Laman

28 December 2015

Tersuka Tanpa Sengaja..

Celoteh Aku MamaGlam at 3:57 PM

Psstt.. psstt.. nak tanya ni. Korang pernah tak tetiba korang terasa korang tersuka kat seseorang? Tanpa sedar... yang pada mulanya it's just nothing. He or she is just nothing. Just frenz. Just buddy or just some one yang hadir dlm hidup kita.

Mesri pernah kan. Apatah lagi budak2 pompuan kan. Kalau zaman sekolah kalau ada guru lelaki yg hensem skit huh konfem paling semangat nak datang sekolah semata mata nak tengok guru faveret yg hensem tu kan hahaha... eh macam tercerita pasal diri sendiri pula kan hahaha.. ala biasala tu suma orang macam tu kan (rasanya...)... even orang yang da ada bofren or da kawen pun masih boleh lagi tersuka kat seseorang kan. Kena la tau batas kan. Suka tak bererti kita nak berlebih lebih kan. It can be more than dat. Can lead us to another step which is more macam lebih dari sekadar suka ja kan. Tapi ceritanya di sini adalah sekadar suka ja ya. Ingat tu anak anak.. sekadar tersuka sahaja hahaha..

Okeh biasanya apa yang menyebabkan korang tetiba rasa tersuka kat seseorang tu? Style? Perwatakan? Karismatik?

Kadang kadang ada juga orang tu kita salu gaduh ngan kita. Salu la kacau kita. Spoil mood kita. Kalau tak gaduh ngan kita sehari tak tenang hidup dia kan... tapi ada ketikanya, ada satu moment tu bila kita tengok orang tu tetiba terdetik satu pemikiran yang membuatkan hati kita berkata 'she or he is not dat bad ekceli'.. ataupun ' dia ni wahlaupun macam hampeh but sumting about her or him yang kadang kadang mengkagumkan orang jugak'... itu kalau jumpa dengan orang yang salu jadi teman gaduh...

Lain pula kisahnya kalau terjumpa dengan orang yang mmg dari awal kenal sweet jek, charming dan ada karisma. Mata kita mungkin tak lepas dari memandang dia. Hati kita tak pernah berhenti memuji dan mengagumi dia. Difikiran kita tak pernah jemu nak tau pasal dia mendengar ceritanya.

Betul ke? Adakah ini perasaan suka yang bagus ataupun tak baik? Korang rasa?

As for me la kan.. there's good n bad side of it kut. Ye la. The good one is kita semangat apa! On sumting... Haahha.. di sebabkan orang yg kita suka tu pun ada sama kita jadi semangat gitu lor. Hihihi.. harimu rasa macam ceria jek. Hepi jek. Stress keja banyak pun tak rasa sgt haahha.. tapi tak baik juga kalau rasa suka tu jadi berlebih lebih.. nanti tak boleh nak fokus la pula kan.

So wat ever it is, suma tu depend on us jg. Dari diri sendiri. Mcm mana kita nak kontrol rasa suka tu kan. Kalau setakat suka macam tu ja, tak da maslah kot. Hihihi.. ya la semua orang suka berada di kalangan orang orang yang kita suka bersama kan. Baru la mood ceria dan hepi ja kan...

So so so kamu semua yang pernah or sedang tersuka seseorang tanpa sengaja pandai pandai la yek hihihi... jangan sampai terkandas dah la yek. MamaG juga pernah tersuka seseorang tapi just suka gitu je la. Sebab suka tengok cara orang tu bercakap, cara dia berfikir, cara dia bergurau dan cara dia membuatkan kita rasa selesa bila bersama sama. Suka yang bukanla ke arah berlebih atau ada perasaan romantik terselit di sebalik rasa suka tu hihihi..

Apa apa pun, bersyukur la kita ditemukan dengan orang orang yang kita suka dan selesa bila bersama. Seseorang yang secara tak langsung sebenarnya membantu kita rasa bersemangat atau membantu kita melihat suatu sudut tu lebih positif dan ceria. Betul tak? Alah ye kan je la hahaha..

Ok la, next kita sambung lagi ya.



Sempat membebel via Blogaway 😘

0 berbalas bebelan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wif Lurve ^v^

 

Si Mama Glam Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea