Laman

04 September 2012

Beshaanya Shobelli Irfan, Umi...

Celoteh Aku MamaGlam at 2:33 PM
Cerita ni: 
 Semalam, selesai jer urusan bank di KL, mamaG bawa anak bujangku ini menyopping di Kafu, Bandar Tun Hussien Onn.. Hajat dihati kononnya nak pi beli tanah organik. Konon-konnya nak bercucuk tanam d pasu jew. Ala, tanamlah mende yg xsusah nak jaga dan memang selalu beli pun, macam cili padi, halia, serai dan lelainnya.. Sekarangkan mende-mende tu semua kan dah mula mahal kan.. Insya Allah.. Mintak-mintak sejuk la tangan ni nak tanam2 ni kan.. tak la asik kene perli oleh enchek Asben kan.. 

Jadi, kalau alkisahnya kalau membawa si Irfan ni menyopping, mestilah, dia pon ada hajat dihati kan.. Habis mamaG kena 'pau' beli macam2. Ni nak cerita ni, kisahnya sebelum sampai kat Kaffu, masa tu kat dalam kereta lagi hah..  mamaG pon pesan la kat si bujang ni hah, "Abg Irfan, nnt pi kedai ni, tak mo beli-beli mainan tau.. Beli makanan ke buku, boleh. Okeh. Faham tak? Ingat tau.." Si bujang pun menjawap dengan penuh mehamami.. " erm, Umi. Okeh Boshhh.. Nanti, Ifan, taknak beli mainan. Ifan beli macam-macam je. Mainan taknak tau Umi.. Shiguu akap, alau tak dengar akap Umi, nanti asuk nelaka.. Ada api nelaka. Kan Umi kan.. Ifan takmo mainan tau Umi..".. mamaG pun senyum jela, terkejut pasal "api nelaka" si Irfan ni.. Ya Allah, dah besar anak bujang ku ni, dah macam2 dia belajar.. Tak sia-sia ajar dia dan antar skola.. 

Tetapi,.. setiba sahaja dalam Kaffu tu, hah hambik ko! Dia nampak durian kat tepi tu,.. "Umi, nantikan alik nantikan, Umi beli durian tau. Ifan satu, adek satu, ayah satu, tau Umi"..

Lepas tu dia nampak lagi pulak mainan yang kereta remote tu yang besar tu, hah berperang mulut mamaG ngan Irfan, dok nego supaya takyah la main kan.. Akhirnya berjaya juga.. Alhamdulillah.. 

bila lalu area mainan sebab nak ke area makanan, dia punya menjerit nak otomen punya la kuat.. siap nak terjun dari troli lagi hah.. waduh, stress mak Jemah tau.. Oke, mamaG bagi can lagi tu.. dia nak otomen ngan lego. Hurm, mamaG bagi kata dua kat dia.. Nak Lego ker nak Otomen?.. Hah, lama jugak tu jari telunjuk dia letak kat dagu konon-kononnya tengah berfikir kan.. hahahaha... 

Last-last dia pilih lego. sebab isi dia banyak, nanti berebut dgn adik Rayyan kan susah pulak..

bila sampai kat area makanan, dia terus pi bahagian buah-buahan import. hah, hambik ko stoberi Import yang hak besar-besar punya tuh.. Harga takyah cakap la kan, mahal woo.. Dah la mamaG belum lagi minta bajet ngan Kementerian Kewangan kat rumah kan..
mamaG pon, nego lagi kat dia.. beli buah lain sudah la.. bukan apa mamaG takut buah tu masam, nanti yang jadi mangsa nak menghabiskannya tentula mak bapaknya kan.. hohoho.. 
Tapi, bila dia suda buat itu muka sedih, mulut moncong boleh gantung hanger, mata berkaca-kaca, waduh, kesian pulak anak aku ni kan.. Kang kempunan kang, mamaG jugak yg menyesalkan.. Takpalah, letgo jew la kan.. ASalkan dia tak kempunan dan dia hepi. 

Pastu, mamaG pon saja la g tanya Irfan ni, " Irfan, Irfan, Umi nak tanya ni. Kata taknak beli mainan. Nak beli yang lain jew. Kenapa beli Lego?".. Irfan pun jawap, "ala, nanti adek nak cane?".."Abistu yang tadi dalam kereta tu, Irfan cakap kalau tak dengar cakap Umi, cikgu kata masuk neraka, tapi napa Irfan taknak dengar cakap Umi? Irfan kata kan ada api neraka. Nak masuk neraka ker?"  Irfan pun jawap selamba sambil makan stobeli dia, "Alaaa, tak nak masuk nelaka Umi. Ifan nak main je. Ifan nak makan ni jew. Ifan beli utk adek je.. Ifan sayang Umi pon.."... perbualan habis kat situ jew, sebabnya pandai dia merasuah mamaG dengan menyuap stobery yg paling besar ke mulut mamaG time drive. Siap cium pipi mamaG lagi n said "ashiii Umi, ayang Umi".. 







0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea