Laman

07 September 2012

Alkisah Raya 2012: Touch Down Sandakan, Sabah

Celoteh Aku MamaGlam at 11:00 AM
Cerita ni: 
Selamat Hari Raya semua.. Tak terlambat lagi kan. Kan masih raya lagi ni kan.. Wah, mamaG tengko ramailah kawan-kawan blog mamaG yang laju jer hapdate dan haplod kisah raya masing-masing.. Macam-macam ragam dan meriah sungguh. Happy jew.. like like like.. Hari Raya memang hari yang ditunggu-tunggu dalam setahun sebab ia hari yang aura dia lain macam skit kan. Happy jew mood tu. Nantikan ada la macam-macam adegan kecoh la, panik la, gelak ketawa la, sebok di dapur tu satu hal lagi.. 

Time-time macam ni la semua berkumpul di kampung bagi yang ada kampung yang bersuasana kampung. Memang sangat-sangat meriah dan kecoh. Tu belum kira lagi bila mandi time.. hahahaha, beraturla masing-masing ngan tuala kan nak tunggu turn mandi dah macam dalam bank pulak kan.. Cuma takda nombor giliran jew nak di ambil kan.. "Nombor 001, Kaunter 1".. ekekekeke..

Tahun ni, mamaG balik 2 hari sebelum Raya. Saja balik lambat sikit sebabnya nak cuti lelama. About 2 weeks juga la. hohohhohoho, hambik ko! baik punya coti kan... Jangan jeles.. hahahaha... Dalam kepala ni, banyak dah plan yang dibuat dengan adikberadik dan mak pak utk raya kali nih.. Tambahan pula raya kali ni, kuarga mamaG bertambah lagi seorang orang baru. Adik mamaG yang no. 3 tu, selamat melahirkan baby boy 10/08/12 hari tuh. Bertambah meriah la. Syukur alhamdulillah...

Okeh, mamaG balik on 17/08/12 hari tu, sempat lagi tu pagi keje kejap. Nak kata halfday, tak jugak la, tapi minta kebenaran pulang awal la. Sebab petang tu jam 3.30pm flight mamaG ke Sandakan dah. Syukurlah, bff mamaG sudi hantar mamaG ke Epot KLIA. Hah, terkejut like beruk ko hah bila si mak jemah ni balik kampung kali ni, barang dia macam dah nak pindah kuar umah hah. Berkotak-kotak hah.. Habis penuh keta kawan tu.. Keta besar pun, tak berapa nak muat jugak. ekeekekeke.. Raya sakan ek.. 

Semua tu pun, barang-barang keperluan utk rumah baru mamaG kat kampung yang enchek hubby belikan. Wahh, rumah baru.. say what again?? Rumah baruuuu.. hakekekeekeke... jangan menyampah ek, mamaG memang cenggini lahirnya.. hahaha... Nanti-nanti la next entry mamaG wat post pasal rumah baru tu ok.. 

Sampai kat Epot Sandakan, wah macam biasa la, adik, mak pak, kak ipar ngan mak mertuaku menyambut kami.. Seperti tahun-tahun yang lepas.. Ya Allah, terasa terlepas segala kerinduan bila tengok muka mak pak dan adik2..  Sapa tak rindu weh, mamaG ni anak diperantauan orang bilang kan.. jenjarang dapat balik.. Kalau gaji aku besar bapakkk punya, takpa gak.. hohohohhoo.. Boleh balik 1@ 2 bulan sekali kan.. 

Sampai Sandakan, ofkos la, tinggal semalam dulu kat rumah mak mertua kan.. Memandangkan juga, tahun ini enchek Asben nak beraya di kampung mamaG on Raya pertama kan.. Kononnya suka suasana raya kat kampung mamaG, meriah sangat. 

Kalau ikutkan plan, esoknya, kami akan balik ke kampung mamaG. Kami dah plan dah esok malam tu yang juga malam takbir, nak sambut bufday kami yang lahir di bulan 8 ni.. Sapa lagi kalau bukan mamaG (16/08), adik bongsu mamaG - Ieda (01/08), Adik mamaG no. 3 - Noor (05/08/12), anak bongsu mamaG - Rayyan (02/08/12). Hah kan.. Alah, pic tak sempat nak amik la.. ada kat kamera lain.. Takpa, nanti kalau dah sempat donlod nanti, mamaG hapdet balik, letak pic.. mamaG beli 2 kek. 1 kek utk mamaG ngan adik2, satu lagi kek Ultraman untuk si Rayyan. hohohoho.. So Happy n soooo blessed! Thank U Ya Allah.. 




0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea