa dorang tu? Dorang lahir pun dari kita jugak kan. Wahai anak-anak muda di luar tuh tak kira la yang dah berkahwin ker yang terlanjur ker, ingatlah, anak itu anugerah Allah swt. Amanat kita yang kita kena jaga. Sama seperti mak bapak kita menjaga kita dari kita lahir sampai la jadi apa kita adanya sekarang ni.. Kita ni amanat Allah swt yg mak bapak kita kena jaga...

cer bayangkan kalau kita ni layan macam tu, diperlaku macam tu? Apa agaknya korang rasa? Apa agaknya korang akan buat bila mak bapak korang layan atau perlaku korang yang tak sepatutnya? Rasa marah dan geram semestinya la kan.. Tu agak2 kalau termakan bisikan Syaitan yang direjam tu, rasa-rasa macam nak bunuh je mak bapak yang buat anak macam tu kan... Astaghfirullahalazim... Jangan buat macam tu, tak baik.. Jangan terpedaya bisikan Syaitan..

Kadang tu tak boleh nak salahkan si ibu kejam tu kan, sebabnya kita tak berada ditempat dia, tak merasa apa yang dia rasa dan tak tahu kenapa dia sanggup buat macam tu. Apa yang kita boleh buat sebagai masyarakat yang membaca kes ni, kita doakan la si ibu tersebut sedar kesilapannya, bertaubat, diberikan hidayah, di berikan sokongan yang tak putus-putus terutama keluarga. mungkin si Ibu tu terlalu tertekan sampai dia sanggup buat macam tu kan. Hanya Allah swt saja yang tahu. Kita doakan juga moga roh bayi malang tu, diangkat disisi Allah swt dan para penghuni syurga. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bayi tersebut.

p/s: ingatlah hidup ini ada hikmahnya dan ada karmanya. Tiap yang berlaku ada hikmahnya, dan ada juga karmanya..

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea