Laman

07 September 2012

Alkisah Raya 2012: Malam Takbir

Celoteh Aku MamaGlam at 11:49 AM
Cerita ni: 
Malam terakhir Bulan Ramadhan a.k.a Malam Takbir kami meriah. Kami semua berkumpul di rumah nenek di kampung sebab nenek buat doa selamat. Time ni semua ahli keluarga besar mamaG dah pun sampai ke kampung. Rumah nenek jadi sesak dengan cucu-cucu, cicit-cicit, anak-anak buah. ipar-ipar, biras-biras, menantu-menantu, anak-anak. Sib bek jiran-jiran tak join sekali.. ni pun kan, anggaran penduduk di dalam rumah nenek ketika tu, mencecah hampir lebih 40 orang. Sib bek juga la rumah nenek tu besar kan. Memang meriah dan kecoh la kat rumah tuh.

time ni, kami semua selesai je majlis doa selamat, kami buat acara sambut bufday la pulak.. Sapa lagi, bufday mamaG ngan adik-adik dan anak mamaG yang bongsu tu la. beli kek yang besar 2 bijik pun tak cukup.. hahahaha.. Takpa, next year kalau kebetulan raya bulan 8 lagi, kita sambut lagi dah beli yang lagiiiiiii besarrr bapaaaakkkk punya kek la. hohohohoho...

Dan biasanya, seperti tahun tahun yang lepas, malam takbir gini, kami ada acara main mercun, bunga pi dan meriam.. hohohohoho.. it's tradition okeh.. Cuma tahun ni, kurang sikit la meriam ngan mercun yang havoc-havoc, ntah lah pak cik mamaG kurang supply kut. Tahun lepas, macam-macam ada. Sampai kan mercun yang utk tahun baru cina tu pun ada, apa tu, mercun naga ker apa ntah nama dia tak ingat lah..

Tahun ni, tetap meriah juga acara kami tu cuma lebih kepada bunga api untuk kids la. Bukan main meriah dan hepi lagi bebudak ni semua.. Kat rumah nenek time tu, kalau kira-kira kan, hampir 30 orang tau.. Hah ramai kan.. Tu semua pangkat sepupu mamaG. Semua pun kecik2 je lagi.. mamaG ni cucu perempuan yang sulung.. hohohoho.. so, anak-anak mamaG 2 orang tu je la yang pangkat cicit. hohohoho..

Suka tengok budak-budak ni hepi main bunga api.. Rayyan ngan Irfan lagi la.. tak berenti selagi tak habis stok. hahahaha.. Rayyan tu pulak, ingatkan takut, rupanya, dia lagi berani main bunga api daripada abang dia.. Sabar je la..






Rayyan main mercun wif Unclie Taqim...





mamaG & Adik Bongsu.. 



0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea